CamarHanie
S**a menu dan resepi mudah.
Pada hemat saya, Encik/Cik Sempurna aka Mr/Mrs Perfectionis ada beberapa kriteria berikut:
✔️ S**ar menerima pandangan orang lain
✔️ S**a mengarah-arah
✔️ Bahagia bila dipuji
✔️ Tertekan dengan orang yang tidak patuh kepadanya
✔️ Dia sahaja yang betul. Orang lain semua salah.
✔️ S**a kekemasan dan teratur.
✔️ S**ar menerima situasi mengejut.
✔️ Memperlekehkan orang lain.
✔️ Kagum pada kelebihan sendiri.
✔️ Pilih kasih, s**a pilih bulu.
✔️ S**ar menerima kegagalan, kesakitan atau kelemahan diri sendiri atau orang lain.
✔️ Semua orang mesti boleh. Tiada penafian.
✔️ Agak bermuka-muka dan cenderung mengambil tahu perkara yang tidak sepatutnya.
Eh!
Penting ke tahu ciri-ciri Mr/Mrs Perfectionis ni?
Betul ke tak betul, saya sekadar senaraikan untuk semak diri sendiri.
Makin banyak ciri itu, petunjuk diri dalam keadaan bahaya.
Sempurna itu milik Allah SWT.
Boleh jadi kita sudah terperangkap dengan beberapa sifat mazmumah seperti sombong, ujub, riak, dan takabbur.
Jadi berhati-hatilah.
*************************
Jangan percaya cakap Aini,
Apa yang diberitahu sekadar pengamatan sendiri,
Andai terselit manfaat dan faham,
Semua pasti dengan izinNya tercatit ilham.
- Kalang KakCik -
Wallahualam 🍂
Nota HAIKU
1. Haiku syarat pertamanya adalah unsur alam dan yang berkaitan dengannya.
2. Kemudian unsur alam dan kaitan itu p**a ada makna tersirat. Contoh:
Mendung di langit, (mendung tanda akan hujan)
Burung p**ang ke sarang
Tak mahu basah (petanda alam itu akan menyebabkan burung mencari perlindungan)
3. Makna tersiratnya, kita akan mencari tempat berlindung jika nampak tanda bahaya atau susah. Paling tidak kita akan berdoa kepada Allah. Itu yang tersiratnya.
4. Suku kata dalam setiap baris adalah 5-7-5. Begini:
Men-dung-di-la-ngit,
Bu-rung-pu-lang-ke-sa-rang
Tak-ma-hu-ba-sah
11/06/2022
Aktifkan fungsi diri sebagai 'orang rumah'.
This is my passion actually.
Menjadi diri sendiri.
Jauh daripada perhatian sesiapa.
Hasbunallahu wanikmal wakeel.
Bismillahirrahmanirrahim 🌹
03/06/2022
Ada 3 masa berkualiti untuk cipta ikatan yang baik antara ibu, ayah dan anak-anak iaitu :
1. Masa solat.
- Ajaklah mereka solat berjemaah.
- Ingatkan mereka kepentingan menjaga solat.
- Kejutkanlah diri kita dan anak-anak untuk mendirikan solat kerana kita sedar, kita hamba Allah SWT.
2. Masa berbual.
- Ambil masa sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari untuk berbual dengan mereka.
- Kebiasaannya waktu pagi sebelum masing-masing sibuk dengan urusan sekolah/kerja, waktu petang sebelum atau selepas magrib dan waktu malam selepas Isyak.
- Berbual-bual tentang urusan mereka di sekolah/taska, cerita kawan-kawan dan apa sahaja berkaitan dengan mereka. Biasakan mendengar anak-anak bercerita atau tanyalah mereka.
3. Masa melakukan aktiviti di rumah.
- Sebenarnya kerja-kerja rumah sangat banyakkan?
- Bila kita mengajak anak-anak melakukan aktiviti bersama di rumah, mesti suasana dalam rumah terasa lebih baik.
- Tidak mengapa jika hasil mereka tidak begitu baik, yang penting mereka masih mahu melakukan aktiviti bersama.
Alhamdulillah, rezeki apam nasi siap perisa Pandan dan Rose. Bab main masak-masak, laju sahaja Iman dan Ilham nak buat sama-sama. ❤️
Cuma begitulah hasilnya.
Janji boleh makan, dan kenyang.
Tak gitu? Hehe..
Opss!
15/05/2022
Resepi Nasi Lemak Simple
Nasi lemak
Bahan-bahan:
1. Beras 2 cawan
2. Santan 4 sudu besar
3. Halia - 2 inci (dihiris nipis atau kasar)
4. Bawang merah 1-2 biji (dipotong 2@4)
5. Air 2 cawan
6. Garam 1/2 sudu kecil.
Cara masak:
1. Basuh beras macam biasa.
2. Masukkan air, santan, halia, garam dan bawang. Kacau sikit guna sudu.
3. Tanak nasi guna 'rice cooker'. Bila dah masak, boleh gaul bagi rata. Kadang-kadang santan jadi berketul. It's ok. Gaul je dengan senduk masa nasi masih panas. Biar sekejap dan boleh dihidangkan.
Sambal bilis simple
Bahan-bahan
1. Bawang besar 2-3 biji (dikisar)
2. Bawang putih 5-7 ulas (dikisar)
3. Cili boh/ lada lumat 2-3 sudu besar
4. Gula 1 sudu
5. Garam 1 sudu kecil
6. Minyak masak 1/2 mangkuk kecil.
7. Segenggam bilis.
Cara masak sambal
1. Panaskan minyak masak dalam kuali @ periuk sederhana besar.
2. Masukkan bawang besar dan putih yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau dan agak kekuningan.
3. Masukkan lada lumat. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan bilis.
5. Perasakan dengan garam dan gula.
6. Sambal bilis simple dimasak dalam 15-20 minit. Siap rasa la dulu. Kalau pedas, boleh tambah gula untuk kurangkan rasa pedas. Kalau rasa kurang masin, tambah garam. Kalau rasa masin sangat, tambah gula. Semua boleh ejas 😆 InshaAllah..
Rebus telur supaya jadi cantik tanpa ada warna biru atau gelap pada telur kuning?
1. Cuci bersih 4 biji telur.
2. Masukkan air dalam periuk sehingga menutupi telur.
3. Tambahkan sedikit garam apabila air sudah menggelegak.
4.Rebus telur 10-15 minit sahaja. Tutup api.
5. Masukkan air sejuk (ais) dalam bekas besar yang muat untuk 4 biji telur. Telur yang baru masak tadi dipindahkan dalam bekas air sejuk.
Biar seketika.
6. Boleh buang kulit telur dan lihat hasilnya 🙂
Selamat mencuba 🤗
Saiz hidangan: 3-4 orang makan.
Kalau makan seorang, boleh dah buat makan pagi, lunch and dinner 😆😆😆 jimat masa kat dapur. Dulu-dulu masa kita bujang, makan gini je jimat!
11/12/2021
Hai Assalamualaikum..
Alhamdulillah hari ini 11/12/2021... Apa yang baik untuk anda hari ini?
Saya nak kongsi resepi baru lah. Saya baru buat (hehe) mungkin orang lain dah biasa buat.
Sushi Ayam Burger
Bahan inti (topping sushi)
1. 2 keping burger ayam (hancurkan)
2. 2 ulas bawang putih (cincang)
3. 2 biji bawang merah (cincang)
4. Serbuk lada hitam
5. Sesudu besar marjerin
6. Sedikit air
Sos cili dan mayonis optional.
Masak inti.
1. Tumis bawang dengan marjerin.
2. Masukkan serbuk lada hitam. Ayam cincang dan air. Masak sehingga sedikit garing.
Alhamdulillah siap sedia untuk dihidang di atas sushi. Resepi nasi sushi boleh lihat di sini
Cumanya nasi sushi hari ini saya tak guna cuka madu epal. Just cuka epal sahaja. Tengok gambar ye 🙂
Dan cara masak nasi sushi hari ini pun saya masuk bahan-bahan terus masa tanak nasi sushi tu. Alhamdulillah rasa nasi sushi lagi sebati. 🥰
-Selamat mencuba-
19/10/2021
Tips untuk menjadi anak dan menantu yang peka 🙃 Jom!
1. Minta maaf sebelum meninggalkan rumah.
- "ibu .. kakak minta maaf ye, kalau kakak ada tertinggal Pampers anak dekat tandas, ada tak perasan sampah-sampah kecil yang anak kakak tinggalkan, makan bersepah ke..."
Eh automatik, sebelum balik dari rumah mak ayah , kita akan biasa menitikberatkan hal-hal kebersihan, keselesaan mereka dan buang segala 'kotoran' itu.
2. Belajar bertanya apa yang parents mahu.
- "ibu .. nak kakak masak ke? Ibu mahu kakak beli apa-apa ke? Ibu mahu kakak bawa anak-anak sekali ke ibu nak ikut sekali?"
Selalu bertanya juga membuatkan kita akan lebih peka dengan perubahan emosi dan kemahuan ibu kita.
Kasihan, ibu tua hari ini menelan kesakitan menjadi ibu muda suatu ketika dahulu, dan sekarang menelan rasa tidak puas hati dengan anak-menantu p**a tanpa banyak bunyi. 😪
Tenang-tenang hati tua itu juga mahukan kehidupan yang tenang seperti sejuknya gambar ini.
Tenang-tenang hati ibu itu jugalah yang kerap menelan takutnya membuatkan anak-menantu berkecil hati takut-takut tiada kunjungan lagi.
Walhal suatu ketika dahulu mereka telah banyak menelan pahitnya kehidupan sebagai seorang ibu muda.
Ibu tua itu tidak mahu berkata-kata yang mengguris rasa sedangkan tatkala ibu kita memendam rasa boleh jadi saat itulah juga waktunya kita tanpa sedar menjadi anak 'derhaka'.
Wallahualam 🍂
18/10/2021
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد
Salam Maulidur Rasul 1443H/2021M kepada semua rakyat Malaysia dan seluruh umat Islam.
Selawat dan Salam buat Nabi Junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Kuala Terengganu
20100