DUYONGkita
Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUYONGkita
03/10/2026
Malam Santai Bersama Sukarelawan yang berdaftar. . Beberapa taklimat gerak kerja telah diberi semalam serta kita juga mendengar pelbagai pandangan dan pendapat semestinya untuk kebaikan kita semua.
02/10/2026
Dapat meluangkan masa menyantuni dan memberi semangat kepada adik-adik calon SPM dari SMK Desa Jaya, Bandar Jengka, Maran, Pahang yang menginap di Homestay Inap Desa.
Insya-Allah, kita doakan semoga adik-adik semua dipermudahkan urusan dan memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.
Selamat Datang ke Wilayah!
02/10/2026
Min kongsikan pertemuan bersama adik Muhammad Fyrraz Haydar Bin Abdul Fattah, seorang anak kecil yang sedang berjuang melawan penyakit leukemia.
Dalam tempoh 1 jam posting YB pada hari Jumaat, telah mencukupkan kos rawatan adik Fyrraz.
Alhamdulillah, terima kasih rakyat Malaysia. Sesungguhnya, kasih sayang dan keprihatinan kita membawa seribu makna. ❤️
02/10/2026
Satu perjalanan yang penuh cerita..
Gambar ini diambil pada 19 November 2021 ketika kempen Pilihanraya Negeri Melaka
Mungkin ketika itu gambar ini nampak biasa tapi sekarang mungkin ke dua nya dah jadi influencer
Tak kisah la influencer ke apa,apa yang penting hubungan kekeluargaan yang terjalin tetap terjaga
Korang semua rindu yang mana..??
Nak lagi tak tengok gambar gambar lama??
🤣🤣🤣
Mohd Noor Helmy
Duyongkita Carakita Sukahatikita
⚽ JOM SANTAI-SANTAI! 🇲🇾🇸🇬
Jom kita sama-sama santai menyaksikan perlawanan bola sepak Malaysia 🇲🇾 vs Singapura 🇸🇬 malam ini!
📍 Dataran Niaga Perkampungan Hang Tuah
Jom meriahkan suasana dan sama-sama memberikan sokongan kepada Harimau Malaya!
01/10/2026
Semalam dan Petang ini, YB Helmy sendiri hadir memberi semangat sambil menyampaikan sumbangan alat tulis kepada semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPKK. Sumbangan ini merupakan tahun ketiga berturut-turut dilaksanakan, melibatkan empat buah Sekolah Rendah Agama di DUN Duyong:
1. SRA JAIM Datin Zabedah
2. SRA JAIM Semabok
3. SRA JAIM Duyong
4. SRA JAIM Seri Duyong
Kita doakan agar semua mereka memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPKK.
Selamat Maju Jaya
01/10/2026
Aunty Chew, warga emas berusia 79 tahun, nak jumpa YB di pejabat. Bila dengar Aunty nak naik Grab jumpa Yb, YB beritahu, “Aunty duduk rumah je, sekejap lagi saya datang.”
Aunty nak minta untuk sambungkan bantuan JKM dia.
29/09/2026
Bila rakyat sendiri yang buat majlis penghargaan untuk wakil rakyat, itulah tanda bahawa setiap khidmat, setiap usaha dan setiap pengorbanan kita dihargai oleh masyarakat..
Terima kasih Persatuan Sejarah Dan Warisan Melayu Duyong (PESAWAD) atas Majlis Apresiasi buat Yb Helmy dan Jentera Japerun Duyong.. Allah juga sebaik baik yang membalas.
27/09/2026
Meraikan Pesta Tanglung & Perayaan Kuih Bulan di Taman Semabok Perdana dan Taman Bukit Serindit bersama penduduk sekitar..
Terima kasih atas sambutan yang sangat luar biasa daripada penduduk. Semoga kemeriahan ini terus mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat kebersamaan di kalangan kita semua.
“Zhōngqiū Kuàilè” (中秋快乐) chatgptkan ada😂
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
Stadium Tun Fatimah Bukit Serindit
Malacca City
75460