Tips Mudah Cantik

Tips Mudah Cantik

Share

Membekalkan produk kecantikan dan kesihatan beserta konsultasi berterusan dan terperinci. Hubungi Balkis Omar SMS/Whatsapp 019 9588474

Pembayaran boleh dibuat melalui akaun seperti di bawah :

Maybank
Balkis binti Omar
Email : [email protected]
163064156418

CIMB
Wan Mohammad Hilmi bin Wan Hassan
Email : [email protected]
7611094566

Mobile uploads 24/06/2015

Tanya saya bagaimana. Ada pasti LEBIH CANTIK!

Untitled album 16/02/2015

Tips Rawat Jerawat Terpantas!

Siapa kata jerawat tidak boleh dirawat dengan pantas? Di sini saya akan membongkar lima bahan yang boleh membantu anda merawat jerawat untuk beberapa jam supaya tampil yakin untuk sesuatu upacara atau majlis.

Sekurang-kurangnya, ia mampu 'menyembunyi' jerawat yang kelihatan ketara sebelum ada yang menegur.

1. GARAM
Garam dipercayai mampu mengecutkan jerawat selama beberapa jam sahaja. Hanya campur dengan sedikit air, pastikan anda menyapu garam pada tempat jerawat sahaja dan bukan ke seluruh wajah. Sedikit garam pada jerawat sudah memadai.

2. LEMON
Jus lemon bukan saja membantu membunuh bakteria tetapi ia juga dikatakan peluntur semula jadi. Menyapu sedikti jus lemon pada jerawat boleh membantu kulit wajah anda bebas bakteria dan memudar parut jerawat.

3. AIS
Menekap ais pada jerawat membantu mengurangkan kemerahan dan bengkak jerawat pada masa yang singkat. Elak letak ais pada tempoh yang lama kerana ia mungkin akan menyebabkan kulit anda terkena 'gigitan ais'.

4. HALIA
Dikenali sebagai anti-radang, halia membantu mengecutkan dan mengatasi kemerahan jerawat pada wajah. Bukan saja murah tapi boleh disapu pada bila-bila. Hiris nipis dan tampalkan saja pada wajah. Jika terlebih rajin, ambil jusnya dan tekap saja.

Mungkin ada yang merasa pelik akan kemujaraban bahan-bahan ini tetapi tidak salah mencuba kerana ia lebih murah, mudah didapati dan dijamin selamat.

Apa yang penting, ia mampu mengabur mata orang di sekeliling anda untuk beberapa jam ;)

sumber : Majalah NONA (edited)

Secantik artis Korea 16/02/2015

SECANTIK ARTIS KOREA

Artis Korea amat diminati ramai kini, terutama golongan muda. Bukan hanya bakat seni mereka dikagumi tetapi juga rupa paras artis-artis K-Pop itu.

Tidak dinafikan rahsia kecantikan kebanyakan artis-artis itu adalah pembedahan plastik yang sememangnya amat popular di sana.

Namun mereka juga amat mengambil berat penjagaan kulit. Setiap hari mereka menggunakan tidak kurang daripada 10 produk.
Jika anda ingin miliki kulit secantik artis K-Pop cuba ikut cara mereka ini.

MENCUCI
Biasanya mereka akan melakukan cucian dua kali. Cucian pertama untuk membuang solekan pada keseluruhan wajah.
Selepas bilas bersih, cuci sekali lagi dengan menggosok perlahan kulit bagi merangsang peredaran darah.

TONER
Bertindak mengimbangi pH kulit dan menyediakan kulit anda untuk menerima manfaat atau khasiat produk penjagaan kulit lain yang digunakan selepas toner.

ESSENCE
Sapu dengan cara ke atas pada p**i juga dahi. Essence membantu merawat kulit dan meningkatkan keupayaannya menyerap dengan mendapat manfaat produk lain.

SERUM
Mereka tidak hanya menggunakan satu serum. Paling kurang mereka menggunakan tiga jenis serum yang khusus untuk menanggani masalah kulit tertentu seperti anti penuaan, merawat tompok hitam dan menghidrat.

PUPUR/TOPENG PERAWATAN KULIT
Gunakan pupur atau topeng perawatan kulit dua kali seminggu. Sebaik-baiknya lakukan rawatan ini sebelum menggunakan toner.

KRIM MATA
Sapukan krim mata dua kali sehari, pagi dan malam. Ratakan secara tekan perlahan dengan hujung jari. Jangan sekali-kali gosok.

PELEMBAP/TOPENG PERAWATAN MALAM
Pada waktu siang gunakan krim pelembap dan krim khusus malam sebelum tidur. Sekali sekala gunakan topeng perawatan malam.

SEMBURAN (MIST)
Wanita Korea juga akan menyembur air perawatan kulit pada muka mereka beberapa kali sehari bagi memastikan kulit wajah kelihatan kekal segar.

RAWATAN MUKA
Sekali-sekali, dalam dua minggu sekali atau sekali sebulan mereka akan lakukan rawatan muka di spa atau klinik pakar kulit.

Sumber : Majalah Jelita

SIJIL HALAL PRODUK 15/02/2015
PROSES PENGHANTARAN 15/02/2015
TESTIMONIAL PELANGGAN KAMI 15/02/2015
Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuala?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Kuala