Nusabif Shah Alam City Center

Nusabif Shah Alam City Center

Share

Kalau perfume mahal, carilah dupe. Dupe dari supplier listed dalam Fragrantica

10/12/2021

Assalamualaikum dan selamat pagi. Mari kita banyakkan berselawat pada hari Jumaat ni

09/12/2021

Saya ni kalau betul-betul takda idea nak masak apa, guna je minced meat masak kicap....

09/12/2021

Assalamualaikum semua. Lama dah tak update kat sini. Saya doakan semua hal dipermudahkan oleh Allah

23/10/2021

Lelaki ni hatinya besar, ada duit sikit pun dia akan beri pada keluarganya

22/10/2021

Ultimate dream mukmin, syafaat Baginda Rasulullah solallahu 'alai wa salam

21/10/2021

[RESEPI; SUP TULANG TENGKUK/RUSUK]

Resepi ni sebenarnya resepi dari Allahyarham Ayah. Semoga dengan resepi ni Ayah dapat manfaat bagi sesiapa yang cuba resepi ni. Rasanya lebih kurang sama je resepi ni dengan orang lain.

Ambil lah bahagian tulang, sedap kalau ada tulang ekor/tengkuk/rusuk. Rebus sampai empuk. Ayah dulu pakai pressure cooker je. Sampai sekarang saya guna pressure cooker Ayah ni.

Sementara nak tunggu empuk, tumis 4 rempah sekawan (bunga lawang, cengkih, kayu manis dan buah pelaga). Dah naik bau, tumis sekali bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis lagi sampai naik bau juga.

Bila dah naik bau, jangan sampai hangus cukup bawang-bawang tu caramalized ada nampak coklat coklat tu. Masuk terus dengan minyak-minyak dalam periuk yang kita tengah dok rebus tulang tadi.

Bila dah menggelegak, masuk sikit serbuk kurma. Inilah resepi rahsia ayah. Serbuk kurma ni bagi sup tu jadi pekat dan lebih sedap.

Masuk garam secukup rasa. Nak masukkan kentang, lobak merah tu optional. Takda masalah kalau takda pun.

Siap!!!! Simple tapi dia punya rasa tak simple dah. Kayangan rasa dia...

Kalau rajin buatlah sambal kicap tu... Jangan lupa daun sup dengan bawang goreng.

Agak-agak siapa nak upgrade sup tulang dia next level? Saya boleh bantu boleh dapatkan daging baka kayangan Holstein Friesian (cuba Google baka ni), tapi fulusnya tak kayangan. Munasabah je nak keluarkan dari poket anda.

Kalau dah lembunya another level, rasa sup dia pun another level. (Semoga Allahyarham Ayah Mohd Kamal Bin Jamaluddin sedang menikmati makanan lebih lazat dari masa hidupnya. Bissirril Fatihah)

Meh borak dengan saya kalau nak dapatkan daging kualiti halal Asutralian Grassfed ni.

18/10/2021

Sungguh bahagia orang yang mengagungkan Rasulullah bersungguh-sungguh.

Salam Maulidurrasul

15/10/2021

Assalamualaikum

Jumuah Mubarakah

[RESEPI; MUSHROOM BURGER]

Kalau kita pergi restoran Burger King, ada menu Mushroom Swiss Burger kan? Nak tak kita buat versi lagi sedap?

Kalau saya order menu ni, memang saya tak akan letak sos dah. Rugi sebab hilang rasa cendawan tu.

Ok, cara nak buat inti daging dia. Carilah apa-apa dried mushroom. Sh*take adalah terlebih baik, sebab orang cakap sedap. Kisar halus.

Guna minced meat/daging kisar yang ratio dia 80/20 untuk burger yang lebih juicy. Bagi yang tak tau apa tu 80/20, 80 tu daging dan 20 tu lemak. Ratio ni paling sesuai nak buat burger.

Gaul minced meat tadi dengan cendawan kering dah kisar halus, freshly ground black pepper, sikit Worcestershire sauce, garlic powder (optional) dan garam.

(Worcestershire sauce tu apa? Kalau biasa tengok kat pasaraya, jenama Lea & Perrins tu lah benda dia.)

Ok, bentukan jadi bentuk inti burger lepas tu bakar!!! Nak masak macam biasa pun takda hal. Ikut selera dan mudah.

Sos cendawan lak, cendawan tadi slice nipis-nipis. Masak dengan bawang besar boleh ganti dengan bawang putih juga ikut selera. Masak sampai layur ikut kita nak. Letaklah butter sekali.

Saya s**a macam creamy sikit. So, letaklah sikit cooking cream (sikit je, nak kasi basah dan ini kalau tak letak pun ok dah). Perasakan dia dengan garam.

Kira dah siap lah tu. Kepitkan inti burger tu dengan roti sekali dengan cheese. Silakan menjamu selera?

Nak cari minced meat yang ratio 80/20 macam dalam resepi? Saya boleh tolong dapatkan. Bagitau je saya

15/10/2021

Setinggi mana pun cinta ibu dan ayah kepada anaknya, lebih tinggi cinta Rasulullah kepada ummat Baginda Rasulullah.

Harini hari Jumaat, mari banyakan amalan selawat.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Nilai?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


828 Jalan Nada Alam 6/3
Nilai
71700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nusabif Shah Alam City Center posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Nilai.