Foundation Younaa Wanita
Whatssap 014-320 3227 utk keterangan lanjut!!
09/05/2016
Makanan Kesihatan Wanita.Makanan kesihatan kaum wanita haruslah lebih berkhasiat agar anda boleh mengekalkan pemakanan seimbang.
Wanita perlu mempunyai keperluan pemakanan yang berzat bagi menjaga kesihatan dan mengekalkan tenaga di kala usia yang semakin lanjut.8 jenis makanan ini mengandungi nutrisi yang diperlukan untuk menjaga kesihatan tubuh wanita. Kalsium, asid lemak Omega 3, antioksidan dan beberapa jenis mineral serta vitamin adalah nutrisi yang tidak boleh dipinggirkan dalam menu makanan wanita pada setiap hari.
Antara Makanan Kesihatan Wanita Adalah :
1. Protein Soya
Protein soya yang terdapat dalam tauhu, susu , mentega atau bijirin bagus untuk kesihatan jantung anda. Ia membantu anda mengurangkan tahap kolestrol dakam badan. Pratikkan untuk mengambil sekurang – kurangnya 25 gram protein soya setiap hari.
Baca Juga: Kebaikan Soya
2. Bijirin
Bijirin penuh membantu mencegah masalah pencernaaan yang lazimnya di alami oleh kaum wanita. Makanan bijirin penuh termasuk beras perang, roti gandum, dan barli.
3. Makanan Tinggi Folic
Makanan tinggi kandungan folic yang terdapat dalam asparagus, buah oren dan kekacang adalah penting untuk wanita mengandung. Ia bertujuan memastikan produksi tiub saraf yang betul dan kesihatan jantung untuk janin.Pastikan anda mengambil sekurang – kurangnya 400 mikrogram (mcg) setiap hari.
Baca Juga: Asid Folic
4. Jus Cranberi
Mungkin ada di antara anda tidak menyukai rasanya yang masam, tetapi tahukah anda jus cranberi membantu mencegah bakteria daripada melekat pada dinding pundi kencing anda sekaligus mencegah jangkitan pada saluran kencing.Penyelidikan baru juga membuktikan bahawa kranberi boleh mengekalkan kesihatan kardiovaskular.
5. Air
Air adalah penting untuk semua proses metabolik dalam badan, Ia juga membantu sistem penghadaman, kawalan berat badan dan juga kesihatan kulit. Minum 8 hingga 10 gelas sehari adalah penting untuk memastikan kandungan air dalam badan anda mencukupi.
Baca Juga: Kebaikan Air Suam
6. Sayuran hijau
Sayuran hijau menyediakan nutrien dan serat yang penting untuk badan. Kata orang-orang tua, lebih pahit rasa sayuran itu, lebih banyak khasiatnya. Cuba makan sekurang-kurangnya tiga hidangan setiap hari.
Baca Juga: Makanan Pahit
7. Makanan Vitamin C
Buah-buahan termasuk sitrus, strawberi, lada merah, lada hijau, sawi, brokoli, bayam, tomato, kentang, kiwi, jambu dan pasli. Di samping menyumbang kepada kesihatan menyeluruh, buahan – buahan yang kaya dengan Vitamin C dan anti oksidan yang dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit jantung kronik.
Makan dua hingga tiga hidangan (atau lebih) buah – buahan ke dalam rutin diet anda. Sekurang – kurangnya anda akan memiliki 75 miligram Vitamin C setiap hari.
8. Makan Madu Setiap Pagi
Baca Juga: Khasiat Royal Jelly
Antara fungsi madu terhadap makanan kesihatan wanita dan peranannya adalah:
Meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan
Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia.
Bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat merawat arthirik sendi
Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan.
Dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulser.
Sumber laxative yang natural dan lembut
Sumber utama vitamin dan mineral yang kaya.
Sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan
09/05/2016
Wanita Sihat dari Segi Luaran dan Dalaman
WANITA apabila semakin berumur, mereka mudah terdedah dengan pelbagai jenis penyakit yang menyebabkan kesihatan dan produktiviti hidup terjejas.
Demikian, untuk sentiasa sihat dari segi luaran dan dalaman mereka bukan hanya tertumpu kepada suatu elemen kesihatan sahaja.
Penjagaan jantung, hati ,sendi dan kulit adalah antara tunjang utama kesihatan yang harus diberikan tumpuan dan penjagaan yang rapi.
Presiden Persatuan Nursejahtera Malaysia, Dr. Rajbans Singh, berkata, kebanyakan wanita selepas berkahwin, mereka akan mengabaikan kesihatan diri kerana sibuk dengan tanggungjawab dan aktiviti harian.
?Apabila umur mula mencapai 30 hingga 40 tahun, hormon akan turut berkurang seiring usia mereka yang sebenar.
?Berdasarkan kajian, penyakit jantung masih berada di tahap pertama yang melanda golongan wanita. Kemudian ia diikuti dengan penyakit sendi yang bermula apabila umur mereka menjangkau 45 hingga 50 tahun,” katanya.
Menurut beliau, kulit pada bahagian badan juga memainkan peranan penting kepada wanita supaya kekal sihat dan cantik.
?Permukaan kulit badan merupakan petunjuk apa yang terjadi pada organ dalaman badan. Jika kulit sihat dan cantik, kesihatan dalaman juga turut sihat.
?Sementara itu, hati adalah antara organ dalaman yang penting untuk keseluruhan badan. Apabila hati mengalami masalah dan tidak dapat mengeluarkan toksin dalam badan, ia turut menjejaskan kesihatan kulit,” katanya.
Dr. Rajbans berkata, kebanyakan wanita tidak faham tentang penjagaan kesihatan diri yang sebenar.
?Sebahagiannya gemar berkunjung ke spa dan pusat rawatan kecantikan tanpa mengetahui bahawa apabila kesihatan dalaman tidak baik ia mempengaruhi penampilan luaran mereka.
?Menjadi tanggungjawab seorang wanita untuk menjaga kesemua empat organ dalam badan tersebut supaya mereka terhindar dari penyakit berbahaya dan kekal sihat,” ujar Dr. Rajbans.
Menurut beliau, kebanyakan wanita yang mendapat penyakit ini adalah disebabkan corak hidup yang semakin berubah dan juga corak pemakanan seharian yang tidak seimbang.
?Untuk mendapat kulit yang cantik dan sihat, seeloknya mengambil pelbagai jenis sayuran segar dalam kuantiti lima hingga enam mangkuk dalam sehari.
?Mikronutrien dalam badan akan berkurang jika tidak mendapat secukupnya nutrien yang dihasilkan dari sayur-sayuran dan buah-buahan,” jelasnya.
Dr. Rajbans berkata, faktor lain yang mempengaruhi peningkatan penyakit ini adalah kurangnya melakukan senaman.
?Senaman yang dilakukan secara konsisten dapat membantu menguatkan sistem perjalanan darah dalam jantung selain membaiki sistem imunisasi dalam badan.
?Selain itu, tekanan akibat kerja dan pengurusan harian juga menyebabkan mereka hidup dalam keadaan tidak sihat dan mendapat penyakit yang berbahaya,” jelas Dr. Rajbans.
Pengurus Urusan dan Latihan Mega Lifesciences Malaysia, Mary Chua berkata, seiring membantu wanita di luar sana mencegah penyakit yang berbahaya, yoga antara senaman yang boleh membantu mereka sihat dan kekal bertenaga.
?Senaman ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja tanpa mengira masa dan tempat. Ia melibatkan pergerakan perlahan yang terkawal yang melatih seluruh anggota tubuh kekal bertenaga.
?Senaman yoga juga membantu mengelakkan kesakitan yang biasanya timbul di bahagian bahu, leher, pinggang dan belakang yang disebabkan oleh kesan tegangan dan mampatan ke atas tulang belakang,” kata Mary.
Menurut beliau lagi, yoga juga memberikan fokus dan memupuk kesedaran ke atas tubuh, postur dan pernafasan yang diamalkan.
?Yoga sangat menenangkan dan dapat membantu menghilangkan tekanan yang dialami akibat persekitaran, pekerjaan dan permasalahan harian yang lain,” katanya.
08/05/2016
BERAT badan meningkat, kulit kering, muka sembap, rambut rapuh dan gugur, kerap letih, mengantuk, pergerakan dan tindak balas menjadi perlahan. Simptom-simptom ini sering dianggap sebagai perkara semula jadi dalam proses penuaan, terutama bagi wanita yang memasuki era 40-an.
Boleh dikatakan hampir semua orang turut mengalami gejala sama, tetapi pada tahap berbeza. Namun, hakikatnya ia bukan sebahagian daripada proses semula jadi penuaan kerana ada orang masih mampu bergiat aktif, nampak awet muda, cergas dan tajam fikirannya, walaupun usia melebihi separuh abad.
Menurut Pegawai Perubatan, Dr. Asmah Musa, penuaan merupakan masalah kesihatan utama bagi wanita berumur 40-an dan menjadi mimpi ngeri bagi golongan wanita muda.
"Ia sering dikaitkan dengan menopaus. Bagi menempuh tempoh masa ini, pelbagai persediaan perlu dilakukan. Jika wanita memiliki kesihatan yang maksimum, sudah tentu mereka lebih positif berhadapan dengan masalah ini.
"Antara simptom yang akan merubah wanita 40-an mengalami proses penuaan adalah cepat letih, mengah, tidur tidak lena, asyik nak tidur dan mudah sangat nak tidur. Bagi menopaus, wanita akan sentiasa berasa panas, paling ketara dari segi psikiatri iaitu tekanan dan mudah berasa tersisih. Ini berlaku kerana hormon wanita turun dan menyebabkan mood tiada," ujarnya
Selain itu, golongan ini risau perihal kecantikan yang akan merosot apabila usia meningkat.
MemeliharaPersoalannya, apakah yang perlu dilakukan untuk berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan apabila usia semakin meningkat?
Dr. Asmah menasihatkan agar wanita memelihara kesihatan dalaman dan luaran sejak usia muda supaya ia berkekalan.
"Kesibukan dan tekanan wanita moden menyebabkan mereka sering berhadapan dengan masalah kesihatan seperti haid tidak teratur, kulit tidak licin dan cerah, payu dara tidak anjal, rahim lemah, tangan dan kaki sejuk, otot va**na tidak ketat dan kering serta bendalir va**na tidak cukup. Selain amalan gaya hidup sihat, suplemen tambahan dapat membantu wanita mengatasi masalah-masalah tersebut," ujarnya.
Mengulas keperluan suplemen dalam kehidupan wanita hari ini, Dr. Asmah memberitahu, ia mungkin membantu memelihara kesihatan dalaman dan luaran serta melambatkan proses penuaan.
Menurut beliau, kesibukan wanita sebagai pekerja, ibu atau suri rumahtangga membataskan seseorang wanita melakukan aktiviti sihat seperti senaman.
Justeru, selain pemeriksaan kesihatan setiap tahun, wanita juga digalakkan mengambil suplemen tambahan. Misalnya, ekstrak bunga ros baik untuk wanita kerana ia boleh memberikan enam kali ganda kelembapan pada kulit. Amalan herba manjakani juga baik untuk merawat otot-otot dalam f***j.
"Manjakani p**a mempunyai khasiat untuk menegangkan semula otot-otot f***j dan membolehkan f***j menjadi sempit semula. Ia juga mampu mengawal lendir dan lelehan f***j. Astringen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas. Herba ini juga boleh menganjal payu dara serta menegangkan kembali otot-otot, maka amalan mengambil minuman manjakani dapat membaiki payu dara yang hilang sifat keanjalan.
"Kacip Fatimah p**a dikatakan dapat menambah tenaga dalaman wanita serta memperbaiki fungsi rahim wanita lepas bersalin," katanya yang juga Penasihat Kesihatan Beaurose keluaran ZZ Beauty Line.
Beaurose mengandungi 100 peratus bahan semulajadi berasaskan ekstrak bunga ros, manjakani, asid phytohyrulonic dan L-glutathione.
"Jika kita dapat memelihara kesihatan pada usia muda seawal 25 tahun, tubuh badan kita mampu bergerak dan melakukan fungsi dengan aktif walaupun pada usia 40-an. Keseimbangan hormon dalam badan wanita juga dapat membantu memperlahankan proses menopaus dan mengurangi simptom menopaus seperti panas badan (hot flushes).
08/05/2016
Diet untuk wanita sihat yang menyusui
Apa yang anda dan bayi anda perlukan semasa menyusui?
Apa yang perlu saya makan semasa menyusui?
Minum banyak air untuk mengekalkan bekalan susu anda
Berjaga-jaga dengan apa yang anda makan dan minum
Dapatkan zat besi yang banyak
Bagaimana dengan diet semasa menyusui?
COMMUNITY
Senaman & penjagaan badan
Ibu-ibu baru bersenamBagaimana ibu-ibu lain menjaga badan?
Apa yang anda dan bayi anda perlukan semasa menyusui?
Sesetengah kalori yang diperlukan untuk penghasilan susu badan dibekalkan oleh simpanan lemak badan semasa kehamilan. Walau bagaimanapun, kalori tambahan diperlukan melebihi had pengambilan pra-kehamilan anda untuk memberikan tenaga yang secukupnya untuk membekalkan keperluan bayi anda yang sedang membesar.
Apabila anda mula mencerai susu dengan bayi anda, keperluan kalori anda akan kembali ke tahap pra-kehamilan secara perlahan.
Apa yang perlu saya makan semasa menyusui?
Anggap penyusuan badan sebagai motivasi berterusan untuk mengikuti diet yang sihat sepertimana yang anda ikuti semasa kehamilan. Fokus ke atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sekala adalah okay).
Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Adalah baik jika anda menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa.
Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu.
Minum banyak air untuk mengekalkan bekalan susu anda
Pastikan anda minum banyak air – lapan sehingga 12 gelas air sehari adalah mencukupi. Untuk kepelbagaian, anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman dadeh. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda.
Berjaga-jaga dengan apa yang anda makan dan minum
Sila beringat bahawa bahan seperti kafein, alkohol dan toksin lain boleh meresap ke susu badan anda, jadi anda perlu mengelak dari memakannya secara berlebihan. Nikotin dari rokok dan ubat juga boleh masuk ke dalam susu badan anda dan perlu dielakkan (doktor anda boleh menasihatkan anda mengenai kesesuaian ubat-ubat tertentu bagi rawatan).
Anda boleh mengetahui jika anak anda sensitif kepada sesuatu yang anda makan atau minum kerana dia akan menunjukkan ketidakselesaannya dengan menjadi resah selepas menyusu, menangis tidak boleh ditenangkan atau tidak lena tidur. Jika bayi anda alah kepada sesuatu yang anda makan, anda boleh lihat reaksi pada kulitnya (ruam atau gatal-gatal), dalam pernafasannya bunyi berdehit atau kesesakan), atau dalam najisnya (warna hijau atau bermukus). Hubungi pakar pediatrik anda untuk nasihat lanjut.
Sesetengah wanita tahu bahawa makanan berempah atau pedas akan memberi masalah kepada bayi mereka, jadi proses mencuba adalah panduan terbaik anda sebab makanan yang merangsang keadaan tidak selesa berbeza dari satu bayi ke bayi yang lain. Jika anda boleh makan ayam halia atau sayur kari pedas tanpa membawa masalah kepada bayi anda, makanlah. Sebagai satu peringatan kepada anda – beberapa punca kolik yang biasa ialah brokoli, kubis, bawang dan kubis Brussels.
Dapatkan zat besi yang banyak
Jika anda mengambil vitamin tambahan semasa anda hamil, anda tidak perlu mengambilnya lagi selepas kelahiran bayi anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin memerlukan zat besi tambahan.
Ramai wanita telah menggurangkan simpanan zat besi mereka semasa tahun-tahun subur mereka. Tanyalah pakar obstetrik, doktor keluarga atau GP anda untuk mendapat nasihat.
Jika anda terus mengambil vitamin tambahan, ingatlah bahawa itu tidak boleh menggantikan habit pemakanan yang tidak baik. Berusahalah untuk mengambil diet yang seimbang dan pelbagai.
Bagaimana dengan diet semasa menyusui?
Kurangkan berat badan secara perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak dengan senaman ringan. Penurunan berat badan yang cepat akan membahayakan bayi anda sebab mungkin ini membebaskan toksin - yang selalunya disimpan dalam lemak badan – ke dalam aliran darah, justeru meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan anda.
Sebagai tambahan, penyusuan juga membantu membakar lemak yang terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu. Seorang ibu yang menyusui membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusui. Ini bermakna wanita-wanita yang menyusui boleh turun berat setengah kilogram sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu.
Adalah baik menunggu 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat pra-kehamilan anda. Jika anda mahu mengurangkan sedikit pengambilan makanan anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu selepas kelahiran bayi anda. Menghadkan pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan susu anda.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Kuala
21400