Rawatan Bidara Syifa

Rawatan Bidara Syifa

Share

IKHTIAR RAWATAN DIRI & KELUARGA.

Produk Cheeria yang berasaskan ekstrak DAUN BIDARA yang telah diruqyakan, bagi tujuan perawatan syarie (masalah gangguan, saka, sihir, santau dan lain-lain ikhtiar) serta penyakit kulit dan penyakit-penyakit yang berunsur kerohanian/gangguan. INGIN PULIHKAN SEMANGAT DAN KEMBALI FOKUS????
> JOM CUBA PRODUK BIDARA SYIFA
✅Alternatif perubatan secara Syifa' merupakan ikhtiar dalam perubatan Islam

Wahai Tuhan-ku, aku mohonkan kebaikan darimu akan kejadian diriku dan perangaiku 13/06/2023

Semoga bermanfaat ❤️

Wahai Tuhan-ku, aku mohonkan kebaikan darimu akan kejadian diriku dan perangaiku *SURAU AL FALAH BLOK D PPR KERINCHI*ASSALAMUALAIKUM bakal penghuni syurga Allah.KULIAH MAGHRIB __________Ust Rastam JamaliTarikh: 12...

13/10/2018

SEDIKIT INFO

Wanita yang sedang cuti (solat) atau bercuti dalam tempoh berpantang/selepas melahirkan anak adalah sangat2 digalakkan berpantang bersama ®️ . Kerana penggunaan BIDARA sangat banyak manfaatnya buat wanita yang sering lemah semangat.Dalam tempoh berpantang wanita dan ibu2 selalunya cuti SOLAT & MENGAJI. Selain perbanyakkan BERZIKIR dan BERSELAWAT, BERBIDARA juga antara ikhtiar untuk untuk rawatan pulih semangat dan aura positif anda. 👍

19/07/2018

Dah lama rasanya tak pos fasal Bidara Syifa Perawatan Islam..Alhamdulillah, bagi yang berminat untuk menjadi ejen penyebar kebaikan dan manfaat boleh terus hubungi nombor telefon Zauj & Zaujah yang tertera pada gambar atau boleh terus click link dibawah.

www.wasap.my/60132505657/bidaracheeria
www.wasap.my/60132505657/bidaracheeria
www.wasap.my/60196752099/bidaracheeria
www.wasap.my/60196752099/bidaracheeria

Sebarkan manfaat bersama utk ummah.
"1 Keluarga 1 Ikhtiar 1 Bidara" Jom Ukhuwah

02/02/2018

HARGA PROMOSI RM60/1000ML SEHINGGA
5 FEB.2018.TIDAK TERMASUK KOS POSTAGE.

JOM LAJU'2 WASAP KAMI :

📲 013.250.5657 📲 019.675.2099 📲
📲 013.250.5657 📲 019.675.2099 📲

25/10/2017

• Daun bidara alergi Kepada Makhluk Halus / Jin:
Makhluk halus atau jin amat tidak s**a dengan daun bidara. Mereka tidak s**a bau-bauan daun bidara ini dan tidak mendatangi seseorang itu sekiranya terdapat daun bidara atau bau daun bidara pada seseorang.

• Merawat Sihir / Santau / Saka / Gangguan Jin
Sebahagian besar dunia perubatan Islam menggunakan daun bidara dalam merawat penyakit-penyakit yang berkaitan sihir. Daun bidara ini digunakan samada secara fizikal daunnya digunakan untuk mengurut, atau diambil 7 helai daun bidara, dilumatkan sehingga halus dan dimasukkan ke dalam kolam kecil, lalu pesakit tersebut disuruh berendam dalam kolam tersebut sambil dibacakan ayat-ayat Ruqyah keatasnya.

• Gel Mandian Bidara adalah salah satu medium ikhtiar yang mudah diperolehi untuk kita mendapatkannya bagi tujuan rawatan dan pemulihan diri sendiri serta seisi keluarga.

www.wasap.my/60132505657

5 Hikmah Ibadah Qurban - Khutbah Idul Adha 1437 H (Ustadz Abdul Somad, Lc. MA) 02/09/2017

5 Hikmah Ibadah Qurban

- Ustaz Abdul Somad -

5 Hikmah Ibadah Qurban - Khutbah Idul Adha 1437 H (Ustadz Abdul Somad, Lc. MA) Dipersembahkan untuk ummat oleh Tafaqquh Study Club, Pekanbaru - Riau. Download Kajian Ilmiah Islam, Tafsir Al-Quran, Hadits dan lain-lain di http://www.tafa...

Photos 30/07/2017

MINYAK ANGIN BIDARA SYIFA CHEERIA 😍
PROMOSI 4 BOTOL RM60 FREE POSTAGE 😍
📲 www.wasap.my/60132505657
📲 www.wasap.my/60196752099

Photos 27/07/2017

Selain Daripada Menjaga Ibadah Solat Dengan Sempurna. Membaca Al-Quran Juga Adalah Antara Rahsia Untuk Rumahtangga Aman & Harmoni.

26/07/2017

3 PERKARA YANG MEMBINASAKAN MANUSIA

3 perkara yang membuatkan Ummat-Ummat terdahulu dan Ummat sekarang jadi binasa iaitu percakapan yang lebih, makanan yang lebih dan rehat ataupun tidur yang lebih.

1)PERCAKAPAN YANG LEBIH DARIPADA KEPERLUAN

Apa gunanya kita komen sana, komen sini. Cerca sana, cerna sini ataupun juga dengan kita memperli kepada orang lain maka itu akan membawa kepada kebinasaan. Jadi yang pada saat kita bercakap biarlah sesuai dengan keperluan tempatnya, sesuai dengan tuntutan waktu. Jangan sampai kita bercakap perkara yang sia-sia.

Bercakap pada tempatnya itu adalah petanda orang-orang yang sempurna dan juga bercakap-cakap pada yang bukan waktunya itu adalah tidak ada bezanya dengan orang gila. Jadi percakapan yang lebih daripada keperluan itu yang menyebabkan binasanya seseorang itu. Kenapa? Kerana di saat pada kakinya yang terperosok masih boleh kita selamatkan tapi kalau pada waktu mulut yang terperangkap yang terperosok maka sulit untuk kita selamatkan.

Gara-gara kerana mulut, gara-gara kerana ucapan. Akhirnya seseorang itu dikatakan fasik. Akhirnya seseorang itu dikatakan sesat. Akhirnya seseorang itu dikatakan bodoh. Akhirnya seseorang itu diperli dan dicerca. Kenapa? Kerana akibat ucapan yang tidak sepatutnya. Jadi kalau seandainya kita ingin bercakap biarlah pada tempatnya.

Yang kedua, kita bercakap itu biarlah sesuai dengan keperluannya. Dan yang ketiga kita bercakap itu adalah kerana Allah سبحانه وتعالى. Itu sangat-sangat ideal sekali tapi pada waktu bercakap itu tidak ada keperluannya, bukan pada tempatnya, berbual-bual tentang hukum-hakam atas kebodohan dirinya sendiri maka itu akan memerangkap dan juga membinasakan diri peribadinya sendiri.

2)MAKAN YANG BERLEBIHAN

Makanan yang berlebihan itu maka saki-bakinya pasti akan dibuang. Makanan itu bukan untuk dibuang. Makanan itu bukan untuk di sia-siakan. Makanan itu bukan untuk kita binasakan. Makanan itu bukan untuk dipamerkan dan dibangga-banggakan. Jadi kira-kira dengan saat kita memesan jenis-jenis makanan. Tujuannya adalah untuk kita menikmati, untuk kita makan, untuk kita mendapatkan tenaga secukup-cukupnya untuk kita beribadah kepada Allah Jalla Wa'Ala.

Jangan sampai kita pesan itu, pesan ini tetapi ternyata kita tidak mampu untuk menghabiskannya. Kalau tidak habis pun kita bawa baliklah. Jangan dibuang makanan itu kecuali ada yang ingin memakannya setelah kita memakannya misalnya kita makan di restoran-restoran yang ada tasik yang kita tahu di situ banyak ikan-ikan maka kita pesan makanan banyak. Sambil kita makan, kita kasi ikan makan ataupun juga kita kasi kepada kucing makan. Itu ok sahaja tidak ada masalah sebab makanan tidak akan terbuang.

Siapa tahu justeru yang bercucuk tanam yang menuai padi, yang menanam sayur-sayuran, yang menternak ayam dan lembu dan menangkap ikan-ikan di lautan itu adalah hasil salah seorang daripada Wali-Wali Allah tapi ternyata nasi yang kita makan itu, makanan yang kita makan itu kita buang dan kita sia-siakan jasa baik hamba Allah yang soleh, Wali Allah Jalla Wa'Ala.

Jadi makanlah sesuai dengan keperluan kita. Jangan kita buang, kita membazir, kita masukkan makanan kita ke dalam tong sampah. Begitu juga makan secara berlebihan ini merupakan salah satu asbab binasanya seseorang itu. Jadi dikeranakan selalu mengutamakan urusan perut, perut, perut melulu maka akan terhakis peluang kita untuk zikir, peluang kita untuk ibadah.

Boleh kita pastikan. Kalau kita makan lebih daripada yang cukup sampai ke leher penuh dengan makanan. Itu yang kita hanya fikir tidur sahaja lagi. Zikir? Tak sedap mana. Tasbih? Tidak nyaman. Ibadah? Tidak selesa. Semuanya tidak selesa!!!! Yang paling selesa itu tidur tapi kadang-kadang tidur pun itu jadi tak selesa sebab perut kita penuh dengan makanan. Jadi makanan yang berlebihan, makanan yang disia-siakan dan makan secara berlebihan ini adalah merupakan salah satunya binasanya Ummat-Ummat terdahulu dan Ummat sekarang.

3)REHAT ATAUPUN JUGA TIDUR YANG BERLEBIHAN

Orang yang banyak tidur bererti akan menghakis peluang waktu untuk beribadah kepada Allah Jalla Wa'Ala. Kita kalau mempunyai pekerja yang banyak tidur. Kalau kita mempunyai polis yang banyak tidur. Kalau kita mempunyai pemimpin yang banyak tidur. Kalau kita mempunyai pemain-pemain kebelasan yang banyak tidur. Itu gawat kita!!! Habis kita!! Siapa mahu bukan?

Jadi kalau seandainya kita tidak mahu seperti itu maka begitulah kita di dalam urusan ibadah kita. Akan tetapi kita ini selalu mengantuk ketika berzikir, mengantuk ketika baca Al-Quran, mengantuk ketika mengaji. Jadi kalau mengantuk itu memang kerana keperluan kerana tuntunannya itu ok-ok sahaja.

Akan tetapi ini kerana tidur kita sudah cukup. Idealnya untuk usia-usia tertentu 8 jam. Itupun sudah sepertiga umur. Umur kita sudah habis sepertiga!! Jangan ditambah lebih daripada 8 jam. Kalau nak tidur senyenyak-nyenyaknya, selena-lenanya. Tidak ada yang mengejutkan, tidak menganggu dan tidur secara bersambung siang dan malam nanti di dalam kubur tapi di dunia ini tak boleh tidur nyenyak macam itu.

Jadi di dunia 8 jam pun sudah cukup. Kita tidur setiap malam 8 jam itu pun lebih daripada cukup. Itulah bezanya tidur kita dengan mereka yang dekat dengan Allah Jalla Wa'Ala. Sepertimana yang pernah diceritakan oleh Tuan Guru Syeikh mengenai kehidupan Habib Salim Assyatiri (Sultonul Ilim) ketika mana menuntut ilmu di Mekkah dahulu setiap hari beliau hanya tidur 2 jam sahaja.

Begitulah kehidupan Para Salafunassoleh, kehidupan Para Alim Ulama, kehidupan orang-orang soleh. Yang mana tidaklah mereka mempunyai hubungan yang erat dengan Allah Jalla Wa'Ala, mendapatkan kemuliaan, keistimewaan daripada Allah Jalla Wa'Ala dengan banyak tidur sepertimana kita ini.

Tidur mereka hanya sedikit tetapi ibadah mereka banyak!!! Kita ini tidur banyak tapi ternyata itupun tidak cukup lagi. Kita tidur di masa pengajian, kita tertidur di waktu solat, kita tidur di waktu berzikir, kita tidur di waktu baca yaasin. Tidur yang banyak yang berlebihan ini.

Itulah yang menyebabkan binasanya Ummat-Ummat yang terdahulu dan juga Ummat sekarang iaitu lebih tidur, lebih makan, lebih perbualan.

[TUAN GURU SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI HAFIDZOHULLAH]



FB: The Capal

Photos 19/05/2017

HADIS KETIGA : Mandi Wanita HAIDH. “Dari Aisyah radhiallahu 'anha bahwa “Asma' bertanya kepada Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam tentang mandi wanita haidh. Maka beliau bersabda, "Salah seorang dari kalian hendaklah mengambil air dan daun bidara, lalu engkau bersuci, lalu membaguskan bersucinya...."(HR. Bukhari no. 314 dan Muslim no. 332)

Photos 19/03/2017

Petua Mengesan Belalang Hijau Hantu Pelesit
1. Cabut Kepala.
Cara untuk mengenali rupa belalang hijau Hantu Pelesit adalah dengan melihat di atas kepalanya terdapat tanda merah dan tirus.
Cabut kepala daripada badannya secara perlahan-lahan, kelihatan juraian rambut yang halus. Jika diperhatikan dengan teliti, pasti terdapat rambut si tuan empunya Hantu Pelesit ini.
2. Simpan Di Dalam Botol
Apabila rumah anda dimasuki oleh Hantu Pelesit, tangkap belalang hijau tersebut dan simpankan ia di dalam sebuah botol.
Akibat terkurung di dalam sebuah botol, pastinya si pembela Hantu Pelesit itu terseksa dan tidak dapat pergi ke mana-mana. Jika Hantu Pelesit tidak diberi makan, tuannya akan menjadi mangsa amukannya.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Kuala Lumpur
52100