ProBees - Persatuan Penternak Kelulut Putrajaya

ProBees - Persatuan Penternak Kelulut Putrajaya

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from ProBees - Persatuan Penternak Kelulut Putrajaya, Nilai.

ProBees ๐Ÿ: Wadah yang menghimpunkan semua Penternak Kelulut di Putrajaya dalam menobatkan madu kelulut sebagai 'SuperFood', dengan penternakan yang mematuhi MS 2683(Kelulut), MyGAP Kelulut & lestari alam.

Photos from Gabungan Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Malaysia's post 01/10/2026

" Simposium Saintifik Madu Kelulut Malaysia 2026", telah diadakan pada 30 September 2026. Simposium bagi melonjakkan Madu Kelulut sebagai Super Food ini; telah menghimpunkan Jabatan Pertanian Malaysia, Universiti, agensi kerajaan, penyelidik & pemain Industri kelulut.

Penganjuran simposium ini mencerminkan kepentingan kerjasama rentas sektor dalam meningkatkan nilai hasil pertanian tempatan melalui sains, inovasi dan amalan pengeluaran yang baik, di samping membuka ruang kepada pengembangan produk madu kelulut Malaysia ke pasaran yang lebih luas.




Ikuti perkongsian dari Gabungan Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Malaysia ๐Ÿ‘‡
https://www.facebook.com/share/p/14nsyC6ELDY/

Photos from ProBees - Persatuan Penternak Kelulut Putrajaya's post 24/09/2026

Imbasan waktu, 24 September 2019 - Majlis doa Selamat/soft launch Kebun Kelulut P15H atau dikenali sebagai "Kelulut d Putra Rimba". Program Komuniti ini mendapat sokongan penuh dari Perbadanan Putrajaya melalui inisiatif LA21 Putrajaya.





https://www.facebook.com/share/p/1Gr6K4X9pv/

21/09/2026

Komuniti Kelulut Presint 14, yang dulunya dikenali sebagai "Seri Tiang Honey Farm" - mengamalkan penternakan kelulut tanpa melibatkan sebarang penerangan pokok (merujuk penebangan pokok untuk mendapatkan log kelulut). Nama "Seri Tiang" itu sendiri di ambil dari kaedah penternakan kelulut yang sebelumnya mendiami tiang-tiang lampu jalan. Teknik yang digunakan adalah "bridging" - 'memaksa' koloni kelulut melalui hive sebagai laluan keluar masuk ke sarang dalam tiang lampu tu.

Di sinilah, kelebihannya bila sarang kelulut modular itu dijadikan umpan, bila kelulut yang masuk dah membiak - sarang boleh di besarkan (tambah tingkat).

So, bila nampak koloni kelulut yang buat sarang, samada di Tiang lampu, paip pancur air hujan (Rain Water Downpipes), paip di dinding (Weep holes) tepi jalan dan lain-lain; jangan lepaskan peluang pasang hive di kawasan berdekatan ...๐Ÿ˜‰

Photos from ProBees - Persatuan Penternak Kelulut Putrajaya's post 20/09/2026

Seusai Pemetaan Kelulut Putrajaya di Taman Warisan Pertanian semalam, sempat bawa Prof Shamsul Bahri Abd Razak & team UMT SIG ke Kebun Komuniti Bandar Presint 16, yg diketuai oleh Pengerusi ProBees - Persatuan Penternak Kelulut Putrajaya . Dapatlah sedikit sebanyak berkongsi maklumat mengenai penternakan kelulut & Pertanian Bandar Putrajaya

Ada kesempatan lain, kita bawa p**a ke Kebun Komuniti 4 Putrajaya; KK4 Presint 14 Putrajaya dan kebun kelulut lain ๐Ÿ˜‰

Photos from ProBees - Persatuan Penternak Kelulut Putrajaya's post 19/09/2026

Alhamdulillah, berkesempatan mengambil bahagian dalam "Pemetaan Kelulut Putrajaya", satu kolobrasi antara Perbadanan Putrajaya dan UMT SIG, yang diketuai oleh Prof Shamsul Bahri Abd Razak . Dalam siri terakhir pemetaan Kelulut Putrajaya kali ini, disertai 6 AJK/ahli ProBees - Persatuan Penternak Kelulut Putrajaya , 3 pegawai Perbadanan Putrajaya & 5 pakar dari UMT SIG

Nantikan dapatan lengkap program ini, yang bakal menjadi Panduan untuk gerakerja seterusnya dalam melonjakkan Industri kelulut Putrajaya.

14/09/2026

MAHA 2026

Sorotan sedikit temu bual dengan promoter Jabatan Wilayah Persekutuan mengenai produk-produk kebun komuniti Putrajaya, termasuk madu kelulut.....

Jom dapatkan madu asli Putrajaya, dari kami...

12/09/2026

Apa keistimewaan madu kelulut ?

Ikuti perkongsian Dr. Suri Roowi, pakar pemakanan

Hubungi kami untuk dapatkan madu asli kelulut Putrajaya

10/09/2026

Penerangan oleh promoter/DJ Jabatan Wilayah Persekutuan, semasa MAHA 2026 lalu

Photos from ProBees - Persatuan Penternak Kelulut Putrajaya's post 04/09/2026

MAHA 2026

Dapatkan madu๐Ÿฏ Putrajaya asli di reruai Kebun Komuniti Putrajaya. Kami di Pavilion Wilayah Persekutuan, sepanjang MAHA 2026

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Nilai?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Nilai
71800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ProBees - Persatuan Penternak Kelulut Putrajaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Nilai.