Skincare For U
skincare FOR U dpt merawat kulit muka yg rosak spt jeragat,jerawat,tona tak sekata n kulit muka yg kusam..barang murah barang jadi ore kata.οΏ½
07/09/2022
Salad sayur..bukan niat nak diet pon..tapi ibu mmg spesis gemar sgt mknn cmni..syahdunya buat sendiri.puas hati..kang kita sambung makan nasik pulak πππ
*edit resepi*
salad
kobis purple (suku)
kobis bulat (suku)
cili benggala
tomato ceri
timun jepun
bawang holland
lada hitam biji (tumbuk)
garam
sos salad (boleh guna mayonis juga)
thousand island
cuka sedikit..
isi ayam (bahagian dada,ibu potong nipis2 lepas tu goreng dgn butter sikit..letak lada hitam & sedikit garam)
Campur semua sayur2 td..masukkan ayam curah2 sos,gaul bg rata..masuk lada hitam,garam dan cuka..gaul lagi..siap..!!semua ni ikut selera masing2 ye..s**a sos lebih,letak bnyk2..s**a sayur lebih,letak banyak2..selamat mencuba π
06/09/2022
*KUIH BOM*
Bahan
250g tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula
Sedikit garam
1 biji kentang saiz besar sikit - direbus & lenyek
1 1/2 cawan air tapis/suam
Cara2 :
- campur tepung pulut, tepung gandum, gula & garam.. gaul2 dulu bagi rata.
- masukkan kentang lenyek.. gaul2 sebati.
- baru masukkan air tapis/air suam sedikit2 dulu.. gaul2 sampai jadi doh tak lekat pada tangan.
- adunan jangan terlalu lembik.
- bulat2kan doh 35g/ikut s**a kesemuanya.
- leperkan sikit doh.. isi inti kelapa (buat bulat2 inti siap2) atau boleh isi inti kacang merah/kacang hijau
- bulatkan semula doh.. sebelum disalut bijan.. basahkan sikit tapak tangan dengan air.. ambil doh tadi bagi lembap sikit.. memudahkan bijan melekat elok
- kepal2kan sikit doh bersalut bijan bagi kemas.
- Rehatkan doh tu dalam 1/2 jam.
- panaskan minyak.. masa nak menggoreng.. slow kan sikit api.
- goreng sampai masak keperangan.. sentiasa balik2kan agar kuih ni masak/warna sekata.
Selamat mencuba πΉ
Kredit : dapur kak zura
06/09/2022
Ayam masak bali..sedapp hingga menjilat jari ππ
Bahan-bahan:
-Ayam sekor bersihkan gaul garam + kunyit
-serai 5-6batang
-daun kari 2-3 tangkai
-cili kering 10tangkai *
-bawang besar 3bjik*
-bawang putih 8ulas*
-halia 2inci*
-kicap kipas udang
-sos cili 2sb
-garam + gula
πBlend bahan *-π
Cara-cara:
-goreng ayam yg digaul kunyit
-panaskan minyak...masukkan daun kari + serai .. tumis hgga bertukar warna...
-masuk bahan yg dah dblend....tumis hingga naik bau
-masukkan garam + gula + sos cili
-masuk ayam gaul biar sebati...renjis kicap biar bertukar warna Maroon...jgn b*k ye kang bertukar ayam kicap pulak π
- Siap!
06/09/2022
Alhamdulillah....ramai yg pm akak...Sambal Nasi Lemak yg di cuba menjadi....ada yg s**a Sambal Gelap camni...Kita Geng
ilmu ini dapat di menafaatkan Utk Keluarga tercinta....
kaseh kerana sudi belajar..
# Menuntut ilmu tiada penghujung nya.....
yg dah cuba...boleh bagi 'feedback' thumbs up
Akak tulis balik deh...agaknya ada yg terlepas pandang...
SAMBAL BILIS-
- Bawang besar 2 labu
- Bawang putih- 3 ulas
- Chili blend- dlm 2 senduk
- Belacan- besar ibu jari
- Air Asam Jawa- dlm 2 sudu
- Nissang/Gula Merah/ Gula Melaka- 1 keping - kecik
- Garam,Kiub Ayam(Optional)- secukup rasa
- minyak utk menumis
- Segengam Bilis- Optional klu nak blend (sb kekdg ada di antara kita tk s**a bilis dlm Sambal)
besar,bwg putih - Blend
CARA2-
-Mcm biasa...tumis chili n bawang
-Sambal ni...klu nak sedap...masak atas api yg sederhana hingga chili tu betul2 masak- tmbh air 3-4x...masak smpi chili bertukar gelap...pastikan api jgn kuat...nantikn hsngus dan pahit
menumis juga pastikan cukup
- rasa masam manis masin...ikut selera masing2
# Bila chili betul2 masak...Sambal kita kn tahan agak lama dlm 1 bulan,walaupun tak masuk fridge
# pastikan tiap x nak ambik sambal tu...jgn guna sudu yg tercemar...In Shaa Allah...kn tahan n tk perlu buat Sambal tiap x nak mkn Nasi Lemak.
nenek kita dulu2...klu pergi menunaikan haji...berbulan2 naik kapal...bekalan ini lah mereka bawa bersama
- akak dpt tahu citer ni dari Almaruhumah Bonda...ini lah resepi yg kami adik beradik praktikkan .
kredit resepi: Ain Johan via mahn
05/09/2022
RESEPI AGAR AGAR ROTI GARDENIA
BAHAN-BAHAN:
10gm agar-agar tali
3 cawan air
BAHAN KISAR:
4 keping roti | dicarik
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula halus
2 biji telur
2 sudu makan marjerin
Beberapa pewarna pilihan
CARA MEMASAK:
1. Masak agar-agar tali bersama air hingga larut.
2. Kemudian masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk berisi larutan agar-agar. Masak hingga pekat.
3. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Warnakan menggunakan pewarna pilihan.
4. Tuang adunan yang telah diwarnakan tadi ke dalam bekas bersesuaian secara berselang-seli. Tuang perlahan-lahan.
5. Sejukkan dalam peti sejuk. Sedia untuk dinikmati.
SELAMAT MENCUBAA YA
04/09/2022
RAHSIA PES SAMBAL IKAN BAKAR SEDAP, JUICY & WANGI SETANDING RESTOREN
Bahan2π
1 ekor ikan bawal hitam
3 ulas bwg putih
1 btg serai
1 biji bwg besar
1 inci halia
15-20btg cili kering
2 helai daun pandan simpul
sedikit daun kesum
1 helai daun kunyit
1 inci belacan bakar
gula melaka
sedikit air asam jawa
2 biji limau kasturi (perah ambil jus)
1/2sk garam (jika perlu)
daun ketumbar (hiasan)
Cara Penyediaanπ
kisar halus bwg putih,halia,serai,bwg besar, daun kunyit,cili kering,daun kesum dgn sedikit air
tumis bahan2 kisar..dh pecah minyak masukkan gula melaka, air asam jawa
& daun pandan..masak smpai sambal pekat & bertukar warna merah kehitaman.
akhir skli perahkan 2 biji limau kasturi & kalau perlu bru tmbh 1/2 sk garam..dh ngam masam,manis & pedas bole ttp api
letak ikan atas daun pisang sira pes sambal depan & blkng ikan (bdn ikan tu kelar2 dlu) & bakar hingga ikan masak atas pemanggang/ oven
dh siap bakar hias dgn hirisan daun ketumbar & perah limau kasturi sedia utk dimakan
31/08/2021
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Dalam Rhu, Semerak
Pasir Puteh
16700