Kasih Cik Fara

Kasih Cik Fara

Share

Hai, jom follow dan like page Kasih Cik Fara untuk mengetahui info-info tentang kesihatan.

10/08/2021

๐Ÿ“ŒCukupkah Pengambilan Sayur & Buah Andaโ“โ“

Pengambilan sayur dan buah yang mencukupi dapat membekalkan pelbagai vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Nutrien ini sangat penting bagi membantu meningkatkan sistem imuniti tubuh๐Ÿ’ช tapiiii..berapa banyak yang perlu kita ambil setiap hari?

Piramid Makanan Malaysia 2020 menyarankan pengambilan sekurang-kurangnya 3 sajian sayur dan 2 sajian buah SETIAP HARI. Jadi, marilah kita cukupkan saranan pengambilan kita.

09/08/2021

Jom amalkan gaya hidup sihat๐Ÿ’ช๐Ÿฅฐโœจ

07/08/2021

Setelah lebih setahun kita berada dalam tempoh pandemik, kini data penyelidikan semasa menunjukkan bahawa wanita hamil dengan C-19 mempunyai risiko lebih tinggi untuk dimasukkan ke hospital, mengalami komplikasi teruk dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi berbanding wanita yang tidak hamil.

Perkara ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana sebarang jangkitan pada wanita hamil biasanya akan memberi implikasi lebih buruk.

Semasa tempoh kehamilan, rahim yang semakin membesar akan menghimpit otot pernafasan diafragma, hal ini akan mengurangkan keupayaan paru paru. Paru paru juga perlu bekerja keras lebih dari biasa dengan bekalan oksigen yang perlu dibahagikan antara ibu dan janin.

Selain itu, tempoh kehamilan adalah fasa imuniti tubuh rendah. Perkara ini terjadi supaya tubuh membenarkan perkembangan janin dalam rahim.

Berita baiknya adalah bahawa bayi kebanyakannya terhindar dari jangkitan pernafasan yang teruk. Sampel dari plasenta, tali pusat dan darah dari ibu dan bayi menunjukkan bahawa virus jarang menyeberang dari ibu ke bayi.

Namun jangkitan pada ibu menyebabkan risiko kelahiran pra matang. Hal ini menyebabkan bayi mempunyai pelbagai risiko komplikasi lain selain dari jangkitan C-19.

Tempoh pandemik adalah fasa yang cukup mencabar untuk semua masyarakat termasuk wanita hamil. Oleh itu, perlindungan berganda perlu diamalkan oleh wanita hamil dan ahli keluarga lain.

Sama sama kita doakan keselamatan ibu ibu hamil, besar sungguh pengorbanan mereka bertarung nyawa untuk membawa kehidupan baru insan lain.

05/08/2021

Jangan makan berlebihan ya. Kulit ayam ini menakung kalori dan lemak tepu

Nutritionistkkm

04/08/2021

Apa itu Ceramide?

Ceramide adalah merupakan lemak yang terhasil secara semulajadi pada lapisan kulit atas.

Lapisan ini akan berkurangan dengan pertambahan usia dan kerosakan akibat sinar UV, dan pengunaan pencuci badan yang mengandungi SLS/SLES, Paraben, Pewangi dan Pewarna.

Ceramide dominan 3:1:1, nisbah lipid kulit yang penting untuk membina semula lapisan pelindung kulit dan mengekalkan kesihatan kulit.

Ada banyak produk di farmasi yang jual lotion yang ada kandungan ceramide. Contohnya, Ceradan Skin Barrier Repair Cream.

Facebook https://www.facebook.com/ceradan311my
Shopee https://bit.ly/3xqDIeW
Lazada https://bit.ly/3zvJPjX

02/08/2021

Hanya tuhan sahaja yang dapat tahu betapa derita pada ketika itu. Semua orang termasuk mak dan ayah sangka ia adalah kesan kerak daki di leher kerana tak jaga kebersihan.

Masih ingat lagi, pada ketika itu Mak membawa pulang sabun yang sangat tajam, baunya seperti klorox dan leher saya disental dengan berus. Sudahlah kulit di tengkuk nipis dan sensitif memang perit kena sental ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Ada sekali, cecair alkohol (hand sanitizer) digunakan untuk menyetal lehar. Pedihnya.. sampai merah merah kulit.. dan kesan hitam ini masih lagi ada.

Sekarang baru saya tahu, ia sebenarnya adalah sejenis tanda awal kencing manis. Kulit tidak sensitif kepada insulin akibat lemak dan berlebihan berat badan. Keadaan ini dinamakan Acanthosis Nigrocans.

Ibu bapa, jangan beri anak anak kesan trauma fizikal dan mental dengan menyental dengan bahan kimia. Cara yang betul adalah dengan mengurangkan pengambilan gula, makanan manis dan cuba untuk kurangkan berat badan.

Photos from Kasih Cik Fara's post 01/08/2021

(๐‘ป๐‘ฌ๐‘น๐‘ฒ๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฐ) ๐‘ป๐‘ฌ๐‘บ๐‘ป๐‘ฐ๐‘ด๐‘ถ๐‘ต๐‘ฐ ๐‘ฑ๐‘ผ๐‘บ ๐‘ฑ๐‘จ๐‘ฝ๐‘จ๐‘ป๐‘ฐ๐‘บ๐Ÿ˜
๐Ÿ˜ ๐‘บ๐‘จ๐‘ด๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ป๐‘จ๐‘ต ๐’€๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘บ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ป ๐‘ณ๐‘ผ๐‘จ๐‘น ๐‘ฉ๐‘ฐ๐‘จ๐‘บ๐‘จ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ป๐‘ฐ๐‘จ๐‘ท ๐‘ฏ๐‘จ๐‘น๐‘ฐ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ
๐‘ฑ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต ๐‘ณ๐‘ฌ๐‘ท๐‘จ๐‘บ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ต ๐‘ท๐‘น๐‘ถ๐‘ด๐‘ถ๐‘บ๐‘ฐ ๐‘ฒ๐‘จ๐‘พ-๐‘ฒ๐‘จ๐‘พ ๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฐ..โ—
๐Ÿ“Œ Nak harga diskaun 50%, ๐ŸŽ FREE FREEGIFT menarik dan FREE postage ๐ŸŽ‰?
Boleh terus ke website untuk info, harga dan cara pembelian ๐Ÿ‘‡
โ–ถ๏ธ http://tipsjavatis.com/
๐Ÿฅฐ

31/07/2021

Tengah makan nasi lemak ke tuu...

Pastikan
Barulah seimbang..

30/07/2021

Dah minum berapa gelas air kosong tu hari ini? ๐Ÿ˜ Bagi memastikan kesihatan anda terjaga, jangan lupa untuk minum air kosong mengikut saranan iaitu, 6-8 gelas sehari. Air kosong berperanan penting dalam memastikan badan kita kekal hidrat disamping mengoptimumkan fungsi-fungsi sistem dalaman tubuh kita seperti sistem penghadaman, sistem imuniti, sistem ketahanan badan, pengawalatur dan sistem peredaran darah.

Jadi, jom minum AIR KOSONG dengan cukup setiap hari! ๐Ÿ˜Ž

Pusat Maklumat Pemakanan Johor

29/07/2021

Pemakanan yang sihat membantu mendapatkan kesihatan yang baik๐Ÿฅฐ๐Ÿ’ช

28/07/2021

Ivermctn mesti Mengikuti Proses Kelulusan Standard Malaysia

Gabungan Kesihatan Malaysia (MHC) sangat menyokong proses saintifik dan peraturan semasa meluluskan ubat-ubatan di Malaysia. Seperti ubat-ubatan lain, proses yang sama dan standard tinggi perlulah dilalui oleh Ivermctn.

Proses saintifik dengan standard yang tinggi adalah asas "Evidence-Based Medicine". Ini adalah kaedah asas bagi profesional kesihatan untuk melindungi keselamatan dan kesihatan pesakit.

Kami menggesa perkara berikut:
1. Mengatasi penjualan Ivermctn di pasaran haram atau gelap.
Pada masa ini, Ivermctn tidak diluluskan untuk penggunaan manusia di Malaysia. Namun, kerana tuntutan palsu atau mengelirukan di media dan media sosial, kini terdapat pasaran gelap aktif yang menjual Ivermctn yang tidak berlesen dan berpotensi berbahaya.

Ivermctn dari bekalan haiwan atau sumber yang tidak diketahui dijual dengan harga yang sangat tinggi. Kami menyokong tindakan membanteras Ivermctn yang tidak sah atau gelap, kerana kami menyokong preskripsi ubat yang selamat untuk semua rakyat Malaysia.

2. Luluskan Ivermctn hanya melalui proses NPRA.
Terdapat tekanan yang besar diberikan kepada Badan Regulatori Farmasi Negara (NPRA), KKM untuk segera meluluskan Ivermctn. Beberapa pendesak ivermctn bahkan meminta ia segera "diedarkan secara besar-besaran" untuk mengelakkan C19.

Kami menyakini proses kerja NPRA iaitu tiada campur tangan politik atau masyarakat. Maka, Ivrmctn mesti diluluskan berdasarkan bukti saintifik perubatan. Ivermctn tidak boleh disetujui berdasarkan "permintaan popular" atau laporan polis.

Tidak ada negara yang meluluskan Ivermctn untuk merawat atau mencegah C19, termasuk Agensi Ubat Eropah atau Pentadbiran Makanan & Dadah Amerika Syarikat.

3. Hanya gunakan ivermctn dalam ujian klinikal.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menasihatkan bahawa Ivermctn hanya boleh digunakan dalam ujian klinikal. Di Malaysia, kajian I-TECH sedang berlangsung pada pesakit C19 berisiko tinggi, dan hasilnya diharapkan pada bulan Januari 2022.

Sekiranya terdapat data yang kuat mengenai Ivermctn, maka harus dipersetujui untuk digunakan melalui proses dan standard yang ditetapkan NPRA.

Sementara itu, penggunaan Ivermctn untuk mengubati diri sendiri atau di luar label(off-label) boleh membahayakan dan boleh menggangu Program Imunsasi C19 Kebangsaan. Kami sangat yakin bahawa vksin jauh lebih berkesan untuk mencegah C19 daripada Ivermctn

Sebagai profesional kesihatan, kita mempunyai kewajipan untuk melindungi kesihatan Rakyat. Kita mesti hormat dengan undang-undang dan proses saintifik untuk meluluskan ubat-ubatan di Malaysia. Kami memperjuangkan penggunaan ubat-ubatan yang selamat dan berdasarkan bukti, dan kami menentang penggunaan ubat-ubatan yang tidak sah, tidak selamat atau mengelirukan.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.

Gabungan Kesihatan Malaysia (MHC)
Senarai Tandatangan Penuh di myhealthcoalition.org.

Penyataan di atas telah diterjemahkan oleh PHM. Untuk merujuk penyataan asal di dalam Bahasa Inggeris, anda boleh layari laman web MHC seperti di atas.

Infografik oleh PHM.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Malacca City?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


No. 27-1, Jalan KNMP 2A, Kompleks Niaga Melaka Perdana
Malacca City
75450