Farissha Elix
Rambut cantik, aura positif �
Kami bantu anda tampil yakin dengan gaya semula jadi & suasana santai.
11/12/2025
Pukul 3:45 petang baru masuk kerja “urgent”.
Pukul 4.20 petang baru boss tanya, “Free tak untuk quick meeting?”
Quick pada mulut orang. Bukan pada jam punch out anda.
Kita lupa satu benda penting.
Hujung bulan, slip gaji sama juga.
Tiada extra untuk masa anda tunggu meeting yang patut boleh dibuat pagi, atau tugas yang sengaja dilambatkan sampai ke hujung waktu pejabat.
Yang berubah cuma satu. Badan anda makin letih, kepala makin sarat, hati makin tawar.
Balik tepat bukan kurang rajin. Balik tepat maksudnya anda letak sempadan yang sihat.
Anda dah serah masa dari pagi sampai habis waktu rasmi, anda buat kerja ikut kemampuan terbaik.
Selebihnya, itu masa untuk keluarga, untuk rehat, untuk pulihkan diri supaya esok datang dengan kepala yang lebih segar.
Kalau kerja memang perlu lebih masa dan dibayar ikut peraturan, itu cerita lain. Tapi kalau habit “last minute task” dan “meeting hujung waktu” dijadikan budaya, lama-lama staf yang baik pun akan jadi kosong dan burnt out.
Organisasi yang sihat bukan yang bangga dengan staff balik malam setiap hari, tapi yang bangga bila staff masih tersenyum dan bertenaga walaupun sudah bertahun bekerja.
Jadi hari ini, bila jam kerja tamat, log out, simpan fail, balik tepat pada waktunya.
Tidak, anda tak perlu rasa bersalah.
Tidak, anda tak perlu kerja lebih masa setiap hari.
Hujung bulan gaji tetap sama. Yang anda boleh ubah ialah cara anda jaga diri dan orang yang sedang tunggu di rumah.
Start your day with inner peace. When your soul is calm, your body feels healthy, your mind sharp, and life becomes lighter
゚viralシfypシ゚
19/11/2025
Dalam banyak budaya termasuk Jepun hormat tak menunggu pangkat. Mereka tunduk hormat kepada semua orang, juruwang, pekerja pembersihan, pelajar sekolah, pemandu teksi.
Sebab maruah manusia tak diukur dengan gelaran.
Kita di sini kadang lupa…
Ada orang hanya mula hormat bila dengar
“Tan Sri”, “Dato’”, “Pakar.” “Prof.”
Padahal adab paling asas ialah menghormati orang sebelum kita tahu siapa dia.
Nilai sebenar seseorang bukan nampak
masa dia layan orang atasan. Tapi masa dia bercakap dengan waiter, guard, intern, cleaner , mereka yang tak boleh bagi apa-apa balasan.
Di situlah jatuhnya karakter sebenar.
Ramai boleh baik bila ada kepentingan.
Tapi orang yang benar-benar berjiwa besar,
wataknya sama depan orang besar atau orang biasa.
Hormat bagi mereka bukan persembahan.
Ia habit. Habit yang buat orang rasa selamat dan dihargai, tanpa perlu gelaran apa pun.
Di pejabat, di rumah, di mana-mana tengok bagaimana seseorang melayan orang lain.
Kadang dari situ saja kita dah boleh baca hati budinya.
Hormat itu percuma.
Tapi ia membina segalanya.
Syampu Bidara dengan teknologi micellar untuk
membersihkan kulit kepala dengan lembut
tetapi berkesan, menjaga minyak,
mengurangkan bau & untuk rasa rambut segar, ringan dan bersih lebih lama. ゚viralシfypシ゚
Spray perfume kat tudung takkan ubah bau rambut. Kalau akar tak dijaga, wangi pun cuma bertahan sejam, lepas tu bau asal naik semula. Hilangkan bau, bukan tutup bau.
Mana ada orang s**a busuk, semua orang s**a yang wangi sahaja !
https://vt.tiktok.com/ZSHcXYCeM5DFg-NZPjI/
Mari wangikan diri sendiri untuk lelaki & perempuan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
No 11-2 Jalan Arab
Muar
84000
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |
| Saturday | 09:00 - 17:00 |