Norain's World of Beauty

Norain's World of Beauty

Share

ANDA ADALAH PENGGUNA BIJAK.. HARGAI DIRI ANDA DAN KELUARGA YANG TERSAYANG.. KESIHATAN DAN KECANTIKAN DIUTAMAKAN.....

06/07/2026

"BISMILLAH 5, KELEBIHAN DAN KAEDAH MERAWAT"

Amalan Bismillah 5 ni sebagai pendinding dan ayat penyembuh (syifa) segala penyakit yang kita tak ketahui puncanya.

Bagus dan amat baik dijadikan sebagai amalan kita seharian.

Kelebihan dan kebaikan ‘Bismillah 5’ adalah seperti berikut:

1 - Menghalang jin dan syaitan

2 - Terpelihara dari bahaya dan musuh

3 - Penawar pelbagai racun dan bisa.

4 - Penawar penyakit gila meroyan.

5 - Melegakan bengkak dan benjol.

6 - Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang

7 - Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan.

8 - Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang

9 - Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.

Sekiranya ada yang sakit bolehlah cuba cara ni.Tak salah kalau kita cuba.Ikhtiar itu perlu,yang menyembuhkan itu hanya yang Maha Esa.

Kaedah Merawat

Letakkan tangan di tempat yang sakit.

Baca ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali dengan hati yang ikhlas dan khusyuk.

1 - Bismillahir Rahmanir Rahiim
2 - Bismillahish Shaafii
3 - Bismillahil Kaafii
4 - Bismillahil Mu'aafii
5 - Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma'as mihi syai un fil ardhi wala fis samaa-e wa huwas samii'un 'alim

Hembuskan juga pada segelas air lalu diberi minum dan disapu di tempat yang berkenaan.

Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.

Sekiranya anggota yang sakit tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau s**ar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit.

Bagi kes kecemasan, boleh dibacakan terus ‘Bismillah 5’ sambil meletakkan tangan di tempat tersebut.

Jika kepala anak benjol sebab terhantuk, baca ‘Bismillah 5’ ini sekali sambil tuamkan ais batu atau air suam di tempat sakit. InsyaAllah dapat melegakan.

Bacalah selawat ke atas Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan ayat ini sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit.

Aamiin ♥️

05/06/2026

Petua

Kalau rasa tak selesa atau tak larat.. lemah tenaga.. lemah tubuh badan.. ada penyakit lama tak sembuh sepenuhnya contohnya kencing manis darah tinggi dan lain lain.. cuba amal bacaan ini.. sebelum makan minum.. sebelum makan ubat.. tiap kali sebelum mandi.. lepas solat

Ikhtiar je.. sembuh atau tidak tu semua urusan Allah swt.. yang penting ada usaha

Baca Bismillah 5 sebanyak 5 kali

1 – Bismillahi Rahmani Rahim
2 – Bismillahish Shafi
3 – Bismillahil Kafi
4 – Bismillahil Mu’afii
5 – Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis sama-e wa huwas sami’un ‘alim

Kemudian baca

Wayazidkum quwwatan ila quwwatikum wala tatawallau mujrimin (petikan ayat 52 surah Hud).

Maksud ayat ini ialah : Dan Dia menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa.

Akhirnya baca selawat beberapa kali

Satu kaedah diamalkan pagi atau malam.. buat telor separuh masak.. tak kisah lah berapa biji.. lepas pecahkan dalam bekas.. letak madu.. kicap dan lada.. baca amalan diatas.. makan

Wallahua'lam

21/05/2026

[JANGAN SALAH TEMPAT]

Kalau ada masalah, kita jangan cerita pada orang dulu....

Orang tak boleh buat apa pun...

Paling kuat dia suruh sabar...

Atau beri cadangan ikut rasa dia....

Kalau tak kena gaya, dia bagi cadangan, makin nak bagi kita porak peranda...

Na'uzubillahi min zalik.


Jadi...

Bila ada masalah...

Cari tikar sejadah...

Report dulu kat YANG MEMBERI UJIAN tu...

Mengadu dengan detail...

Ceritakan perasaan.....

Ceritakan harapan.....

Luahkan permintaan....

Dengan seikhlas mungkin...

Barulah ALLAH beri jalan dengan datangkan makhlukNYA bantu kita Insha ALLAH...

Kadangkala kita ni action taknak minta tolong ALLAH....

Sibuk ke sana ke sini cerita masalah....

Lupa ke siapa yang MAHA MENGATUR hidup kita?

Jangan perasan semua benda atas usaha dan susah payah kita...

Tiba datang masalah salahkan orang lain p**a...

Bangun tahajud, solat hajat, solat dhuha minta kat ALLAH...

Bukan canang satu dunia untuk minta belas kasihan...

Orang pun semua ada ujian sendiri...

Mana maunya nak berkorban selesaikan urusan kita aje...

Banyak lagi kerja dia nak settle...

Boleh pergi ke manusia tu.... untuk urusan selanjutnya.... SELEPAS minta ALLAH SWT tunjuk jalan dan kemudahan...

Ingat...

Apa-apa berlaku ..., Mula-mula nak buat apa...?

Turn to ALLAH...

Cerita pada ALLAH...

Adukan pada ALLAH...

Tenang dan mudah jalan lepas tu...

Insha ALLAH....

Amalkan doa Nabi Yunus selalu:

لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

““Lailaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin"

"Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim."

Wallahu a'lam.

27/04/2026

7 RAHSIA RUMAH TENANG

Ramai orang ingat hidup tenang bermula bila duit cukup, kerja kurang serabut, atau orang sekeliling makin memahami.

Padahal kadang-kadang, kepala kita cepat penat sebab rumah sendiri terlalu lama dibiarkan “berhutang” dengan benda kecil.

Bukan rumah besar yang paling menenangkan.

Tapi rumah yang tak simpan terlalu banyak beban kecil setiap hari.

1. Baju kotor jangan tunggu jadi gunung
Bila kain mula bertimbun, rumah cepat nampak sesak. Mata nampak bersepah, otak pun rasa semak. Buat sikit-sikit, jangan tunggu sampai mood pun ikut berlonggok.

2. Pinggan kotor jangan biar lama di sinki
Sisa makanan dan sinki yang tak dibersihkan betul-betul memang senang jadi tempat kotoran berkumpul dan menyumbang kepada pencemaran silang di dapur. Lagi lama bertangguh, lagi berat rasa nak mula. :contentReference[oaicite:0]{index=0}

3. Bilik air paling kerap dipakai, jadi paling wajib dijaga
Tempat yang selalu basah dan lembap lebih mudah jadi tempat kulat dan pertumbuhan mikrob. WHO mengaitkan rumah yang lembap dan berkulat dengan lebih banyak masalah pernafasan, alahan, dan asma. :contentReference[oaicite:1]{index=1}

4. Sarang labah-labah dan habuk jangan biasakan
Kadang-kadang ia nampak kecil. Tapi benda kecil yang dibiarkan lama-lama buat rumah rasa uzur, berat, dan tak terjaga. Penjuru rumah pun perlukan perhatian, bukan ruang tamu saja.

5. Tempat tidur jangan jadi stor emosi
Bilik yang terlalu berselerak boleh buat otak susah betul-betul rehat. Kajian dan panduan tidur menunjukkan visual clutter boleh menambah stres dan ganggu rasa tenang bila nak tidur. :contentReference[oaicite:2]{index=2}

6. Halaman rumah jangan biar ada air bertakung
Bekas kecil, piring pasu, baldi, longkang atau sudut yang simpan air boleh jadi tempat nyamuk membiak. CDC menekankan pembuangan air bertakung di sekitar rumah sebagai langkah utama kawalan nyamuk. :contentReference[oaicite:3]{index=3}

7. Rumah tenang bukan rumah yang sempurna
Ia rumah yang ada sistem kecil yang konsisten. Kain tak dibiarkan menimbun. Pinggan tak dibiarkan berhari-hari. Tempat tidur tak jadi tempat longgok semua benda. Sedikit demi sedikit, rumah jadi lebih ringan. Dan selalunya, hati pun ikut sama.

Kadang-kadang kita bukan penat sangat dengan hidup.

Kita cuma terlalu lama hidup dalam ruang yang tak sempat dipulihkan.

08/04/2026

Kita tidak diajar untuk memutuskan silaturahim.
Tapi kita juga berhak menjaga jarak,
bila sesuatu hubungan membawa mudarat dan keburukan.

Kadang menjaga diri itu juga satu bentuk menjaga hubungan. 🤍

26/03/2026

SEBELUM ENJIN DIHIDUPKAN…
PERIKSA HATI DULU

Kereta dah penuh.
Anak-anak dah riuh nak balik kota.
Mak ayah di halaman, senyum… lambaikan tangan.

Kita pun tekan minyak.

Tapi…

Pernah tak kita bayang, apa jadi lepas kita hilang dari pandangan?

Sunyi itu datang perlahan.
Rumah yang tadi penuh suara… tiba-tiba kosong.

Mak masuk dapur.
Ayah duduk perlahan di kerusi.

Dan mata mereka mula nampak satu per satu…

Pinggan bertimbun.
Lantai melekit.
Sampah pampers cucu tak dibuang.
Peti ais kosong.

Masa itu… senyuman tadi bertukar jadi keluhan yang ditahan.

Wahai anak…

Balik kampung bukan sekadar hadir.
Dan pergi bukan sekadar berlalu.

Jangan tinggalkan rumah orang tua kita seperti kita tak akan kembali lagi.

Mereka bukan tak mampu…
Tapi kudrat mereka bukan lagi seperti dulu.

Sebelum p**ang, buat 3 perkara ini, bukan besar, tapi sangat bermakna:

Pertama — Pulangkan semula keadaan rumah

Basuh pinggan sampai bersih, bukan sekadar bilas.
Lap dapur, sapu lantai, buang semua sampah.

Biar mak masuk dapur dengan tenang, bukan dengan beban.

Kedua — Isi semula dapur mereka

Beras, telur, minyak, gula…
Jangan biarkan kosong selepas kita pergi.

Kadang mak ayah tak minta…
Tapi mereka tetap perlu makan.

Ketiga — Tinggalkan sedikit tanda kasih

Selitkan sedikit duit.
Bukan kerana mereka meminta,
tapi kerana kita masih anak… sampai bila-bila.

Anak yang baik bukan diukur ketika datang…
tetapi ketika dia pergi, dia tinggalkan keringanan.

Kalau kita benar sayang mak ayah,
jangan wariskan penat kepada mereka selepas kita p**ang.

Biarlah mereka melambai dengan senyuman…
dan menyambung hari dengan hati yang ringan.

Balik kampung itu ibadah.
Cara kita meninggalkannya… itu akhlak...

13/03/2026

Bila orang cakap pasal prep beras
terus rasa berat

Macam banyak sangat
step nak kena buat

“Beras kena bekukan dulu.”
“Kena jemur dulu.”
“Kena vacuum.”
“Kena letak macam-macam dalam bekas.”

Dengar je pun dah penat
Belum buat lagi

Padahal sebenarnya…
tak sesusah tu pun

Yang penting cuma satu
kurangkan udara

Caranya simple je
Kumpul botol atau bekas
yang ada penutup rapat

Botol mineral, balang kuih raya
bekas plastik kat rumah
semua boleh guna
Tak perlu beli benda mahal pun

Kalau rajin minta je kat
kawan-kawan botol mineral kosong
Atau recycle apa yang memang dah ada di rumah

Lepas tu beli beras
Kalau ada modal lebih
boleh tambah OA (oxygen absorber)
Kalau tak ada pun, tak jadi masalah

Masukkan beras dalam botol
kemudian hentak bagi padat
Siap

Bila beras padat
udara dalam bekas jadi makin kurang

Bila oksigen kurang
bubuk susah nak hidup
Telur dia pun tak boleh menetas

Logiknya mudah je
Semua makhluk hidup perlukan oksigen

Bubuk perlukan oksigen
Kita pun perlukan oksigen
Kalau tak ada oksigen…
ko pun boleh mati juga 😝

Prep ni bukan pasal
buat benda susah-susah
Buat cara simple
tapi konsisten itu dah cukup

05/03/2026

Mana Mak..?'
Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila p**ang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma s**a warnanya. Kereta warna merah bata, warna kes**aan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak s**a makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kes**aan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah p**ang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil.

Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

**Jgn Lupa Click Share Setelah Membaca...

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

03/03/2026

Amalan Agar Anak Tidak
Nakal, Cerdas dan Cepat
Faham dalam Belajar

1. Ambil segelas air hujan yang bersih,
kalau tidak ada ambil segelas susu,
atau segelas air putih.

2. Bacalah surat Al-Fatihah 3 kali.

3. Baca surat Al-Falaq ayat 1–5 sebanyak 11 kali.

4. Lalu tiupkan ke dalam air tersebut 3×,
dibaca setiap hari setelah sholat Subuh
sebelum waktu Isyraq 5 hari berturut-turut..

5. Kedua orang tua atau pembaca meminum
sedikit air tersebut, lalu berikan kepada anak.
InsyaAllah anak yang nakal akan menjadi
sholeh/sholehah, anak yang sulit paham akan
ilmu agama akan cepat paham, anak yang
durhaka akan menjadi anak yang berbakti
kepada orang tua, dan anak tersebut akan
cepat paham serta mudah mengingat pelajaran.

Bagi wanita yang hamil
yang mengamalkannya kelak akan
mendapatkan anak yang sholeh/sholehah.
InsyaAllah

20/02/2026

Minum 2 Gelas Air Balang Masa Berbuka, Tiba-Tiba Badan Menggigil Dan Mata 'Koma' Nak Solat Maghrib. Ini Misteri 'Sugar Crash' Yang Anda Wajib Tahu!

Sengaja pusing Bazar Ramadan petang tadi semata-mata nak beli air katira ais dengan teh ais leleh. Bila azan Maghrib je, terus bantai minum dua gelas berturut-turut. Fuh, lega tekak!

Tapi perasan tak, lebih kurang 15 ke 30 minit lepas tu, anda tiba-tiba rasa sangat mengantuk (menguap tak berhenti), badan rasa melayang, tangan menggigil sikit, dan rasa 'malas' tahap dewa nak bangun ambil wuduk solat Maghrib?

Ini bukan sebab anda kenyang. Ini adalah amaran biologi yang badan anda sedang mengalami krisis SINDROM 'SUGAR CRASH' (Reactive Hypoglycemia)!

Mari kita bedah siasat apa yang berlaku dalam darah anda:

1. GULA MEROKET NAIK (SUGAR SPIKE)
Selepas 14 jam berpuasa, perut anda kosong dan sangat sensitif. Bila anda terus siram perut dengan air balang (yang mengandungi purata 5 hingga 8 sudu gula pasir setiap gelas!), perut akan menyerap gula cecair ini dengan sangat pantas. Bacaan gula dalam darah anda akan meroket naik secara mendadak!

2. PANKREAS TERKEJUT DAN BANJIR INSULIN
Otak kesan gula dah terlalu tinggi dan berbahaya. Otak terus arahkan organ Pankreas: "Kecemasan! Keluarkan Insulin banyak-banyak sekarang!"
Pankreas yang terkejut akan merembeskan hormon Insulin dalam kuantiti yang sangat besar (Insulin Surge) untuk 'memaksa' gula tadi masuk ke dalam sel badan.

3. GULA MENJUNAM JATUH (SUGAR CRASH)
Disebabkan kuantiti Insulin terlalu banyak, ia akan menyedut dan 'menyapu' bersih semua gula dalam darah anda dengan terlalu cepat. Kesannya? Darah anda akan kehilangan gula secara mengejut!
Bila otak dan otot tiba-tiba terputus bekalan gula, badan anda akan automatik jadi lemah longlai, mata jadi layu (mengantuk teruk), dan anda mula menggigil kelaparan semula. Inilah yang dipanggil 'Sugar Crash'.

S.O.P SELAMAT BERBUKA PUASA:
- MULA DENGAN AIR KOSONG: Basahkan tekak dengan 1 gelas air masak dahulu.
- KUNYAH 3 BIJI KURMA: Kurma ada serat (fiber). Serat ini bertindak sebagai 'brek' supaya gula semulajadi kurma diserap perlahan-lahan ke dalam darah. Tiada kejutan pankreas!
- AIR BALANG LEPAS MAKAN: Teringin sangat nak minum air manis? Boleh, tapi minum SELEPAS anda makan nasi atau lauk berat (sebab lauk ada protein/lemak yang akan perlahankan serapan gula air balang tu). Limit 1 gelas kecil sahaja!

Jangan biarkan air balang merompak tenaga solat Maghrib dan Terawih anda.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Nilai?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Nilai
71800