Dr.Ridz SkinLabs
Sertai Telegram Channel Dr.Ridz untuk tips, Q&A secara percuma : https://t.me/DrRidzInfoChannel
10/05/2023
HEBATNYA KITA BILA MANA KITA BERMANFAAT PADA YANG LAIN
Terima kasih Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) kerana sudi menjemput saya utk memyampaikan perkongsian kepada sebahagian pelajar2 pascasiswazah mereka berkenaan dgn komersialan produk penyelidikan dan peluang2 dlm bidang medical entrepreneur...semoga bermanfaat pada semua ...
Kami di Dr.Ridzuan Manufacturing sentiasa komited membantu penyelidik dlm penghasilan produk penyelidikan mereka kearah komersialan dan pemasaran produk penyelidikan mereka skali gus kita jihad kita menentang produk timbang kilo di pasaran
03/05/2023
Alhamdullilah, Allah bantu untuk mudahkan perjuangan kami untuk spread awareness dikalangan rakyat Malaysia tentang bahaya penggunaan produk2 berisiko (timbang kilo,OEM,tipu declare, import luar) yg tanpa seliaan badan2 bertanggungjawab seperti KKM,JAKIM etc.
Ada jg komen2 sinis dlm beberapa post (cth: krim dari china) yang cakap kami ni saja nak condem produk orang sebab "Nak bagi laku produk sendiri"... Mula2 tu kami delete je komen2 mcm ni. Tp bila makin banyak, rasanya terpanggil juga utk kami jawab komen2 sinis mcmni...
REALITI MASALAH GENETIK KULIT
Especially utk eczema, ini adalah mslh genetic disorder. Dia tak akan & tak boleh terus sembuh dgn penggunaan ubat-ubatan semata2. Kalau terlanggar pantang atau contact dgn pencetusnya, flare tu akan dtg balik. Ada yg punca dari dalam, ada yg dari luar (blh baca posting sblm ni tentang exogen vs endogen eczema)
Sbb tu kn jmp Dr pakar utk check condition kulit anak2 samada btl ke eczema atau hanya jangkitan kuman/kulat. B*k juga kes salah diagnose cth mcm yg ringworm (kurap) tp Dr igt eczema (nunmullar/discord type).
Klu confirm eczema, mmg kena standby krim2 utk manage symptoms2 bila flare tu trigger. Kat sinilah problem dia bila terpaksa bergantung dgn krim2 steroid utk manage symptoms ni. Klu dh lama sgt guna, badan akan penuh toxic & steroid. waktu ni la kita blh tgk side effect mcm TSW etc.
Tahap tolerance terhadap ubat/steroid stp orang ni tak sama. Ada yg high tolerance, ada yg low. Sbb tu ada ubat berkesan dgn si A tp x untuk si B. Si C guna xde side effect, yg D guna sikit dh naik mcm2 symptom.
Jd please jgn simply suggest/promote produk2 klu kita sendiri pun tak pasti kandungan produk tu mcmn, unless kita akan bertanggungjawab klu apa2 jadi bila guna produk tu.
Maybe it work for you but not for others especially for kids... Klu anda pernah handle atau ada pengalaman anak pernah kena side effect akibat salah guna steroid, sy xrasa anda akan sanggup utk promote lg steroid. Sbb tu klu visit page2 eczema community b*k sgt dah parent yg sedaya supaya nak avoid guna steroid.
REALITI PRODUK KULIT PASARAN MALAYSIA
Rasanya ada beratus ribu produk kulit dari drugstore, farmasi, smp la online store. Ada yg jenama international, ODM/OEM, timbang kilo, ada yg import luar terus jual.
Yg ada KKM pun blm tentu legit, apatah lagi yg langsung tak ada…
Jd nak elak kena tipu dgn produk bahan bahaya ni adalah tanggungjawab anda sendiri untuk check betul2 bahan apa guna, apa sijil, research paper, journal kajian, base on teknologi apa, siap yg buat formulasi, dari mana datangnya produk ni, siapa founder/pengasasnya, syarikat mn yang jual, apa no contact mereka.
Ini semua hak2 anda perlu tahu dan tanya kepada penjual2 produk. Mereka wajib disclose semua benda ni kepada pengguna. Anything happen to you once dah guna, senang nak ambil tindakan undang2 (saman etc).
OBJECTIF UTAMA DR.RIDZ SKINLABS
Objectif kami yg utama selain keuntungan (of course mn ada orang buat business sbb nak bg rugi) adalah untuk educate masyarakat tentang perlunya berhati2 bila beli/guna sesuatu produk. Tp kalau sekadar kita educate tanpa bg solution apa nak guna pun susah jg. Beratus soalan sehari kn jawab " Dr, produk # # ni ok x? jenama YYYY ni ok ke? ZZZZ ni org ckp ada steroid, btl ke?....
Xpasal2 kena jd consultant produk org plak, nak cek bahan apa semua bagai. Mmg ada 2 3 produk/jenama yg kami kutip dalam market utk buat analysis makmal check kandungan bahan2 bahaya. Setengahnya ada camphor, & ada steroid.
Tp tu la... nak hantar analisis 1 produk ni kosnya shj dh dekat RM500-RM800. Br baru 1 produk. Bayangkan brp ratus/ribu produk2 berkaitan kulit yg dijual kat Malaysia ni? Sp yg nak tanggung kos klu smua nak kena hantar test?
Jd paling senang, kami hasilkan sendiri produk yg kami yakin paling selamat & BERKESAN, meet semua requirement KKM, JAKIM, SIRIM, lulus labtest yang manufactured oleh MALMAL & KILANG KAMI SENDIRI (Dr.Ridz Manufacturing).
Tak cukup dgn tu, kami hantar formula2 kami untuk masuk pertandingan innovasi smp international level (MTE, PECIPTA, ITEX, etc) sbb smua produk2 ni adalah "research base" dgn kerjasama gabungan kepakaran Dr Ridzuan & pakar2 universiti tempatan.
Alhamdullilah, hampir semua event kami masuk dapat Gold Medal Award...
Kita berikhtiar, kepada Allah jualah kita berserah keputusannya. Semoga apa jua solusi yg anda sedang gunakan sekarang mampu selesaikan masalah & dihindari dari kesan2 yg tak diingini...
19/04/2023
DR.RIDZUAN MANUFACTURING KEARAH PENGILANGAN PRODUK HALAL YG BERASASKAN PENYELIDIKAN & MAKMAL ANALISIS
Alhamdulillah, selamat sudah proses audit Halal oleh Pegawai Halal dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu hari ini... alhamdulillah juga kerana keputusan yg sangat positif dan baik dari panel penilai/auditor halal utk kilang ini..
Saya sentiasa menekankan pengilangan produk yg halal, bersih lagi bermutu kearah pasaran skincare dan pharmaceutical halal dunia ini kerana demand pasaran yg tinggi yang menjadikan Malaysia sebagai Hub pengilangan produk halal dunia.
WAJIB produk yg di Keluarkan oleh Dr Ridzuan Manufacturing kena apply halal utk pasaran yg lebih competitive
Well done my team for this great achievement..
13/04/2023
Anak tak boleh tido malam, menggaru-garu sebab gatal akibat eczema sampai habis luka 1 badan. Dah habis akal, tak tau nak buat apa dah… Untuk parent yang tgh ada masalah ni, boleh cuba Wet Wrap Therapy (WWT).
Kajian menunjukkan yang teknik WWT boleh mengawal & melegakan symptom eczema hingga 71% secara purata. Hari ni saya kongsikan bagaimana kita boleh lakukan wet wrap ni sendiri hanya di rumah. WWT ini memerlukan 1 set kain (garment) yang lembab dan 1 set kering. Harap lepas ni anak boleh tido nyenyak tanpa menggaru lepas dah buat WWT ni. Jom try.
[1].
Sediakan pakaian/kain ketat. Anda boleh gunakan tubifast, yg boleh dibeli dari farmasi, klinik kulit atau online. ‘Tubifast garments’ sememangnya direka utk pesakit kulit spt eczema. Terdapat dalam bentuk baju, lengan atau kaki. Semasa anda beli tubifast, pastikan anda beli utk umur yang sesuai utk anak anda. WWT tidak boleh terlalu ketat atau terlalu longgar. Nanti tidak berkesan.
Ada yg biasa guna jenis Molnlycke Tubifast, dan potong mengikut saiz anggota badan. Cara lain ialah membungkuskan 2 lapisan kain seperti gauze di dalam, dan bandage di luar, atau menggunakan stokin yg nipis.
[2].
Jika anda tidak mempunyai tubifast, jangan risau. Anda boleh gunakan baju cotton. Contohnya seperti baju tidur kanak-kanak. Cuma bagi memastikan tidak longgar, anda boleh gunakan 1 size lebih kecil dari size anak anda yang biasa (1 size smaller).
Kain yg paling sesuai ialah jenis yg sejuk dipakai, ringan, nipis tetapi boleh 'grip' dan tidak licin supaya ia kekal tidak terjatuh apabila digunakan. Kain mesti boleh meruapkan keluar air dgn cepat utk menyejukkan kulit, dan tidak membenarkan air terperap di dalam.
[3].
Tidak kira utk tubifast atau baju cotton, sila sediakan 2 set. Kerana WWT memerlukan 1 set yang lembab dan 1 set yang kering. Jika ada lebihan wang, boleh sediakan 4 set. Supaya apabila 2 set pertama digunakan, lebihan 2 set boleh dibasuh dan dijemur.
[4].
Utk memulakan WWT, anak anda perlu mandi terlebih dahulu. Lap kering badan dengan lembut sehingga kering. Kalau eczema anak tu basah, guna teknik 0.9% saline water (air garam) spt yg saya kongsikan sebelum ni untuk keringkan dulu eczema tu sebab sapu any krim/pelembab.
[5].
Sapu krim Dermcare ke kawasan keradangan (merah/gatal). Tunggu 10-5minit (untuk dia meresap), kemudian sapu pelembab dengan urutan mengikut satu arah (ikut arah jatuh bulu rambut) ke seluruh badan.
(blh dapatkan krim dermcare di website rasmi Dr. Ridz: drridzskinlabs.com/dermcare)
Kalau nak guna bersama krim steroid dari klinik/doktor pun boleh. Make sure krim tu hanya di kawasan radang . Ingat, penggunaan steroid mesti under pengawasan doktor, kalau tak side effect dia boleh sebabkan eczema anak lagi teruk.
Secara mudah, ini turutan apa nak guna sebelum kita start wrap badan anak:
[Dermcare Krim] (tunggu 10-15min) --> [Pelembab] --> [Krim Steroid]
[6].
Seusai itu, rendamkan keseluruhan 1 set tubifast ke dalam air suam kuku. Angkat dan perah sehingga kering. Set pertama ini adalah set lembab (wet garment). Balut bahagian kulit yang disapu pelembab +/- krim dermcare tadi dengan wet garment ini. Tujuan ini, adalah utk trap kelembapan pada kulit.
[7].
Kemudian, balutan kedua adalah dengan 1 set tubifast yang kering (set kering atau dry garment). Then, selesai! Mudah je kan?
[8].
WWT ini boleh dilakukan secara berterusan selama 24 jam. Sebagai permulaan, saya selalu nasihatkan ibu bapa supaya mulakan pada waktu malam terlebih dahulu semasa hendak tidur. Ini bagi membiasakan kanak-kanak dgn terapi ini.
[9].
Jika pakai berterusan dan anda dapati WWT mulai kering, anda perlu buang lapisan yang kedua itu (dry garment) dan spray air suam kuku pada balutan pertama (wet garment). Kemudian, balut semula dengan dry garment. Terapi ini berkesan kerana ada wet garment tu. Jika dibiarkan wetwrap kering, dikhuatiri akan menyebabkan kulit menjadi gatal p**a nnti.
[10].
Krim steroid tidak perlu digunakan setiap masa. Jika tiada radang, tidak perlu pakai. Jika pakai krim steroid, pastikan tidak melebihi 14 hari.
[11].
Elakkan guna WWT jika ada tanda jangkitan kuman, seperti keluar cecair kuning, keruping kuning, nanah.
[12].
Kain yang digunakan dalam WWT boleh dibasuh dan digunapakai lagi. Tatkala basuh, tidak perlu gunakan sabun antibakteria/pewangi. Memadai basuh dengan air suam kuku dan biarkan kering.
Apabila kulit anak sudah baik dari ekzema boleh terus slow-slow kurangkan kekerapan wet wrap dan stop. Dan ulangi proses ini jika ekzema berlaku semula. Kebanyakan ibubapa akan teruskan wet wrap setiap malam kerana mereka merasakan cara ini paling membantu anak untuk tidur dgn selesa.
Semoga perkongsian saya ini dapat membantu anda mengawal ekzema anak anda dengan lebih baik. Selamat mencuba.
KRIM ECZEMA TANPA STEROID:
Jangan cuba krim sebarangan tanpa kaji dulu bahan product tersebut. Kesan pantas tak semestinya dia selamat untuk jangka masa panjang. Terlalu bergantung kepada krim steroid yg terlalu lama boleh mendatangkan implikasi negetif kpd anak di masa hadapan. Sebab tu kebelakangan ini ramai parent yg lebih prefer alternatif treatment yg bebas dari pengaruh steroid seperti krim Dermcare hasil kajian Dr. Rizuan & beberapa universiti tempatan.
Dihasikan 100% dari gabungan herba & bahan semulajadi, jadi boleh gunakan seberapa kerap tanpa kesan sampingan. Kesan sangat pantas yg mampu menyaingi krim steroid, namun bebas kesan sampingan.
Untuk anda yg mencari ikhtiar untuk merawat kegatalan/keradangan akibat eczema atau jangkitan, boleh baca dulu detail tentang produk hasil kajian kami ini link dibawah:
drridzskinlabs.com/dermcare
drridzskinlabs.com/dermcare
12/04/2023
PENTINGNYA PENYELIDIKAN UNTUK PENGHASILAN PRODUK
Alhamdulillah...settle hari ni kerja2 kt lab...insya allah produk baru utk masalah ketiak dan celah kangkang hitam disebabkan tinea cruris akan dihasilkan..ujian dah lengkap...cuma nk test on dermatology for effectiveness....
11/04/2023
"10 TIPS REDUCE ECZEMA FLARE SEBELUM RAYA"
Dah nak RAYA tapi kulit tak baik-baik lagi. Doktor ada tak tips nak pulihkan kulit eczema anak saya ni sebelum Raya?"
[1]
Make sure pakai moisturiser kerap. Sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Jangan tunggu bila gatal baru nak guna. Guna sebelum gatal tu datang, jangan biar kulit tu kering lama.
[2]
Standby siap2 krim untuk melegakan eczema Dermcare Soothing Cream Dr. Ridz punya tu. Dalam dermcare ni dah siap ada moisturiser yang agak tinggi, so boleh guna as moisturise jg. Paling penting, FREE Steroid/Camphor so boleh guna anytime.
[3]
Jangan gatal-gatal nak try produk baru dekat hujung-hujung nak raya. Contoh make-up ke, perfume ke. Mana tau rupanya anak allergy dgn produk tu, terus tak jadi raya sebab anak tak pasal2 meradang gatal-gatal.
[4]
Pastikan mandi dengan kerap, tapi tak perlu lama-lama (5-10min dah cuup). Pagi raya tu make sure mandi guna air suam, jangan bagi anak mandi guna hot shower. Hot shower ni boleh keringkan kulit, nnt lagi teruk gatal-gatal. Raya pun kena kerap mandi untuk elakkan dari berpeluh.
[5]
Nak beli baju, langsir, sarung kusyen raya, pastikan fabric yg sesuai dengan kulit anak. Elakkan jenis "wool" @ jenis yg berbulu. Kalau blh, cari baju yg breathable so that bila pakai tak panas & berpeluh. Peluh ni pun boleh trigger eczema juga. Sebelum pakai untuk raya, make sure dah basuh siap2 gunakan detergent yg pass-eczema.
[6]
Sebolehnya elakkan suhu yang extreme. Jangan terlampau sejuk, jangan terlampau panas/bahang. Kalau ada humidifier kat rumah, lg bagus. ON je 24jam supaya kulit tak terhidrat/kering.
[7]
Elakkan berjemur bawah cahaya matahari. Pancaran UV dr matahari ni boleh buatkan eczema anak makin teruk (kulit sensitif). So kalau rasa aktiviti ziarah saudara tu berisiko, stay ke kat rumah tunggu orang datang.
[8]
Jangan bagi orang cium anak kita. Kita tak tau makeup apa dia guna, perfume etc. Mungkin ada benda yg diorg pakai tu alah dengan kulit anak, boleh trigger balik eczema.
[9]
Jaga makan. Jangan makan makan yg dah masak dari semalam/pre-heat. Makanan pre-heat ni tinggi histamine. Kalau ibu menyusu minum, nnt eczema anak pun blh flare up balik.
[10]
Last skali, jaga emosi ye. Jangan stress2. Faham bila nak raya ni mmg boleh jadi down sangat bila condition anak tak baik-baik lagi eczemanya. Tapi kalau ibu stress, boleh buatkan eczema anak makin teruk juga (melalui susuan)
Saya faham tak semua parent ada option, jadi terpaksa juga guna krim steroid untuk rawat eczema. Sebab tu sy buat kajian bertahun-tahun untuk hasilkan alternative solution yg bukan saja selamat, tapi juga boleh berikan kesan segera tanpa perlu tanggung risiko jangka panjang sebagai ganti kepada produk steroid & camphor ni.
Untuk anda yg mencari ikhtiar untuk melegakan kegatalan/keradangan akibat eczema atau jangkitan, boleh baca dulu detail tentang produk hasil kajian kami di Dr.Ridz Skinlabs ini di link dibawah:
drridzskinlabs.com/dermcare
10/04/2023
Baru-baru ni ada patient tanya pasal eczema anak dia yg tak baik2. Biasakan kita dengar patient eczema merungut "dah macam2 ubat/rawatan cuba tapi tak baik-baik juga". Kenapa jadi macam tu, ON-OFF, ON-OFF, kadang-kadang makin teruk.. Kenapa ye?
Patient: " Doktor, knp eczema gatal2 anak saya ni makin teruk? Dah macam ubat saya try. Dari yg klinik sampai la yg beli2 dekat online tu. Tapi tak baik2 juga" (sambil tunjuk condition kulit anak - ye, memang teruk sangat)
Doktor : "Last skali pn pakai ubat jenis apa, beli dekat mana?"
Patient: "Mula2 tu pakai yang klinik KK. Tp takde perubahan. Pastu pegi hospital pny pun sm. Last skali sy beli yg jual kat tiktok tu sbb ramai cakap ok. Sy pun guna yg tu la sampai skg. Cuma masa guna mula2 tu OK, tp skg tiba2 mcm makin teruk. Pakai krim tu balik pun dh tak jadi"
Doktor : Ada gambar krim tu? Dah berapa lama pakai?"
Patient: (Sambil tunjuk gamba) "Dh dekat 1 bulan. Sy guna time dia gatal je. Bila dah hilang saya stop. Tak de masalahkan Dr ubat ni?"
Saya gelengkan kepala bila tgk gamba krim viral yg dia tunjuk tu. Ni bukan first time. Kita mmg tahu sangatlah produk2 yg penuh viral dekat sosial media + jual kat shopee tu mcmn.
Doktor : "Baru-baru ni anak pn pernah kena sawan tak?"
Patient: "Ahh doktor, ada sekali. Tapi kenapa doktor tny? Mcmn doktor blh tau?"
Doktor : "Mcmni pn. Produk yg pn beli ni kami pernah test mmg ada campuran bahan terlarang spt steroid & camphor. Yg buat jd sawan tu pasal camphor ni la. Bahaya utk budak bawah 2 tahun. Steroid pun sm. Blh fail organ dalaman"
(sambil share kes2 salah guna produk bahan terlarang dlm intenet)
Patient : "Ya Allah, sampai mcm tu skali ke doktor? Habis tu kenapa la org tu sanggup boleh jual produk2 bahaya mcm ni dekat org ramai?"
Doktor : "Pasal ada orang yg nak beli…"
Patient : (diam tertunduk)…
Doktor : "Pn tak nak ambil tindakan undang-undang ke? Bukti dah ada. Dah boleh buat report"
Patient : "…. Takpe lah doktor. Salah saya juga tak check betul2. benda dah jadi…"
Doktor : "Nasib baik krim beli dgn seller online kan.. Klu krim ni doktor/hospital yang bagi, esok juga dah viral masuk paper. Siap headline Doktor cuai salah bagi ubat. Silap-silap kena saman sampai juta-juta. Tp tu kalau jadi dekat ubat hospital la kan?"
(saja lepas geram..)
Rasa penat sangat2 dah nak nasihat orang jangan guna produk2 gini, bahaya. Ada steroid, ada camphor. Pakai kat anak silap2 anak tu boleh kena sawan. Organ dalaman pun lama-lama boleh rosak.
Tapi tu la… kita ni doktor je. Kalau bagi nasihat dekat orang yang sihat mana ada nak dengar.
Esk dah teruk, dah lekat cancer, dah rosak buah pinggang, masalah makin kronik sampai tak boleh nak kawal, baru sibuk nak rujuk doktor tu doktor ni, pakar tu pakar ni. Bila dah untreatable, dilabelnya doktor tak pandai, hospital tak efficient. Cari plak tok bomoh 🤦🏻♂️…
KENAPA ECZEMA BOLEH JADI MAKIN TERUK?
Sebelum saya jawab kenapa eczema boleh jadi makin teruk bila guna krim2 ni, 1 benda paling penting harus tahu adalah TIADA UBAT UNTUK ECZEMA, hanya ada rawatan untuk manage symptom bila dia flare up sahaja (kegatalan, keradangan, berair, kering etc).
Be mentally prepared terutamanya yang ada anak2 eczema umur 2-4 tahun, biasanya time ni lah eczema diorg akan paling peak (paling worse). Tapi, once dah masuk sek rendah, kebanyakkan eczema ni akan makin hilang dengan sendiri.
Jadi, sepanjang tempoh aktif ni, masalah eczema ni akan sentiasa come & go. Pasal tu jangan guna produk sebarang, kalau tak eczema yg asalnya mild tu boleh JADI MAKIN KRONIK!!!
Jangan ambil mudah ubat-ubat gatal ni. Ada 2 bahan yg bahaya dalam tu. STEROID & CAMPHOR. Ubat-ubat cina selalu guna camphor, tp label konon2 herba tradisional. Bahan2 ni bahaya & dibawah kawalan KKM. Yang ada label "MAL" je boleh guna (declare under ubat-ubatan).
Ada cara nak guna dia, itu pun wajib under pengawasan doktor (rujuk pos saya sebelum ni cara guna steroid yg betul). Steroid ni dasyat tak dasyat, sampai bukan semua doktor boleh bg dekat pesakit. Yang pakar2 je boleh. Tu pun patient kena sign surat (consent) sblm guna steroid.
Yang korg plak pegi beli ubat2 online ntah hape-hape tu, langsung tak tgk apa ingredient, sape yang jual, syarikat mana yg jual, pastu calit banyak2 kat anak tanpa rasa sikit pun bersalah. Siap promote kawan2 lagi kat Facebook suruh guna. Hmmmm………
Pendek cerita, ini sebab kenapa & mcmn steroid boleh buatkan masalah eczema seseorang makin teruk.
1) PAKAI TERLALU LAMA ⚠
Badan kita ni bila gatal, akan hasilkan hormon untuk kawal rasa gatal/keradangan td. Steroid ni boleh suppress penghasilan hormon semulajadi tu. Bila terlalu lama bergantung kepada steroid, lama kelamaan badan dah tak reti nak produce sendiri hormon-hormon ni. So bila stop steroid, maka masalah tu akan makin teruk.
Penggunaan yg berpanjangan atau overdose boleh menyebabkan "steroid addiction" atau "steroid dependency". Antara tanda2nya, badan akan jadi mengigil sebab ketagihan steroid. Badan juga akan dapat keradangan & gatal-gatal yg teruk bila stop guna steroid (Topical Withdrawal Symptom - TSW)
2) OVERDOSE / OVER USAGE ⚠
Maximum penggunaan steroid sehari biasanya hanya 2x shj, sapu pun kena nipis je (Finger Tips Unit). Dose2 steroid juga b*k grade bergantung pada brp tinggi "potency" (kuat-sederhana-lemah). Tak semua tempat boleh apply potency yg sama (bhgn pelipat maybe kena rendah sbb kulit nipis)
Biasanya doktor tak kan bagi terus yang paling kuat sebab takut klu overdose, nnt jadi immune. Steroid dah no longer work waktu tu. Tambahan, lagi tinggi potency steroid, lg tinggi side effect. Hanya doktor saja yg boleh advise brp dos yang sesuai depend pada keadaan pesakit.
Tak semua pesakit boleh guna steroid (pregnant/breasfeed) & tak semua doktor dibenarkan prescript steroid kepada pesakit. Hanya yg pakar2 tertentu sj boleh. Itu pun pesakit perlu tanda tangan surat (consent) if anything happen, pesakit perlu bersedia dengan risiko dari kesan penggunaan steroid ni. Sbb tu perlu close monitoring dari doktor.
3) BERHENTI SECARA MENGEJUT ⚠
Max penggunaan steroid 2minggu shj. Salah satu pantang steroid adalah tak boleh berhenti mengejut. Ada tempoh utk tapper off steroid ni. Mula-mula 2x, lps tu 1x, lps tu br off. Klu terus stop, akan jadi "rebound effect" yg mana symptom tu akan jadi lagi teruk dari sebelum-sebelum ni.
Sebab tu dah baik pun, still kena ON skit2. kena ada followup doktor sepanjang tempoh guna ni (kekerapan depand pada nasihat doktor)
Nak selamat, jauhkan la dari krim2 viral yg xde KKM semua2 ni, xkira la ramai mana pun yg cakap berkesan sebab kita takut tu untuk temporary je. Kita juga takut next 5 years kes2 cancer, kegagalan organ maybe tiba-tiba meningkat secara mendadak hasil dr penjualan krim2 yg tak terkawal yg tengah viral skg ni…
"DOKTOR ADA ALTERNATIF LAIN KE YG SELAMAT?"
Ye, ada, namanya "Dermcare Soothing Cream". 100% base on natural ingredient. Saya faham tak semua parent ada option selain steroid, sebab tu sy buat kajian bertahun-tahun untuk hasilkan alternative solution yg bukan saja selamat, tapi juga boleh berikan kesan segera tanpa perlu tanggung risiko jangka panjang sebagai ganti kepada produk steroid & camphor ni.
Sebab dihasikan 100% dari gabungan herba & bahan semulajadi, jadi boleh gunakan seberapa kerap tanpa kesan sampingan.
Untuk anda yg mencari ikhtiar untuk merawat kegatalan/keradangan akibat eczema atau jangkitan, boleh baca dulu detail tentang produk hasil kajian kami di Dr.Ridz Skinlabs ini di link dibawah:
👉🏼 drridzskinlabs.com/dermcare
10/04/2023
Seorang bayi berusia 1 tahun dimasukkan ke hospital setelah mengalami Cushing Syndrome iaitu komplikasi akibat penggunaan steroid.
Bayi malang tersebut mengalami gejala muka membulat seperti bulan, pengump**an lemak di belakang badan seperti bongol kerbau, bulu badan tumbuh secara berlebihan dan kulit semakin menipis.
Siasatan lanjut mendapati bayi tersebut telah disapu dengan krim yang tidak mempunyai label untuk merawat ruam lampin!
Krim tersebut telah dikesan mengandungi steroid dan antifungal.
Dalam kes berbeza, seorang ibu telah membeli “ D Spendid Kidzema Cream” untuk merawat maslaah eczema anaknya. Masalah kulit itu berjaya dirawat dengan berkesan selepas 3 hari digunakan.
Sebaik sahaja penggunaan krim tersebut dihentikan, masalah kulit menjadi lebih TERUK. Siasatan mendapati krim ini telah dicampul palsu dengan antibiotik dan anti fungal.
Berhati hati dengan produk rawatan kulit. Jika terlalu pantas dan berkesan dalam beberapa hari... kemungkinan besar ada bahan beracun yang tersebunyi
Sumber: HSA Authority Press Release 1 July 2019
09/04/2023
Seorang bayi yang baru berusia 4 bulan datang ke klinik untuk pemeriksaan rutin. Doktor mendapati berat badan bayi ini naik mendadak dan mukanya bulat seperti bulan!
Mungkin ibu ibu sangka ia satu perkara yang normal. Pertanyaan lanjut mendapati neneknya ada menggunakan krim steroid untuk masalah ruam lampin sejak 2 bulan lalu. Krim di sapu untuk 5-8 kali setiap hari!
Krim yang mengandungi steroid ini meresap dari permukaan kulit masuk ke dalam peredaran darah dan menyebabkan perubahan hormon sehingga menjadi Cushing Syndrome.
Berhati hati ya, penggunaan berterusan melebihi 7 hari krim steroid perlu ada pemantauan doktor. Krim perlu di sapu mengikut arahan dan hanya di sapu lapisan nipis sahaja.
Rujukan
Alkhuder L, Mawlawi H. Infantile Iatrogenic Cushing Syndrome due to Topical Steroids. Case Rep Pediatr. 2019;2019:2652961. Published 2019 Dec 2. doi:10.1155/2019/2652961
09/04/2023
Anak anak kecil mungkin tidak dapat mengadu tetapi mereka berkomunikasi melalui tingkahlaku
Jika anak sudah mula menunjukkan perubahan emosi apabila ingin dihantar ke taska, ia mungkin satu petanda awal. Mereka boleh kelihatan takut, sedih atau resah.
Kadangkala mereka cuba mengadu dengan memberitahu perkara perkara yang pelik seperti teacher kurung dalam bilik, cikgu jahat dan sebagainya.
Anak mungkin sentiasa kelaparan bila p**ang kerumah kerana tidak diberi makan (walaupun bekalan makan sentiasa habis)
Red flags yang utama sudah tentu apabila ada tanda tanda fizikal seperti lebam, di gigit dan luka luka.
Bawa ke Fasiliti kesihatan jika anda mengesyaki berlaku pengabaian di pusat jagaan. Jangan tunggu, bertindak awal!
Kredit : Public Health Malaysia
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Tingkat 2, PT 33848, Dataran Tembusu
Kuala
21300