NSZ HQ
Selling inspired perfume
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Muslim Yang Utama
عَنْ أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الْإِسْلَامِ أَفْضَلُ قَالَ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ
Daripada Abu Musa RA berkata: 'Wahai Rasulullah, Islam manakah yang paling utama?" Rasulullah SAW menjawab: "Siapa yang kaum Muslimin selamat dari lisan dan tangannya".(HR Bukhari No: 10) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Islam mengajar umatnya agar sentiasa memiliki akhlak yang mulia.
2. Menjaga lisan daripada menuturkan sesuatu yang buruk terhadap orang Islam lain seperti mengumpat, menghina, mencela, mengadu domba dan lain-lain adalah dituntut.
3. Memelihara tangan dari melakukan perbuatan keji dan menyakiti Muslim lain bukan hanya memukul malah termasuk menulis dan menyebarkan sesuatu yang berbentuk umpatan, fitnah, menghina, mengadu domba dan lain-lain.
4. Mudahnya orang pada hari ini melakukan dosa besar yang diterjemahkan dalam bentuk tulisan sesuatu yang mengaibkan peribadi seseorang, mengumpat, memfitnah, mengadu domba di media elektronik dan diviralkan seperti FB, Whatsapp, telegram, tanpa sedikitpun terdetik dihati bahawa apa yang diperkatakan, yang ditulis akan diminta pertanggungjawaban dihadapan Allah. Firman Allah:
إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَٰئِكَ كَانَ عَنۡهُ مَسُۡٔولٗا
“Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati nurani, semua anggota itu tetap akan diminta pertanggungjawabannya (ditanya di akhirat) tentang apa yang dilakukannya.” (Surah Al-Isra 17 ; Ayat 36)
5. Imam al-Khaththabi berkata, hadis ini bermaksud bahawa kaum muslimin yang paling utama adalah orang yang selain menunaikan hak-hak Allah dengan baik, dia juga dituntut menunaikan hak-hak sesama kaum muslimin dengan baik p**a.
Jadilah Muslim yang utama dengan menjaga lisan dan tangan kita daripada menyakiti dan menzalimi orang lain termasuk menulis juga mentularkan di media sosial.
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Prihatin Saling Menyayangi
عن أبي موسى الأشعري أنه سمع النبي - صلى الله عليه وسلم - يقول : " لَنْ تُؤْمِنُوا حَتَّى تَرْحَمُوا " . قَالُوا : يَا رَسُولُ الله كُلُّنَا رَحِيم . قال : " إِنَّهُ لَيسَ بِرَحْمَةِ أَحَدِكُمْ صَاحِبَهُ وَلَكِنَّهَا رَحْمَةَ النَّاسِ رَحْمَةَ الْعَامَّةِ
Daripada Abi Musa al-Asyari, sesungguhnya aku mendengar Nabi SAW bersabda: Kamu tidak dianggap beriman sehingga kamu saling menyayangi. Para sahabat berkata: Wahai Rasulullah, kami semua adalah penyayang. Rasulullah SAW bersabda: Kasih sayang yang dimaksudkan bukanlah kasih sayang di antara kalian sahaja bahkan kasih sayang kepada seluruh manusia dan seluruh makhluk. (HR Tobrani No 13671) Status: Hadis Sahih
Pengajaran
1. Sikap Prihatin, saling sayang menyayangi antara sesama makhluk berkait rapat dengan Imannya kepada Allah.
2. Tuntutan menyayangi bukan hanya kepada sesama Muslim malah kepada orang bukan Islam juga seluruh makhluk yang lain dengan memberi hak mereka sewajarnya.
3. Sifat berkasih sayang adalah fitrah yang dianugerahkan oleh Allah kepada semua makhluk yang bernyawa. Bukan hanya kepada manusia tetapi juga kepada binatang. Naluri kasih sayang selalu ada pada manusia seperti kasih sayang kepada orang tua, orang muda, kanak-kanak, serta sesama manusia.
4. Menurut Ibnu Qayyim: Kasih sayang adalah sifat memberi manfaat dan kebaikan kepada orang lain dan bersedia bersusah payah mendatangkan kebaikan dan menjauhkan keburukan kepada orang lain.
5. Allah menyayangi orang yang menyayangi sesama makhluk. Rasulullah SAW bersabda:
إنما ير حم الله من عباده الرحماء
Allah hanya akan menyayangi hamba yang menyayangi (makhluk-Nya) HR Bukhari dan Muslim
Ayuh sempena menyambut perayaan kemerdekaan Malaysia 31hb Ogos mari kita tunaikan tuntutan iman untuk bersifat Prihatin, dengan menyayangi orang lain bukan saling memusuhi. Sayangi Malaysiaku. Malaysia Prihatin.
27/08/2021
Terima kasih membeli dengan kami.
Semoga diberi kesembuhan dan kesihatan yang baek.
Allahumma Aamiin
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Tanggungjawab Orang Beriman
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِمُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ حِينَ بَعَثَهُ إِلَى الْيَمَنِ إِنَّكَ سَتَأْتِي قَوْمًا أَهْلَ كِتَابٍ فَإِذَا جِئْتَهُمْ فَادْعُهُمْ إِلَى أَنْ يَشْهَدُوا أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لَكَ بِذَلِكَ فَأَخْبِرْهُمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ فَرَضَ عَلَيْهِمْ خَمْسَ صَلَوَاتٍ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لَكَ بِذَلِكَ فَأَخْبِرْهُمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ فَرَضَ عَلَيْهِمْ صَدَقَةً تُؤْخَذُ مِنْ أَغْنِيَائِهِمْ فَتُرَدُّ عَلَى فُقَرَائِهِمْ فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لَكَ بِذَلِكَ فَإِيَّاكَ وَكَرَائِمَ أَمْوَالِهِمْ وَاتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ فَإِنَّهُ لَيْسَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ اللَّهِ حِجَابٌ
Daripada Ibnu Abbas RA berkata; Rasulullah SAW bersabda kepada Mu'adz bin Jabal RA ketika baginda mengutusnya ke Yaman: "Sesungguhnya kamu akan mendatangi kaum Ahlul Kitab (Yahudi dan Nasrani), jika kamu sudah mendatangi mereka maka ajaklah mereka itu untuk mengucap syahadah bersaksi bahawa tidak ada illah yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah. Jika mereka mengikuti seruan kamu, maka hendaklah kamu beritahu kepada mereka bahawa Allah telah mewajibkan bagi mereka solat lima waktu sehari semalam. Jika mereka mengikuti seruan kamu, maka beritahu kepada mereka bahawa Allah mewajibkan bagi mereka zakat yang diambil dari kalangan orang mampu dari mereka untuk diagihkan kepada orang yang faqir dari kalangan mereka. Jika mereka mentaati kamu dalam hal itu maka janganlah kamu mengambil harta-harta terhormat mereka dan takutlah terhadap doa orang yang dizalimi kerana antara dia dan Allah tidak ada hijab (sekatan yang menghalangi)". (HR Bukhari No: 1401) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Menjadi tanggungjawab dalam berdakwah untuk menyeru orang ramai supaya beriman kepada Allah dan Rasul dengan cara mengakui Allah yang menjadikan sekalian alam dan mentadbir sekalian makhluk di samping mentaati seruan dan perintah yang dibawa oleh Rasulullah.
2. Menjadi tanggungjawab orang yang beriman untuk melaksanakan perintah solat yang wajib lima kali sehari semalam sebagai tanda ketundukan dan kepatuhan kepada Pencipta.
وَٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلۡخَٰشِعِينَ ٤٥
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk (Al-Baqarah: 45)
3. Menjadi tanggungjawab orang beriman yang memiliki harta untuk mengeluarkan sebahagian daripada harta mereka sebagai zakat kepada golongan fakir miskin yang memerlukan bagi melahirkan kehidupan yang rahmah dan harmoni.
4. Sebagai pemimpin dan pentadbir, diingatkan agar tidak sekali-kali menyalah gunakan kuasa untuk sebarang kepentingan diri dengan memerah rakyat bawahan, menyakiti mereka serta menzalimi mereka.
5. Rasulullah SAW mengingatkan bahawa doa orang yang dizalimi itu amat mudah dimakbulkan Allah kerana tidak ada hijab antara dia dengan Allah.
Jangan sekali-kali kita menzalimi orang lain kerana kedudukan orang yang dizalimi itu amat dekat dengan Allah.
25/08/2021
Salam Maghrib 😚😚😚
24/08/2021
"ALHAMDULILLAH SERONOKKKKK SANGAATTT BILA ANAK DAH TAK MARAH MARAH LAGI"
Yela sebelum sebelum ni kita tegur sikit melawan hentak hentak pintu, sedih rasa hati ni..
Lepas je buat mandian Garam Bukit Terapi Syifa ni, Alhamdulillah banyak sangat kurang nya. Kita cakap pon dah tak melawan lagi..
Jom cegah sebelum parahh !!
Antara kelebihan mandian Garam Bukit Terapi Syifa ni;
💥 Menghilangkan Aura² Negatif dalam dan luar tubuh badan
💥 Menghilangkan bisa² di tubuh badan
💥 Menyerap asid, toksik dan racun dalam darah
💥 Merawat dan menghindari gangguan makhluk halus
💥 Melancarkan peredaran darah
💥 Melegakan stress, sakit kepala dan migrain
💥 Dan banyak lagi yang bakal dirasai oleh pengguna Garam Bukit Terapi ini
Nak cuba Garam Bukit Terapi Syifa ni?
Klik link whatsapp ni untuk sebarang pertanyaan www.wasap.my/60105471146/GaramBukitTerapiSyifa
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Golongan Yang Dinaungi Di Akhirat
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ إِمَامٌ عَادِلٌ وَشَابٌّ نَشَأَ بِعِبَادَةِ اللَّهِ وَرَجُلٌ كَانَ قَلْبُهُ مُعَلَّقًا بِالْمَسْجِدِ إِذَا خَرَجَ مِنْهُ حَتَّى يَعُودَ إِلَيْهِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ فَاجْتَمَعَا عَلَى ذَلِكَ وَتَفَرَّقَا وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ حَسَبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ
Daripada Abu Sa'id RA, Rasulullah SAW bersabda: "Tujuh (golongan) yang akan dinaungi Allah pada hari di mana tidak ada naungan lain kecuali naunganNya; pemimpin adil, pemuda yang tumbuh dalam beribadah kepada Allah, orang yang hatinya terikat dengan masjid bila ia keluar meninggalkannya hingga ia kembali lagi, dua orang yang saling mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul kerana itu dan berpisah kerana itu, orang yang mengingat Allah saat menyendiri lalu kedua matanya berlinang, lelaki yang diajak oleh wanita yang memiliki kedudukan dan kecantikan (melakukan kejahatan) lalu ia berkata: Aku takut Allah, seseorang bersedekah lalu menyembunyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya." (Sunan Tirmidzi No: 2313) Status: Hadis Hasan Sahih
Pengajaran:
Setiap manusia akan dibangkitkan dan melalui kesusahan dan kepayahan padang mahsyar kecuali orang yang mendapat perlindungan dari Allah di Padang Mahsyar. Tujuh golongan orang yang akan mendapat perlindungan Allah di hari akhirat:
1. Pemimpin yang adil
2. Pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah
3. Orang yang hatinya sentiasa tertambat ke masjid
4. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul dan berpisah kerana kecintaan kepada Allah.
5. Orang yang mengingat Allah ketika bersendirian lalu berlinangan air matanya
6. Lelaki yang diajak oleh wanita kaya dan cantik melakukan kejahatan, lalu ia enggan dan berkata berkata: Aku takut Allah
7. Seseorang yang bersedekah lalu menyembunyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.
Berusahalah menjadi orang yang mendapat naungan dan RAHMAT Allah di hari Kiamat. Antara orang yang akan mendapat naungan dan perlindungan di padang mahsyar ialah mereka yang saling mencintai sesama mereka semasa di dunia kerana Allah.
Semoga kita menjadi salah seorang yang mendapat naungan di hari kiamat kerana saling cinta mencintai sesama Muslim semata-mata kerana Allah semasa kita hidup di dunia ini.
10 MANFAAT MINYAK KASTURI
Tahukah anda apakah manfaat yang dapat anda peroleh daripada minyak kasturi?
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam yang lain, kasturi didapati mempunyai terlalu banyak khasiat dan keistimewaan, antaranya:
1) Memberi kekuatan pada roh
Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi merupakan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW: “Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim).
2) Memberi Ketenangkan Jiwa
3) Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
4) Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
5) Menghilangkan debaran jantung (menstabilkan denyutan)
6) Menghilangkan Sesak Nafas
7) Melegakan Lelah (Penyakit Asma)
Mampu menyedarkan orang yang pengsan
9) Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
10) Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Pemimpin Yang Allah Tutup Rahmat dan Bantuan
مَنْ وَلَّاهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ شَيْئًا مِنْ أَمْرِ الْمُسْلِمِينَ فَاحْتَجَبَ دُونَ حَاجَتِهِمْ وَخَلَّتِهِمْ وَفَقْرِهِمْ احْتَجَبَ اللَّهُ عَنْهُ دُونَ حَاجَتِهِ وَخَلَّتِهِ وَفَقْرِهِ
"Barangsiapa yang Allah 'azza wajalla serahkan kepadanya sebahagian urusan orang muslim (kepimpinan) namun ia menutup diri dari melayani keperluan mereka dan kefakiran mereka, nescaya Allah menutup diri darinya dan tidak melayani keperluannya, serta kefakirannya (pada hari kiamat)." (Sunan Abu Daud No: 2559) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap orang yang diberikan tanggungjawab kepimpinan perlu memiliki sikap amanah dan adil menunaikan kewajipan mereka yang berada di bawah kepimpinannya.
2. Antara tanggungjawab kepimpinan ialah sentiasa memenuhi keperluan mereka yang berada di bawah kepimpinannya di samping membantu kesusahan yang dialami bukan menyusahkan mereka.
3. Pemimpin yang tidak mengindahkan keperluan dan kesusahan orang yang berada di bawah kepimpinannya, nescaya Allah juga tidak akan memenuhi keperluan dan kesusahannya pada hari Kiamat kelak.
4. Sebagai pemimpin dimana sahaja peringkat kepimpinan, berusahalah memenuhi keperluan mereka yang berada di bawah kita tanpa mengira bangsa, agama mahupun kump**an.
5. Pemimpin yang dilantik mesti bersedia menjadi khadam kepada rakyat. Bukan rakyat yang terpaksa menjadi khadam kepada pemimpin.
Jadilah pemimpin yang berintegriti, sentiasa prihatin dan berusaha memenuhi keperluan orang yang berada di bawah kepimpinannya.
GARAM TERAPI SYIFA' 1001 MANFAAT
Garam Bukit ini telah diprogramkan khusus sebagai satu ikhtiar penyembuhan segala penyakit medis dan non medis.
GARAM BUKIT INI BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI RENDAMAN KAKI ATAU MANDIAN. TATACARA PENGGUNAAN AKAN SAYA AJARKAN KHUSUS UNTUK PENGGUNA GARAM TERAPI SYIFA INI
Antara khasiat GARAM TERAPI SYIFA;
⚡MENYERAP AURA NEGATIF DALAM TUBUH BADAN DAN SEBAGAI BALANCING AURA TUBUH SUPAYA SENTIASA POSITIF
⚡MENYERAP BISA BISA BADAN
⚡MENYERAP ASID, TOKSIK DAN RACUN DALAM DARAH
⚡MENGHINDARI GANGGUAN GANGGUAN JIN/ SIHIR
⚡MELANCARKAN PEREDARAN DARAH
⚡MELEGAKAN SAKIT OTOT, SENDI, SARAF DAN TULANG
⚡MENGURANGKAN STRESS
⚡MENINGKATKAN SISTEM IMUNISASI BADAN
⚡MELEGAKAN SAKIT KEPALA/ MIGRAIN
⚡MENGURANGKAN SAKIT DAN SENGAL SENGAL DI KAKI SELEPAS SEHARIAN BEKERJA
⚡MELEGAKAN DAN MENGURANGKAN KESAKITAN DARI SAKIT GOUT
DAN BANYAK LAGI KHASIAT YANG BAKAL DIRASAI OLEH PENGGUNA GARAM TERAPI SYIFA
Yang nak kekal sihat dan positif boleh terus whatsapp kami di;
Tanjong Karang
Pn Jana - www.wasap.my/601123315473
Pn Asmidar - www.wasap.my/60189517174
Kuala Selangor
Pn Salijah - www.wasap.my/60133948270
Puncak Alam
En. Wan - www.wasap.my/60105471146
Meru/ Bukit Kapar
Pn Jiha - www.wasap.my/60133697668
**Kita hanya ikhtiar, penyembuhan adalah hak mutlak Allah SWT
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Pemimpin & Pembantu Jujur
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِالْأَمِيرِ خَيْرًا جَعَلَ لَهُ وَزِيرَ صِدْقٍ إِنْ نَسِيَ ذَكَّرَهُ وَإِنْ ذَكَرَ أَعَانَهُ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهِ غَيْرَ ذَلِكَ جَعَلَ لَهُ وَزِيرَ سُوءٍ إِنْ نَسِيَ لَمْ يُذَكِّرْهُ وَإِنْ ذَكَرَ لَمْ يُعِنْهُ
Daripada Aisyah RA, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Apabila Allah menghendaki kebaikan pada diri pemimpin maka Allah akan menjadikan baginya menteri (pembantu) yang jujur, apabila ia lupa maka ia akan mengingatkannya dan apabila ia ingat maka ia akan membantunya. Dan apabila Allah menghendaki selain itu (keburukan) pada diri seorang pemimpin maka Allah jadikan baginya menteri (pembantu) yang buruk, apabila ia lupa maka ia tidak mengingatkannya, dan apabila ia ingat maka ia tidak membantunya." (HR Abu Daud No: 2543) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Pemimpin memikul tugas dan tanggungjawab yang berat. Pemimpin memerlukan pembantu yang boleh meringankan tugas kepimpinan.
2. Jika Allah mahukan kebaikan kepada pemimpin, nescaya akan diberikan kepadanya pembantu yang baik dan jujur. Pembantu yang baik, akan berusaha dengan kemahiran yang ada membantu melaksanakan tugas-tugas ketua dengan cemerlang dan sentiasa diredhai Allah.
3. Pembantu dan pekerja yang baik memiliki sifat kuat dan amanah seperti firman Allah:
إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَئْجَرْتَ الْقَوِىُّ الاَمِينُ
Sesungguhnya sebaik-baik orang yang engkau ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah. [al-Qasas:26]
Sebaik-baik pekerja ialah yang memiliki dua sifat iaitu kuat yang merujuk kepada kemampuan melaksanakan tugas (kompeten) dan amanah yang merujuk kepada orang yang dipercayai dan takut kepada Allah serta tidak menyeleweng (Integriti).
4. Pembantu yang baik akan memberikan maklumat yang tepat dan benar kepada ketua agar tindakan dapat diambil dengan tepat dan hikmah.
5. Pembantu yang jujur, akan mengingatkan kepada ketua jika lupa atau silap dan akan segera membantu, bukan turut sama mengiakan kesilapan.
6. Pemimpin atau ketua sewajarnya melantik pembantu yang benar-benar layak, amanah, berintegriti dan memiliki kompeten (kemampuan) untuk membantunya memimpin organisasi atau Negara dengan baik.
7. Jika kita sebagai ketua, pastikan pembantu yang dipilih benar-benar layak dan sentiasa bersedia mengingatkan pemimpin bukan hanya pembodek dan pengambil kesempatan.
8. Sebagai pemimpin kita perlu berintegriti, memiliki kompeten, berkemampuan dan amanah yang akan memacu kemakmuran dan kestabilan Negara.
Jika kita pembantu, jadilah kita orang yang berusaha memastikan ketua kita berada di atas landasan yang betul dan diredhai Allah bukan membiarkan ketua berterusan dalam kemurkaan Allah.
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Pemimpin dan Tanggungjawab
عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ أَلَا كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُمْ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ بَعْلِهَا وَوَلَدِهِ وَهِيَ مَسْئُولَةٌ عَنْهُمْ وَالْعَبْدُ رَاعٍ عَلَى مَالِ سَيِّدِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُ أَلَا فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ
Daripada Ibnu Umar RA dari Nabi SAW, bahawa baginda bersabda: "Ketahuilah, setiap kalian adalah pemimpin, dan setiap kalian bertanggung jawab atas apa yang dipimpinnya. Seorang pemimpin yang memimpin rakyat akan bertanggung jawab atas rakyatnya, seorang laki-laki adalah pemimpin atas keluarganya, dan dia bertanggung jawab atas mereka semua, seorang wanita juga pemimpin atas rumah suaminya dan anak-anaknya, dan dia bertanggung jawab atas mereka semua, seorang hamba adalah pemimpin atas harta tuannya, dan dia bertanggung jawab atas harta tersebut. Setiap kalian adalah pemimpin dan akan bertanggung jawab atas kepemimpinannya." (HR Muslim No: 3408) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap orang dari kalangan kita adalah pemimpin yang mempunyai amanah dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan. Antaranya:
a. Sebagai menteri, wakil rakyat, ketua jabatan dan sebagainya, ia memiliki amanah dan tanggungjawab ke atas rakyat dan orang bawahannya.
b. Sebagai lelaki, ia memiliki amanah dan bertanggungjawab kepada ahli keluarganya seperti sebagai suami, bapa mahupun anak lelaki.
c. Sebagai wanita, ia memiliki amanah dan tanggungjawab ke atas suami dan anak-anaknya
d. Sebagai hamba, ia memiliki amanah dan tanggungjawab ke atas harta tuannya. Sebagai pekerja, kita ada amanah dan tanggungjawab terhadap majikan untuk dlaksanakan selagi tidak bercangah dengan syarak.
2. Setiap pemimpin perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh serta berupaya mewujudkan keamanan, keselamatan dan kesejahteraan kepada pengikut yang berada di bawah kepimpinannya. Bukan menggunakan jawatan untuk kepentingan diri.
3. Kepimpinan bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan (tasyrif) tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah (taklif). Segala amanah dan tanggungjawab yang diterima akan dipersoal setiap satu di hari kiamat.
4. Hakikat kepemimpinan adalah bertanggungjawab mewujudkan kesejahteraan. Seorang bapa bukan hanya sekadar memberi makan dan minum kepada anak-anaknya tetapi perlu berusaha memenuhi standard keperluan makanan yang baik dan berzat. Bukan hanya keperluan material malah juga keperluan pendidikan dan kerohanian.
5. Seorang pemimpin seperti pak menteri, bukan hanya menjadi “pemerintah” sahaja, namun yang lebih penting berupaya mewujudkan kestabilan, menangani krisis, memulihkan ekonomi. Mampu mengangkat rakyatnya dari jurang kemiskinan kepada kesejahteraan. Tidak hanya berjaya melahirkan tokoh-tokoh korporat dari kalangan kawan rapat malah rakyat seluruhnya. Bukan hanya membangunkan kehidupan rakyat yang terdiri daripada ahli parti yang menyokongnya malah seluruh anggota rakyat di bawah pemerintahannya.
Berusahalah menjadi pemimpin yang kompeten dan berintegriti. Jauhi rasuah. Semoga Allah membantu setiap kita dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab dalam kepimpinan ini.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
13/1H Eco Grandeur
Kuala
42300