Pusat Maklumat Pemakanan WP Labuan
Pusat penyebaran maklumat pemakanan kepada masyarakat dengan menggunakan teknologi yang bersesuaian dengan masyarakat dan mesra pelanggan
15/12/2025
Saringan Penutupan Program Trim & Fit di PETRONAS Chemical Methanol Labuan ✅
Terima kasih atas kerjasama semua pihak yang terlibat. Semoga program ini dapat memberi kesedaran tentang kepentingan gaya hidup sihat dan memberi impak positif kepada semua peserta. Langkah kecil, perubahan besar 💪🏻
12/12/2025
30/11/2025
20/11/2025
Cegah anemia dengan Sup Si P**i Merah!
Kacang hitam merupakan sumber protein dari kumpulan legum/kekacang pada Piramid Makanan Malaysia. Legum, kacang dan kekacang juga kaya dengan zat besi, asid folik dan pelbagai vitamin, fitokimia serta serat baik untuk kesihatan. Makanan yang tinggi dengan zat besi boleh membantu kita mencegah daripada masalah anemia.
Jom kita cuba resipi ni!
17/11/2025
KKM perkukuh intervensi atasi masalah zat kanak-kanak KUALA LUMPUR, 17 November - Kerajaan memperkukuh intervensi pemakanan sihat untuk menangani isu kekurangan zat makanan (KZM) dalam kalangan kanak-kanak berisiko, khususnya daripada keluarga B40, komuniti pedalaman dan kawasan berisiko tinggi.Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni,....
12/11/2025
Warga emas mempunyai banyak masalah fisiologi yang boleh mengganggu pengambilan makanan akibat proses penuaan dan mempunyai masalah dengan selera makan. Maka, tabiat makan dalam kauntiti yang sedikit dan kerap dapat membantu memenuhi keperluan pemakanan mereka.
Sewaktu penyediaan makanan, sajikan mereka dengan size hidangan yang kecil, bersesuaian dengan citarasa setempat dan mempunyai kepelbagaian dari jenis rasa, warna, bentuk, tekstur dan bau.
Perancangan menu setiap minggu penting supaya dapat mempelbagaikan makanan dan menyusun atur makanan mengikut keutamaan.
Berikut adalah contoh menu untuk sehari bagi warga emas.
Selamat mencuba!
12/11/2025
11/11/2025
Zat besi adalah mineral yang penting untuk pelbagai fungsi badan, terutamanya untuk pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah. Sumber zat besi terbahagi kepada dua kategori iaitu zat besi heme dan zat besi non-heme.
Zat besi heme boleh didapati dalam sumber haiwan seperti daging, kerang dan telur ayam dan ia lebih mudah diserap oleh badan.
Manakala zat besi non-heme boleh didapati dalam makanan berasaskan tumbuhan seperti lentil, kekacang, tauhu, bayam, dan bijirin. Penyerapan zat besi non-heme lebih rendah dibandingkan zat besi heme tetapi dapat dipertingkatkan dengan mengambil bersama makanan yang tinggi dengan vitamin C.
04/11/2025
STRATEGI PENCEGAHAN MALPEMAKANAN DALAM KALANGAN KANAK-KANAK
Dengarkan Bicara Eksklusif bersama-sama Cik Izni Nadirah Setiyadi, Pegawai Sains (Pemakanan), Seksyen Pemakanan Jabatan Kesihatan Negeri WP Labuan pada 5 November 2025, 9.15 pagi di LABUANfm.
02/11/2025
Bahaya makan hotdog kerap!
Sosej atau hotdog sebenarnya daging terproses yang tinggi garam, lemak dan bahan pengawet.
Elakkan daripada jadi makanan harian anak-anak 💔
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Address
Klinik Kesihatan WP Labuan, Jabatan Kesihatan WP
Labuan
87018
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |