Mummy Rara Healthy

Mummy Rara Healthy

Share

Merupakan Pengedar Shaklee bernombor ID 920423..Dapatkan Produk Shaklee, Set kehamilan, set kecntika

Merupakan Pengedar Shaklee bernombor ID 920423..Dapatkan Produk Shaklee, Set kehamilan, set kecntikan, set bersalin, Set kesihatan, Hanya dri SHAKLEE.. PM ME FOR BEST PRICE

Your Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID : 920423
[email protected]
Sms/whatsapp: 0129466025

Hello Kitty Kids 11/09/2014
Photos 11/05/2014

Rasa loya dan sering muntah pada peringkat awal kehamilan adalah normal. Ada yang panggil morning-sickness...apa yang pasti, rasa itu adalah rasa yang sangat tak selesa, betul tak?

Kalau yang teruk tu sampaikan tak boleh makan. Asal makan jer mesti muntah balik semuanya. Paling kita sedih bila rasa lapar tapi bila makan, akhirnya muntah.... last2 kita taktau dah nak buat apa lagi.

Sabar ye..... ini lah dugaan untuk ibu mengandung.

Kalau kita google, macam2 petua dan cara yang boleh kita cuba utk hilangkan mual dan loya. Tapi taktau yang mana satu berkesan? Ada yang dah cuba semuanya tapi sama juga masih loya, masih lagi muntah2 sampai badan rasa tak bermaya.

Antara petua yang kita boleh dapat dr Mr. Google adalah :
amalkan makan madu, kurma, asam, mangga
selalu minum air halia, 100plus, jus lemon, air masak
kerap makan walaupun tak lapar
elakkan dari menghidu bau-bauan yg kurang enak
berhenti pikir "rasa nak muntah"
banyakkan berehat dan tenangkan fikiran

Sebenarnya kenapa rasa loya?
- Sebenarnya, rasa loya/mual/mabuk adalah petanda baik bahawa paras hormon kehamilan kita adalah tinggi. Ia keluar dlm kuantiti yg banyak sehingga plasenta kita mengambil alih kerja untuk mengekal dan menyuburkan baby dalam kandungan.

Berapa lama rasa loya ni baru hilang?
- Tak lama.....bila dah masuk 14weeks preggy insyaAllah kita dah sihat berseri-seri seperti ibu hamil yang lain. Masa ni excited tak sabar nak tunggu baby tendang2 :)

Boleh jejaskan pembesaran baby tak ?
- Tak jejas...dengan syarat makanan dan minuman kita cukup untuk baby dan kita. Tapi kalau kandungan (bank perut kita) kosong dan tak cukup, itu yg menyebabkan pertumbuhan otot dan saraf baby mungkin terganggu. Jangan lupa makan folic asid ye!

Cara nak atasi ?
- Boleh cuba try test petua dan cara yg ada dalam mr.google, kalau tak berkesan juga...boleh cuba supplemen semulajadi Shaklee kerana ia dah berjaya bantu ramai ibu hamil yang terpaksa melalui mornign-sickness/sympthom loya ni.

Pada hakikinya,
bila kita disahkan mengandung, keperluan nutrisi kita bertambah. Adakah kita kena makan banyak? Makan banyak itu mungkin betul, tapi bukan bermakna makan nasi bertambah 3 pinggan. Kita kena faham beza antara keperluan badan dengan keperluan perut. Perut kenyang s**ahati tapi badan perlukan nutrisi. Untuk siapa? untuk kita dan baby.

Sebab itu sebagai ibu mengandung, kita kena pastikan apa yang kita makan bermanfaat untuk baby terutamanya, utk pembesaran baby, utk pertumbuhan tulang dan saraf baby, utk perkembangan otak baby, utk baby membesar dengan sempurna.

Oleh itu, ibu mengandung memerlukan:
Vitamin yang mudah diurai dan diserap oleh tubuh.
Zat2 seperti kalsium, vitamin B, zat besi, etc yang diperlukan hampir dua kali ganda semasa mengandung.
Protein yang lebih.

Bila nutrient dalam badan kita lengkap, semestinya kita tak lagi rasa loya/mual/morning-sickness. Bila tiada rasa loya, bolehla kita enjoy our pregnancy to the max!

Ibu-ibu boleh cuba.....

VITALEA + VITAMIN C + B COMPLEX + OSTEMATRIX + OMEGA + ESP SHAKLEE

Photos 07/05/2014

Menjarak Kehamilan Dengan Penyusuan

menjarak
Kebanyakan pasangan suami isteri cenderung untuk menjarakkan kelahiran anak-anak mereka antara anak pertama dengan anak kedua dan seterusnya supaya tidak terlalu rapat. Jika anda dan suami berhati-hati sekalipun dengan kaedah perancangan semula jadi, kadang kala ia tetap tidak berhasil dan anda akhirnya mengandung walaupun anak yang sedia ada masih terlalu kecil.

Cara semula jadi yang lebih berkesan dalam soal perancangan anak adalah kedah menyus**an anak secara eksklusif sejak dia lahir lagi. Mungkin ramai yang ragu-ragu dengan keberkesanan kaedah ini tetapi banyak kajian yang telah dilakukan menunjukkan bukti yang nyata tanpa ragu-ragu.

Menurut kajian yang dilakukan terhadap ibu yang menyus**an bayi sepenuhnya dengan susu ibu, masa ovulasinya akan menjadi jauh lebih lambat daripada ketika ibu yang tidak menyus**an bayinya secara eksklusif. Dengan melambatkan masa ovulasi, kemungkinan untuk ibu hamil adalah terlalu kecil. Oleh itu jika anda tidak mahu kehamilan yang terlalu cepat selepas kelahiran anak, amalkan cara ini ya.

Kaedah ini lebih efektif dan semula jadi berbanding kaedah perancangan moden yang menggunakan ubat-ubatan dan suntikan yang pasti mengandungi bahan kimia yang dibimbangi boleh berkumpul dalam badan dan berisiko kepada wanita yang mengambilnya.

sumber : Pa Ma

23/04/2014

Makanan-makanan yang terbaik untuk ibu hamil
Makanan yang baik dan berkualiti menyumbang kepada pembentukan bayi/janin yang sempurna. Ini kerana, makanan yang mempunyai khasiat-khasiat tertentu akan membantu kepada proses perkembangan janin yang masih di dalam kandungan ibu. Secara mudahnya, bayi mendapat makanan melalui apa yang ibunya makan setiap hari. Oleh itu, penting bagi ibu mendapat khasiat makanan secukupnya agar bayi boleh memperoleh khasiat-khasiat makanan yang berkualiti untuk proses pembesarannya. Anggapla entry kak dibwah ni macam makanan-makanan tambahan la utk support perkembangan bayi.

Makanan-makanan terbaik untuk ibu mengandung:

Buah delima --- Ringkasnya, buah delima baik untuk perkembangan otak bayi dan melindungi bayi daripada kecederaan otak. Nak baby kita nanti bijak, cari buah delima ni n makan. Kak masa anak no.2 memang teringin nak makan, kak p cari kat pasar malam. Dah jumpa, kat tempat kak rm4 sebijik. Boleh tahan le kan, tapi kak ingat utk anak kak, kak nak anak bijak. Tapi kak tak beli sebab kak dahle tengah perot meboyot masa u, p**ak beratur org punya ramai dok kerumun makcik n abg yg juai buah delima tu. Kak tak larat tunggu, so kak dah beli benda lain, n kak pon balik rumah. Selain itu, untuk si ibu p**a buah delima boleh membantu mengekalkan paras hb yang baik bagi si ibu. Hb ok, so nurse klinik pon takdakle nak ceramah banyak2 kan.. nurse yang selalu ceramah ni kak perasan nurse bujang.. hih, takpala, dia concern tu :)
khasiat buah delima

Walnut --- ni pon bagus untuk perkembangan otak bayi. Nak baby bijak jugak ni. InsyaAllah. Rupa walnut ni seperti dalam gambar. Rupanya seperti otak manusia. Walnut ialah sejenis kacang, kira sejenis tumbuhan le. Kandungan protein jugak tinggi dalam wallnut ni walaupun tak dinafikan dalam wallnut turut juga mengandungi lemak. Takpa, ni lemak baik, bukan lemak tak baik. Jangan takut gemok, badan kita memang perlukan lemak jugak, tapi lemak2 baik. :). Lagipon walnut ini ialah sejenis tumbh-tumbuhan bukan sejenis haiwan. So, kita dah boleh agak, memang lemak daripada tumbuhan is better than lemak daripada haiwan kan?. hihi. Kak s**a jugak walnut ni, tapi rasa dia ada rasa pahit-pahit sikit. Walnut ni kalo kita makan 2-3 biji sehari pon dah cukup dah untuk kita n baby. Bagi kak le, walnut ni xsedap, tapi untuk baby n untuk kita, kita makan le. Takmo makan hari2, sekali sekala pon boleh. Walnut boleh letak dalam jus buah. Letak dalam jus buah, pastila..sheeedaap! :) ... Lain-lain choice selain walnut ialah cotohnya kacang almond (badam), pistachio (kcang cerdik), hazelnut. Kalo perasan semua kacang ni berwajah seperti otak manusia. Kat sini pon dah tersirat rahsia kebesaran Allah swt kalo kita fikir diluar kotak kan. Layan gambar, kak dah google..

Kurma Ajwa --- Kurma ajwa ialah kurma kegemaran Rasullullah. Kurma Ajwa ni pon la ni banyak juai kat malaysia. Boleh google. Masa kak mengandung anak kak no.2 kak mengidam nak makn kurma ni. So kak pon google la. Standard price kat malaysia ni dijual dengan harga rm150 per 1 kg. Kak dah pernah rasa kurma ni, sedap, memang rasa dia tak sama macam kurma-kurma lain. Kak makan kurma ni masa membe kak balik umrah, dia bagi kami semua sorang 3 bijik macam tu, sebab kak bestfren dengan membe kak yang pi umrah tu, so kak dapatla lebih. hehe... kak kata kat membe kak "sedap no. kalo aku tau sedap cam ni aku leh le kirim kat hang no" Membe kak pon kata "haa, sedap. Kat sana rm70 sekilo." Kat Malaysia ni, ada gak orang juai rm90 sekilo, kak pon pernah message orang tu. Dia kata sold out! Takdan kak nak beli. Lepastu, kak dapat dengan sorang ni. Kurma Mehr kot. Dia bagi kak rm120 per 1 kg, dia kata promotion n free postage. Lagipon dia kata kak peggy, kak habaq kat dia kak teringin, dia pon letgo le kat kak. Tak sampai sebulan habeh kurma tu kak makan. Kurma sedap kan. Kak perasan anak kak no.2 tu masa dalam pantang memang dia baikla, tak banyak karenah. Senang le kak jaga dia. Tapi la ni hehe.. manja kan main. Tahle ek, orang tua2 kata baby2 ni jangan puji sangat, satgi.. hehe..Umor dia la ni dah nak masuk 2 tahun, dia dah makin cerdik, p**ak dia tau dia memang tak da adik pon, tu kot manja telebih tu. Tapi dia rajin sikit simpan mainan daripada abang dia. hehe. .

Susu kambing -- Susu kambing pon antara makanan sunnah Rasullullah. If kak tak silap, Rasullullah minum susu kambing maybe dalam 1-3 kali seminggu. Fresh2 punya. Susu kambing memang lebih baik daripada susu lembu. Sebab tu la susu kambing ni lagi mahal daripada susu lembu. Kalo nak tahu lebih banyak lagi pasal susu kambing, boleh google. Kak dah google dah, memang! Masa kak mengandung anak kak, ada kak beli la 1 box susu kambing, brand hi-goat dengan membe kak. Dia dealer, so dapat la harga membe kak tu, rm32 macam tu, drpd retail price dia rm39. okla tu. Dalam box tu ada 15 sachet jer. Kak pon tadakle minum selalu. Kira just habes 1 box tu sampai kak bersalin. Sebelum kak bersalin, kak ingat kak nak minum dalam pantang nanti, kak beli lagi 7 box sebab kak nak dapat harga murah. kak dah tak ingat, maybe 1 box tu jatuh dalam rm27 kot. Macam shaklee la, ada promo bulan2, buy 6 free 1. hehe. Untuk anak kak yang no.2 ni masa mengandung tadakla rajin minum susu sangat, sebab kak s**a sangat minum kopi. Kopi tu brand Che Nah. Sebenarnya takot gak kot anak kak keluaq nant hitam, cam ayaq kopi.. hehe.. tapi takdekler, dia putih, malah putih lagi drpd abang dia. Lagipon yang kak berani minum kopi hari2, sebab kak ingat husband kak kulit cerah, kak pon kulit cerah, mana mai lak anak kak kulit gelap. Kalo gelap pon maybe tak gelap sangat.. haha.. Yer2, lepas dia keluaq kedunia, dia hitam, baby... so kak tau, dia memang kulit cerah!

Madu --- Madu asli kalo boleh. Cara macam mana kita nak tau madu tu asli ke tak, madu asli tidak akan dikerumuni semut. Kak ada penah beli kat tok kak, madu asli ni, sebab tok kak tu dia diabetes n baru ni doc suspect tok kak tu buah pinggang maybe problem jugak. Kak pon takot jugak kalo tok kak dia kena dialisis, kak dah tengok membe kak dia dialisis, dia selalu tak larat, maybe sebab faktor umur kot. So, kak ingat kalo tok kak dialisis, lagi la dia tak larat kan sebab umor dia dah 70+ dah. Membe kak ada bagitau, buah pinggang tu boleh try alternatif dengan sarang burung asli, madu asli n safron. So, kak pon mintak tolong membe kak belikan 3 benda tu untuk tok kak. Tok kak dok kl la ni, kak dok penang so lama la kak simpan kat kak sebab tok kak kata tak payah pos nanti dia nak balik kampung dengan paksu kak. Kak simpan madu tu dalam almari dalam bilik, memang terbukti madu tu madu asli sebab semut tak mai hurung! Madu ni 1 hari kena ambil dalam 1 sudu KFC tu jer. Bukan ambek banyak2... Kalo ambek banyak haa... panas le kan! Membe kak pon ada makan madu asli n safron masa dia mengandung sebab dia alah terok sangat, so dia pi la jumpa tokwan ni. pakar perubatan alternatif. Kak pon pernah pi teman membe kak. hehe.. Alhamdulillah membe kak tu pon respon ok, dah makin kurang dah alahan terok dia tu. Dia kata anak dia pon ok. Dia kata anak dia pon masa pantang ok, kuat sistem imun anak dia, tak sesema n tak demam below umor 6 bulan.

Air kelapa --- Menggebukan baby. Bagi kulit baby cantik. Kak pon ada entry jugak pasal ayaq nyoq ni. Kat sini kalo nak tengok.

Minyak kelapa --- Minyak kelapa atau minyak tanak. Ni orang masa 70s n 80s rajin buat minyak tanak ni makan bagi senang bersalin. Kak pon ada beli jugak VCO (minyak kelapa dara). Kak makan jugak tapi kak selalu skip.. berapa kali jer kak makan. Membe2 kak yang peggy ada makan konsisten macam advise intake biasa utk vco tu. Dia kata dia senang bersalin anak dia. Dia pon dok ingat maybe minyak vco tu antara penyumbang senangnya dia bersalin anak dia. Membe kak lagi sorang ni, lagi le dia makan minyak tanak teros, husband dia buat.. wow! best2! husband buat lagi.. Dia pon kata dia bersalin sakit tu tak lama sangat walaupon anak sulung. VCO ni macam2 khasiat dia. Boleh google kalo nak tahu lebih banyak info.

13/04/2014

JOM JAGA AURAT

Photos 02/04/2014

Vitamin Cinta..
nak semarakkan cinta dengan pasangan, nk pasangan jatuh cinta bak
jatuh cinta di malam pertama cuba lah set cinta ni..
Alfalfa Shaklee dan Vita E Complex mmg puas hati!!!!
INI BUKAN MAIN-MAIN!!! INI BETUL-BETUL!!
bak kate P.Ramlee dalam Pendekar bujang Lapok.. huhuhu
Yang first try vitamin cinta ni cube tanye suami, mmg x cri lain lah....
Yang belum kawin pon bole cube, preparation belum kawin u all..

NAK SUAMI SAYANG, NAK JAGA LUARAN DAN DALAMAN JOM CUBE SET CINTA INI!!!
CONTACT AJE
PUAN ANNA
0129466025

Photos 01/04/2014

Moga Allah berikan hidayah dan bertaubat...

Aduhai ni penyakit apa p**ak ni?

27/03/2014

"Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

"(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak p**a bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang

26/03/2014

YaAllah Berilah Ketenangan kepada Para Mujahid mujahidah ini..
Berilah ganjaran sebesar-besarnya diatas kekentalan iman mereka..

Ayuh bantu mereka dengan baca dan aminkan doa ini dengan ikhlas

Ya Allah! Muliakan Islam dan orang islam. Ya Allah! Hinakan Syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di semua tempat dan di semua masa.

Ya Allah! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mu) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu.

Wahai Tuhan yang maha gagah, Wahai Tuhan yang maha keras, Wahai Tuhan yang maha membalas, Wahai Allah!!

Wahai Allah, tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), tuhan yang menggerakan langit, tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan yahudi, kalahkan hindu, kalahkan amerika dan sekutu-sekutu mereka, dan tolonglah kami atas mereka.

Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu.

Ya Allah! Rezekikan kepada kami Syahid di jalan kamu. Ya Allah! Berikan kepada kami kehidupan di dunia ini baik dan di akhirat juga baik, dan selamatkan kami dari Azab neraka.

Photos 26/03/2014

"Hasbunallaha wani'mal wakil".. = "cukuplah Allah sebagai penolong" Doa senjata paling hebat sekali.. marilah kita pakat2 berdoa

Allahuakhbar!!!!

Syiah tunjuk taring!

23/03/2014

Jom kita sama-sama refresh (bagi return mommies).. apa persediaan yang perlu dilakukan untuk jaga newborn ni...

Keadaan bayi baru lahir:

1. Ketika baru dilahirkan, sistem tubuh bayi anda masih belum berfungsi dengan sempurna. Dia memerlukan tempoh beberapa minggu untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru setelah kira-kira 40 minggu berada di dalam kandungan.

2. Kulit mungkin sedikit kering dan mengelupas. Keadaan ini disebabkan penghasilan minyak oleh kulit bayi yang baru lahir masih belum stabil.

3. Terdapat bulu halus terutama di bahagian telinga dan belakang bayi (kadangkala agak lebat). Namun jangan risau, bulu halus ini akan gugur dari semasa ke semasa.

4. Anda juga akan melihat tompok-tompok merah seperti ruam di hidung dan beberapa bahagian badan yang lain. Perkara-perkara ini akan hilang apabila bayi anda semakin membesar.

5. Lazimnya, bayi baru lahir akan turun berat badannya selepas tiga atau empat hari dilahirkan. Walau bagaimanapun, bayi anda akan mendapat kembali berat badan asalnya selepas dua minggu dilahirkan.

6. Jangan terkejut jika kaki dan tangan bayi anda berasa sejuk semasa anda memegangnya. Hal ini berlaku kerana sistem peredaran darahnya belum sempurna.

7. Warna kulit bayi anda juga akan berubah dari masa ke semasa.

8. Bayi anda yang baru lahir mungkin kelihatan "mengerekot" dengan tangan dan kakinya belum betul-betul lurus. Ini adalah disebabkan kedudukannya dalam rahim ibu. Jangan risau, dengan sedikit urutan dari semasa ke semasa, ia akan lurus seperti biasa.

9. Muka dan bahagian lain bayi mungkin kelihatan sedikit sembab di awal kelahiran.

10. Adalah normal bagi bayi baru lahir mengalami demam kuning atau jaundis pada hari kedua hingga ketiga kelahirannya. Namun jika tidak dipantau, ia boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius.

11. Kebanyakan bayi baru lahir lebih gemar untuk tidur daripada berjaga, terutama dalam minggu pertama kelahiran. Kejutkan bayi setiap 2 jam untuk disus**an untuk elakkan jaundis.

12. Bayi baru lahir s**a dibedung kerana berasa lebih selamat, seolah-olah berada dalam rahim ibunya.

13. Kelenjar susu bayi baru lahir boleh menghasilkan susu. Ini adalah berpunca daripada hormon si ibu yang terdapat di dalam susu ibu yang diberikan kepada bayi.

Tips Penjagaan Bayi Baru Lahir:
1. Mandikan bayi anda dengan air suam untuk elakkan bayi sejuk.

2. Sediakan segala kelengkapan lebih awal seperti pakaian, sarung tangan dan kaki, barut, minyak dsb sebelum memandikan si kecil supaya proses tersebut berjalan dgn baik dan lancar, dan anda turut berasa lebih tenang.

3. Selepas mandi, lapkan tubuh bayi termasuk tali pusatnya hingga kering. Sapukan tali pusat bayi anda dengan 'alcohol swab' yang diberikan doktor. Tak perlu sapukan dengan sebarang ubat lain. Jika pangkal tali pusat itu merah dan membengkak, mintalah nasihat daripada doktor. Adalah perkara biasa jika terdapat sedikit pendarahan atau cecair keluar, tetapi ia sepatutnya hanya untuk beberapa hari sahaja.

4. Tuam perut dan ari-arinya dengan kain atau daun sirih yang dipanaskan dengan seterika untuk elakkan kembung perut dan angin pasang.

5. Sapukan juga perut, belakang badan, belakang betis dan tapak kaki bayi anda dengan minyak bayi untuk beri keselesaan kepadanya.

6. Pakaikan barut dengan kemas, namun tidak terlalu ketat.

7. Selepas itu, pakaikan bayi anda pakaian yang sesuai dan selesa.

8. Jika anda memakaikan bayi anda dengan lampin pakai buang, hendaklah sentiasa peka dan menukar lampin pakai buang bayi tersebut. Jangan biarkan bayi anda memakai lampin yang basah terlalu lama bagi mengelakkan bayi mengalami kerengsaan dan ruam lampin.

9. Sehinggalah dia berusia lebih kurang 4 minggu, bayi tidak berupaya mengawal pergerakan kepalanya. Jadi, pastikan anda sentiasa menyokong kepala dan lehernya. Apabila anda hendak meletakkannya p**a, pastikan keseluruhan lengan anda menyokong tulang belakang, tengkuk dan kepalanya sehingga dia telah diletakkan dalam keadaan selamat di atas katilnya.

10. Bedunglah si kecil untuk membantunya tidur dengan lebih selesa dan lama. Keadaan berbedung memberi rasa selesa kepadanya, seolah-oleh berada dalam perut ibunya.

11. Setiap kali selepas menyus**an bayi anda, sendawakannya bagi mengelakkannya kembung atau muntah.

12. Sus**an bayi anda sekerap yang mungkin (setiap 2 jam) walaupun dia hanya ingin melelapkan mata. Kuis atau geletek tapak kakinya untuk kejutkan dari lena.

13. Berikanlah susu ibu secara eksklusif kepada bayi anda selama 6 bulan pertama untuk pastikan dia mendapat khasiat susu ibu dengan sepenuhnya. Jangan berikan si kecil anda selain susu ibu, hatta air masak sekalipun sepanjang 6 bulan tersebut.

Menjaga bayi baru lahir sesungguhnya bukanlah perkara mudah, apatah lagi bagi ibu baru. Dengan kesihatan si ibu yang masih belum pulih sepenuhnya, si bayi p**a perlukan perhatian. Selain sokongan orang sekeliling, ibu juga perlu menjaga kesihatannya dengan baik supaya dapat elakkan daripada stress atau 'gila meroyan' istilah melayunya. Ibu perlu lengkapkan keperluan nutrisi tubuh dengan sebaiknya supaya badan sihat, cergas dan ceria menjalankan tanggungjawab sebagai ibu. Set berpantang Shaklee dapat membantu ibu memenuhi keperluan nutrisi tubuh sewaktu berpantang.

Photos 20/03/2014

Bagian Terpenting Dari Tubuhmu
Ibuku selalu bertanya padaku, apa bagian tubuh yang paling penting.
Bertahun-tahun, aku selalu menebak dengan jawaban yang aku anggap benar. Ketika aku muda, aku pikir suara adalah yang paling penting bagi kita sebagai manusia, jadi aku jawab, “Telinga, Bu.” Tapi, ternyata itu bukan jawabannya.

“Bukan itu, Nak. Banyak orang yang tuli. Tapi, teruslah memikirkannya dan aku menanyakan lagi nanti.”
Beberapa tahun kemudian, aku mencoba menjawab, sebelum dia bertanya padaku lagi. Sejak jawaban pertama, kini aku yakin jawaban kali ini pasti benar. Jadi, kali ini aku memberitahukannya. “Bu, penglihatan sangat penting bagi semua orang, jadi pastilah mata kita.”

Dia memandangku dan berkata, “Kamu belajar dengan cepat, tapi jawabanmu masih salah karena banyak orang yang buta.”

Gagal lagi, aku meneruskan usahaku mencari jawaban baru dan dari tahun ke tahun Ibu terus bertanya padaku beberapa kali dan jawaban dia selalu, “Bukan. Tapi, kamu makin pandai dari tahun ke tahun, Anakku.”

Akhirnya tahun lalu, kakekku meninggal. Semua keluarga sedih. Semua menangis. Bahkan, ayahku menangis. Aku sangat ingat itu karena itulah saat kedua kalinya aku melihatnya menangis. Ibuku memandangku ketika tiba giliranku untuk mengucapkan selamat tinggal pada kakek.

Dia bertanya padaku, “Apakah kamu sudah tahu apa bagian tubuh yang paling penting, sayang?”

Aku terkejut ketika Ibu bertanya pada saat seperti ini. Aku sering berpikir, ini hanyalah permainan antara Ibu dan aku. Ibu melihat kebingungan di wajahku dan memberitahuku, “Pertanyaan ini penting. Ini akan menunjukkan padamu apakah kamu sudah benar-benar “hidup”.

Untuk semua bagian tubuh yang kamu beritahu padaku dulu, aku selalu berkata kamu salah dan aku telah memberitahukan kamu kenapa. Tapi, hari ini adalah hari di mana kamu harus mendapat pelajaran yang sangat penting.” Dia memandangku dengan wajah keibuan. Aku melihat matanya penuh dengan air. Dia berkata, “Sayangku, bagian tubuh yang paling penting adalah bahumu.”

Aku bertanya, “Apakah karena fungsinya untuk menahan kepala?”

Ibu membalas, “Bukan, tapi karena bahu dapat menahan kepala seorang teman atau orang yang kamu sayangi ketika mereka menangis. Kadang-kadang dalam hidup ini, semua orang perlu bahu untuk menangis. Aku cuma berharap, kamu punya cukup kasih sayang dan teman-teman agar kamu selalu punya bahu untuk menangis kapan pun kamu membutuhkannya.”

Akhirnya, aku tahu.

Bagian tubuh yang paling penting adalah tidak menjadi orang yang mementingkan diri sendiri.
Tapi, simpati terhadap penderitaan yang dialami oleh orang lain.

Orang akan melupakan apa yang kamu katakan.
Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan.
Tapi, orang TIDAK akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka berarti.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuala?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Kuala