Belajar Buat Produk dari Herba & Propolis Kelulut

Belajar Buat Produk dari Herba & Propolis Kelulut

Share

Produk penjagaan diri dari bahan alami. Minyak zaitun. propolis kelulut. Tallow. Herba. Secara Homemade.

10/05/2026
12/01/2026

Syampu Tradisional (Homemade)

Syampu tradisional ialah syampu yang dibuat daripada bahan-bahan yang ada di rumah.

Orang dulu2 masak menggunakan dapur kayu menghasilkan abu (ash). Dari abu kayu inilah alkali (potassium hidroksida) diperolehi.

Mereka menggunakan alkali untuk membuat sabun, melancarkan saluran paip tersumbat disebabkan sisa domestik dan melaraskan pH air dan tanah untuk kegunaan pertanian.

Buat masa ini saya telah membuat 4 jenis syampu tradisional iaitu syampu olive, syampu propolis warna dark brown (kelulut torasika), syampu propolis light brown (kelulut damar), syampu herba (bidara, semambu, gelenggang) dan syampu daripada lemak lembu (tallow).

Pada mulanya saya belajar buat syampu dengan mengikuti kelas membuat mandian bidara. Dari situ saya mengubahsuai resepi yang dipelajari menjadi syampu olive! Selepas itu saya mencuba resepi sabun cecair lain melalui pembacaan.

Sabun Jenis Cecair Olive ini adalah sabun bayi yang digunakan di hospital2 sebelum wujud sabun secara industri.

Dari testimoni pengguna saya yang merupakan pesakit yang terlantar mengalami 'bed sores' di belakang badan, syampu minyak zaitun ini tidak memedihkan kulit & mempercepat luka baik.

Antara kebaikan syampu tradisional ialah penggunaan bahan-bahan asli seperti pelbagai minyak dan herba. Oleh itu ia mengandungi zat dan kelembapan semulajadi yang sesuai untuk kulit badan dan kepala.

Kebanyakan sabun cecair dan syampu industri mengandungi sulfat menyebabkan kulit kering kerana pencucian yang kuat. Kulit kering yang berpanjangan menyebabkan pelindung kulit (skin barrier) rosak seterusnya membawa kepada masalah kulit seperti ekzema dan dermatitis.

Terdapat juga syampu industri tanpa sulfat bagaimanapun harganya jauh lebih mahal dari syampu biasa.

Agak-agaknya mana syampu pilihan anda?

Photos from Belajar Buat Produk dari Herba & Propolis Kelulut's post 22/10/2025

Katalog produk

22/10/2025

Kami menerima MOQ serendah 50pcs. Dapatkan sampel produk kami.

09/10/2025

Raihana Supersoap dapat Silver Medal semasa ISBCW 2025.

Photos from Belajar Buat Produk dari Herba & Propolis Kelulut's post 08/10/2025

Raihana Supersoap pengeluar produk penjagaan diri organik berasaskan bahan alami seperti herba dan propolis kelulut. Kami telah menyertai ISBCW 2025 anjuran IIPM & UMT dan dianugerahkan Silver Medal..Subhanallah Tabaarakallah. Alhamdulillah.

Photos from Belajar Buat Produk dari Herba & Propolis Kelulut's post 20/08/2025

MANFAAT PROPOLIS KELULUT UNTUK RAMBUT & KULIT KEPALA
Untuk menggabungkan propolis ke dalam rutin penjagaan rambut anda, anda boleh menjadikan ia bahan dalam pembuatan syampu anda atau secara langsung memakainya pada kulit kepala anda. Propolis tersedia dalam pelbagai bentuk, termasuk ekstrak propolis, tincture, dan produk penjagaan rambut yang diperbuat daripada propolis.

20/08/2025

Produk kami telah mendapat maklumbalas yang memberansangkan. Dan kini kami kongsikan resepi dengan anda!

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuala?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Kuala Nerus
Kuala
21030