Laksamana Medicspa-Hidroterapi
"Semuanya dengan izinNYA"
Sama ada.. ANDA SIHAT
atau
HENDAK SIHAT
JOM...
Mulakan langkah a
18/11/2021
SALAH HORMAT BUAT SEMUA,
INFO MENARIK SEKADAR PERKONGSIAN UNTUK HARI INI.
Sampaikan perkongsian ilmu dengan berhemah dan tepat. Jika masih belum menguasai ILMU mediCspa tidak mengapa. Kita belajar sedikit demi sedikit bersama-sama.
Dalam kita nak sampaikan kebaikan terapi mandian mediCspa kepada umum, gunakan bahasa-bahasa yang mudah difahami dan jelaskan kepada umum bahawa mediCspa TIDAK MENYEMBUHKAN PENYAKIT.
Jika ada sahabat yg kurang percaya atau tidak percaya..."rebus" sahaja mereka....nanti mereka akan dapat merasai kehebatan terapi mandian mediCspa. Pasti mereka akan mampu bercakap sendiri mengenai kebaikannya. 😂🤣😜🤭
Terapi mandian mediCspa diistilahkan sebagai penawar semula jadi kepada masalah tubuh disebabkan ketidakseimbangan yg berlaku akibat pelbagai masalah dari segi pemakanan, gaya hidup, kemerosotan fungsi organ tubuh dan sebagainya. Ia adalah kombinasi bahan semula jadi yang berkeupayan membantu dan membaikpulih secara semula jadi secara “non-invasive” - sesuatu yg tidak merosakkan (tanpa melalui pembedahan, suntikan atau pengambilan ubat-ubatan berasaskan bahan kimia, dadah atau sintetik).
Ramai juga yang kurang faham bagaimana terapi mandian mediCspa membantu dalam tubuh.
Kombinasi terbaik yang mediCspa berupaya meningkatkan keupayaan tubuh menyerap lebih banyak oksigen, meningkatkan metabolisme dan sistem imun yang akhirnya menolak penyakit dan menjadikan tubuh lebih "resistant" terhadap penyakit dan menambah baik tahap kesihatan membantu membunuh sebahagian parasit di dalam tubuh.
Untuk makluman semua, parasit merupakan “mikro organisme hidup” yang boleh hidup di dalam tubuh kita, mampu "memakan" dan merosakkan organ dalaman jika tidak dihapuskan. Ia akan merosakkan organ dalaman tubuh secara sedikit demi sedikit dan hingga boleh mengakibatkan kematian.
Jalani terapi mandian mediCspa secara istiqomah dan berterusan agar tubuh secara semula jadi dapat merawat, membaikpulih, menyeimbangkan dan menguatkan sistem tubuh dengan baik. Bila sistem imun dan metabolisme bertambah baik, secara semula jadinya akan menolak penyakit termasuk menghindarkan penyakit dari menyerang.
Bahasa mudahnya ia membantu dalam meneutralkan sebarang gangguan radikal bebas di dalam tubuh dan seterusnya meningkatkan sistem imun atau metabolisma. Terapi mandian mediCspa adalah terapi yang mampu bertindak ke tahap selular atau sel. Sel-sel tubuh kita diperbaiki dan lebih berupaya menyerap oksigen dengan lebih baik, menolak radikal bebas dan lain-lain lagi.
Untuk makluman semua, radikal bebas merupakan komponen yang terbentuk di dalam tubuh sewaktu proses metabolisme atau yang masuk ke dalam tubuh dan merosakkan sel dan DnA punca kepada pelbagai penyakit.
Melalui terapi mandian mediCspa seluruh tubuh akan dirangsang dan diaktifkan dan ia membantu proses metabolisme dengan lebih baik termasuk dapat membantu memberikan elektron kepada elektron yang tidak lengkap dan tidak berpasangan di dalam radikal bebas dan mencegah elektron bebas yang ada, dari menarik elektron sel-sel tubuh yang sihat - Ia bersifat meneutralkan kadar kerosakan atau keradangan sel membolehkan kita bertambah sihat.
Sebagai penambahbaikan, selepas menjalani terapi mandian mediCspa anda digalakkan minum air putih secukupnya. Namun begitu bagi mereka yang bermasalah seperti masalah buah pinggang hanya perlu minum air pada kadar yang dibenarkan sahaja bagi mengelakkan berlaku komplikasi.
Air merupakan elektrolit atau pengalir terpenting dalam membantu menambah baik proses pengaliran bendalir tubuh dan metabolisme dengan baik selain membantu proses detoksifikasi dengan lebih baik dan menurunkan kadar pH darah. Menjalani terapi dengan konsisten dan berterusan insyaAllah mampu menambahbaik kualiti darah, menambahbaik salur darah dan sistem saraf.
Sebagai contoh, bagi mereka yang berhadapan dengan sakit lutut akibat gout... asid urik berlebihan dan sebagainya mampu dibantu dengan mudah.
Inilah aktiviti harian cucu saya setiap hari. Alhamdulillah dengan keizinanNYA dikurniakan kesihatan yang amat baik, syukur Alhamdulillah.
Assalam, Selamat pagi 😃😍👍
Segalanya Dengan IzinNYA,
semoga semua ceria2 selalu...jangan stress2..Sebab stress merupakan perkara yg mengakibatkan punca pelbagai penyakit! jangan lupa SPA setiap hari..InsyaAllah kesihatan kita akan bertambah baik.
DIWAKTU PKP NI..TAK DAPAT NAK BERJOGGING?
usah risau...mediCspa kan ada. Medicspa merupakan terapi gantian SENAMAN PASIF DIPERAKU. 10 minit di dalam terapi mandian mediCspa menyamai 1 jam urutan pakar fisioterapi, membakar 300 hingga 500 kalori dan 15 minit menyamai 3-5km slow jogging, membantu meningkatkan tenaga dan menjana sekitar 1,153 kilo-kalori tenaga yang membantu darah untuk mengalir ke seluruh tubuh dengan sempurna (menyamai kita berjalan pantas 1 hingga 100,000 langkah sehari - iaitu Brisks Walking).......dan banyak lagi kelebihan Medicspa Hidroterapi..
30/06/2021
MANDI ISTIMEWA - Kekal Sihat & Cantik
27/06/2021
Antara posisi mandian hidroterapi yang banyak manfaatnya..
Jomm... cuba.
26/06/2021
Sayangi, Hargai dan Syukuri Kesihatan Kita.. Jom... mulakan di sini..
23/06/2021
Inilah cara Hidroterapi bekerja untuk kesihatan kita secara Alami.
Lutfi Medic SPA:
INFO MENARIK YANG PERLU ANDA FAHAMI....
Perkembangan mediCspa di Malaysia
Apa sebenarnya terapi mediCspa?
Perkataan MediCspa mempunyai maksud dan pengertian tersendiri iaitu MEDI merujuk konsep MEDIcal atau perubatan, “C” bermaksud Complementary (PELENGKAP) manakala SPA bermaksud Solus Por Aqua (kesihatan melalui air) atau dengan nama lain iaitu hidroterapi (terapi air).
Berdasarkan perkembangan semasa dan kesedaran masyarakat mengenai betapa pentingnya menjaga dan memiliki kesihatan dan kecantikan secara semula jadi, akhir-akhir ini SPA perubatan telah menjadi pilihan ramai.
MediCspa adalah jenama yang kami bawa dan ia TIDAK MERUJUK kepada SPA Perubatan seperti yang dikelaskan yang biasanya bergabung, diawasi, atau dijalankan oleh doktor perubatan (walaupun tidak setiap prosedur dilakukan oleh doktor, ia dilakukan di bawah pengawasan doktor dan yang paling biasa adalah di bawah pengawasan seorang dermatologi (pakar kulit) atau pakar bedah plastik.
Terapi mediCspa atau hidroterapi yang kami ketengahkan bukanlah seperti medspa dan medispa yang lebih berfokus kepada nilai aestetika. MediCspa adalah terapi mandian SPA di tub air sejuk, suam dan panas mengikut keperluan. Ia merupakan terapi mandian (hidroterapi) moden sains fizik seiring dengan perubatan moden alopati di hospital.
Kombinasi kesempurnaan mediCspa;
Air sejuk, suam atau panas,
Oksigen,
Ozon dan Ion negatif,
Sinar Inframerah jauh (FiR),
Ultrasonik semulajadi,
Essential MOYA,
Garam mineral MOYA,
Doa atau syifa’.
MediCspa tidak menyediakan pengisian perkhidmatan SPA seperti yang diketengahkan oleh spa tradisional, spa harian (dayspa), medspa atau medispa yang menyediakan pelbagai pengisian perkhidmatan seperti urutan, rawatan wajah, kulit, body scrub dan sebagainya.
MediCspa yang kami ketengahkan adalah jenis hibrid yang muncul dari perkembangan spa dunia dan teknologi. Ia sebenarnya adalah kombinasi terbaik ilmu sains fizik dan alam semula jadi (nature).
Terapi mediCspa tidak melibatkan sebarang penggunaan dan pengambilan ubat-ubatan, suntikan atau pembedahan (entravenous). Ia berkonsepkan terapi santaian yang HANYA melibatkan mandian di dalam tub air sejuk, suam atau panas mengikut kesesuaian tahap usia dan kesihatan atau masalah yang dihadapi seseorang. Terapi ini diperaku selamat dan tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan atau bukan invasif (non invasive).
Kajian mengenainya telah dijalankan selama lebih 17 tahun di institut hidroterapi terulung di dunia - Sebastian Kneipp Schule, di Bad Worishofen, Germany.
Di Malaysia, masih ramai yang belum mengetahui apakah sebenarnya terapi mediCspa ini. Menjadi tugas kami sebagai peminat, pengusaha dan pengamal mediCspa membawa dan mempopularkan aliran ini agar diketahui dan diminati umum. Harapan kami agar ia menjadi pilihan dan trend masyarakat moden kini yang sentiasa sibuk dan tidak mempunyai banyak masa terluang. Lebih menarik, terapi ini amat sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai banyak masa memandangkan setiap sesi terapi hanya mengambil masa sekitar 15 hingga 17 minit sahaja!
Lebih menarik lagi, sesiapa sahaja boleh memiliki peralatan terapi mediCspa bersesuaian dengan konsep asalnya iaitu SPA Peribadi atau juga dikenali sebagai “HomeSPA” hanya dengan tunjuk ajar yang mudah.
Bagi mereka yang memiliki kelengkapan mesin tersebut, seolah-olah memiliki “Klinik Peribadi” di rumah. Kehebatan kesempurnaan terapi mediCspa boleh dinikmati pada bila-bila masa mengikut kesesuaian masa masing-masing tanpa sebarang gangguan. Mereka tidak lagi perlu membayar keahlian SPA yang mengenakan ratusan malah ribuan ringgit dan tidak perlu lagi membuat tempahan yang adakalanya terpaksa menunggu giliran yang membosankan bagi mendapatkan perkhidmatan.
Bagi mereka yang belum mengenali atau mengetahui keupayaan kesempurnaan mediCspa, pastinya akan muncul pelbagai persoalan mengenainya. Antara persoalan yang biasa….Betul ke terapi mediCspa ni?”… “Adakah masa terapi 15 minit memadai”, sedangkan yang biasa mereka dengar sesuatu terapi itu mengambil masa yang lebih lama malah ada yang mengambil masa berjam-jam untuk selesai sesi terapi mereka. Betul ke? “Adakah kita boleh sembuh dan bebas dari sakit hanya melalui terapi mediCspa” dan pelbagai lagi persoalan lain akan menghantui minda mereka. Namun semua persoalan tersebut akan terjawab bila mereka merasai dan mengalami sendiri terapi mandian mediCspa.
Untuk makluman semua, mediCspa sebenarnya TIDAK merawat sebarang penyakit. Ia hanya medium terbaik dalam membantu meningkat dan menguatkan sistem imun seseorang. Apabila sistem imun kita cemerlang, secara tidak langsung masalah atau penyakit yang dihidapi akan pulih secara semula jadi dan itulah konsep hebat mediCspa yang sebenar.
Sekian
ADMIN MEDICSPA1
Alhamdulilah lbu zapidah dah sebulan sakit lutut,solat atas kerusi.
Alhamdulillah asbab mandi spa sekali ptg semalam ,kemudian saya bagi minum lemon best dn manja best ,kebetulan dah masuk waktu maghrib ,dlm keadaan kelam kabut sy pn nk solat juga tak teringat nk bagi lbu zapidah kerusi,sy cuma sediakan sejadah dan telekung
rupa-rupanya lbu zapidah boleh solat berdiri tanpa menggunakan kerusi dn tak berasa sakit katanya waktu sujud dn rukur,syukur ya Allah asbab mandian spa hydroterapi kita,
😃👍👍👍😘😘😘😘
Untuk pertanyaan lebih lanjut boleh tekan link di bawah 👇🏼👇🏼
www.wasap.my/60122635763/nakmandispa
Alhamdulilah eczema yg dialami semenjak kecil,
Dan kini sudah berusia 20 tahun
Alhamdulilah asbab rawatan hidroterapi medicspa dn menggunakan balm eczema yg sy buat sendiri sudah menampakkan kesembuhan sedikit demi sedikit,syukur...
Semasa hari pertama dtg naik kerusi roda kerana terdapat banyak luka di kaki anak dara ini. sekarang Alhamdulilah dah boleh jln sendiri,dah boleh sikat rambut sendiri,sblm ni untuk menyikat rambut perlukan bantuan lbunya.
Harini datang siap naik basikal anak bongsu sy, ronda2 kt laman rumah sementara menunggu lbu dn ayahnya mandi😁😁👍👍👍
Untuk pertanyaan lebih lanjut boleh tekan link di bawah 👇🏼👇🏼
www.wasap.my/60122635763/nakmandispa
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Kuala
45000
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |
| Saturday | 09:00 - 17:00 |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |