DVillage Beauty Academy Melaka

DVillage Beauty Academy Melaka

Share

Skill•Innovation•Workshop. "Disini lahirnya usahawan kecantikan". Daftar kursus kemahiran kecantikan

PENDAHULUAN
Kursus Kecantikan ini merupakan satu pelaburan dalam perniagaan dalam industri kecantikan yang semakin berdaya saing . Peserta yang mengikuti kursus kecantikan ini dapat menguasai kemahiran mengikut jurusan yang diminati. Kemahiran ini membolehkan peserta menguruskan perniagaan sendiri atau bekerja dalam bidang ini selepas tamat pengajian. D'Village Spa & Beauty Academy menggunakan pendekatan modul dalam proses pengajaran yang amat mudah difahami. Konsep pembelajaran ini merupakan satu strategi pembelajaran kendiri. Oleh itu, modul disediakan untuk membentuk peserta menguasai sesuatu kompetensi yang diperlukan. Bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran, setiap modul mempunyai pengenalan umum, objektif, kandungan modul, objektif khusus, pencapaian kompetensi (kecekapan), maklumat penting, aktiviti, tugasan, kriteria penilaian kompetensi dan latihan

Objektif Kursus
- Memberikan latihan dalam melahirkan para peserta, beliawanis atau usahawan yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam bidang kecantikan.
- Memberi bimbingan dan latihan untuk mencapai kelayakan dalam tahap yang maksimum.
- Menanam semangat berdikari agar menjadi usahawan kecantikan yang berjaya, bersaing maju, berani dan mampu berdikari.
- Menerapkan nilai-nilai murni dan meningkatkan motivasi peserta agar minda lebih terbuka.
- Seterusnya dapat menjana pendapatan serta meningkatkan taraf hidup isi rumah bagi yang berpendapatan rendah. Ringkasan Kursus
- Penekanan di berikan kepada topik-topik keselamatan, kebersihan diri, Etika dan cara penggunaan peralatan
- Pendedahan kepada analisis, penjagaan dan perawatan muka.
- Orientasi, teori dan latihan secara praktikal serta panduan dalam setiap modul.
- Bimbingan kerjaya, pengurusan perniagaan dan khidmat pelanggan

Sebahagian pengisian kursus
- Mengubah mentaliti usahawan dalam berniaga dan etika berniaga
- Cabaran sebagai seorang usahawan berjaya
- Strategi menjadi usahawan sepenuh masa

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Malacca City?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


No. 27-1, Jalan Seri 7, Taman Cheng Baru
Malacca City
75260

Opening Hours

Monday 10:00 - 16:00
Tuesday 10:00 - 16:00
Wednesday 10:00 - 16:00
Saturday 10:00 - 16:00
Sunday 10:00 - 16:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DVillage Beauty Academy Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Malacca City.