Tamar Cocoa Muar / Alhaddad Products Muar

Tamar Cocoa Muar / Alhaddad Products Muar

Share

Menjual Tamar Cocoa (gram/sachet/papan) dan produk Al-Haddad yang lain.Cod sekitar Muar dengan kadar penghantaran yang murah serta pos ke seluruh Malaysia.

19/07/2018

Harap maklum..

Pembelian yang tidak dibuat selama 3 bulan ,ID anda akan terbatal secara automatik oleh HQ ye..

10/02/2018

Bagi penghidap kolesterol,amalkan 3 produk ini..inshaaAllah dapat menurunkan paras kolesterol yang tinggi anda tu..

Hubungi kami 0129734729

www.wasap.my/60129734729

Lokasi kami:
JKL114 Parit Raja,Jln Dato Hj Kosai,Muar Johor

Postage seluruh Malaysia

12/01/2018

Dalam jurnal perubatan Medical Science Monitor tahun 2004 menunjukkan pengambilan minyak zaitun kepada 28 pesakit yang mempunyai masalah kolesterol tinggi selama enam minggu akan membantu menurunkan paras kolesterol LDL dan meningkat kolesterol HDL. Saintis berpendapat kesan ini adalah kerana kandungan asid oleic (MUFA), phenol dan vitamin E didalam minyak zaitun ini.

Terdapat juga kajian yang diterbitkan dalam British Medical Journal pada tahun 2012 menunjukkan pemakanan dengan mengoreng menggunakan minyak zaitun dan minyak bunga matahari tidak meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung. Kajian ini melibatkan 40,000 orang peserta yang dijalankan oleh University Madrid di Sepanyol. Walaupun menggoreng menggunakan minyak zaitun akan mengurangkan khasiatnya, tetapi ianya tetap memberikan manfaat dengan tidak meningkatkan risiko penyakit jantung.

Kajian yang khusus tentang penyakit Alzheimer juga mendapati minyak zaitun boleh mencegah penyakit ini kerana kandungan bahan ‘oleocanthal’ didalamnya. Bahan oleocanthal ini membantu mengeluarkan protein beta-amyloid yang tidak normal daripada otak seseorang. Kajian ini menunjukkan penyakit Alzheimer ini mempunyai kadar yang rendah dikalangan penduduk di kawasan Mediterranean berbanding dengan wilayah lain diseluruh dunia. Kajian ini diterbitkan dalam jurnal perubatan Chemical Neuroscience pada tahun 2013

Terdapat pelbagai lagi kajian-kajian saintifik yang dijalankan diseluruh dunia yang menunjukkan kelebihan penggunaan minyak zaitun ini mengurangkan risiko penyakit-penyakit seperti
●masalah kemurungan,
●menguatkan memori,
●bengkak pankreas akut (acute pancreatitis), ●penyakit hati akibat stres oksidatif dan ●penyakit bengkak usus (ulcerative colitis).

Kita boleh mengamalkan minyak zaitun ini dalam pemakanan seharian kita sebagai satu makanan kesihatan atau diambil sebagai suplemen harian untuk membantu kita mencegah pelbagai penyakit kronik. Niatkan pengambilan minyak zaitun ini sebagai mengikut sunnah Rasulullah SAW mudah-mudahan kita mendapat keberkatan, Insyaallah.

Dr Norman Mohd Norawi

MBBS, MSc(UCSI), FAGE (MAHE)

※※※※※※※※※※※※※※※※※※

Photos from Tamar Cocoa Muar / Alhaddad Products Muar's post 20/12/2017

Year End Sale
Jualan Akhir Tahun

Item² terlibat je....

Wasap kami untuk mendapatkan produk kesukaan anda...

Wasap 0129734729

Photos from Tamar Cocoa Muar / Alhaddad Products Muar's post 27/10/2017

Beli set ni pastu dapat membership FREE

0129734729

05/09/2017

Dewasa:ambil 3bj sekali setiap hari
Kanak²:ambil sebiji sekali setiap hari

Bermanfaat untuk menurunkan kolesterol,mengurangkan tekanan darah tinggi dan sebagai pencerdas otak kanak-kanak kerana mengandungi DHA

Wasap 0129734729

Photos 14/07/2017

Maaf kepada customer..stock lambat sampai kerana insiden berlaku..lori membawa stok dari kilang ke stokis daerah telah terkandas..

Photos 09/05/2017

Alhamdulillah...komisen April dah masuk

Badan sihat,minda cerdas dan poket pun masuk...

31/03/2017

Waktu-waktu Mustajab Doa

Terdapat 22 waktu dimakbulkan doa ialah :

1.Berdoa sewaktu hujan turun.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud :
"Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun". (Hadis Riwayat Abu Daud).

2.Ketika hendak bersolat berdasarkan hadis diatas.

3.Selesai membaca al-Fatihah dalam solat.

4.Selepas mengucapkan 'Amin' apabila selesai membaca surah al-Fatihah.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
"Apabila imam mengatakan 'Amin', maka ucapkanlah 'Amin'. Sesiapa yang mengucapkan 'Amin' bersama dengan para malaikat, diampunkan dosa yang telah lalu."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

5.Pada waktu tengah malam, terutama sepertiga malam yang terakhir.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud :
"Allah SWT turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : 'Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Ku makbulkan, ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan, ada sesiapa yang beristighfar memohon ampun untuk Ku ampunkan?" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

6.Waktu di antara azan dan iqamah.

Sabda Nabi SAW. yang bermaksud :
"Tidaklah ditolak do'a di antara azan dan iqamah." (Hadis Riwayat Tirmizi).

7.Ketika sujud dalam solat.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud :
"Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah pada waktu sujud, maka perbanyakkanlah berdoa." (Hadis Riwayat Muslim).

8.Selepas berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW dalam tahiyat akhir.

9.Selesai solat fardu.

Ditanya kepada Rasulullah SAW., "Doa manakah yang didengar (Allah)"

Sabda baginda, "Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu."
(Hadis Riwayat Tirmizi).

10.Sepanjang waktu berpuasa.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah; doa ibu bapa terhadap anak, doa orang yang berpuasa dan doa orang yang bermusafir."
(Hadis Riwayat Baihaqi)

11.Malam al-Qadar berlaku pada bulan Ramadan.

12.Ketika khatam 30 juz al-Quran.

13.Sepanjang hari Jumaat itu, dengan harapan bersua dengan waktu mustajab doa.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Pada hari Jumaat itu, ada satu waktu yang apabila seseorang hamba memohon kepada Allah sesuatu, maka akan diberikan-Nya".
(Hadis Riwayat Bukhari).

14.Sepanjang perjalanan semasa bermusafir.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Tiga bentuk doa yang pasti dimakbulkan Allah, iaitu ; doa orang yang teraniaya, doa orang yang bermusafir dan doa ibu bapa terhadap anaknya."
(Hadis Riwayat Abu Daud).

15.Pada hari 'Arafah iaitu 9 Zulhijjah.

Nabi SAW. bersabda yang bermaksud : "Sebaik-baik doa adalah pada hari 'Arafah, dan sebaik-baik doa yang aku dan para nabi yang lain ucapkan ialah (maksudnya) : 'Tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu'.(Hadis Riwayat Tirmizi)

16.Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah haji atau umrah,

Sabda Nabi SAW. yang bermaksud, "Orang yang berjihad pada jalan Allah dan orang yang mengerjakan haji serta umrah merupakan tetamu Allah, Dia menyeru (memerintahkan) mereka dan mereka menjawabnya (menunaikannya) mereka berdoa kepada Allah lalu Allah terimanya." (Hadis Riwayat Ibn Majah)

17.Ketika iman meningkat kerana berbuat taat.

Sabda Nabi SAW. yang bermaksud, "...dan adalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan ibadah yang sunat hingga Aku mencintainya, jika Aku sudah mencintainya, Aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar dan penglihatannya yang dengannya dia melihat dan tangannya yang dengannya dia menyentuh dan kakinya yang dengannya dia melangkah, dan jika dia meminta akan Ku berikan dan jika dia meminta perlindungan nescaya akan Ku lindungi."

18.Waktu menerima ujian.

Firman Allah SWT. yang bermaksud : "Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu). (Surah al-Naml ayat 62)

19.Ketika tentera Islam berhadapan dengan tentera musuh.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Dua jenis doa yang tidak akan ditolak oleh Allah s.w.t. atau jarang-jarang sekali ditolak; doa sewaktu azan dan ketika berlakunya peperangan."
(Hadis Riwayat Abu Daud)

20.Ketika menghadiri penyelenggaraan jenazah.

Ummu Salamah r.ha. melapurkan bahawa Nabi SAW. bersabda yang bermaksud, "Apabila engkau menziarahi orang yang sakit atau menziarahi jenazah, berkatalah hal yang baik-baik, kerana para malaikat mengaminkan apa yang kamu katakan itu." (Hadis Riwayat Muslim)

21.Selepas saat kematiaan seseorang.

Diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.ha. bahawa Nabi SAW. menziarahi jenazah Abu Salamah r.a lalu menutup matanya. Baginda bersabda maksudnya, "Sesungguhnya roh seseorang yang keluar dari jasadnya akan diekori oleh mata." lalu baginda bersabda lagi yang bermaksud : "Janganlah kalian berdoa untuk diri kalian melainkan perkara yang baik sahaja kerana malaikat mendoakan untuk kalian." Baginda kemudiannya mendoakan untuk Abu Salamah r.a".

22.Ketika ayam berkokok.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud, "Apabila kamu mendengar ayam berkokok, mohonlah anugerah-Nya, kerana ayam itu melihat malaikat." (Hadis Riwayat Bukhari)

Marilah sama-sama kita berusaha untuk berdoa diwaktu-waktu mustajab doa. Semoga dengan ikhtiar kta yang sedikit ini Allah perkenankan doa-doa kita dan meletakkan diri kita bersama barisan hamba-hamba-Nya yang di redhai di dunia dan akhirat.

(Dipetik dari buku 101 Do'a daripada Hadis-hadis Sahih oleh Ustaz Zahazan Mohamed.)

Photos 30/03/2017

Ini secara ringkas keistimewaan sistem Al Haddad..

1. Tiada had umur - sesiapa sahaja boleh di daftarkan sebagai ahli Al Haddad xkira anak kecil , warga emas, masjid , kelab atau persatuan.. Semua boleh di daftarkan sebagai ahli..

2. Tanpa syarat jualan - bila dah jadi ahli kite x terikat dgn syarat jualan yg di tetapkan.. Kita bebas menjual sebanyak mana pn.. Banyak kita menjual banyak komisen kita dapat.. Sikit kita menjual, makanya sikit komisen kita dapat..

3. Tanpa bebanan maintain - kita jadi ahli mana2 produk lain pn mesti ada syarat maintain bulanan kan, tapi untuk Al Haddad kita tidak terbeban untuk buat belian maintain yg tinggi.. Cukup sekadar beli 1 produk sebulan kecuali ubat gigi, sabun luk2 , minyak vco... Lain2 produk boleh maintain..minimun satu produk...

4. Tanpa sistem point - dalam sistem Al Haddad xde kumpul sistem mata , point dan sebagainya, kita bagi dalam bentuk duit.. Kita beli barang, kita dapat duit.. Dan duit tu di panggil 'komisen' , ia akan terkumpul dalam sistem , jika kita update no akaun di profile setiap bulan akan masuk ke akaun bank jika komisen kita melebihi rm5...

5. Tanpa Pangkat - kita x mengejar pangkat, banyak kita jual, banyaklah kita dpt komisen.. Setiap tahun Al Haddad akan berikan insentif dalam bentuk wang, gajet dan pakej percutian percuma kepada ahli yg melepasi syarat insentif yg telah di tetapkan oleh syarikat..

6. Tiada Yuran Ahli - inilah istimewanya bila jadi ahli Al Haddad, kita tiada yuran keahlian, cuma beli 1 produk dengan harga pasaran terus layak di daftarkan sebagai ahli.. Mudah dan murah..

Hubungi kami
0129734729

Photos 31/01/2017

Bermula 1 Februari harga Tamar Cocoa adalah RM23.00 yer...harga ahli rm20.00

Take note plizzz....!!!!

0129734729

Minuman Kesukaan Ramai 17/01/2017

Selain berkhasiat ia juga membantu dalam meningkatkan tahap kesihatan kita

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Muar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Sentiasa Maju Jaya Enterprise, JKL 114, Parit Raja
Muar