Pusat Rawatan Bekam Sunnah Muaz Al Qary
Kami menyediakan perkhidmatan rawatan Bekam,Akupunktur,Urutan Tradisional,Urutan Al Qifayah,Urutan T
16/08/2022
Terima kasih sisku🥰🥰
Pusat Rawatan Bekam Sunnah Muaz Al Qary
01/02/2022
“Sebaik baik pengubatan yang manusia lakukan adalah dengan BERBEKAM”sabda RASULULLAH SAW (HR Imam At Thabrani).
Apa itu BEKAM?
Bekam adalah proses membuang darah bertoksin dan beracun dari tubuh badan kita melalui permukaan kulit.❤️
Sihat dengan SUNNAH
SUNNAH itu Indah❤️
Bekam Sunnah Muaz Alqary
20/10/2021
Bekam Sunnah /klinikal
Urutan Tradisional/ Saraf @ strok/ sliped disc
Masaalah tulang belakang
Akupuntur
Kiropraktik
AlFashdu
Untuk Temujanji (lelaki) :
Whatsapp / hubungi
0146799721 - Ustaz Aziz
07/01/2021
Apakah kebaikan,Menfaat dan pengertian BEKAM?
Soalan:
Salam sejahtera doktor. Saya David, ingin bertanyakan doktor mengenai bekam. Saya ada mengikuti kawan saya pergi membuat sesi berbekam di sebuah pusat rawatan alternatif. Ketika kawan saya membuat terapi ini, saya melihat darah berwarna gelap yang dikeluarkan dari kulit yang dikumpulkan dalam cawan bekam tersebut. Pengendali tersebut memberitahu saya bahawa ianya adalah darah kotor.
Saya juga ada mendengar beberapa manfaat bekam lain yang diberitahu oleh pengendali pusat bekam tersebut dan berasa berminat untuk mencubanya. Persoalan saya disini, sejauh manakah keberkesanan dan kebaikan terapi ini? Apa yang perlu saya ketahui mengenai bahayanya dan perkara yang perlu saya ambil sebelum mencubanya? Jawapan doktor amat dihargai, terima kasih.
Jawapan:
Dr Sri Viknarajan
MD (Universiti Hasanuddin, Indonesia)
Terima kasih kepada saudara yang bertanyakan soalan. Berdasarkan kepada soalan dan keterangan yang anda berikan, berbekam adalah salah satu kaedah perubatan alternatif yang telah lama dipraktikkan. Rawatan ini mempunyai beberapa kebaikan dan risikonya tersendiri. Antara potensi kebaikan berbekam pada kesihatan seseorang adalah seperti melegakan ketegangan otot, melancarkan aliran darah dan mengurangkan sakit kronik. Risiko bagi perubatan ini adalah seperti jangkitan kulit, lemah badan dan pening kepala. Terdapat banyak lagi potensi manfaat dan risiko terapi ini yang akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam artikel di bawah.
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Bekam Atau Cupping Therapy?
Sekiranya anda berminat dengan rawatan alternatif ini, pastinya anda pernah melihat gambar-gambar rawatan bekam bukan? Bekam adalah kaedah perubatan yang menggunakan tekanan rendah (“negative pressure”). Kaedah ini telah diamalkan sejak beribu tahun lamanya di tamadun-tamadun terkemuka dunia seperti Tamdadun Mesir Purba, Tamadun China dan Tamadun TImur Tengah Islam. Di Malaysia, bekam amat sinonim dengan perubatan Islam bagi mereka yang beragama Islam.
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Bekam Atau Cupping Therapy?▼
Saya Ada Mendengar Mengenai Dua Jenis Bekam Yang Utama. Boleh Doktor Terangkan Lebih Lanjut?▲
Rawatan alternatif pop**ar ini mempunyai dua jenis yang berbeza namun sesetengah pengamal akan memberitahu masih terdapat banyak lagi jenis bekam seperti bekam kepala. Umumnya, dua jenis bekam adalah bekam angin dan bekam darah.
A) Bekam Angin
Cara bekam angin adalah dengan meletakkan cawan khusus pada bahagian badan yang hendak dirawat seperti belakang badan seseorang. Kemudiannya, pengamal tersebut akan membakar samada herba, kertas atau sedikit larutan alkohol pada kulit yang ditekup oleh cawan bagi menghasilkan tekanan negatif diantara cawan tersebut dan kulit. Hal ini akan menyebabkan bahagian tersebut naik seperti bengkak. Sesetengah pengamal akan menggunakan mesin untuk menyedut angin keluar dari cawan khas ini bagi menghasilkan bengkak yang lebih konsisten.
B) Bekam Darah
Sebenarnya tidak banyak beza antara bekam darah mahupun angin kerana bagi prosedur bekam darah, jarum atau pisau skalpel akan digunakan untuk mengeluarkan darah dari titik rawatan yang dikenalpasti.
Apakah Benar Manfaat-Manfaat Bekam Kepada Tubuh Seseorang?▲
Walaupun rawatan ini telah diamalkan sejak beribu tahun lamanya, masih tidak banyak kajian mendalam mengenai keberkesanan bekam. Terdapat beberapa potensi kebaikan berbekam yang dikenalpasti seperti:
1) Melancarkan aliran darah
Rawatan alternatif ini pada dasarnya menyebabkan saluran darah lebih jelas pada permukaan kulit disamping menyebabkannya lebih besar akibat perubahan tekanan udara diluar badan. Hasilnya aliran darah akan lebih lancar dan ini baik bagi pesakit yang mempunyai faktor risiko seperti kolesterol tinggi dan kencing manis.
2) Kebaikan bekam muka
Kaedah berbekam pada muka mempunyai sedikit kontroversi kerana risikonya. Namun begitu, rawatan ini telah disebut boleh merawat kondisi seperti kayap, migrain, jerawat serta kelumpuhan muka akibat strok (angin ahmar) atau “Bell’s Palsy”. Kebanyakkan ahli perubatan masih lagi tidak menemui mekanisme bagaimana bekam pada muka boleh mendatangkan manfaat seperti yang disebutkan diatas.
Oleh sebab aliran darah semakin lancar akibat perubahan tekanan pada titik bekam, maka sel-sel darah putih serta kandungan darah yang lain mudah untuk sampai ke titik tersebut dan meransang pemulihan sel serta pengeluaran sisa toksik atau kuman. Terdapat pelbagai bahaya bekam di wajah seperti risiko darah tersumbat dan menyebabkan strok ataupun buta! Oleh yang demikian, ianya jarang dipraktikkan melainkan mereka yang profesional dan berpengalaman.
3) Melegakan penyakit-penyakit reumatik/sendi kronik
Kondisi-kondisi seperti artritis reumatik (“rheumatic arthritis”) dan gout dipercayai dapat dilegakan simptom-simptom mereka dengan kaedah bekam darah berdasarkan kenyataan daripada Persatuan Bekam British. Hal ini berkemungkinan kerana penyakit-penyakit kronik ini mempunyai lebihan penanda keradangan atau toksik seperti asid urik dalam darah yang s**ar dibuang melalui air kencing.
Oleh sebab terdapat pengeluaran darah yang terkawal dan sedikit melalui bekam darah, lebihan toksik dan penanda keradangan ini juga dapat dibuang. Ianya dipercayai akan lebih efektif sekiranya prosedur ini dilakukan pada bahagian sendi yang sakit.
4) Merawat kondisi kulit kronik
Penyakit kulit kronik seperti ekzema dan psoriasis dipercayai dapat dirawat dengan kaedah berbekam juga. Tiada bukti kukuh untuk menyokong tuntutan ini dalam aspek penyembuhan penyakit-penyakit yang dinyatakan. Pengurangan gejala dan skala simptom mungkin dapat dicapai kerana punca-punca penyakit kulit kronik ini adalah berpunca daripada serangan sistem imun sendiri pada kulit pesakit.
Dengan membuang darah yang terkawal beserta perubahan tekanan pada titik yang dikenalpasti, rawatan alternatif ini dipercayai dapat membuang sedikit sel-sel darah putih serta penanda keradangan yang menyebabkan gejala dan penyakit kulit ini.
5) Rawatan sampingan tekanan darah tinggi
Penyakit darah tinggi sememangnya tidak mempunyai penawarnya lagi. Akan tetapi dengan pengambilan ubat, senaman, penjagaan makanan serta kaedah bekam darah, ianya berpotensi untuk mengawal tekanan darah tinggi dengan lebih efektif. Hal ini berikutan pembuangan garam, kolesterol dan lemak dalam darah yang umum diketahui sebagai faktor utama kepada tekanan darah tinggi juga akan dibuang dalam bekam darah.
6) Mengurangkan tekanan/stres dan kemurungan
Mungkin anda tidak tahu bahawa penyakit keresahan dan kemurungan juga ada kaitan biologi dan perubahan hormon dan bukan sekadar psikologi semata-mata! Rawatan bekam angin atau darah disamping dengan urutan yang selalu diberikan disetiap sesi bekam dapat membantu menenangkan fikiran dan mengurangkan stres.
7) Membantu mengurangkan tekanan otot dan badan
Tahukah anda terdapat banyak atlet professional yang menggunakan rawatan alternatif ini bagi tujuan pemulihan yang lebih “natural”? Terdapat banyak atlet pada s**an Olimpik Rio 2016 yang menggunakan rawatan ini terutamanya atlet renang seperti Michael Phelps. Kelancaran aliran darah membantu otot-otot untuk mudah membuang sisa toksik selepas aktiviti bers**an secara efektif dan membantu pemulihan badan.
Adakah berbekam lebih baik daripada menderma darah? Rawatan bekam boleh dibuat lebih berkala daripada menderma darah kerana jumlah darah yang dikeluarkan adalah lebih sedikit. Oleh itu, bekam darah dilihat lebih baik untuk melegakan penyakit kronik seperti yang dinyatakan diatas berikutan lebihan penanda keradangan yang berterusan dan sel darah putih tidak baik.
Walaubagaimanapun, kesemua kebaikan dan manfaat yang dinyatakan diatas memerlukan penelitian lebih lanjut melalui kajian-kajian jangka panjang bagi membuat konklusi yang lebih tepat.
Bekam Sunnah Muaz Alqary
06/12/2020
Untuk pertanyaan dan Temujanji sila hubungi :
01116031589 - Pn Norlizawati
0156799721 - En.Abdul Aziz
06/12/2020
Rawatan Bekam Sunnah
Secara mudahnya, bekam atau berbekam adalah merupakan proses membuang darah kotor yang bertoksin dan beracun yang berbahaya, dari tubuh badan kita melalui permukaan kulit.
Di dalam bahasa Arab, bekam dikenali sebagai Hijamah, sementara di dalam bahasa Inggeris p**a ianya disebut sebagai Cupping.
Toksin adalah merupakan endapan racun atau zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh badan. Di antara sebab atau punca kehadiran toksin di dalam tubuh badan manusia ialah pencemaran udara, kandungan makanan masa kini yang mengandungi zat kimia yang tidak baik seperti bahan pengawet, pewarna, bahan berisa dan seumpamanya. Hasil pertanian yang diurus secara moden juga tidak ketinggalan dari masalah racun makhluk perosak.
Tabiat merokok juga menyumbang kepada masalah ini. Tidak ketinggalan juga penggunaan ubat-ubatan moden yang bersumberkan bahan kimia, yang mampu memberikan kesan sampingan merosakkan organ dan mikro organisma baik di dalam sistem tubuh badan.
Darah kotor yang mengandungi toksin ini juga dikenali sebagai darah beku yang menyumbat peredaran darah, sehingga mengakibatkan gangguan kepada sistem peredaran darah daripada berjalan lancar.
KEPENTINGAN BERBEKAM
Berbekam adalah merupakan amalan yang sangat-sangat diutamakan oleh Rasulullah s.a.w ketika hendak merawat penyakit, mahu pun untuk mengelakkan penyakit. Bahkan baginda juga sangat-sangat menggalakkan para sahabatnya melakukan amalan berbekam ini. Terdapat banyak hadis-hadis yang menyangkuti saranan berbekam ini.
Di antaranya ialah seruan penghuni langit, iaitu para malaikat, ketika berlakunya peristiwa israk dan mikraj :
Dalam riwayat Tirmizi dari Ibnu Mas’ud dan riwayat Baihaqi :
“ Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku diisrakkan, kecuali mereka berkata, ‘Wahai Muhammad, perintahlah umatmu agar berbekam! ’” (Sohihul Jami’ : 5671)
Dari Ibnu ‘Abbas r.a :
“ Tidaklah aku berlalu di hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku diisrakkan, kecuali masing-masing dari mereka pasti mengatakan kepadaku, ‘Muhammad, hendaklah kamu berbekam! ” (Sohihul Jami’ : 5672, Al-Misykat : 4554).
Bayangkanlah, ketika di malam peristiwa yang amat bersejarah itu, ketika Rasulullah s.a.w di dalam perjalanan menemui Allah s.w.t, dan malam di mana perintah mengerjakan solat secara rasminya disyariatkan kepada umat Islam, para malaikat p**a menyeru agar nabi Muhammad s.a.w dan umatnya berbekam.
Ini menunjukkan betapa amalan berbekam bukanlah sesuatu yang harus diremehkan.
HADIS-HADIS BERKENAAN BEKAM
Selain daripada dua hadis yang telah dinyatakan di atas tadi, tedapat beberapa lagi hadis yang berbicara mengenai kehebatan amalan bekam. Ini sekali lagi menunjukkan betapa aktiviti berbekam itu mempunyai manfaat yang besar kepada umat manusia, dan tidak seharusnya ia dipersia-siakan.
Silalah memperhalusi hadis-hadis berikut bagi memperkuatkan keyakinan anda terhadap kegiatan bekam sebagai penyembuh dan pencegah penyakit yang sangat berkesan :
1. Dari Ibnu ‘Abbas r.a :
“ Kesembuhan itu terdapat pada tiga hal, yakni minum madu, sayatan alat bekam, dan ‘kay’ dengan api. Sesungguhnya aku melarang umatku dari ‘kay’” (Sahih al Bukhari, At Thibb, Juz 1, halaman 5680)
2. Dari Jabir bin ‘Abdillah r.a ia berkata : Saya pernah mendengar nabi bersabda :
“ Jika ada yang terbaik pada ubat-ubatan kalian, maka itu terdapat pada sayatan alat bekam, minuman madu, atau sundutan dengan api (kay) yang tepat pada penyakit. Tetapi aku tidak s**a berubat dengan ‘kay’ ”(Sahih al Bukhari)
MENGAPA KITA HARUS BERBEKAM ?
Selepas 80 hingga 120 hari, sel-sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati dan dibuang oleh hati (liver) akan tetapi, tidak kesemuanya dapat dikeluarkan. Oleh kerana sifatnya yang melekit dan tidak berfungsi, lama-kelamaan mereka akan memenuhi ruang-ruang urat kecil yang dipanggil kapilari, baik di sekeliling organ-organ penting dan juga di bawah kulit.
Sel-sel mati ini akan dibawa oleh arus perjalanan darah yang laju ke semua bahagian tubuh, dari kepala hinggalah ke kaki. Ia akan melekat diantara satu sama lain dan bercampur dengan asid urik, urea dan toksin.
Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan. Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh.
Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.
Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.
“Dengan ringkasan diatas, dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada kita yang mana ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya.”
Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat wal afiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya. Insya’Allah…
TEORI TAIBAH
Mengikut teori terbaru bekam iaitu Taiba teori, tekanan negatif pada kawasan bekam oleh cawan bekam akan menyebabkan akumulisasi cecair pada kapilari, limfatik dan kawasan sekitarnya. Ini akan menyebabkan dilusi bahan bahan keradangan yang terdapat disekitarnya .
Apabila torehan dibuat dan mengaplikasikan tekanan negatif pada kawasan tersebut, cecair radang akan dikeluarkan dari kawasan keradangan dan dielakkan daripada dimasukkan semula kedalam kapillari.
Keadaan ini mampu untuk meningkat imuniti dan pengeluaran kimia opiods oleh kulit akibat daripada kesan torehan dan tekanan tersebut. Selain itu, ia dapat meningkatkan aliran darah dan cecair limfa yang membolehkan bekam menyeimbangkan homeostasis dalam
SYARAT UNTUK BERBEKAM
Tidak Boleh Makan Sekurangnya 1 JAM SEBELUM Berbekam Sebaik 3 JAM.
Tidak Boleh Makan 1 JAM SELEPAS Berbekam
Di Galakkan Minum Air Bergula atau MADU SELEPAS Berbekam.
Elakkan melakukan aktiviti berat selepas berbekam, badan perlu rehat dalam proses pemulihan
KAEDAH BEKAM
Kaedah rawatan akan dilakukan di titik-titik penting di kawasan organ utama badan dan juga titik sunnah.
Melalui proses ini sel darah merah yang mati dan toksid serta angin dapat di keluarkan dari dalam badan.
Selepas berbekam darah kotor akan keluar agak bertali & tempat dibekam akan kelihatan berwana kehitaman.
HARI YANG DIGALAKKAN BERBEKAM
Hari yang sangat baik untuk berbekam ialah ISNIN, SELASA dan KHAMIS. Sementara hari yang tidak digalakkan untuk berbekam ialah pada hari RABU dan malam Rabu.
Sementara tarikh yang terbaik untuk berbekam di dalam sebulan ialah pada 17, 19 dan 21 haribulan pada bulan Islam Pada tarikh-tarikh ini, darah kotor akan keluar di dalam kuantiti yang lebih banyak.
KEKERAPAN BERBEKAM
Bagi orang yang sihat tubuh badan, disyorkan berbekam setiap 4 bulan, pada pertengahan bulan Islam iaitu pada 17, 19, dan 21 haribulan secara istiqamah.
Bagi yang berpenyakit, dan mahu merawat penyakit tersebut melalui kaedah bekam, disyorkan berbekam sebulan sekali, sebanyak tiga kali berturut-turut di peringkat awal. Kemudian, setelah sembuh, bolehlah berbekam 3 atau 4 bulan sekali sebagaimana orang sihat.🌹
Pn.Norlizawati Dassuki
founder Pusat Rawatan Bekam Sunnah Muaz Alqary
03/05/2020
Buat masa ni memang mana2 Pusat astetik (spa), Pusat Urut( termasuk pusat bekam), Pusat Reflexology sama sekali masih belum dibenarkan beroperasi.. Hanya SEKTOR KESIHATAN berkenaan sahaja yg di benarkan beoperasi..
Jika sdh di benarkan pusat urut dan seangkatannya beroperasi, SOP, Aktiviti dan Protokol harus diutamakan dan di perketatkan. Risiko jangkitan bgi perawat sgt tinggi..
InshaAllah kami Pusat Bekam Sunnah Muaz Alqary sedang atur persediaan utk operasi nnt. Prosedur2 ini akan kmi laksanakan seperti yg di arah kepada semua SEKTOR KESIHATAN.
Harap para pelanggan kami bersabar ya❤️💪
Pusat Bekam Sunnah Muaz Al Qary
29/08/2019
Lepas rawatan sila bagi detail ya tuan..😊
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Labuan
87000
Opening Hours
| Monday | 10:00 - 22:00 |
| Tuesday | 10:00 - 22:00 |
| Wednesday | 10:00 - 22:00 |
| Thursday | 10:00 - 22:00 |
| Friday | 14:00 - 22:00 |
| Saturday | 10:00 - 22:00 |
| Sunday | 10:00 - 22:00 |