VitaGrip Malaysia

VitaGrip Malaysia

Share

Kombinasi ektrak tumbuhan aktif yang kaya dengan phytoestrogen. Hanya menggunakan ramuan herba semul

08/09/2016

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

*JANGAN BERKAWAN SELAIN ORANG YANG SOLEH.*

Berkata Al-Hasan Al-Bishri rahimahullah Ta'ala:
*"Memutuskan perhubungan dengan orang fasiq adalah suatu pendekatan diri kepada Allah."*
Adalah sangat perlu, malah wajib atas setiap Mu'min mencintai,
1. Orang-orang yang s**a membuat kebajikan,
2. Orang-orang yang patuh kepada perintah agama, 3. Orang-orang yang berilmu, dan;
4. Orang-orang yang lurus perjalanannya.
Disamping itu hendaklah ia membenci p**a perbuatan orang-orang yang s**a membuat kemungkaran, orang-orang yang melanggar perintah agama, orang-orang yang zalim dan fasiq.

23/08/2016

Salam Subuh.Hari Rabu 24hb.Ogos.
----------------------------------------------
*DI LARANG MENDEDAH KEKEJIAN ORANG LAIN*
Ketahuilah, bahawasanya seseorang ditegah mendedahkan kecacatan yang terlindung, malah melakukannya adalah dilarang, sebagaimana firman Allah SWT, dalam *Surah Al-Hujurat(49):Ayat 12* yang bermaksud,
*"Allah melarang perbuatan sangkaan, mengintip, mencari salah serta aib orang dan mengumpat."*
Dan juga Sabda Rasulullah SAW,
*"Sesiapa yang mengintip rahsia saudaranya, nescaya Allah akan mengintip rahsia-nya p**a."*

Apabila kita melihat seseorang tidak patuh kepada perintah Allah SWT atau melanggar hukumnya, hendaklah kita menyuruhnya berbuat baik dan meninggalkan perkara-perkara munkar/maksiat.

21/08/2016

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Salam Subuh.Hari Isnin 22hb.Ogos..
----------------------------------------------
*SEDIKIT TAPI BESAR PAHALANYA*
Ketahuilah, bahawasanya yang sedikit dari kebajikan itu dipandang besar disisi Allah SWT, dan setiap usaha baik yang anda kerjakan itu adalah *sedekah*.
Lantaran itu jangan sekali-kali anda memperkecilkan sesuatu kebajikan yang anda lakukan sehingga menyebabkan anda berhenti dari melakukannya.

Nabi SAW telah bersabda,
*"Jangan sekali-kali anda memandang rendah sesuatu kebajikan yang anda lakukan walaupun kecil, walaupun bertemu dengan saudaramu dengan wajah yang manis. Dan sedekahlah sesuatu pada setiap hari walaupun sedikit sahaja, dan jadikan sedekah itu pada pagi hari, kerana sesungguhnya bala' itu tidak akan menyusuli sedekahmu."*
Maksud hadis diatas sebagaimana yang diriwayatkan; iaitu *sedekah* itu menjadi dinding antara anda dengan bencana yang datang menuju kepada-mu.

18/08/2016

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Salam Subuh.Hari Jumaat 19hb.Ogos.
----------------------------------------------
*LAKUKAN SEDEKAH HANYA KERANA ALLAH.*

Sabda Rasulullah SAW,
"Manusia dikumpulkan di Padang Mahsyar pada Hari Kiamat *dalam keadaan setelanjang-telanjangnya, dan selapar-laparnya, dan sedahaga-dahaganya, dan sepenat-penatnya*,tidak pernah mereka merasakan serupa itu dimana-mana sebelum itu. Maka barangsiapa yang *memberi pakaian(kepada orang yang memerlukan) kerana Allah,* nescaya Allah akan memberinya pakaian kelak diwaktu itu. Barangsiapa yang *memberi makan kerana Allah*,nescaya Allah akan memberinya makan, dan barangsiapa yang *memberi minum kerana Allah,*nescaya Allah akan memberinya minum p**a."

Maksud *kerana Allah* ialah segalanya dilakukan benar-benar kerana mengharapkan keredhaan Allah SWT, tanpa riya', ataupun mengharapkan pujian dari orang ramai.

Photos from VitaGrip Malaysia's post 27/07/2016
Photos 09/07/2016

Assalamualaikum dan selamat petang

12/06/2016

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ
Doa Pagi Isnin
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Yaa Allah Ya Rahman Ya Rahiim Ya Dzal Jalali Wal Ikram...
Yaa ALLAH berikanlah kami kekuatan, berilah kami kemampuan, kuatkan-lah iman kami. Yaa ALLAH, kuatkan-lah agama kami dan Iman kami..

Yaa ALLAH, sekiranya kami keluar dari landasan`MU, berikanlah kami petunjuk`MU yang lurus dan yang haq.

Yaa ALLAH, semoga kami akan menjadi diri yang mukmin, yang soleh dan dekatkan
lah hati kami pada`MU.

Yaa ALLAH Ya Tuhan kami berikanlah Nurr cahaya disetiap percakapan kami, pergerakan kami dan cahaya disetiap denyutan nadi kami, jantung kami dan cahaya dipenglihatan kami dan juga pendengaran kami.

Yaa ALLAH, tabahkan-lah, sabarkanlah sifat kami dan ikhlaskanlah hati kami dalam mengharungi bahtera kehidupan ini.
Yaa ALLAH sesungguhnya hanya kepada`MU-lah kami berserah diri.

Yaa ALLAH, seandainya saatnya tiba, ENGKAU memanggil kami tuk kembali ke sisi`MU, matikanlah kami dalam keadaan beriman dan bertaqwa kepada`MU.

Yaa ALLAH segala amal ibadah kami semua hanya tertuju kepada`MU. Terimalah amalan kami hari ini dengan keridhaan`MU hanya ENGKAU-lah yang menilai semua perbuatan kami .
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Photos 12/06/2016

Jom bersahur cara sihat..

07/06/2016

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Salam Subuh.Hari Rabu 8hb.Jun.

MELAWAN HAWA NAFSU ADALAH JIHAD. Melawan atau memerangi kehendak hawa nafsu adalah sebahagian dari Jihad, manakala Puasa itu adalah Jihad ke jalan Allah.

Rasulullah SAW pernah berkata kepada sebahagian sahabat ,"Kamu kembali dari Jihad yang kecil untuk menghadapi Jihad yang besar". Seorang mukmin melakukan dua Jihad di Bulan Ramadhan, siang dengan berpuasa dan di malam harinya berjaga/solat waktu malam. Wahai Saudara-Saudaraku kaum Muslimin, moga-moga Allah Merahmati Kamu.

05/06/2016

Amalkan doa:
Dari 1 hingga 10 Ramadan (100x):

“اللهم ارحمني يا أرحم الراحمين”

Allahummarhamni ya arhamaraahimiin

Ertinya: Ya Allah berilah rahmat kepadaku kerana Engkau sahajalah yang dapat memberi rahmat.

Doa Hari Pertama Ramadan

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ صِيَامِيْ فِيْهِ صِيَامَ الصَّائِمِيْنَ وَ قِيَامِيْ فِيْهِ قِيَامَ الْقَائِمِيْنَ وَ نَبَّهْنِيْ فِيْهِ عَنْ نَوْمَةِ الْغَافِلِيْنَ وَ هَبْ لِيْ جُرْمِيْ فِيْهِ يَا إِلَهَ الْعَالَمِيْنَ وَ اعْفُ عَنِّيْ يَا عَافِيًا عَنِ الْمُجْرِمِيْنَ

Yaa Allah....Jadikanlah puasaku sebagai puasa orang-orang yang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku sebagai ibadah orang-orang yang benar melakukan ibadah malam. Dan jagalah aku dari tidurnya orang-orang yang lalai. Hapuskanlah dosa-dosaku...Wahai Tuhan sekalian alam..Ampunilah aku....Wahai Pengampun para pembuat dosa.

03/06/2016

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Salam Hujung Mingggu. Sabtu 4hb.Jun.

Amalkanlah apa sahaja amalan sunnah yang diketahui walaupun cuma sekali supaya kita tergolong dalam golongan orang-orang yang melakukannya. Tidak patut meninggalkannya secara keseluruhan. Cukuplah mengamalkan amalan yang paling mudah.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang disepakati kesahihannya ,"Jika aku memerintahkan kalian melakukan sesuatu, lakukanlah sedaya upaya kalian."(HR. Bukhari dan Muslim)

30/05/2016

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Rasulullah SAW adalah seorang yang sentiasa merendah diri. Baginda selalu memohon kepada Allah SWT supaya menghiaskan diri Baginda dengan adab-adab yang baik dan akhlak yang terpuji.

Baginda selalu berdoa dan dalam satu hadis, Baginda SAW berdoa ,"Ya Allah, Sebagaimana Engkau menjadikan badan ku baik, baikkanlah akhlak ku. Ya Allah jauhkanlah diri ku dari akhlak yang mungkar. Ya Allah tunjukkanlah kepada akhlak yang terbaik kerana hanya Engkaulah yang menunjukkan kepada akhlak yang baik."(HR. Ahmad).

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Parit Buntar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Parit Buntar
34200