Rawatan Islam Akademistik

Rawatan Islam Akademistik

Share

Rawatan Islam untuk gangguan jin, sihir, saka, santau, rumahtangga, bisnes, penyakit dan lain-lain.

17/12/2024

Rawatan di hospital pesakit sakit kepala yg kronik. Katanya ketika makan, tiba2 rasa pening memusing, kemudian rebah dan tak sedar. Pesakit sedar ketika dah berada di wad hospital.

Pesakit jadi kerap sakit kepala hingga menangis. Dan doktor tak tahu punca sakitnya. Waktu saya sampai, pesakit stabil dan sakitnya masih belum menyerang. Sbb sakit kepalanya akn dtg secara tiba-tiba.

Saya ruqyahkan dgn ayat ruqyah, ayat penyembuh dari hadis sahih, ayat penyejuk, dan ayat hilangkan kesakitan dari hadis sahih. Kemudian yg mohon kpd Allah utk izinkan sy menarik keluar penyakit dan gangguan yg ada pada pesakit. Alhamdulillah rawatan dipermudahkan tanpa halangan. Pesakit juga menunjukkan tanda positif dgn mula berbual dgn ramah.

Saya buatkan air minuman ruqyah utk diamalkan beliau.

wallahu a'lam

07/12/2024

Rawatan pesakit gangguan dan demam panas yang tak kebah. Pada mulanya selepas pulang dari kerja sekitar jam 2pagi, ketika pesakit hampir tidur, antara jaga dan lena, pesakit nampak kelibat makhluk datang menghampirinya. Pesakit tersentak kemudian kelibat itu hilang.

Keesokannya pesakit mula demam panas. Sebelum datang rawatan pun keadaan suhu sangat panas. Saya mulakan meruqyah. Kelihatan pesakit menundukkan kepala dan bergoyang.

Selesai rawatan, alhamdulillah suhu badan pesakit jadi normal dan dah tak panas. pesakit kata pening, kemudian keluar dari rumah dan muntah.

Saya buatkan air minuman dan mandian ruqyah untuknya.

wallahu a'lam

07/12/2024

Pesakit call bagitau yg dia tak tenang dan sesak nafas hingga tak dapat bernyawa. Saya minta pesakit ke hospital dan akan buat rawatan video call ketika dlm perjalanan.

Saya ruqyahkan pesakit, bacakan ayat2 syifa dan penyembuhan dari hadis sahih. Alhamdulillah setiba di hospital, pesakit dah tak rasa ketat dada lagi tapi saya minta pesakit teruskan buat pemeriksaan di hospital utk mendapatkan rawatan dan buat pemeriksaan lanjut.

wallahu a'lam

05/12/2024

Sihir Tanah Kubur
Pesakit tiba2 jadi badan sangat lemah dan tak bertenaga terutama selepas asar. Adakalanya muntah darah. Dah pergi jumpa doktor pakar buat pemeriksaan termasuk x ray, masukkan kamera dalam perut, doktor tak menenui sebarang penyakit padanya.

Pesakit juga sering mimpi buruk seperti, kawasan kubur, jatuh tempat tinggi, benda kotor, dan bermacam2 lagi.

Bila diruqyah, pesakit memberitahu ada rasa pergerakan di kaki dan perutnya dan badan terasa panas seperti dibakar. Pesakit seperti sayu dan menangis. Saya teruskan membaca ayat pemusnah dan pembatal sihir, kemudian tarik buang gangguan yg ada pada pesakit.

Alhamdulillah pesakit rasa makin baik selepas rawatan. Pesakit memberitahu dia nampak kelibat 3 orang yg dikenali waktu diruqyah dan liang lahad kubur. Sebab itu pesakit terkejut hingga membuatkan dia menangis.

Saya buatkan air minuman dan mandian ruqyah untuknya.

wallahu a'lam

03/12/2024

Rawatan video call ruqyah dan batalkan barang sihir. Pesakit nak keluar rumah, bila buka saja pintu, terus rasa pening. Tiba2 jumpa ada 4 keping syiling depan pintu rumahnya.

Pesakit masih ingat, waktu nak masuk rumah sebelum ni memang tak ada syiling. Dan pesakit terus teringat ada seorang laki mundar mandir depan rumahnya sebelum kejadian. Pesakit juga baru2 ada selisih faham dgn jirannya kerana pernah menegur jirannya yg berkelakuan tak baik. Dan cara kelibat mundar mandir di dpn rumah adalah seperti jiran tersebut.

Saya buatkan ruqyah kepada pesakit dan bahan2 sihir tersebut kemudian batalkannya.

Alhamdulillah pesakit kembali pulih..

wallahu a'lam

02/12/2024

Sambungan..

Jin menangis2 sbb sedih kena putus dgn "isteri" paksaannya. Jin berpesan utk jaga isteri dgn baik. Kemudian pesakit bangun bersilat, kemudian pesakit mulai sedar sedikit demi sedikit.

Saya buatkan air detox herba ruqyah kpd pesakit, kemudian pesakit muntah dengan banyaknya.

Alhamdulillah setelah hampir 2 jam rawatan, akhirnya pesakit sedar kembali..

Segalanya mula terjadi semenjak saudara pesakit ada memberikan keris berkhadam kpd pesakit, kemudian jin yg berada dlm keris tersebut menyukai isteri pesakit lalu kahwin di alam sana tanpa keizinan pesakit. Sejak itulah isteri pesakit mula rasa perubahan dlm hidupnya.

Kerana ketika pesakit kerasukan, bila ditanya mengenai barang perjanjian, jin memberitahu mengenai keris yg terletak di belakang TV di rumah pesakit. Isteri pesakit yg ada disitu kata yg memang ada keris yg suaminya simpan.

Semoga Allah pulihkan pesakit dan isterinya..

wallahu a'lam

02/12/2024

Ketika saya bersiap2 nak tidur, lebih kurang jam 2.20 pagi, terima panggilan kecemasan pesakit kerasukan dan agresif. Disebabkan sy ada di luar langkawi, sy buat rawatan video call.

Ketika vc, kelihatan pesakit sedang meronta2 memgamuk dan dipegang oleh ramai orang, hampir 10 orang, sedangkan pesakit kecil je badannya.

Saya teruskan dgn membaca ayat2 ruqyah, jin mengamuk mengatakan sakit. Katanya dia sanggup buat apa saja utk isterinya. Rupanya isteri jin tersebut adalah isteri pesakit.

Bila ditanya, isteri pesakit bagitau yg dia mmg selalu mimpi kawin dgn laki tak kenal, dan selalu laki tu dtg dlm mimpi dia. Sampai skrg sudah ada anak. Bila diselidik, pesakit ada selisih faham dgn isterinya menyebabkan jin yg mengaku suami kpd isteri pesakit tu mengamuk lalu merasuk pesakit.

Jin makin melemah dan akhirnya akur utk keluar. Sebelum keluar, sy minta isteri pesakit putuskan hubungan dgn jin tersebut dan minta jin tersebut pulang dan jgn ganggu dia dan pesakit (suaminya).

Bersambung..

28/11/2024

Sesiapa yg berminat untuk belajar ilmu perubatan Islam bersanad bersama Tuan Guru Ustaz Tuah, Sabtu dan Ahad ini di Hulu Langat Selangor. Yuran RM350 seorang termasuk makan.

27/11/2024

Rawatan ruqyah dan pagar rumah yg dihantui berbagai gangguan seperti pintu buka dan tutup sendiri, kelibat menjenguk, suara merintih, menangis.. Gangguan mula terjadi selepas mereka mengunjungi pantai, dan ketika pulang, mereka rasa ada kehadiran sesuatu yg tak nampak.

Ketika dlm perjalanan balik itulah mereka mula dengar hilaian tangisan sayup2.. Kemudian anaknya menegur bunyi tersebut. Bila gangguan ditegur, itu merupakan salah satu bentuk yg kita terima kehadiran makhluk tersebut. Sejak dari itulah, penghuni rumah tersebut mula diganggu.

Alhamdulillah selesai pagar dan ruqyah tanpa halangan..

wallahu a'lam

26/11/2024

Rawatan ruqyah dan buang saka keluarga yg diganggu dengan berbagai2 gangguan dan penyakit. Antaranya sakit misteri, sering pengsan, sakit dada, sesak nafas, ahli keluarga bergaduh, mimpi buruk, masalah jodoh, sering tidur sambil mengasah gigi, dan lain2 lagi.

Ketika diruqyah, sorg daripada mereka badan menggeletar kuat, sambil bunyi marah mendengus, ada juga yg mulut terkumat kamit seperti membaca sesuatu, ada juga yg seperti marah dan tidak puas hati.

Ketika sy pindahkan saka, salah seorang rebah pengsan. Selesai pemindahan, pesakit mula sedar kelihatan makin baik.

Semoga mereka pulih dan sihat seperti sediakala. aamiin

wallahu a'lam

26/11/2024

Rawatan ruqyah dan pagar restoran. Restoran ini sudah lama beroperasi dan sudah ramai pelanggan tetap yg memang menyukai masakannya yg sedap serta berpatutan. Baru2 ini tauke kedai ada salah faham dgn salah seorang ahli keluarganya menyebabkan ahli keluarga tersebut keluar dari rumah.

Semenjak dari itu, peeniagaan menjadi merosot teruk hinggakan tauke kedai hampir putus asa dengan perniagaannya. Seringkali kejadian pelik seperti pelanggan sudah sampai di kedai, tetapi pulang tanpa membuat pesanan.

Pekerja dan tauke juga mula mengalami sakit misteri seperti sakit kaki, lemah badan hinggakan sukar bergerak terutama selepas maghrib.

Saya ruqyahkan semua staf dan tauke, kelihatan tauke seperti menahan sakit terutama kaki. Saya bacakan ruqyah penghancur dan pembatal sihir. Alhamdulillah selesai ruqyah, tauke kata sakitnya pulih.

Alhamdulillah proses ruqyah dan pagar berjalan lancar tanpa sebarang halangan. Semoga Allah pulihkan kembali perniagaan mereka. Aamiin..

wallahu a'lam

26/11/2024

Rawatan pesakit yg kerap mimpi buruk terutama kawasan tempat lama, saudara2 yg telah meninggal dunia. Beliau juga mengalami gangguan emosi, lemah semangat, badan bisa2 hinggakan nak pijak lantai pun tapak kaki sakit. Pesakit merupakan pekerja sektor kesihatan, segala ujian dah dilakukan dan semuanya normal tetapi yg anehnya beliau memang sakit.

Suami pesakit memberitahu sudah banyak pusat2 rawatan Islam dah dikunjungi utk ikhtiar rawat isterinya tapi hingga sekarang masih belum pulih.

Ketika diruqyah, pesakit berasa pening. Saya teruskan ruqyah hingga selesai. Alhamdulillah keadaan pesakit makin baik. Tetapi, dari tindakbalas dan sejarah latar belakang pesakit, menjurus ke arah gangguan saka.

Saya sarankan pesakit untuk buat rawatan buang saka sekiranya masih belum pulih.

wallahu a'lam

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Langkawi?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Kuala Teriang
Langkawi
07000