Asmak Labuan By RosLinz
Menjual Produk Asmak keluaran Syarikat MHAMSB ( Minyak Herba Asmak Mujarab SDN BHD)
21/03/2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙
Semoga setiap pengorbanan kita di bulan Ramadan diterima Allah SWT
dan dikurniakan ketenangan, rezeki serta kebahagiaan yang berpanjangan 🤲🏻
🌹RosLinz & Family🌹
18/02/2026
Selamat menyambut bulan Ramadan 1447H
Dari Kami : Family Asmak 🌹
05/02/2026
"Bulan Ramadan adalah bulan paling awalnya rahmat, pertengahannya ampunan dan penghujungnya adalah pembebasan dari api neraka"
04/02/2026
15 hari lagi untuk kita menyambut Ramadan 😊🌹
"Bulan Ramadan adalah bulan paling awalnya rahmat, pertengahannya ampunan dan penghujungnya adalah pembebasan dari api neraka"
01/02/2026
GoodBye January 🙋🏻
Hello February 🙆🏻
O1.02.2026
Selamat Hari Wilayah buat warga 3 Wilayah
Orang Sabah Tinggal di Wilayah😬
17/01/2026
🌙 Apakah Isra’ Mikraj?
Isra’ Mikraj ialah peristiwa luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad ﷺ atas kehendak Allah SWT.
Isra’: Perjalanan Nabi ﷺ pada waktu malam dari Masjidil Haram (Makkah) ke Masjidil Aqsa (Baitul Maqdis).
Mikraj: Perjalanan Nabi ﷺ naik ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha untuk menerima perintah Allah SWT.
Peristiwa ini berlaku dalam satu malam, sebagai tanda kebesaran dan kekuasaan Allah.
🕋 Kepentingan Peristiwa Isra’ Mikraj
📌Perintah solat 5 waktu :
Solat adalah satu-satunya ibadah yang diperintahkan secara langsung kepada Nabi ﷺ di langit. Ini menunjukkan betapa pentingnya solat dalam kehidupan seorang Muslim.
📌Ujian keimanan :
Ketika peristiwa ini diceritakan, ada yang beriman tanpa ragu, dan ada yang meragukannya. Ini membezakan antara iman yang kuat dan iman yang lemah.
📌Penghibur hati Rasulullah ﷺ
Isra’ Mikraj berlaku selepas tahun dukacita, ketika Nabi ﷺ kehilangan insan tersayang dan menghadapi penentangan hebat. Allah SWT memuliakan dan menguatkan baginda.
✨ Pengajaran & Hikmah
📍Solat adalah tiang agama – jangan dipandang ringan.
📍Keimanan bukan hanya pada logik, tetapi keyakinan kepada kekuasaan Allah.
📍Setiap kesusahan ada kemuliaan selepasnya – Allah tidak pernah meninggalkan hamba-Nya yang sabar.
📍Masjidil Aqsa adalah suci dan penting dalam Islam, sebahagian daripada akidah umat Islam.
SALAM ISRA' MIKRAJ 1447H
01/01/2026
Program pertama di Tahun 2026
Semoga di permudahkan perjalanan program Family Day Asmak 2 hari lagi
Jumpa kalian di sana 🌹
01/01/2026
Selamat Tahun Baru 2026 !
Semoga segala impian jadi kenyataan 🌹
Semoga setiap usah kita di mudahkan dan di beri ganjaran yang luar biasa.
InshaAllah kejayaan yang lebih besar sedang menanti.
Teruskan melangkah💪🏻
Happy New Year 2026 🌹
Assalamualaikum
THE END 365 of 365 days :
✅ Tutup tahun ini dengan rasa syukur - Tak kira banyak mana ujian, pasti ada nikmat yang Allah selitkan.
✅ Maafkan dan lepaskan - Hati yang ringan lebih mudah melangkah ke tahun baru.
✅ Simpan yang baik, belajar dari yang pahit - Semua itu bekal untuk jadi lebih kuat, matang, dan berjaya.
✅Rancang, tapi jangan lupa tawakkal- Usaha kita penting, tapi rezeki tetap dari-NYA
DAN...
Terus jadi orang yang baik, kuat dan penuh semangat💪🏻
Saya doakan tahun 2026 membawa lebih banyak rezeki, kesihatan, keberkatan dan kejayaan buat kita semua 🙋🏻
Assalamualaikum
Selamat Tahun Baru 2026 Masihi !