Kelulut Tamang
Menternak dan membekalkan madu lebah kelulut asli.
06/06/2025
Pengorbanan kecil kita hari ini boleh menumbuhkan rahmat besar hari esok.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1446H/ 2025M.
05/06/2025
Rezeki berjumpa dengan Cikgu Aman dalam Kembara Kelulut Pantai Timur 2025. Cikgu Aman merupakan pesara cikgu yang sangat aktif dalam dunia lebah kelulut di Gemas, Negeri Sembilan. Pernah juga bawa anak murid ke galeri Kelulut ManJa milik cikgu Aman.
InsyaAllah ada peluang hidupkan taman lebah kelulut sekolah di Kuala Terengganu yang berkait rapat dengan kelestarian alam dan bidang STEM serta kemenjadian murid.
05/06/2025
Menerima kunjungan Cikgu Yusri Yusri dan Cikgu Paridah dari Tampin, Negeri Sembilan.
Satu ketika selalu menuntut ilmu lebah kelulut di rumah Cikgu Yusri di Tampin dahulu.
Sempat juga Cikgu Yusri berpesan supaya tambahkan lagi sarang lebah kelulut di sini kerana persekitarannya yang sesuai bagi mendapatkan madu kelulut aroma kampung berkualiti.βΊοΈ
Semoga ukhwah sentiasa berpanjangan.
03/06/2025
Nampak kemas dan cantik je kan sarang lebah kelulut Kelulut Tamang berbumbung kuning.
Sangat sesuai untuk memberi perlindungan dan ketahanan sarang lebah kelulut terhadap cuaca panas terik dan hujan lebat serta dapat meningkatkan produktiviti madu lebah kelulut.
RM50 sahaja.
Boleh pm bumbung kelulut / atap kelulut sekiranya berminat. ππ‘
02/06/2025
Ambil peluang kemas site 1 Kelulut Tamang pada cuti sekolah.
23/05/2025
Alhamdulillah. Pagi indah Jumaat 23 Mei 2025.
Menjadi peserta pempamer pada Majlis Perasmian Kelulut@Drawbridge 3.0 bertema βMadu tempatan Pilihan Eksklusif Andaβ bersempena Hari Lebah Sedunia yang jatuh pada 20 Mei setiap tahun anjuran bersama Jabatan Pertanian Terengganu, Terengganu Drawbridge dan PELEKAT.
Majlis turut dimeriah dengan kehadiran peserta-peserta Kembara Kelulut Pantai Timur 2025 yang terdiri sifu-sifu pencinta lebah kelulut tanah air Malaysia.
Terima kasih atas pengalaman, pembelajaran, sokongan dan perkongsian ilmu dunia makhluk kecil lebah kelulut ini. Semoga ukhwah kita berpanjangan dan sentiasa berada dalam lindungan Allah. π
21/05/2025
Alhamdulillah.
Kelulut Tamang antara peserta Geran Agropreneur Muda.
Jika ada yang berminat serta memenuhi syarat, boleh whatsApp untuk pertanyaan.
βοΈ https://keluluttamang.wasap.my/
π±β¨ Anak muda yang minat bercucuk tanam, bela ternak atau projek pertanian... ni berita baik untuk korang! β¨π±
Korang tahu tak, sekarang kerajaan tengah buka GERAN AGROPRENEUR MUDA START-UP βΌοΈ
Kalau korang umur 18 hingga 43 tahun dan ada minat dalam bidang pertanian, penternakan, perikanan atau apa-apa je berkaitan industri asas tani, korang layak mohon!
πΈ Dapat bantuan barangan bernilai hingga RM30,000
β Tak perlu bayar balik pun! Best kan?
π Permohonan dibuka sepanjang tahun β boleh mohon bila-bila je!
π² Apply online kat sini π https://egam.kpkm.gov.my
Atau korang boleh je terus tanya kat jabatan/agensi macam DOA, DOF,FAMA, MADA, LPP, KADA & lain-lain di bawah KPKM untuk bimbingan.
Tak rugi cuba, rezeki tak salah alamat! πΎπ
Kelulut Tamang
-madu lebah kelulut asli-
βοΈ https://keluluttamang.wasap.my/
20/05/2025
Selamat Hari Lebah Sedunia.
25 Mei 2025.
Terima kasih makhluk kecil, Sang Lebah kerana sentiasa memainkan peranan penting dalam mengekalkan kelestarian dalam kehidupan seharian.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Kuala