HjhFaridahHjMamat

HjhFaridahHjMamat

Share

kedai amway anda ! http://601111972959cgdah Amway.bisness.owner๏ฟฝ

03/01/2024

Kat trg pun ade ni....๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

Jom buat

GULAI IKAN KERING KELANTAN

Bahan-bahan:
* 3-4 ekor ikan kering (dibasuh)
* Timun (dibelah kecil)
* 5-6 biji cili hijau
* 1 -2 keping nanas (dipotong dadu)
* Santan secukupnya - ikut jumlah kuah yang anda nak & jumlah ikan yang digunakan
* Garam, gula dan perasa secukupnya

Bahan Kisar:
* 1 biji bawang besar
* 4 ulas bawang putih
* 3-4 tangkai cili kering
* 1 biji cili merah
* 2-3 biji cili padi - jika nak rasa pedas
* 2 inci kunyit segar
* Sedikit lengkuas

Cara-cara:
1. Masukkan santan dan bahan kisar ke dalam kuali. Buka api dan biarkan mendidih. Pastikan santan selalu dikacau bagi mengelakkan kuah berketul.
2. Kemudian masukkan ikan kering, hirisan nanas, lada/ cili hijau dan timun.
3. Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Jangan letak garam terlalu banyak kerana ikan kering sudah memberikan rasa masin.
4. Asam keping juga tidak digunakan kerana nanas sudah memberikan rasa masam pada kuah.
5. Biarkan gulai mendidih sekali lagi dan boleh padamkan api.
6. Sedia untuk dinikmati.

Kredit: ZAT HERNANI

26/11/2023

Aamin ya robbb

17/01/2023
10/01/2023

๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

10/01/2023

Jom Buat Roti Ala Rotiboy Menggunakan Roti Burger

Hi, assalamualaikum semua. Harini saya nak share resepi ala-ala rotiboy menggunakan
roti burger je.haha. Senang, mudah,cepat, tak payah nak uli-uli tepung dah.

Resepi:

- 4 biji roti burger
- 1 1/2 sudu teh serbuk kopi instant
- 1 sudu teh air panas
- 1/2 biji telur
- 40g mentega salted (suhu bilik)
- 35g gula aising
- 40 g tepung gandum
- mentega dipotong cube
- gula pasir
..................................................
english recipe//

- 4 burger buns
- 1 1/2 teaspoons of instant coffee powder
- 1 teaspoon of hot water
- 1/2 egg
- 40g salted butter (room temperature)
- 35g of icing sugar
- 40 g wheat flour
- butter cut into cubes (salted)
- granulated sugar

06/10/2022

Jom try

KEK KUKUS PANDAN

(1 loyang bulat)

Bahan-bahan
1 cwn gula-
3 bji telur- }mix sampai gebuh & putih
1 sb ovelatte -

1/2 cawan minyak masak }
1/2 cawan susu cair }jangan di lebihkan

Pewarna hijau separuh tutup
Perisa pandan 1 penutup besar }blh ditukar kepada perisa strawberry , vanilla dan warna

2 cawan tepung gandum
1 st baking powder
-SODA BIKARBONAT TAK PERLU!
-PASTIKAN SUKATAN MINYAK & SUSU CAIR TIDAK LEBIH.

CARA-CARA:
1.Mixer gula,telur,ovelatte sampai gebuh &bewarna putih.
2.Masukkan minyak,susu cair,pewarna hijau & perisa pandan.
3.Mixer sampai sebati.
4.Masukkan tepung dan baking powder dan mixer sekejap tapi jangan lama.
5.Stop mixer dan kaup balik bahan tadi.

PERINGATAN:JANGAN LETAK SODA BIKARBONAT.
Kukus kek 30 minit dgn api sederhana & pastikan air mendidih sebelum mengukus.Tutup kepala pengukus dengan kain (balut)

CREAM CHEESE LELEH
1.Cream cheese Tatura 250 gram.
2.Susu cair suku cawan
3.Susu pekat manis setengah cawan.
(ikut manis sendiri)
4.Mixer semua sampai gebu.

-Selepas kek masak ,tunggu kek betul2 sejuk.Untuk layer , kek dengan cheese, keluarkan kek dari loyang letak dalam pinggan potong @ belah tengah dan letak cream cheese.Letak semula kek yg dipotong tadi dan letak cream cheese & ratakan.
-Parut cheddar cheese atas kek..

โ€ขHarap blh faham la ya..

Kredit : Ezzah Nurafiqah

05/10/2022

๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’

Kek Keju 4 bahan jerr

Bahan-bahan & caranya :

Cream cheese 200g
Telur gred A 5biji
Susu pekat stgh tin
Selfrising flour 1cawan

Asing putih telur dan kuning

1)Beat putih telur dlu sampai kembang. Soft peak, bertanduk. Terbalikkan mangkuk tgok ia jadi atau x. Da siap (ketepikan)

2)Creamcheese , susu stgh tin pukul sampai kembang. Masukkan kuning telur satu persatu dan kaup balik pakai spatula je masukkan tepung sikit2 kacau sampai sebati.
3)campurkan adunan putih telur dan adunan cream cheese, kaup balik sehingga kedua2 adunan bercampur sebati.

4)Sy guna loyang petak size 6.
Griskan loyang dgn minyak. Lapik dasar loyang, tepi loyang x yah lapik baking paper.

5)Masukkan adunan yg dah sbati dalam loyang. Bakar kaedah bain marie api atas bawah suhu 130-150 selama 1jam atau lebih dbergantung oven masing2)

6)Dah masak, rehat 2 mnit dlam oven.panas2 terus terbalikkan kek.

Keaadan kek bukan mcm cotton cheese cake ye, teksture kek ni agak kenyal dan creamy penuh keju terasa.

Kredit resepi : Nurul Athira

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuala?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Kuala
21300