Koleksi Resepi Liza

Koleksi Resepi Liza

Share

Masak Sedap Untuk Keluarga Tersayang

07/09/2024

RESEPI PUDING MARBLE

Puding legend yg cukup dikenali dulu2 dikalangan mak mak ๐Ÿ˜†. Apa lagi jom start!

Loyang 8 inci

๐Ÿ“Œ Bahan - Bahan
- 4 setengah cawan air (1.2 liter)
- 10g agar agar serbuk (1 paket)
-3/4 cawan gula (150g)
- 2 sudu makan serbuk koko & sedikit air panas
- 1 sudu makan butter
Bancuhan Kastard :
( sebatikan semuanya)
- 1 biji telur
- 2 sudu makan tepung kastard dilarutkan dengan sedikit shj air sejuk
- 1 tin susu cair (370ml)
- sedikit garam dan sedikit essen vanila

๐Ÿ“ŒCara - Cara
- Masukkan kesemua bahan KECUALI serbuk koko & air panas
- sebatikan dan baru hidupkan api perlahan
- kacau hingga mendidih.
- bila dah mendidih matikan api dan sambung kacau dalam 5 minit
- bahagikan adunan kepada dua:
Bahagian Kastard & Bahagian Coklat
- pada bahagian coklat, larutkan serbuk koko dengan sedikit air panas
- dah larut masukkan kedalam bahagian adunan yg dah diasingkan tadi
- hidupkan api dan kacau sekadar naik wap sahaja
- matikan api dan tapis
- tuang dalam loyang berselang seli hingga habis adunan
- sejukkan dalam peti selama 4 hingga 5 jam
- dah siap dan boleh makan
Selamat Mencuba!
mr. ali

07/09/2024

Serimuka pandan..

Buat dlm bekas2 kecil ..senang nk bg jiran.

Resepi SERIMUKA PANDAN๐Ÿ‘‡

Bahagian bawah..

1. 3 cawan pulut

2. 2 cawan santan

3. Secubit garam

(Cuci pulut toskan masukkn santan & garam kukus dlm talam selama 25minit) then angkat penyek2 bg padat.

Bahagian atas..(tepung)

1. 1 cawan tepung gandum

2. 2 cawan santan

3. 1 cawan gula pasir

4. Setgh cawan air pandan (kisar daun pandan) bersama setitis dua pewarna hijau epal.

5. 1 sudu besar tepung jagung

6. 2 biji telur

7. Secubit garam

Masukkn semua bahan2, kisar hingga adunan halus..kemudian tapis dan masukkn kedlm pulut yg telah dpadatkan..kukus 30 minit..siap, boleh guna cawan apa2 jenis, asalkn s**atan guna cawan yg sama..

๐Ÿ‘‰Utk pulut saya guna pulut susu

Rendam sekejap.

Kemudian toskan baru campur santan,garam dan kukus

๐Ÿ‘‰saya kukus pulut berasingan kemudian baru letak dlm bekas tu dan tekan2 bg padat.
***********************
Nak dapatkan Minyak Aromaterapi Najeehah boleh tekan โคต๏ธ
https://wa.link/m0sse5
************************
Sumber resepi : FB(TQ OWNER ASAL RESEPI)

Airtangan dan gambar: Credit to owner

03/04/2023

Jomlah cuba resepii ikan Siakap nii...mesti suami dan ank2 akan request lagi...๐Ÿ˜‹๐Ÿค—Nak lebih banyak resepi sedap๐Ÿค—

๐ŸŸIKAN SIAKAP BAKAR BEREMPAH HARUM๐ŸŸ

Bahan-Bahannya:-
1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
2 helai daun limau purut (diracik halus)
bahan-bahan dikisar bersama :
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 helai daun limau purut
3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika s**a)M
1 sudu besar rempah kari ikan
3 sudu makan air asam jawa
1 sudu besar kicap pekat
sedikit belacan bakar
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
gula dan garam secukupnya
sedikit air

๐Ÿ’•๐Ÿ’•๐Ÿ’•๐Ÿ’•๐Ÿ’•๐Ÿ’•๐Ÿ’•๐Ÿ’•
mencari penawar perut meragam masuk angin dan sebagainya, hanya guna Minyak Aromaterapi
Follow: @ Lizanazari Najeehah Paka

Cara-caranya:-
Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.
Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar.Kelar ikan terlebih dahulu Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
Kemudian bakar ikan sehingga masak.
Setelah masak, hidangkan. Boleh juga diperahkan sedikit dengan jus limau kasturi/limau nipis jika s**a. Memang berbaloi...

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuala?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Paka, Dungun
Kuala