Herba Keluarga Bahagia

Herba Keluarga Bahagia

Share

Herba Asli T.Ali 100% Original Bumiputera Lulusan KKM

AAN T.ALI 08/04/2022

Untuk sebarang urusan dan tempahan boleh hubungi kami di link wasap di bawah

AAN T.ALI Business Account

24/03/2022

Umum mengetahui khasiat Tongkat Ali adalah untuk meningkatkan syhawat atau tenaga bagi orang lelaki. Akan tetapi selari dengan peredaran zaman dengan teknologi moden serta kajian secara mendalam yang telah dilakukan oleh pakar-pakar dari dalam dan luar negara telah menemukan beberapa khasiat lain yang terdapat pada akar Tongkat Ali.
Menurut Pengarah Kanan Bahagian Tumbuhan Perubatan FRIM, Dr Rasadah Mat Ali, penyelidikan khasiat Tongkat Ali bermula pada 1999 yang mana pihaknya terlibat mengkaji bahan kimia dan juga genetik tumbuhan tersebut.
“Hasil kajian kita mendapati penanda kimia tongkat ali sejenis bahan di namakan eurikomanon dan juga sebatian aktif,” katanya.
Penyelidikan tersebut dijalankan di bawah projek utama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) iaitu Program Perkongsian Bioteknologi Malaysia-Institut Teknologi Massachusetts (MIT). Kajian kimia mendapati kewujudan sebatian aktif seperti eurikomanon, eurikomalakton dan eurikomanol (qussinoids) yang banyak di dalam akar.
Sebatian ini telah dikenal pasti berkeupayaan untuk meningkatkan penghasilan hormon testosterone (androgenic) yang diperlukan dalam fungsi kelelakian. Sebatian yang menyebabkan aktiviti tersebut telah dikenal pasti berpotensi untuk dibangunkan sebagai produk nutraseutikal atau farmaseutikal untuk rawatan masalah hormon dan kesuburan.
Hasil kajian juga mendapati bahawa tongkat ali mempunyai sebatian aktif anti malaria dan anti kanser tetapi kajian lanjut mengenai tumbuhan herba tersebut masih dijalankan

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuala?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Kuala
Kuala