Aku Nak Kurus
Saya nak sihat dan capai umur 100 tahun. Umur Aku hari ini 49 tahun. Berat 115kg. Aku bukan pakar fitness. Aku cuma nak kurus dan kembali sihat.
Aku rekod perjalanan sebenar aku — makan, berjalan, jatuh, bangun dan cuba lagi.
🎯 Misi: 115kg → 74kg
Masih dalam misi capai 74kg menjelang 50 tahun..
“10,000 langkah di Botanical Ayer Keroh ✅
Bukan soal laju, yang penting terus bergerak. Perlahan-lahan menuju versi diri yang lebih sihat. 💪🌿🚶♂️”
Versi lebih santai:
“Orang lain healing duduk minum kopi, saya healing sambil cukupkan 10k langkah di Botanical Ayer Keroh. Penat tu ada, puas hati pun ada! 😅🌿”
17/08/2026
Muka memang penat… tapi hati puas. 😅🏊♂️
Hari ini saya berenang lagi. Bukan nak lawan orang lain, cuma nak kalahkan diri saya yang semalam.
Perlahan-lahan menuju 74kg pada usia 50 tahun. Doakan saya terus istiqamah! 💪
16/08/2026
Hari ni kita kasi peluh keluar kat court badminton pulak.. Yang penting tiada hari tanpa peluh membeku.. Haha...
..
13/08/2026
Done cardio 1 jam! 💪
Minggu lepas rasa mencabar, minggu ni dah makin ringan. Minggu depan kita naikkan level cardio sikit—pelan-pelan, asalkan konsisten.
Saya sahut cabaran Jojo Ghazali kepada orang berbadan besar untuk mula berubah dan jaga kesihatan. Tak perlu tunggu badan fit untuk bermula—kita mula dulu, nanti badan akan ikut.
Cabaran diterima, Jojo! 🔥 Jom kita buktikan, orang gemuk pun boleh berubah. 💪
13/08/2026
Hari ni kita kasi keluar peluh sikit kat kebun. Petik duku.. Walaupun 30 minit masuk kebun, peluh macam exercise 1 jam. Musim duku kat Kota Tinggi... Siapa yang nak niaga duku boleh Roger..
12/08/2026
Rindu pulak Teh C Kosong kedai mamak ni..
OK ke masa diet minum Teh C Kosong?
12/08/2026
Hari ni aku dapat manfaatkan masa menunggu orang... Dapatlah 1jam berenang = 1km = 20 laps..
Setakat hari ini bermula pada 21/7, on off dalam seminggu, disiplin kan diri bermula 3hb Ogos, so far berat dah turun 4kg.
Walaupun setiap kali nak mula rasa penat, tapi aku paksa juga 300 minit seminggu, jaga portion makan.
Hari ni masuk 2 hari tak amik nasi.. Semoga minggu ini capai 108kg..
11/08/2026
Done Cardio 1 hr. IF 16:8..
07/08/2026
Kadang2 kita cuma perlukan secawan teh tarik untuk tenangkan fikiran. ☕... Biar teh yang tarik, jangan masalah yang tarik semangat kita. ☕💪
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Melaka
Malacca City
75450
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when Aku Nak Kurus posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.