Koperasi Mbah Anang

Koperasi Mbah Anang

Share

Koperasi yang berteraskan seni dan kebudayaan masyarakat Jawa di Malaysia

Photos from Koperasi Mbah Anang's post 30/06/2026

UCAPAN PENGHARGAAN

Persatuan Jawa Parit Bugis Muar (PEJAWA) dan Koperasi Mbah Anang Muar Berhad merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur Mersing Culture Festival 2.0, khususnya Mega Nadza Event dan Majlis Kebudayaan Mersing, atas kepercayaan, kerjasama serta komitmen yang diberikan dalam menjayakan festival yang penuh warna-warni budaya ini.

Penganjuran program sebegini bukan sahaja menghidupkan sektor pelancongan dan ekonomi komuniti, malah menjadi wadah penting untuk memelihara, memartabatkan dan mewariskan seni serta budaya tempatan kepada generasi masa hadapan.

Kami amat menghargai peluang untuk bersama-sama menyumbang dalam usaha memperkukuhkan jati diri bangsa, menyemarakkan semangat kebersamaan dan mengangkat warisan Johor sebagai khazanah yang bernilai tinggi.

Tahniah dan syabas kepada Mega Nadza Event, Majlis Kebudayaan Mersing, seluruh jawatankuasa penganjur, para sukarelawan, rakan strategik serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mersing Culture Festival 2.0.

Semoga hubungan kerjasama ini terus diperkukuhkan pada masa akan datang demi memastikan warisan budaya terus hidup, berkembang dan menjadi kebanggaan bersama.
"Warisan Dipelihara, Budaya Disemarakkan, Masyarakat Dipersatukan."
Ikhlas daripada,
Persatuan Jawa Parit Bugis Muar (PEJAWA)
Koperasi Mbah Anang Muar Berhad

Photos from Koperasi Mbah Anang's post 10/06/2026

Ucapan Penghargaan & Terima Kasih

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pihak penganjur JOJ Jelajah Orang Johor x Revoc Food Fest pada 3-7 Jun 2026 atas peluang yang diberikan kepada kami untuk turut serta memeriahkan program yang berlangsung di Puncak Kasih, Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang.

Kami amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada program yang begitu meriah, menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat dalam suasana penuh kegembiraan, semangat kekeluargaan dan perpaduan.

Tahniah kepada seluruh jawatankuasa penganjur atas komitmen serta usaha gigih menjayakan acara yang hebat ini.
Semoga program seperti ini terus menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim, mempromosikan budaya, pelancongan dan ekonomi setempat, serta memberi manfaat kepada masyarakat keseluruhannya.

Terima kasih atas layanan mesra dan kerjasama yang diberikan. Semoga kita dapat bekerjasama lagi dalam program-program akan datang.
Sekalung penghargaan daripada kami di Koperasi Mbah Anang

Photos from Koperasi Mbah Anang's post 08/06/2026

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pihak Koperasi Mbah Anang Muar Berhad ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur Nyantai Fest 2026 atas kejayaan menganjurkan program yang begitu meriah, tersusun dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Tahniah kepada semua urus setia, rakan strategik, penaja, peserta dan pengunjung yang telah bersama-sama memeriahkan acara ini.

Program seperti ini bukan sahaja menggalakkan aktiviti ekonomi komuniti, malah menjadi platform terbaik untuk mengeratkan silaturahim, mempromosikan budaya tempatan serta menyokong usahawan setempat
Semoga Nyantai Fest terus berkembang dan menjadi acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh masyarakat.

Terima kasih atas jemputan dan layanan yang diberikan kepada Koperasi Mbah Anang Muar Berhad.
"Bersama Memartabatkan Budaya, Memperkasa Komuniti."
Daripada:
Koperasi Mbah Anang Muar Berhad













πŸŒΉπŸ™πŸ»

01/06/2026

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN πŸŽ‰πŸŽ‚
Yang Di Pertua Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor
EN. AB RAZAK BIN RAHMAT
( 1 JUN 1961 )

Photos from Koperasi Mbah Anang's post 22/05/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami dari Koperasi Mbah Anang Muar Berhad turut merakamkan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan. Dalam masa yang sama, kami memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang menjayakan program tersebut.

Majlis turut diserikan dengan persembahan gamelan yang memukau serta nyanyian istimewa daripada Safie Rio yang menambahkan lagi kemeriahan dan keindahan suasana sepanjang acara berlangsung.

Bunga melur di tepi laman,
Harum mewangi di waktu pagi;
Terima kasih atas kepercayaan,
Kenangan konvokesyen kekal di hati.

Sekian, terima kasih.

Photos from Koperasi Mbah Anang's post 13/05/2026

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Pihak Koperasi Mbah Anang Muar Berhad ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada JAPRUN Ayer Molek, Melaka atas kepercayaan dan pelantikan kami dalam melaksanakan program WUR di DUN Ayer Molek yang telah berlangsung pada 9 hingga 10 Mei 2026.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Yang Berhormat ADUN Ayer Molek, Dato’ Rahmad Mariman kerana telah memilih dan memberikan peluang kepada pihak kami untuk bersama menjayakan program ini. Kepercayaan yang diberikan amat kami hargai dan menjadi satu penghormatan besar buat kami.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada YAB Dato’ Seri Ketua Menteri Melaka atas kesudian merasmikan program tersebut serta memberikan sokongan terhadap usaha dan pelaksanaan program ini.

Sepanjang pelaksanaan program ini, kami sentiasa berusaha memberikan komitmen dan kerjasama yang terbaik. Namun begitu, kami juga ingin memohon maaf atas segala kekurangan, kelemahan atau kekhilafan yang berlaku sepanjang program berlangsung.

Semoga hubungan kerjasama yang terjalin ini akan terus diperkukuhkan demi manfaat masyarakat dan pembangunan komuniti pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
Daripada, KOPERASI MBAH ANANG MUAR BERHAD

Photos from Persatuan Jawa Parit Bugis Muar Johor's post 11/05/2026

HIGHLIGHT HARI KEDUA
🎨 Festival Seni Harmoni 2026
πŸ“… 2 Mei 2026
πŸ“ Dataran 3, Meru, Klang, Selangor
Hari kedua Festival Seni Harmoni 2026 berlangsung dengan penuh kemeriahan dan semangat perpaduan melalui kepelbagaian seni budaya masyarakat. ✨
Antara persembahan yang mencuri perhatian pengunjung ialah:
🐎 Persembahan Kuda Kepang yang penuh bertenaga
🦁 Barongan (Reog Ponorogo) dengan aksi memukau dan tradisi warisan budaya
πŸ’ƒ Tarian Zapin yang lembut dan penuh keanggunan
βš”οΈ Tarian Satria yang gagah serta penuh semangat kepahlawanan
Selain itu, festival turut dimeriahkan dengan pameran seni, jualan makanan komuniti dan pelbagai aktiviti santai untuk seisi keluarga. 🎢🎭🍜
Terima kasih kepada semua pengunjung, peserta dan pihak yang terlibat dalam menjayakan Festival Seni Harmoni 2026. Semoga seni dan budaya terus menjadi jambatan perpaduan masyarakat. ❀️

Photos from Koperasi Mbah Anang's post 24/04/2026

πŸ“Œ UCAPAN TERIMA KASIH
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada:
✨ Mohd Azizul Rahman bin Abu Hassan
Pengurus Seksyen Projek Perladangan
✨ Nur Syuhadah binti Md Ali
Pegawai Seksyen Projek Perladangan
Bahagian Pertanian Asas Tani dan Perladangan
Kumpulan Pembangunan Koperasi, ANGKASA
atas kesudian hadir ke Koperasi Mbah Anang Muar Berhad bagi meninjau tapak serta menilai kesesuaian pelaksanaan Projek Buluh Lestari Parit Bugis, Muar, Johor 🌱

Lawatan ini turut diserikan dengan kunjungan ke Keraton Mbah Anang bagi melihat dan mengenali dengan lebih dekat warisan kebudayaan Jawa yang menjadi identiti dan kebanggaan komuniti setempat.

Lawatan ini amat bermakna dan memberi dorongan besar kepada kami dalam usaha membangunkan projek yang berpotensi memberi impak positif kepada komuniti setempat.

Semoga projek ini dapat direalisasikan dengan jayanya serta memberi manfaat dari segi ekonomi, kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat 🀝
Terima kasih atas sokongan dan komitmen yang diberikan.

Photos from Persatuan Jawa Parit Bugis Muar Johor's post 21/04/2026
Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Muar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


144-3 Jalan Yusof
Muar
83600