Cerita Cinta Halal

Cerita Cinta Halal

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Cerita Cinta Halal, Health/Beauty, Malacca City.

06/10/2026

Sampai ke hari ni, kau langsung x pernah tahu yang aku pernah tunggu kau bertahun-tahun sebelum kita kahwin.

Masa zaman belajar dulu, aku cuma mampu pandang kau dr jauh. Kau jenis yang tak perasan kewujudan aku langsung. Hari-hari aku berdoa moga satu hari nanti pintu hati kau terbuka, tapi bila tengok kau macam tak pernah perasan aku, aku slowly pasrah & simpan je perasaan tu sorang-sorang.

Bila keluarga kita tetiba cadangkan utk jodohkan kita berdua, aku rasa mcm nak gugur jantung. Masa tu kau setuju sebab nak jaga hati parents kau, & aku pun anggap mungkin ni cara tuhan kabulkan doa lama aku.

Selepas berkahwin, aku ingatkan kau cuma terima aku sebab terpaksa. Tapi lama-lama, cara kau layan aku penuh dgn kasih sayang. Sehinggalah semalam, masa kita tengah kemas bilik stor, aku terjumpa satu notebook lama milik kau.

Kat situ, bertulis nama aku dgn tarikh-tarikh lama... masa zaman kita belum kenal rapat pun lagi.

Rupanya, masa aku sibuk mendoakan kau dr jauh, kau pun sebenarnya pernah simpan perasaan kat aku tanpa aku sedar. Kita berdua rupanya pernah saling menunggu, cuma tak pernah ada keberanian nak bersuara sampailah takdir keluarga menyatukan kita.

06/10/2026

Kadang-kadang isteri mula belajar buat semua benda sendiri sebab terlalu selalu rasa tak ada siapa nak tolong.
Mula-mula dia masih meminta. Lama-lama dia malas dah nak minta sebab dia tahu akhirnya dia juga yang kena buat.
Sampai satu tahap, dia dah biasa urus semuanya sendiri. Tak minta tolong, tak mengadu, tak berharap apa-apa.
Suami mungkin nampak dia makin kuat dan berdikari. Tapi sebenarnya, dalam diam dia mungkin dah terlalu penat.
Sebab perempuan yang dah terlalu biasa berdiri sendiri, lama-lama dia bukan tak perlukan suami. Dia cuma dah tak tahu macam mana nak bergantung lagi.

06/10/2026

“Penat la hari ni, malas nak masak…”

Husband: “Kalau penat, kita makan luar je.”

Aku: “Nak makan apa dekat luar?”

Husband: “Tak tahu… makan apa yang sedap eh?”

Aku: “Alaaaa… penatlah nak fikir.” 😩

Lepas tu masing-masing diam.

20 minit kemudian…

Husband tiba-tiba:

💬 “Sup daging sedap jugak ni…”

Aku yang tengah baring terus bangun. 😂

Proceed masak sup daging.

Husband: “Kata nak makan luar?”

Aku: “Penat la nak keluar. Lagipun sup daging ni senang.”

Husband: “Okay lah… saya dah lapar.”

Terus dia pergi basuh beras, masak nasi. 😂

Kadang-kadang dalam rumah tangga ni bukan tak sayang…

Dua-dua cuma penat, lapar, tapi tak tahu nak makan apa. 🤣

Yang paling kelakar, akhirnya makan dekat rumah jugak.

Simple je, tapi benda-benda kecil macam ni lah yang buat kita rasa…

“Ha, ni lah orang yang aku pilih untuk hidup sama-sama.” 🤍

05/10/2026

Aku still ingat lagi hari kau cakap "tak". Sakit, tapi aku faham bila kau terangkan yang kau memang belum bersedia untuk mana-mana komitmen. Aku ingatkan lepas kau tolak aku, relationship kita akan putus terus kat situ.
Tapi kau pelik. Kau tak terus hilang. Sebaliknya, kau sanggup duduk melayan luahan aku, siap tolong selidik mana-mana lelaki yang cuba nak rapat dgn aku masa tu. Kau rajin bagi nasihat, tolong tapis mana yang betul-betul jujur dgn mana yang sekadar nak mainkan perasaan aku. Kau ckp, kau nak pastikan aku jumpa seseorang yang jauhhhh lebih baik drpd kau, yang mampu jaga aku dgn sempurna. Lepas kau yakin aku dah okey dan boleh berdikari, barulah kau perlahan-lahan lepaskan genggaman dan menghilang.
Bertahun jugak la kita langsung x berhubung. Masing-masing bawa haluan sendiri, bina kehidupan sendiri.
Sampailah minggu lepas.
Tiba-tiba takdir pertemukan kita balik kat satu kafe kecil. Masa mata kita bertembung, bertimbun kenangan lama terus menerpa masuk dlm kepala. Kau nampak makin matang, jauh berbeza drpd lelaki yang pernah tolak aku dulu.
Bila kita mula bersembang, suasana tak kekok langsung, macam tak pernah terpisah bertahun. Tapi dari gaya kau tengok aku dan cara kau bercakap, aku boleh rasa ada sesuatu yang berbeza. Tenaga kau lain, pandangan kau lain.
Masa tulah aku tertanya-tanya sendiri dlm hati... Adakah 'sebab' kau tinggalkan aku dulu dah selesai? Dan adakah pertemuan semula ni sekadar babak penutup, atau sebenarnya baru nak mula balik?

Photos from Cerita Cinta Halal's post 05/10/2026

Gula Melaka Kak Liah ni memang senang nak guna. 🤎

Buat air, kuih atau masakan semua boleh. Sikit pun dah cukup untuk tambah rasa manis dan aroma.

Senang bila ada stok dekat rumah. 😊

https://s.shopee.com.my/8V9SZMekng

05/10/2026

Dalam rumah tangga, kadang-kadang kita tak perlu sampai terlalu sibuk nak periksa pasangan setiap masa. Tak semua benda yang berlaku di luar kita mampu tahu atau kawal.

Yang penting, tengok bagaimana dia jalankan tanggungjawab dalam rumah tangga. Adakah dia jujur, masih berusaha untuk keluarga dan masih jaga perasaan pasangan? Kalau kehidupan tengah susah atau rezeki tak begitu baik, jangan terus anggap itu sebab pasangan buat sesuatu yang tak betul. Hidup memang ada masa senang dan ada masa susah.

Bagi aku, seorang suami tak akan rugi hanya sebab dia layan isteri dengan baik. Malah rumah tangga lebih tenang bila suami tahu menghargai, menjaga hati dan tak sengaja menyakiti orang yang hidup bersama dia setiap hari.

Sebab dalam perkahwinan, bukan duit atau kemewahan saja yang penting. Cara kita layan pasangan pun banyak menentukan macam mana rumah tangga tu terasa.

05/10/2026

I am a wife, yang di sayangi & di cintai, sebahagia2 nya almost 20 years. Bagi saya syg & cintanya suami pada saya tak ada kurang. Dia mmg melebihkan saya lebih daripada segala2 nya. But Allah berkehendak. Hati dia Allah uji. Allah ketuk, Allah duga. Allah hadirkan orang yang sepatutnya tahu tempat dia tpi menganggu kami.. Bila jadi, sayaisteri waras & Rasional. Saya tahu harga diri saya, jdi mintak utk di lepaskan. Sebab once you make me an option, I better walk away. Saya tak pandang belakang

Orang kata seorang wanita tu di curangi sebab tak pandai jaga suami. Seorang wanita tu di curangi sebab selalu kongkong suami. Saya bukan wanita itu. I make sure maknana dia trjaga, brg2 suami yg xckup saya sediakan. Sakit pening semua saya jaga. Belum lagi part lain. Kongkong? Suami yg tak nak spent masa di luar pilih utk berada dgn saya. Saya xpegang password bank, xcheck email mahupun whts app. Bukan xpeduli. Cuma saya percaya. Tapi jika Allah berkehndak dgn ujian maka jadi juga.

Reason saya mintak utk di lepaskan, kerana saya tahu maruah saya. Saya tahu saya wanita yg bagaimana. Saya di curangi dgn org yg 12 tahun lebih muda. Jadi secara sepontan. Kerja dgn supplier suami. Kenapa baru tahu? Sebab saya percaya hubungan professional patut kekal sebatas kerja. Tapi saya lupa ramai yg mengidam suami org. Saya layan semua nya biasa, ada di antara supplier, clients semua saya kenal. Tapi mungkin ketika itu, saya trlepas pandang. Jadi ada yang cuba masuk di hubungan saya .

Adakah saya salahkan 100% pada suami bile perkara ni trjadi. Saya salahkan suami. Sebab biarkan org luar masuk dalam hubungan. Of course perempuan itu juga saya salahkan. Dah 10% juga saya letakkan sedikit rasa supaya saya muhasabah diri dengan ujian. Jika tiada ujian yang Allah kirimkn ini, mungkin saya lupa manusia tiada yang sempurna. Kerana sifat Maha Sempurna itu milik Allah. Saya sepatutnya tidak patut rasa selesa dgn tempat saya.

Adakah saya menyesal? Tidak. Saya tak menyesal. Saya bersyukur. Allah berikan ujian itu sekarang. Saya bersyukur Allah bukakn mata saya sekarang. Sebab jika lebih lama. Lebih jauh mungkin ...Allahualam...Saya pilih, untuk berdamai dengan takdir. Bukan tak sakit. Sangat sakit. Suami , antara insan yg paling saya percaya pilih untuk menyakiti saya. Tapi saya tak biarkan kesedihan berjalan lama. Sebab kesakitan ini tidak setara dengan harga diri. Saya tak layak biar kan diri trlampau sakit

Cukup lah orang lain memilih untuk menganiaya saya, takkan saya nk terus biarkan diri sendiri sakit. Jadi posting untuk semua yang pernah sakit. Jika sakit nangis, marah pada diri tapi jangan lama2, sebab kita ada harga. Biar org lain sakitkan kita, jangan kita buat diri kita sakit. At some point mereka tak deserve air mata kita. Take a slow step utk bgn. If you choose to stay make you fence strong. If you choose to walk away, build your wall bigger. 💪❤️

05/10/2026

MADE IN RAUB🌳
COMBO PREMIUM FROZEN
MK+BT+UM 3 KG ( 6 box)
RM 150.00💥💥
Frozen + Gebu + Isi tebal🔥
✨ Isi tebal & cantik
🤤 Rasa lemak, manis & creamy
✅ QC diperiksa sebelum dihantar
📍 DKING Ss2 Pj
🚚 KL & SELANGOR estimate 1/2 jam sampai
👉 wasap.my/60126117853/DurianDkingPromo

04/10/2026

Dulu time putus cinta dgn org lama, rasa mcm dunia dah runtuh. Bertahun menangis, tertanya-tanya knp Allah tak permudahkan jalan, knp kena lalui sakitnya perpisahan walhal dah bagi yang terbaik. Rasa mcm xde harapan dah nk jumpa bahagia.

Tapi bila dah bertemu dgn pasangan yg skrg, baru terjawab semua persoalan tu. Cara pasangan skrg hargai dia, jaga perasaan dia, & layan dia dgn penuh rasa hormat buatkan dia terus terfikir, "Oh, sbb ni lah rupanya Allah x izinkan hubungan dulu."

Rupanya apa yg patah dulu tu bkn penyesalan, tpi cara Allah nk lindungi dia drf org yg salah. Kena lalui fasa sakit dulu supaya dia tahu beza antara org yg sekadar singgah dgn org yg ikhlas nk membimbing. Sesetengah kehilangan tu mmg pedih, tpi itulah bentuk perlindungan terbaik sebelum Allah gantikan dgn pelengkap jantina & jiwa yg sebetulnya. ❤️

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Malacca City?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Malacca City
76450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cerita Cinta Halal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Malacca City.