Avicenna Academy Terengganu
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Avicenna Academy Terengganu, Health/Beauty, BANGUNAN KOMPLEKS IBU TUNGGAL CHENDERING, Kuala.
24/03/2026
Alhamdulillah.
Program kami di bulan Ramadhan.
20/02/2026
ALHAMDULULILLAH.
KURSUS ASAS POSNATAL PERTAMA ANJURAN AVICENNA ACADEMY MALAYSIA.
Avicenna Academy Malaysia Terengganu telah berjaya menganjurkan Kursus Asas Posnatal sebagai komitmen berterusan dalam melahirkan tenaga kerja mahir dan profesional dalam bidang penjagaan ibu selepas bersalin.
Program ini dirangka secara sistematik dengan pendekatan teori dan praktikal, selaras dengan keperluan industri terapi dan kesejahteraan wanita masa kini.
Kursus ini bukan sahaja memberi kemahiran teknikal, malah menekankan aspek keselamatan, etika profesional dan standard perkhidmatan yang berkualiti.
OBJEKTIF PROGRAM
• Memberikan kefahaman menyeluruh mengenai konsep penjagaan ibu selepas bersalin.
• Melatih peserta dalam teknik asas urutan posnatal yang selamat dan efektif.
• Meningkatkan kesedaran terhadap amalan kebersihan, keselamatan dan etika perawat.
• Membina keyakinan peserta untuk menyediakan perkhidmatan secara profesional.
• Menyediakan asas kukuh bagi laluan pensijilan dan perkembangan kerjaya dalam industri terapi wanita.
TENAGA PENGAJAR BERKALIBER
Program ini dikendalikan oleh barisan tenaga pengajar yang berpengalaman luas dalam bidang terapi dan penjagaan wanita.Disamping itu, hadirnya Prof Madya Dr Zainab Mohd Shafie sebagai pakar sakit puan dan merupakan Timbalan Dekan Fakulti Perubatan UNISZA dapat berkongsi perkara yang perlu dilakukan oleh perawat didalam bidang Posnatal.
Setiap sesi latihan disampaikan secara terperinci, praktikal dan berpandukan pengalaman industri sebenar, memastikan setiap peserta memperoleh ilmu yang berkualiti serta berstandard profesional.
Pendekatan latihan yang berstruktur memberi ruang kepada peserta untuk memahami bukan sahaja teknik, tetapi juga tanggungjawab sebagai seorang perawat.
HARAPAN AKADEMI
Avicenna Academy Malaysia berharap agar para peserta yang telah mengikuti kursus ini:
• Mengamalkan ilmu dengan penuh integriti dan profesionalisme.
• Memberikan perkhidmatan yang selamat dan beretika kepada klien.
• Terus meningkatkan kemahiran melalui latihan lanjutan dan pensijilan rasmi.
• Menjadi contoh perawat yang berkompeten dalam industri terapi wanita.
Kami komited untuk terus menyediakan platform latihan yang berkualiti dalam melahirkan tenaga kerja mahir dan berdaya saing.
Avicenna Academy Malaysia Terengganu
Melahirkan Terapis Profesional, Beretika dan Berkualiti Industri.
13/02/2026
Alhamdulillah.
Selesailah Kursus Asas Urutan di Kompleks Ibu Tunggal Chendering Kuala Terengganu.
11/02/2026
Alhamdulillah.
Selesailah kelas Asas Fasdu vol 1 di Kompleks ibu tunggal chendering.
10/02/2026
Alhamdulillah.
Telah selesai kursus Asas Bekam Basah teknik tusukan yang berlangsung Di Avicenna Academy Malaysia Terengganu Chendering.
10/02/2026
Alhamdulillah.
Berita Baik kepada Warga Pantai Timur yang ingin mengambil pensijilan SKM3 KAEDAH PPT didalam bidang :
1) SKM3 RUQYAH
2) SKM3 URUTAN
3) SKM3 REFLEKSOLOGI
4) SKM3 POSNATAL
5) SKM3 SPORT MASSAGE
6) SKM3 BEKAM ANGIN LULUS JUGA TETAPI KENA AMBIL KAEDAH PB-SLAPB DI HQ AVICENNA ACADEMY MALAYSIA DI BANGI AVENUE.
JOM TUNGGU APA LAGI.AYUH DAFTAR SEKARANG.
10/02/2026
Kunjungan daripada pihak JPK untuk menilai permohonan pusat PPA-PPT di AVICENNA ACADEMY MALAYSIA TERENGGANU di Kompleks Ibu Tungggal YPKT Chendering.
Jom kita dengar perkongsian peserta daripada Pulau Pinang yang sanggup datang ke Terengganu untuk sertai kursus asas Fasdu Vol 1 di KOMPLEKS IBU TUNGGAL CHENDERING .
10/02/2026
Assalamualaikum.
Perkenalkan muka-muka team Avicenna Academy Terengganu.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Culinary Team
Attire
Website
Address
BANGUNAN KOMPLEKS IBU TUNGGAL CHENDERING
Kuala
21080