KRT Zon A Taman Wawasan
Halaman rasmi KRT Zon A Taman Wawasan.
28/05/2026
Ilmu hari ini mampu menyelamatkan keluarga di hari kemudian....Jom hadir
27/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha...
22/05/2026
Alhamdulillah, 21 Mei 2026,
kami wakil KRT A Taman Wawasan berpeluang menghadiri Program Sambutan Hari Ibu Negeri Johor 2026 yang berlangsung di Dewan Seroja, Kompleks Penyayang Kempas, Johor Bahru. Program ini sangat meriah dan penuh dengan pelbagai pengisian yang bermanfaat walaupun sambutan sudah memasuki beberapa hari.
Antara pengisian menarik ialah sesi motivasi dan perkongsian ilmu berkaitan PERKESO khusus untuk suri rumah, di samping penerangan mengenai perlindungan dan manfaat yang sangat berguna untuk para wanita dan keluarga. Turut diadakan perkongsian berkaitan penjagaan ibu mengandung yang memberi banyak info dan kesedaran kepada para peserta.
Selain itu, pihak SSPN juga turut berkongsi maklumat berkaitan kepentingan simpanan pendidikan anak-anak untuk masa hadapan. Yang paling istimewa, YB turut menyantuni para hadirin dengan pemberian bunga kepada setiap peserta sebagai tanda penghargaan buat para ibu. 🌹
Program ini juga menyediakan saringan kesihatan serta pelbagai aktiviti lain yang sangat menarik dan bermanfaat kepada masyarakat. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program yang penuh ilmu, kasih sayang dan penghargaan buat insan bergelar ibu. ❤️
Sekian laporan aktiviti kami.
19/05/2026
Alhamdulillah, selesai sudah Mesyuarat Jawatankuasa KRT Zon A Taman Wawasan bagi membincangkan perancangan beberapa projek dan aktiviti yang bakal dilaksanakan di Mei ini & sepanjang bulan Jun nanti.
Antara fokus utama yang dibincangkan ialah program RT Sihat & RT Sejahtera iaitu inisiatif untuk mewujudkan komuniti Rukun Tetangga yang lebih sihat, aktif, harmoni dan prihatin terhadap kesejahteraan masyarakat setempat. Program ini bukan sahaja menumpukan kepada kesihatan fizikal, malah mengeratkan ukhuwah, semangat kejiranan serta kerjasama dalam komuniti.
Mesyuarat berjalan dengan lancar dan penuh semangat muafakat. Setiap ahli jawatankuasa turut memberikan pandangan, idea dan cadangan yang sangat baik demi memastikan setiap program dapat dilaksanakan dengan teratur dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Terima kasih kepada semua AJK yang hadir dan terus komited dalam menjayakan gerak kerja komuniti. Semoga segala perancangan dipermudahkan dan membawa kebaikan buat seluruh penduduk setempat. InsyaAllah
Taman Wawasan
11/05/2026
Alhamdulillah, setiap minggu senaman wanita tetap diteruskan secara tertutup.
Ada orang atau tidak, kelas tetap berjalan. Instr kami: Idayem tetap istiqomah hadir mengajar demi memberi peluang kepada wanita menjaga kesihatan dengan selesa dan yakin.
Sayang bila peluang yang baik ini tidak dimanfaatkan…...sedangkan kesihatan itu sangat bernilai. Bila sihat, ibadah kuat, semangat pun meningkat. 💪
Jangan tunggu sakit baru mahu bermula.
Sedikit tapi istiqomah, itu lebih bermakna. ❤️
30/04/2026
Jadual senam bulan Mei dah keluar‼️
Ramai masih bertangguh nak mula… hairan juga 😅
Yuran murah saja, jom mula sekarang, jangan tunggu sakit baru nak jaga kesihatan 💪
25/04/2026
Alhamdulillah 🤍 25 April 2026
Majlis Tautan Kasih Kariah malam tadi berlangsung dengan penuh kemeriahan dan kehangatan. Walaupun Syawal telah berlalu, semangat Aidilfitri tetap hidup dalam setiap senyuman dan pertemuan.
Bertepatan dengan tema “Mengikat Hati, Menyambung Ukhuwah”, kehadiran yang begitu ramai jelas membuktikan bahawa kasih sayang dan silaturahim itu tidak terikat pada waktu.
Inilah indahnya kebersamaan, bila hati-hati disatukan, ukhuwah diperkukuhkan.
Terima kasih kepada pihak Masjid Al Ehsan diatas penganjuran majlis serta semua yang hadir dan menjayakan majlis ini. Semoga tautan kasih ini terus mekar dan berkekalan 🤍✨
25/04/2026
📣 SEKITAR PROGRAM TOWNHALL DISCUSSION BERSAMA PDRM
Alhamdulillah, pada 22 April 2026 (Rabu) yang lalu telah berlangsung dengan jayanya Program Townhall Discussion dengan kerjasama PDRM bertempat di Dewan Abu Bakar, Wisma Muafakat BSN Negeri Johor.
Program ini mendapat sambutan yang sangat baik dengan kehadiran peserta yang komited untuk menimba ilmu serta meningkatkan kesedaran keselamatan dalam komuniti.
🚨 Pendedahan Isu Scammer Semakin Membimbangkan
Antara pengisian utama adalah perkongsian daripada pihak PDRM berkaitan taktik dan modus operandi scammer yang kini semakin berleluasa. Peserta didedahkan dengan cara-cara penipuan terkini serta langkah pencegahan yang praktikal bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.
👥 Penyertaan Wakil Komuniti
Seramai 4 orang wakil dari KRT A Taman Wawasan turut hadir menyertai program ini. Diharapkan segala ilmu dan pendedahan yang diperoleh dapat dikongsikan semula kepada masyarakat setempat, agar lebih ramai mendapat manfaat dan meningkatkan tahap kesedaran bersama.
🤝 Semoga usaha seperti ini dapat memperkukuhkan lagi kerjasama antara komuniti dan pihak berkuasa dalam membanteras jenayah, khususnya penipuan dalam talian.
Sekalung penghargaan kepada penganjur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
16/04/2026
Alhamdulillah, pagi tadi telah berlangsung gotong-royong pembersihan Balairaya Taman Wawasan dengan semangat kebersamaan yang tinggi 🤝
Kebersihan bukan sekadar tanggungjawab, tetapi satu amalan mulia yang mencerminkan keprihatinan komuniti. Usaha ini penting bagi memastikan balairaya sentiasa dalam keadaan bersih, selesa dan kondusif untuk semua.
Balairaya ini menjadi nadi aktiviti komuniti2 tempat berlangsungnya pelbagai program bermanfaat seperti kelas mengaji, kelas ilmu, serta aktiviti kelab dan pendidikan yang menyatukan KRT, WI, Helwa, RTA, AIM dan seluruh warga setempat.
Semoga usaha kecil ini memberi impak besar dalam mewujudkan persekitaran yang sihat, ceria dan harmoni untuk kegunaan bersama. Kebersihan dijaga, ukhwah diperkasa 🥰
15/04/2026
10 April 2026
Alhamdulillah, KRT A telah mengadakan marhaban sempena Syawal yang mulia. Dari rumah ke rumah, terjalin erat silaturahim dan terbuka ruang bermaafan sesama ahli.
Alunan selawat yang bergema menyentuh hati, membawa ketenangan serta keberkatan buat semua.
✨Semoga amalan ini terus subur dan menyatukan kita semua. 🌙✨
Taman Wawasan
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Jalan Rajawali, Taman Wawasan, Kelapa Sawit
Kulai
81030