Kak Uda Nurraysa Pasir Puteh
nurraysa produk mesra wuduk....simple Dan comeee
29/03/2021
5 SEBAB PERFUME WAJIB ADA DALAM HANDBAG KITAπ
1) PERFUME kan SUNNAH
berwangi-wangian adalah sunnah Rasulullah SAW
Cumanya bagi wanita, bauan mestilah bersederhana serta tidak berlebih lebihan πΈ
2) Menambah energy & mood sepanjang hari!
Yup,, seriusly..uols boleh cuba sendiri dan rasaikan bila hari yang tak pakai perfume vs pakai perfume! Nak nak bila kita rasa mengantuk or letih.. Mmg rasa terus berenergy! Hilang semua lesu
3) Perfume menambah KEYAKINAN β¨
Perasan tak bila kita pakai perfume, kita rasa lebih yakin bila nak berada dekat dengan org especially bila bekerja kan?
Kawan kawan nak mai duduk dekat pun takde rasa risau if ada bauan yg xsptutnya!
4) Rasa HAPPY & ORG LAIN PUN RASA HAPPY SEKALI
Haa, macam dalam gambar ni,,, berbunga bunga terus rasa semua org yg duduk dengan kita πΈ
5) MENGAMIT "memori"
Memori daun pisang gitu! Perasan tak,, bila kita terhidu bauan yang familiar automatik kita akan teringat dekat someone yg bau dia mcm bau perfume tadi?
Eh, betul lah! Heee..
So,, korang kalau nak odg sekeliling ingat korang yg manis manis jee..boleh cuba Exclusive Sweet Romance ni!
28/11/2020
23/11/2020
Siapa nak lipstik matte yang ringan bila pakai dan tak keringkan bibir
komen NAK π
22/11/2020
TAK SEMPAT BREAKFAST?
Tapi nak something yang BERKHASIAT,SEDAP DAN SENANG NAK BAWA?
NURRAYSA KURMA MILK-susu berperisa kurma KELUARAN EKSLUSIF DARI NURRAYSA
Untuk julung-julung kalinya susu kurma dari Nurraysa akan "menghantui" selera uols
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-
KURMA MILK BY NURRAYSA
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-
NURRAYSA KURMA MILK
β
100% susu segar
β
Membekalkan tenaga sepanjang hari
β
Membantu mengekalkan kandungan air dalam badan
β
π― Tiada bahan pengawet & pewarna
β
Sesuai untuk semua peringkat usia
β
Membantu sistem penghadaman
19/11/2020
Skincare
16/11/2020
Haii uollsss! Jangan lupaa tauuu *CONTEST SELFIE NURRAYSA* masih berlangsung nih!! ππ»ππ»
Sehingga *15/01/2021* semua *PENGEDAR & CUSTOMER* Nurraysa boleh menyertai Contest Selfie bersama produk Nurraysa.
Jom semuaa sertai Contest Selfie ni. Berpeluang memenangi wang tunai RM1,000 tau! π€©
Semogaa berjayaa ππ»ββοΈππ»ββοΈ
Assalamualaikum...lama sunyi sepi....sorry.....nurraysa tetap di hati
Ketahui 8 Petua Kulit Cantik Yang Nenek Anda Mungkin Sembunyikan
Nak tahu apa rahsia yang nenek kita simpan dari kita untuk dapatkan kulit cantik? Berikut adalah 8 petua kulit cantik yang perlu anda tahu.
1. Timun
Timun dapat menghilangkan lingkaran hitam mata, mata bengkak (pastikan anda cukup tidur ya?), mengecilkan rongga kulit dan merawat sunburn. Sangat berguna bagi produk yang berharga RM2 sekilogram.
Cara guna: Hanya hiris nipis timun dan letakkan di atas mata.
2. Teh Hijau
Anda s**a minum teh? Pernah cuba teh hijau?
Selepas anda menikmati keenakan teh hijau, jangan buang p**a uncang teh tu. Ada gunanya tau untuk anda.
Cara guna: Hanya letakkan uncang teh hijau di mata dan biarkan selama 15-20 minit. Teh hijau dapat melembabkan kulit yang kering dan menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata.
3. Air beras
Kenapa nenek kita tak membuang air beras selepas membasuh beras?
Air beras kaya dengan antioksida dan melambatkan proses penuaan. Ini adalah tip kecantikan klasik geishas di Jepun.
Cara guna: Ambil kapas dan rendamkan dalam air beras dan sapu kapas ke muka sebagai toner atau pelembab wajah. Itu saje. Senang kan?
4.Kunyit
Petua kulit cantik bagi orang India dan Cina banyak menggunakan kunyit sebagai bahan utama. Ianya berfungsi sebagai antiseptik dan scrub muka.
Cara guna: Hanya serbuk kunyit dengan susu dan sapu dibahagian muka selama 15 minit. Cuma selepas pakai tu kena sental elok-elok muka tu.
5. Arang
Peminat kopi dan teh perlu baca betul-betul. Untuk menghilangkan kekuningan gigi amalkan mengosok gigi dengan arang.
Cara guna: Caranya mudah saje. Hanya tumbuk arang dengan sedikit garam dan gosok gigi dengan jari
Arang tersebut akan menyerap kesan kekuningan pada gigi.
6. Minyak kelapa
Dulu-dulu nenek kita selalu buat minyak kelapa sendiri kan? Selain untuk memasak minyak kelapa ini sangat best untuk menghitamkan dan melebatkan rambut. Bagi anda yang mempunyai kulit kering dan gatal-gatal, minyak kelapa juga boleh digunakan.
Cara guna: Hanya sapu pada rambut dan kulit yang bermasalah. Siapa yang dah memang kulit berminyak jangan nak try p**a ya.
7. Oat
Oat kaya dengan fiber dan sesuai di jadikan face mask.
Cara guna: Caranya ambil oat campur dengan madu dan kisar halus. Selepas tu letakkan dimuka selama 15 minit.
8. Lidah buaya atau Aloa Vera
Kulit berparut adalah mimpi ngeri setiap wanita. Mujurlah ada lidah buaya yang nenek kita tanam.
Cara guna: Hanya potong lidah buaya dan ambil lendir dan sapukan pada parut. Amalkan setiap hari dan sehingga hilang. murah dan sangat mudah.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Selising
Pasir Puteh