Urutan Melayu
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Urutan Melayu, Health/Beauty, Langkawi.
Atas luahan orang ramai yang pernah ditipu perawat "scan". Insya Allah jika berkelapangan saya akan kongsikan p**a tentang kaedah penipuan yang berlaku dalam kaedah urutan. Yang mana ramai masyarakat tidak sedar..dan tektik-tektik yang mereka gunakan dalam memperdayakan mangsa.
Tujuan saya adalah untuk memberikan ilmu dan kesedaran pada masyarakat supaya lebih berhati-hati.
23/01/2023
Scan Jarak Jauh
Tujuan coretan sy harini adalah untuk mendidik anak bangsa supaya lebih celik mata dan celik fikiran tentang pembohongan rawatan scan atau teropong jarak jauh.
Kebanyakan rawatan scan sebenarnya tipu. Saya pernah datang ke sebuah rumah yg didakwa Pawang Di raja,itupun selepas puas dipujuk oleh seorang rakan untuk perkenalkan saya dengan beliau...supaya saya dapat berguru dengan pawang tersebut yg dipercayai mempunyai hubungan dengan wali songo dan hebat ilmunya.
Dipendekkan cerita,pawang tu suruh sy duduk didepannya dan nak scan saya.. dia scan punya scan,katanya takdapat detect. Pawang tersebut tarik nafas dan buat gerakan jurus macam bertai chi.
Scan punya scan...tiba-tiba...Oh!! kamu ni ada penjaga besar dua orang dari Gunung Jerai!. Kejap aku panggil dia....
Dia buat gerakan jurus lagi dan puhhhh! kononnya penjaga saya tersebut dah datang..
Dan dia mulalah buat drama kononnya sedang berdialog dengan penjaga tersebut.
Hakikatnya saya tau dia tipu,kerana dari awal lagi saya dah "pagar" kawasan rumahnya.
Kemudian pawang ni suruh saya buka baju...dan suruh saya baring... dia mula mengurut badan saya p**a...
Eh,ini dah lain macam..nak urut2 p**ak.. urut dengan minyak kasturi p**ak tu..habis satu badan bau minyak atar orang pegi mesjid.
Tapi takpa...saya sabar dulu dan tengok dulu permainan dia.. saya pandang keliling rumahnya sambil istighfar dalam hati.. Tiba² pawang ni rodok perut saya dengan jari dia.. saya terus bangun,dan duduk berdepan.
Sekarang ni giliran aku sekolahkan Pawang bapuk ni..dengan rumah berbunga-bunga macam mak andam...warna warni..
Saya cabar dia,kalau kau hebat sangat boleh scan... berapa keping duit yang ada dalam dompet aku.
Time tu,Pawang tadi mula terpinga-pinga.. berdalih-dalih takmau jawap.. dia kata
"eh awak lah lebih tahuuuu berapa duit dalam dompet"
Abis tadi cerita boleh scan istana ada itu ini...boleh scan orang sapa buat itu ini...ada jin berapa itu ini.. soalan simple berapa keping duit takkan Pawang di Raja tak boleh nampak?
Dan masa tu sy sekolahkan pawang tu cukup²... puas orang kampung,mak-mak kita....ayah-ayah kita diperbudakkan orang macam ni.
Andaikata Tuan/Puan jumpa dengan perawat yang mengaku boleh scan jarak jauh mahupun scan dalam badan.. Trick dulu depa ni, buat cerita dongeng sikit... pastu baru suruh scan.
Orang macam ni lah scam bangsa yang paling ramai sekali pengikut dia.
Kalau adapun orang yang boleh scan Tuan/Puan dan boleh tahu Tuan/Puan tipu atau tak...ketahuilah dia ada membela hantu raya. Hantu Raya lah yang akan buat kerja untuk melihat-lihat apa yang berlaku sama ada jarak jauh atau jarak dekat.
Dan sekarang Pawang-pawang Scamer ni dah pandai buat tiktok,pandai buat live kat FB..jadi hati-hatilah orang yang s**a buat wayang macam ni. Mereka tak segan silu untuk menipu masyarakat dan tak tebal muka untuk menampil diri. Jangan terpedaya dengan penampilan ala-ala ustaz..ala-ala pendekar..
Bacaan tajwid pun salah,macam mana hantu raya tak berdamping dengan mereka.
Saya juga berpesan,bahawa janganlah percaya pada ramalan mimpi kerana mimpi bukanlah petanda yang tepat untuk menentukan Tuan/Puan ni disihir atau diganggu jin.
Mimpi tidak boleh dijadikan dalil atau sandaran untuk Tuan/Puan percaya "ada orang buat".
kecuali mimpi Para Nabi dan Rasul.
Mimpi orang macam kita ni,banyak mimpi cap ayam..mainan tidur..mainan perasaan.
Bomoh,pawang dan uskun(ustaz dukun) s**a mencari mangsa yang percaya pada ramalan mimpi untuk kaut keuntungan..
Asal mimpi pelik sikit,salahkan orang buat...sikit-sikit kata sihir pemisah.. sikit-sikit dimomokkan dengan hantu syaitan.. Yang sebenarnya diri kita yg perlu diperbetulkan.
Cara berlindung diri yang percuma untuk mengelakkan diri kita dari khianat makhluk adalah dengan mengamalkan ayat-ayat manzil atau doa yang banyak sekali Nabi ajarkan dalam Hadith dan Quran.. Jadikanlah ia zikir dan dalam masa yang sama membersihkan hati dengan istighfar..fahami makna istighfar dan akuilah kesalahan² kita depan Allah swt.
Usahlah dipercayakan pada rawatan scan oleh pawang-pawang temberang tu.. kalau tak percaya,cubalah trick orang yg mengaku boleh scan tu sekali...nescaya tahulah bahawa rawatan scan jarak jauh itu hanyalah tipu daya. Ini adalah contoh soalan nak trick perawat scan:
1.Parking kereta di suatu tempat,dan tanya beliau dekat mana kenderaan kita...
2.Letak dompet disuatu tempat...dan tanya dekat mana dompet kita.
kalau dia pusing cerita kata tak boleh cari barang hilang...sah-sah dia tu penipu. Sebab orang yang betul2 ada ilmu scan,bukan setakat jin(benda yang ghaib) dia boleh teropong....benda yang nyata spt barang2 yang tuan/puan punya pun dia boleh tau ada kat mana.. warna apa..bentuk macam mana.. Sbb asalnya orang boleh scan adalah orang yang bela hantu raya. Tidak ada dalam Islam yg syarie(mengikut landasan sunnah)amal zikir tertentu,pastu bole scan... kalau dia kata boleh...orang tu ada something wrong.
Minta tolong sangat pesan mak ayah kita,jangan percaya pd rawatan scan jarak jauh.
wassalam.
19/07/2020
Rasuk
**Cara Menguji sama ada seseorang itu benar-benar dirasuk ataupun dibuat-buat.
Sebelum pergi pd kupasan tersebut,ada satu soalan bertanya
"menyusup dengan rasuk tu apa bezanya??"
=Takda beza,dua² perbuatan ni boleh menyebabkan owner badan hilang kawalan sama ada rela ataupun tidak rela dikuasai oleh makhluk ghaib. Yg membezakan adalah cara penggunaan ayat.
Sebenarnya kaedah menguji orang keras**an adalah kaedah perawat alternatif tahap professional dan rahsia.
Kenapa rahsia? Sbb apabila rahsia itu diketahui umum,boleh jadi teknik itu akan di ketahui orang yang ingin pura-pura keras**an.
Saya naik muak apabila jumpa orang yang buat-buat merasuk ni.
10 orang rasuk,boleh dikatakan 1 orang yang betul² keras**an. Selebihnya hanya mindset atau terikut-ikut pada emosi. Ada juga siaran paranormal yang buat-buat rasuk hanya untuk meraih perhatian penonton. Dalam ramai-ramai penonton tu,ada penonton yang pura-pura hijab terbuka komen nampak itu ini.
Ceq perati ja permain depa ni..🤣
Ok kita lihat pada tanda-tanda orang yang original keras**an:
1.OTOT.
Otot-otot pada tubuh orang yang dirasuk akan tegang dan badan selalunya akan lebih tegap dari biasa,
walaupun yang merasuknya adalah jin seorang Puteri.
Boleh diperhatikan pd bahagian leher,tulang belakang,bahu dan tangan.
Kerana Iblis sifatnya sombong dan angkuh,jd apabila merasuk..ia akan mempengaruhi fizikal manusia.
2.MUKA
Orang yang benar-benar keras**an tidak akan menundukkan wajahnya kerana mereka telah hilang rasa malu..Melainkan penipu kerana takut orang tahu kepura-puraannya.
3.MATA.
Mata akan terbuka seperti orang yang segar bugar. Sekiranya org yg dirasuk asyik melirik mata ke tempat lain dan s**a memandang bawah. Itu tandanya dia menipu.
4.SEJUK
Kaki dan tangannya sejuk,wajahnya akan sedikit pucat kerana owner badan berada dalam keadaan lemah.Tetapi fizikalnya dipergunakan makhluk lain.
6.Kemerahan
Mata cenderung kemerahan kerana tubuh orang yg dirasuk sedang menahan satu tekanan dari dalam badan hingga menyebabkan mata merah.
5.MAMAI
Selepas pesakit sedar,dia tak akan mudah bangun atau berjalan seperti orang yang cukup tenaga.
Kerana orang yang benar- benar keras**an akan merasa letih,bahkan orang yang menurun pun akan merasa letih serta seperti baru bangun tidur selepas sedar.
Selepas melihat tanda-tanda tersebut,apa yang Perawat akan Uji??
Tanda-tanda diatas tadi adalah untuk mengenapasti perubahan fizikal dan biasanya dilihat sekali imbas.
Boleh digunaka pakai oleh penonton utk mengetahui sama ada org tersebut benar² dirasuk ataupun tidak.
Bagaimanapun,ada kaedah yang perawat akan lakukan utk bermain atau menguji orang yang dirasuk.
1.Kuncian.
kuncian boleh dibuat pd sendi-sendi pesakit tanpa sentuh.
Pesakit yang benar-benar keras**an pasti akan terkunci pergerakannya. PASTI.
Jadi tak perlu di pegang ramai-ramai.
Kaedah kuncian biasanya menggunakan surah Annas,niat utk mengunci pergerakan jin lalu tepuk di 4 sendi pesakit.
2.Ruqyah pesakit dalam hati sambil buat taktau dan berbual dengan keluarga pesakit.
Org yang dirasuk pasti akan bertambah ganas atau menderita kepanasan. Kalau dia buat dek je.. ok la tu,dia takda apa pun.
3.Ruqyah jgn lama,buat kejap dan tarik gangguan. Kalau dah tarik,tapi pesakit masih buat-buat tak sedar. Biarkan dia mengamuk puas-puas dulu.Nanti dah penat dia akan sedar sendiri.. Senangkan?
4.Sekali-sekala renjis air penawar dibelakang badanya.
Apabila direnjis,pesakit tegar pasti akan mengelupur kepanasan.Kalau dia buat relax je..makna tkda apa la tu..
5. Bagi pesakit secawan air masak dan bacakan 1,2,3..sampai 10. bagi dia minum.Kalau dia minum tiba² menjadi mcm sawan,auta la maknanya tu.. Sbb perawat tak syifaq pun air tu..just trick.
6.Selalu kita lihat org letak lada hitam kat ibu jari kan? tak perlu ibu jari... kat atas tapak tangan pun bole.
jin menguasai tubuh manusia melalui aliran darah. Pesakit merasa sakit atau panas bukan disebabkan lada hitam tu yang membakar..tp yg membuatkan jin itu panas adalah sbb ayt yg dibacakan..lada hitam itu asbab shj utk menekan.
Kalau kepit ibu jari dengan pensel tu mcm mana p**ak? itu menyiksa namanya.
Rasanya cukup dah ni tanda-tanda dan cara perawat nak test pesakit.
Sebenarnya ada lagi kaedah pengujiannya, banyak lagi cara dan ada kaedah yang lebih ringkas dan power.
Biarlah orang nampak kita pakai lekeh dan biasa,tapi ilmu luar biasa.
Daripada pakai baju beria-ria,tapi temberang.
Sekiranya anda berminat untuk mengikuti kupasan selanjutnya,boleh like dan follow page tanda sokongan anda dalam memerangi penipuan dan mitos-mitos dalam minda masyarakat Melayu khususnya.
16/07/2020
Entiti Ghaib
Kalini saya akan dedahkan penipuan dan kita selama ini tertipu dengan entiti ghaib.
"Pandangan mata selalu menipu,
pandangan akal selalu tersalah,
pandangan nafsu selalu melulu,
pandangan hati itu yang hakiki..
Kalau hati itu bersih"
Kita sering melihat gambar yang dibulat-bulatkan spt dibawah atau video yang di hentikan kemudian dibulatkan beberapa tempat.
Ada juga video dari negara seberang yang berdepan dengan pocong/kuntilanak secara solo,kemudian menghempuk kepala hantu dengan batu-bata,kayu... percayalah itu semua lakonan semata-mata.
Sekiranya kita benar orang yang beriman,pasti kita akan berpegang pada Hadith dan Quran sebagai rujukan. Imam pun belum tentu betul sekiranya tidak berpegang pd dua sandaran Islam yang besar tersebut. Kerana ada seorang imam yang aktif melibatkan diri dalam kerja memburu hantu. Ada juga bekas imam(arwah) yang membela pelesit hingga matinya itu dalam keadaan mengerikan.
Antara dalil yang menyebut bahawa manusia tidak boleh melihat perkara ghaib adalah surah Al-Jinn Ayat 26&27,kecuali kepada Rasul yang di redhaiNya.
Allah berfirman lagi dalam Surah al-Syu’ara’ (221-223)
بِّئُكُمْ عَلَىٰ مَن تَنَزَّلُ الشَّيَاطِينُ ﴿٢٢١﴾ تَنَزَّلُ عَلَىٰ كُلِّ أَفَّاكٍ أَثِيمٍ ﴿٢٢٢﴾ يُلْقُونَ السَّمْعَ وَأَكْثَرُهُمْ كَاذِبُونَ
Maksudnya: Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun? Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa, Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.
Tuan/Puan,
hendaklah tau membezakan
1.Bentuk dari hasil warna
2.Bentuk objek sebenar.
Kebiasaannya manusia cenderung melihat bentuk dari warna gelap dan terus berandaian. Selepas diterangkan kawasan gelap tersebut,barulah nampak rupa objek yang sebenar.
Oleh sebab itu kita selalu tertipu dengan bentuk warna hitam dan menyangka oh itu adalah hantu!
Kerana hitam adalah warna misteri.
Padahal dalam Quran dah menjelaskan bahawa perkara ghaib (jin/syaitan/malaikat) memang tidak boleh dilihat.
Kenapa waktu buat siaran entiti,tak pernah nampak malaikat..malaikat kan makhluk ghaib?Ada kiri kanan?
Makhluk ghaib tu Jin sahaja ke?
Kita semakin dewasa,janganlah diperbodohkan lagi dengan siaran mencari entiti ghaib yang takkan boleh dilihat dengan mata kasar.
Ada yang sanggup menyalurkan dana kononnya berjuang untuk mencari jin,kesudahannya polkadot polkadot pada gambar yang di screenshoot.
Baik duit tu pergi menabung dekat surau atau masjid,itu lebih barakah sampai ke mati.
Saya pernah membawa satu team ke sebuah tempat pembunuhan kejam.
Saya menempatkan mereka disatu kawasan dan menyuruh mereka memerhatikan di satu sudut pembunuhan yang gelap gelita,syarat permainan jangan bercerita apa-apa sehinggalah balik ke tempat berkumpul.
Setelah balik ke tempat berkumpul, saya tanya setiap orang apa yang mereka nampak.Semua memberi jawapan yang berbeza mengikut apa yang otak mereka fikirkan. Nah,ini adalah salah satu bukti menunjukkan kita bermain dengan imaginasi dikawasan gelap..bukan sbb kita nampak makhluk ghaib.
Itu adalah sekadar IMAGINASI / andaian.
Ada juga team entiti yang meniru-niru ayat pemujaan jin melalui siaran luar spt Singapura.
Mereka(mangsa)tidak tahu kesan pemujaan tabu adalah lafaz ikat perjanjian dengan iblis sampai mati.
Tak pasal-pasal member tu mewarisi saka tanpa pengatahuan,walaupun pada waktu shooting Jin tu tak mewujudkan diri.
Nak sembuhkan orang yang dirasuk tu senang, tapi nak hilangkan perjanjian saka tu ingat mudah ke??
Ada tak penganjur entiti yang berani tanggung pesertanya sampai mati? kalau mati katak kena hempap pokok,kena patuk ular..mati katak..siapa nak tanggungjawab.
Diharapkan pihak berkuasa memantau kerja-kerja entiti yang tidak berfaedah dengan menceroboh kawasan-kawasan private dan merbahaya serta merosakkan minda masyarakat.
Sekian ilmu,dibenarkan share.
Semoga bermanfaat.
16/07/2020
Mitos Dalam Urutan
Soalan:
Benarkah angin yang ada pada pesakit akan pergi kepada pengurut.
Jawapan:
Tidak benar.
Seperti yang pernah saya jelaskan bahawa istilah angin dalam perubatan Melayu itu adalah bermaksud simbolik bagi sesuatu penyakit untuk menentukan rumusan sesuatu ubat. Angin adalah simbolik untuk penyakit yang berkaitan dengan "fluid" dalam badan.
Apatah lagi angin yang mereka bayangkan seperti angin biasa itu tidak akan boleh meresap dengan melalui sentuhan.
Tiada bahagian pd tubuh manusia yang boleh menyedut angin melainkan mulut dan hidung sahaja.
Sendawa yang keluar oleh sesetengah tukang urut adalah disebabkan mereka tak tahu cara mengawal pernafasan. Apabila palm compression dilakukan oleh tukang urut,ia akan meningkatkan tekanan pada intrathoracic iaitu bahagian dada.Tukang urut yang tidak pandai mengawal pernafasan, sesetengahnya akan menggunakan nafas melalui mulut atau menekan nafas di kerongkong mengakibatkan sendawa berpanjangan.
Akibat sendawa yang dibuat-buat inilah yang menyebabkan mereka akan rasa loya dan hendak muntah.
Bagaimanapun, gangguan sihir atau jin boleh tempias pada tukang urut sekiranya mereka tidak ada amalan untuk pedinding diri.
Sesiapa sahaja yang cuba membantu orang yang terkena sihir,berisiko untuk mendapat tentangan oleh penghantarnya.Namun kes seperti ini sangat terpencil dan jarang-jarang berlaku kerana kebiasaannya terjadi pada bulan muharam.Orang yang mengamalkan santau akan melepaskan santau secara rambang setahun sekali selepas mereka mengasah ilmu pada bulan tersebut.
** Dibenarkan share
Ilmu Kebal
Pernah tengok demo orang sembelih leher dengan parang tapi tak lut?
Tetak badan tapi tak luka?
Nak tau cara tewaskan ilmu Kebal dengan mudah?
Ikuti Page Urutan Melayu,tekan follow dan like. Insya Allah dalam minggu ni akan saya pecahkan rahsianya.
09/07/2020
Peha kena Gigit Jin
Selalunya orang perempuan cukup risau kalau betis/peha nya ada tompokan bengkak seperti dikemam.
Dan mentaliti orang Melayu,s**a kaitkan dengan benda yang mistik.
Bukan sy menafikan perkara ghaib,tp kita sebagai orang yang waras perlu tau membezakan spt apa gangguan jin atau bukan.
Tompokan bengkak di peha/betis boleh jadi pelbagai sebab.
Antaranya adalah disebabkan oleh:
1.Parasit
2.Alergi
3.Kulat/bakteria/virus
3.Diabetis Mellitus
4.Autoimmune
5.Senile Purpura
6.Vena Varikos
7.dan beberapa penyakit lain.
Setiap penyakit ini memberikan kesan gejala dan bentuk yg berbeza-beza.
Tidak ada jin yang hendak mencium atau gigit di peha kita,balutlah badan dengan kain telekung sebelum tidur sekalipun..ruam di peha tetap boleh berlaku pada sesiapa sahaja atas pelbagai faktor.
Siapa yang mencetuskan ideologi jin gigit peha pun sy tak pasti.Dlm 100 org perempuan,100% pasti akan mengalami pengalaman yang sama.
Sbb orang perempuan lah yang s**a belek tubuh mereka dan terlalu risau kecantikan mereka,orang lelaki takda masa nak membelek..kalau bengkak ke..luka ke..dia jarang ambil peduli.
Jarang jumpa orang lelaki pergi ruqyah sbb ada tompok bengkak di peha.Apa ingat ada jin selera ke nak gigit. Perempuan Melayu jela yang selalu risau sangat jin gigit kaki dia.
Reaksi wanita india p**ak,mereka akan sapu kunyit pada kawasan bengkak,adalah nampak berakal sikit.
Sekiranya ada bengkak-bengkak di kaki,buatlah pemeriksaan dengan Doktor yang bertauliah.
Pecahkanlah perepsi bengkak kaki disebab jin gigit kaki atau jin datang merogol.Terlalu senteng untuk mengaitkan jin melakukan sedemikian rupa. Akhirnya kita akan membuang masa dgn berulang-alik buat rawatan merapu. Ada,sy jumpa Ustaz yang kaitkan masalah ini dengan saka keluarga..keturunan..dan akhirnya terpaksa menjerut adik beradik jumpa ustaz berkenaan dengan mengadakan ritual mengambil darah di jari. Duit jangan kata,beribu abis... kesudahannya bengkak tu tetap ada.
**Dibenarkan share,untuk manfaat bersama.
27/06/2020
Lemah Tenaga Batin
Saya banyak kali terima keluhan pesakit tentang lemah tenaga batin.
Mereka dah banyak keluar duit pergi rawatan alternatif seperti berjumpa ustaz yang membuat ruqyah,pawang,bomoh dan seumpamanya.
Ikhtiar tu penting,tapi perlu ikhtiar pada tempat yang betul. Kalau tidak,duit kita akan habis begitu sahaja. Ustaz bukan Doktor dan tak semestinya mereka faham tentang penyakit fizikal.
Kencing manis adalah salah satu penyakit yang boleh menganggu keupayaan tenaga batin lelaki sekaligus mendorong kepada "disfungsi erektil" mati pucuk.
Secara ringkasnya,
Kandungan gula yang tinggi akan menganggu saluran peredaran darah(menjadi sempit)dan menganggu sistem saraf yang terlibat dalam proses penegangan sewaktu diransang.
Oleh sebab itu,terjadinya masalah penegangan bagi lelaki yang menghidap kencing manis. Bukan sebab jin...bukan sebab orang sihir..bukan sebab kena santau..
Kencing manis punya pasal,jin juga yang di salahkan..padan la duit perhabis,ikhtiar di tempat yang tak kena pada penyakitnya.
Sebab itulah orang dulu amalkan tongkat ali,payung ali,pecah kelambu..yang mana tumbuhan ini mempunyai agen antidiabetic,afrodisiac dan tonic.
Ini,pergi sapu minyak lintah temberang,sapu minyak belacak bukan-bukan,spray gambir bagi kebas..lagi makin jahanam.
Bagaimanapun,sekiranya hendak mengamalkan apa-apa herba..hendaklah rujuk pada Doktor yang merawat terlebih dahulu. Bertanyalah kepada mereka yang betul-betul arif tentang herba(tabib).Sesuatu bahan walaupun semulajadi,ia tetap ada chemical compound yang memberi reaksi tertentu pada tubuh. Sekiranya salah penggunaan,maka rosaklah badan kita hingga ada yang membawa kepada kamatian.
Sifat orang Melayu
"sikit-sikit salahkan jin"
"sikit-sikit minyak lintah"
"sikit-sikit sabun ajaib"
"jaga kesihatan takmau..mcm mana takdapat penyakit"
**Dibenarkan share.
**Sekiranya anda berminat dengan info/petua perubatan Melayu. Sila like dan follow page ini.
Terima Kasih.
26/06/2020
Mencari madu asli yang berkualiti?
Berminat sila tinggalkan komen dibawah.
25/06/2020
Urat Hijau Petanda Sihir/Gangguan Jin?
Benarkah apabila timbul urat ini pada tangan adalah petanda bahawa seseorang itu sedang ketakutan,disihir dan diganggu jin?
Benarkah apabila urat hijau ini timbul bermakna anda adalah pesakit sawan?
Jawapannya adalah MITOS.
Tak semestinya orang yang sedang histeria,disihir,diganggu jin akan mengeluarkan urat hijau. Orang sihat pun boleh nampak urat ni,lagi-lagi memiliki kulit yang putih.
Sepanjang saya jumpa pesakit yang mengalami histeria atau disihir,tak pernah p**a nak menjadikan urat itu penanda ukur seseorang itu telah diganggu jin ataupun tidak.
Kerana itu adalah sandaran perawat-perawat yang jahil.
Ada yang bersaksi atas nama pusat rawatan Islam,inilah yang diperkatakan penunggang agama.
Kalaulah semudah itu cara nak camkan seseorang diganggu jin,disihir,penghidap sawan...orang yang sihat pun akan turut di tuduh sakit hanya kerana nampak urat hijau.
Antara golongan yang mudah nampak urat seperti ini sangatlah ramai:
1.Orang tua
2.Bayi
3.Orang berkulit cerah
4.Ahli bina badan
5.Bahkan orang yang tak aktif bers**an pun boleh nampak timbul urat hijau ini,terutama lelaki.
Sebegitu mudahnya orang Melayu dipermainkan dengan tilikan seperti kebudak-budakan.
24/06/2020
Bawang Dayak(Eleutherine Bulbosa)
Air rebusan bawang dayak bagus untuk turunkan kolestrol dalam darah.
Penyumbatan salur darah akibat kolestrol, "atherosclerosis" adalah antara salah satu punca tenaga batin lelaki menjadi lemah.
Selain bawang dayak,bawang putih yang disalai boleh dimakan bersama nasi putih bagi menurunkan kolestrol dalam darah.
Dibenarkan share,like dan follow page sekiranya anda berminat untuk mengetahui petua-petua dalam perubatan Melayu selanjutnya.
16/06/2020
Petua kuat Ingatan dan mencantikkan kulit.
Pegaga dari jenis Centella Asiatica.
mempunyai agent Alterative, yang mana boleh memperbaiki kerosakan yang berlaku dalam organ tubuh manusia,memperbaiki sel-sel kulit yang rosak dan menjaga fungsi otak daripada nyanyuk atau mudah lupa.
Secara tak lansung,ia boleh mengekalkan kecantikan kulit agar tampak awet muda dan melindungi otak manusia.
Petua ni hanya perlu diamalkan seminggu 3 kali.
Caranya adalah:
Ambil segenggam pegaga kampung,
satu cawan air,
setengah biji Apel Hijau,
1 sudu madu borneo.
knp sy pilih madu borneo?
sbb madu ini sgt istimewa kerana kualitinya dijaga,ada lab test dan cert dari KKM.
Madu ini mempunyai campuran Bee Polen dan Propolis yg boleh menggalakkan kolagen pada kulit secara semulajadi.
Berminat dengan madu borneo?
hubungi agent sy Ustaz Razak di talian 0133600114
**Dibenarkan share dan like, sekiranya anda berminat dengan petua-petua kesihatan dan info Perubatan Melayu selanjutnya.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Langkawi