Azlina Ibrahim
KESIHATAN & KECANTIKKAN
07/02/2026
Terkadang Allah hantarkan kepada kita orang-orang yang baik, sebab kita masih kurang baik. Dan terkadang p**a, Allah menarik kembali mereka, kerana Allah ingin lihat kita berubah menjadi baik sebab Allah atau dengan sebab manusia.
07/12/2025
๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐ฎ๐ค๐๐ง ๐๐๐ค๐๐๐๐ซ ๐๐๐๐๐๐ก: ๐๐๐ง๐๐ฆ๐ฎ๐๐ง ๐๐๐ข๐ง๐ฌ ๐๐ข ๐๐๐๐๐ฅ๐ข๐ค ๐๐ข๐ค๐ฆ๐๐ก ๐๐๐ก๐๐ฃ๐ฎ๐
Dalam Islam, Rasulullah SAW mengajarkan umatnya untuk melaksanakan solat tahajud, satu ibadah yang dilaksanakan pada waktu malam setelah tidur. Banyak yang menganggap tahajud hanya sebagai amalan spiritual, tetapi apabila dikaji dari sudut sains dan kesihatan, amalan ini ternyata membawa manfaat yang luar biasa untuk tubuh manusia.
๐๐ฎ๐๐ฎ๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ค๐ญ๐ฎ ๐-๐ ๐๐๐ ๐ข ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ฆ๐๐ญ๐ข๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐ข๐๐ฎ๐ซ
Kajian saintifik menunjukkan bahawa tubuh manusia berada dalam keadaan paling lemah pada jam 3 hingga 4 pagi. Ini disebabkan oleh perubahan fisiologi yang berlaku ketika tubuh mencapai tahap paling rendah dalam circadian rhythm, iaitu jam biologi badan kita. Pada waktu ini:
โช๏ธTekanan darah berada pada tahap paling rendah.
โช๏ธPernafasan menjadi perlahan, dan paras oksigen dalam darah juga menurun.
โช๏ธAktiviti sistem imun juga cenderung menurun, meningkatkan risiko kematian bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik atau sistem imun yang lemah.
Namun, perintah Rasulullah SAW untuk bangun pada waktu ini bagi melaksanakan solat tahajud sebenarnya memberikan manfaat besar. Ia berfungsi sebagai satu cara untuk "mengaktifkan" kembali sistem tubuh yang berada dalam keadaan rehat mendalam, sekaligus meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.
๐๐๐ข๐ญ๐๐ง ๐๐ข๐๐ฎ๐ซ ๐๐ฐ๐๐ฅ ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ข๐ก๐๐ญ๐๐ง
Rasulullah SAW melarang umatnya daripada bercakap-cakap selepas solat Isyak, melainkan untuk perkara penting. Ini kerana baginda menggalakkan umatnya tidur awal supaya dapat bangun untuk solat tahajud. Sains moden menyokong amalan ini:
1. Tidur awal meningkatkan kualiti tidur:
Tidur awal membantu tubuh mencapai fasa deep sleep yang lebih panjang, di mana pemulihan sel dan regenerasi tubuh berlaku.
Tidur yang berkualiti membantu menyeimbangkan hormon, termasuk melatonin dan kortisol, yang penting untuk kesihatan mental dan fizikal.
2. Bangun awal meningkatkan metabolisme:
Aktiviti fizikal seperti solat tahajud meningkatkan kadar metabolisme pada waktu pagi, membantu tubuh bersedia untuk aktiviti haria
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Address
Kuala