Borneo Creative Gallery
Borneo Creative Gallery is an online marketplace that selling Borneo Handicraft. Thanks for your kind understanding and support
01/02/2022
Penan clutch in the making!!!
Enjoy the Shortdoc from Sarawak Museum Complex
28/01/2022
Sarawak's beautiful Penan handbags have Europe in cluthes
Sarawak's beautiful Penan handbags have Europe in clutches MIRI: The Penan community, which is synonymous with utilising forest products for survival, have taken a giant stride to modernity as their indigenous...
28/01/2022
Kehebatan seni anyaman wanita Penan Sarawak....
Khabar Dari Sarawak: Kehebatan seni anyaman wanita Penan Laporan berita dan kupasan isu setiap negeri-negeri di Malaysia. Sila klik video untuk berita selanjutnya.SUBSCRIBE to NJOI AWANI:https://www.youtube.com/use...
28/01/2022
Beg Anyaman Decoupage
BEG PENAN DECOUPAGE Jom Semua Saksikan Program Terbaru Terbitan Yayasan Penyayang Iskandar Puteri "JOM DU-IT". Episod minggu ini akan berkongsi secara langsung bersama para peno...
28/01/2022
ETNIK PENAN, SARAWAK, BORNEO
Etnik Penan adalah salah satu daripada etnik minority di Sarawak Bumi Kenyalang. Etnik Penan merupakan salah satu daripada sub etnik yang membentuk Kaum Orang Ulu yang mempunyai lebih kurang 27 etnik bernaung dibawah sebagai sub-etnik. Seperti sejarah penghijrahan kebanyakan Kaum Orang Ulu Sarawak, etnik Penan juga berasal dari satu kawasan legenda yang dinamakan Dataran Usun Apau.
Seperti apa yang digambarkan di dalam media bahawa kesemua yang dikategorikan sebagai etnik Penan adalah etnik yang masih mendiami hutan belantara dan mengamalkan sistem nomad di dalam penghidupan mereka, itu adalah tidak benar kerana sekarang ramai etnik Penan yang sudah mendiami perkampungan kekal yang dikhaskan untuk mereka. Namun begitu tidak dinafikan masih ada juga sebilangan etnik Penan yang masih mengamalkan cara hidup nomad dan mereka hidup dengan memburu dan mencari hasil hutan untuk pendapatan mereka. Dan sejak dari dahulu lagi tiada sesiapa yang boleh menandingi etnik Penan di dalam kemahiran untuk memburu di hutan.
Majoriti daripada etnik Penan ramai mendiami di kawasan Baram dan Limbang seperti di timur Sungai Baram contohnya di Tutoh, Patah, Apoh, Upper Akah, Selaan, Selungo. Mereka juga boleh didapati di Balui, Sungai Silat, Long Belina, Long Tikan, Long Jekitan dan Long Beku. Kesemua kawasan-kawasan ini adalah di Baram dan Limbang yang masih lagi kaya dengan hutan belantara yang merupakan punca pendapatan bagi etnik Penan berkurun lamanya.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa etnik Penan sendiri terbahagi kepada 2 yang dikenali sebagai Penan Timur dan Penan Barat. Kedua-duanya mempunyai budaya dan sumber warisan yang sama namun yang membezakannya adalah bahasa. Namun begitu bahasa Penan walau terbahagi kepada 2 ianya tetap dikategorikan di bawah satu rumpun yang dikenali sebagai rumpun bahasa Austronesian: Malayo-Polynesian, North Borneo, North Sarawakan, Kayan-Kenyah Penan.
Bahasa Penan Timur p**a mempunyai satu dialek iaitu Penan Apoh yang mana bahasanya tidak difahami langsung oleh Penan Barat. Bagi Penan Barat p**a dialek mereka terbahagi kepada beberapa dialek iaitu Bok Penan (Bok), Jelalong Penan, Nibong, Penan Apo, Penan Gang, Penan Lanyin, Penan Lusong, Penan Silat, Sipeng. Kesemua dialek-dialek ini tidak difahami langsung oleh Penan Timur. Inilah yang menjadikan etnik Penan ini begitu unik dan istimewa kerana walaupun di dalam satu etnik namun dialek-dialek yang mereka gunakan tidak semestinya difahami oleh sub etnik Penan yang lain.
Etnik Penan dengan hutan belantara berpisah tiada. Itulah perumpamaan kepada satu etnik di Sarawak ini kerana mereka sebenarnya sejak dari azali lagi sememangnya menghormati hutan belantara. Di sinilah mereka hidup dan mencari sesuap nasi untuk meneruskan penghidupan dan kerana itulah tidak menghairankan mengapa mereka sering membuat bantahan sekiranya ada kawasan hutan warisan mereka dimusnahkan untuk pembangunan. Sejak dari dahulu lagi etnik Penan percaya bahawa setiap binatang, pohon, sungai dan batu di dalam hutan mempunyai semangat mereka sendiri dan setiap manusia harus menghormati semangat-semangat ini.
Sesuatu yang wajar diketahui bahawa etnik Penan ini amat menghormati orang yang telah mati kerana mereka percaya, mereka yang telah tiada telah bersatu dengan alam untuk menyambung penghidupan mereka yang hidup. Dan kerana itulah dikatakan bahawa bagi etnik Penan yang masih mengamalkan cara hidup nomad, setiap kali ada di kalangan mereka yang sudah meninggal dunia maka mereka akan berpindah mencari tempat yang lain. Dan barangsiapa yang sudah meninggal dunia, mereka tidak akan menyebut namanya baik sewaktu perbualan seharian sebaliknya hanya memperkatakan dimana si mati itu dikebumikan. Inilah antara bentuk penghormatan yang telah dipraktiskan mereka sejak dahulu lagi.
Jika suatu masa dahulu rata-rata etnik Penan mengamalkan agama pagan atau animisme namun begitu sejak kedatangan agama di pendalaman Sarawak, etnik Penan juga telah ramai yang memeluk agama Kristian samada sebagai penganut Roman Katolik ataupun Sidang Injil Borneo (SIB). Kerana itulah ramai antara mereka telah meninggalkan beberapa ritual yang bertentangan dengan agama Kristian tetapi tetap meneruskan beberapa ritual yang tidak menjadi larangan di dalam agama mereka.
Pernah satu ketika dahulu, ramai masyarakat Sarawak yang bangun membela etnik Penan di Sarawak apabila satu akhbar perdana Gagasan Malaysia telah menghina etnik Penan dengan pelbagai tohmahan contohnya si bapa dibenarkan untuk berkahwin dengan anak perempuannya dan sebaliknya. Itu adalah SATU TANGGAPAN YANG SALAH sama sekali kerana ketahuilah bahawa etnik Penan adalah antara etnik yang lemah lembut serta berbudi bahasa dan juga amat berpegang teguh pada adat resam mereka.
Sebenarnya etnik Penan adalah antara etnik yang sederhana di dalam penghidupan mereka. Tiada protokol-protokol rasmi di dalam adat perkahwinan mereka cuma cukuplah sekiranya sepasang dara dan uda sudah sepakat untuk mendirikan rumahtangga. Apa yang perlu dilakukan adalah pasangan uda dan dara ini harus memohon restu daripada kedua-dua keluarga untuk berkahwin dan sudah tentu perkahwinan sesame adik beradik ADALAH DILARANG SAMA SEKALI di dalam penghidupan mereka sejak dari dahulu lagi hingga sekarang.
Setelah kata sepakat diambil maka mereka akan mengadakan majlis perkahwinan yang sederhana mengikut kemampuan keluarga. Hantaran atau mas kahwin bukanlah satu yang wajib dilakukan dan sekiranya mampu si uda bolehlah memberikan si dara dengan sebilah parang lengkap dengan sarung dan sebentuk cincin emas sebagai hadiah. Yang menjadi keutamaan di dalam etnik Penan bukanlah bermegah-megah dengan hantaran sewaktu perkahwinan sebaliknya adalah bagaimana pasangan uda dan dara ini akan melayari bahtera penghidupan sebagai suami isteri kelak.
Seperti etnik-etnik yang lain di bumi Sarawak, etnik Penan juga mempunyai warisan budaya yang tersendiri yang wajar untuk semua masyarakat mengetahuinya. Mereka juga mempunyai seni sastera mereka yang tersendiri seperti instrument muzik mereka yang dinamakan Atui, Oreng dan Keringut. Di katakan instrument muzik mereka juga diperbuat daripada pohon-pohon di hutan yang terbaik contohnya Atui yang diperbuat daripada damar-damar di hutan yang terbaik sekali. Sebenarnya Atui ini adalah alat muzik yang paling dihormati di dalam penghidupan etnik Penan sejak dahulu lagi kerana suatu waktu dahulu dikatakan sekiranya ada pemburu dari etnik Penan yang dapat membunuh harimau dahan maka Atui akan dipukulkan agar ianya memberi petunjuk kepada etnik Penan daripada penempatan yang lain bahawa ada seorang perwira Penan yang mampu menumbangkan seekor binatang yang gagah di hutan ini.
Jika etnik lelaki sebop terkenal dengan hasil ukiran kayu berkelas dunia maka apa kurangnya etnik Penan. Etnik Penan amat mahir di dalam pembuatan kraftangan tradisional dan juga besi. Banyak hasil-hasil kerjatangan mereka mendapat permintaan yang tinggi di bandar-bandar besar di Sarawak malah juga di luar negeri. Hanya yang menjadi halangan adalah etnik Penan harus dibantu untuk mampu memasarkan produk-produk hasil seni mereka ini ke mata dunia.
Inilah sekelumit informasi di dalam kita cuba mengenal satu lagi etnik minoriti di Sarawak iaitu Etnik Penan. Ramai yang mempunyai pandangan yang skeptikal terhadap etnik ini sedangkan hakikatnya etnik ini adalah etnik yang paling lemah lembut orangnya cuma mereka juga seperti mana-mana manusia yang akan memperjuangkan apa yang menjadi hak mereka sekiranya ianya menganggu penghidupan mereka. Kenalilah etnik Penan ini dan fahamilah apa yang mereka inginkan dan hormatilah ia kerana mereka juga anak Sarawak, Bangsa Sarawak.
Tidak Kenal Maka Tidak Cinta!
!
28/01/2022
Seminit Anyaman Penan Sarawak Kepelbagaian motif dan teknik menganyam masih kekal dan dipraktikkan kebanyakan wanita daripada kaum Penan yang mendiami daerah Miri di Sarawak. Seni anyaman...
28/01/2022
https://www.bharian.com.my/wanita/fesyen/2017/09/330615/beg-anyaman-decoupage-kian-pop**ar
Beg anyaman decoupage kian pop**ar | Berita Harian KUALA LUMPUR: Keunikan beg tangan anyaman terletak pada kehalusan seni sulaman pelbagai motif. Rekaan kontemporari dan terkini, sekali gus mengelak tanggapan ia sesuai dibawa ke pasar basah.
28/01/2022
Bagaimana beg tangan ini membantu masyarakat Penan?
Bagaimana beg tangan ini membantu masyarakat Penan? Mahu memiliki beg unik 100% hasil buatan tangan?Beg pelbagai warna ini dijual oleh Helping Hands Penan, sebuah organisasi tidak berasas keuntungan berpangkal...
27/01/2022
If you wear things you adore,
You just look better.
27/01/2022
There is a tag attached to each bag or basket that identifies the Penan woman who handmade it. They're all produced by hand, to the letter. These Penan women benefit from your purchase of their goods since you are helping another woman become self-sufficient. Penan women earn a living and educate their children by weaving for their communities. By purchasing a bag from us, you can be certain that your money is helping a Penan mother provide for her family's basic needs.
Rattan baskets and bags (made the traditional method) are something we'd want to have produced, but the process of gathering and preparing rattan takes at least three months, so we'll have to settle for something else. Strapping made of plastic is the current alternative since it is robust, washable (you really can just rinse your bags and baskets), and available in a variety of trendy and fascinating colours. These colours give our bags a very modern and appealing appearance. With the use of plastic strapping, we're giving a traditional craft a fresh new look.
If you can't stop thinking about it,
Then,buy it!!!!
27/01/2022
Live beautifully,
Dream passionately,
Love completely...
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
Miri
98000