Rumah Kelulut

Rumah Kelulut

Share

Madu lebah kelulut dari Rumah Kelulut D’Butik Semanis Madu (DSM) adalah 100% tulen dari alam semulajadi.

Kepelbagaian bunga-bungaan mengikut musim menyerlahkan keunikan pelbagai warna,aroma,rasa Dan kepekatan.

09/02/2026

Suasana Rumah Kelulut di waktu senja 😁

18/02/2025
17/12/2023

Alhamdulillah..selesai kelas 2 hari bersama cikgu Danial Zamri ..kelas yg padat dgn ilmu2 teknikal & senjata sulit yg xpernah terfikir selama ini..memang terbaik & mantap..ilmu mahal ini akan digunakan merancakkan lagi bisnes madu kelulut, kopi & aiskrim tahun dpn 💪💪💪.

08/11/2021

Semoga ia bermanfaat utk kita semua 😊

KHASIAT AIR NASI - 'Ubat' Demam Orang Dulu-Dulu

Kalau sudah memang rakyat Malaysia, semestinya tidak boleh lari lagi dari makan nasi.

Beras ada pelbagai jenis antaranya beras perang, beras putih, beras basmathi dan lain-lain lagi.

Sebelum kita masak nasi menggunakan periuk nasi elektrik atau masak atas api, perkara utama yang perlu kita lakukan adalah basuh dahulu beras tersebut. Ia bertujuan untuk membuang habuk pada beras tersebut.

Tahukah anda, air rebusan nasi sebenarnya lebih berkhasiat berbanding nasi itu sendiri. Ini kerana..

a. Kajian menunjukkan air nasi beras perang kaya asid coumaric dan asid ferulik. Bahan-bahan ini bertindak sebagai antikanser, antidiabetes dan antioksidan.

b. Bahan berkhasiat ini biasanya hadir dalam bentuk bebas dalam air nasi dan mudah diserap ke dalam darah.

c. Air nasi yang dibuat menggunakan beras perang dan beras berwarna juga didapati lebih tinggi bahan antioksidan berbanding beras putih.

d. Air nasi juga dapat membantu mengatasi masalah angin, sembelit atau cirit birit

e. Selain itu, air nasi dapat menstabilkan suhu badan dan mengelakkan dehidrasi.

g. Air nasi juga membantu menurunkan berat badan

h. Seeloknya diminum bersama madu asli

Ph.D KMN
Principal Scientist

22/10/2021

Diabetes mellitus atau biasa disingkatkan sebagai DM merupakan penyakit yang sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita. Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit kencing manis. Diabetes banyak dihidapi oleh orang tua namun tidak terkecuali orang muda. Penghidap diabetes makin dikenal pasti dalam kalangan dewasa berumur bawah 50 tahun dan selalunya pada tahap teruk.

Penghidap diabetes mempunyai paras gula yang tinggi dalam darah yang disebut sebagai hiperglisemia. Sekitar 20.1% penduduk berumur lebih 30 tahun di Malaysia (Kajian Morbiditi Kesihatan Malaysia 2011) menghidap diabetes.

Apakah gejala diabetes?

Ada beberapa tanda dan gejala diabetes yang dapat anda kenali sebagai gejala umum yang terjadi pada penghidap diabetes. Walau bagaimanapun, tidak semua tanda dan gejala akan dialami oleh pesakit diabetes.

Tanda dan gejala diabetes adalah :

- Jumlah air kencing yang dikeluarkan lebih banyak
dan kerap kencing (Polyuria)
- Sering atau cepat rasa haus/dahaga (Polydipsia)
- Lapar yang berlebihan atau makan banyak
(Polyphagia)
- Urin mengandungi paras gula yang tinggi
(Glycosuria)
- Berat badan turun mendadak
- Rasa kebas pada hujung saraf di telapak tangan &
kaki
- Cepat penat dan lemah sepanjang masa
- Mengalami rabun penglihatan
- Luka lambat sembuh
- Mudah terkena jangkitan kuman terutama pada
kulit.

Amalan minum Madu Kelulut amat baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi ANTIDIABETIS😄

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Pasir Puteh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Jalan Kampung Gong Anak Nyior-P Puteh, Kampung Telosan, Jeram
Pasir Puteh
16800