Kopi Kunyit Hitam Ekstrak KURMA
☕ⓀⓄⓅⒾ ⓀⓊⓃⓎⒾⓉ ⒽⒾⓉⒶⓜ ⒺⓀⓈⓉⓇⒶⓀ ⓀⓊⓇⓜⒶ ☕
🟡ᴍɪɴᴜᴍᴀɴ ᴋᴇsɪʜᴀᴛᴀɴ ᴜɴᴛᴜᴋ sᴇɪsɪ ᴋᴇʟᴜᴀʀɢᴀ🟡
15/07/2026
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّد
ﺑِﺴْــــــــﻢِ ﺍﻟﻠّﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْﻢ
Alhamdulillah... selesai mengikuti Kursus Pengurusan Koperasi. 📚☕
Ilmu yang baik menjadi lebih bermakna bila dikongsi bersama sahabat. Lebih mengharukan, Sokongan sahabat terhadap produk kami bukan sekadar membeli secawan kopi, tetapi memberi semangat untuk terus melangkah.
Terima kasih sahabat. Semoga setiap tegukan menjadi asbab rezeki yang berkat buat semua. 🤲
15/07/2026
ﺑِﺴْــــــــﻢِ ﺍﻟﻠّﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْﻢ
Bila Allah buka jalan, kadang-kadang ia bermula dengan satu perbualan yang ringkas.
Malam tadi, kami hanya berbincang santai2 sbb lama tak jumoa, bincang tentang agropelancongan dan produk IKS homemade. Tiada mesyuarat besar, tiada perancangan yang rumit. Tetapi dalam perbualan itulah, Allah ilhamkan satu langkah baharu.
Terus kami buat keputusan untuk membawa ZARS Kopi Kunyit Hitam Ekstrak Kurma ke pasaran kopi cup melalui vending machine, bermula di sekitar bandar Kuala Terengganu dan stesen minyak. Model vending machine semakin digunakan di Malaysia untuk minuman segera di lokasi tumpuan, menjadikannya satu saluran yang menarik untuk produk tempatan.
Pagi ini p**a, Allah mudahkan lagi urusan. Bayaran pertama diterima sebagai tanda permulaan.
Aku percaya, rezeki bukan sekadar pada hasil jualan. Rezeki juga datang dalam bentuk idea, pertemuan dengan orang yang betul, dan keberanian untuk melangkah.
Ya Allah, jika ini jalan yang Engkau redai, permudahkanlah setiap urusan. Jadikan ZARS Kopi Kunyit Hitam Ekstrak Kurma memberi manfaat kepada ramai, membuka pintu rezeki, dan menjadi asbab kebaikan. Aamiin. ☕🤲
13/07/2026
Alhamdulillah 🤲☕
Syukur segalanya..
Satu lagi langkah kecil berjaya direalisasikan.
Hari ini, ZARS Kopi Cup Travel telah rasmi berada di Koperasi Politeknik Jeli.
Terima kasih kepada pihak Koperasi Politeknik Jeli atas kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada kami untuk menjadi sebahagian daripada pilihan minuman di kampus.
Buat warga Politeknik Jeli, jika anda ingin menikmati secawan kopi yang mudah dibawa ke mana-mana, bolehlah singgah ke koperasi dan dapatkan ZARS Kopi Cup Travel.
Semoga ini menjadi permulaan kepada lebih banyak kerjasama dan membuka lebih banyak peluang untuk produk tempatan berkembang. ❤️
Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong perjalanan ZARS. Doakan kami terus istiqamah memberikan yang terbaik.
📍 Kini boleh didapati di Koperasi & Pusat sumber Politeknik Jeli.
13/07/2026
Alhamdulillah.
Pagi ini kami memulakan penghantaran stok pertama Kopi Cup Travel ZARS ke Koperasi Politeknik Jeli.
Terima kasih atas peluang dan kepercayaan yang diberikan. Setiap langkah kecil hari ini menjadi semangat untuk kami terus berkembang dan membawa produk tempatan ke lebih banyak lokasi.
Semoga kerjasama ini memberi manfaat kepada semua warga kampus. ☕
Doakan perjalanan produk dan urusan kami dipermudahkan.
12/07/2026
Hari dah semakin malam...
Kadang-kadang bukan sebab mengantuk kita berhenti bekerja.
Tapi sebab kita perlukan beberapa minit untuk rehat, tenangkan fikiran dan nikmati secawan kopi yang harum. ☕
Bagi saya, waktu macam ni memang sesuai untuk recharge sebelum berehat.
Awak masih berjaga sebab kerja, tengok movie atau tengah scroll Facebook? 😊
Komen "Masih Berjaga" kalau awak nampak post ni. 🌙
06/07/2026
☕ Di Sebalik Secawan Kopi...
1 - 4 .july .26
Di tengah hiruk-pikuk suasana festival kebudayaan & pelancungan Kelantan,, ada satu sudut kecil yang sentiasa menghidangkan sesuatu yang istimewa. Bukan sekadar kopi, tetapi gabungan rasa dan khasiat dalam setiap tegukan.
ZARS Kopi Kunyit Hitam Ekstrak Kurma dihasilkan daripada gabungan kopi premium, kunyit hitam dan ekstrak kurma untuk dinikmati seisi keluarga. Sama ada diminum panas ketika pagi yang sibuk atau dinikmati sejuk ketika cuaca panas, setiap cawan membawa rasa yang unik dan menenangkan.
Di booth kecil inilah kami bertemu ramai pelanggan – ada yang singgah kerana ingin mencuba, dan ada yang datang kembali kerana sudah jatuh cinta dengan rasanya. ❤️
Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong perjalanan kami. Setiap senyuman dan setiap pembelian anda menjadi semangat untuk kami terus membawa minuman tempatan yang berkualiti kepada lebih ramai orang.
☕ Kopi Panas – RM3 secawan
📦 Kopi Kunyit Hitam Ekstrak Kurma –
RM27 (1 paket) |
RM50 (2 paket)
ZARS – Tenaga Asli, Rasa Premium.
https://kopikunyithitam.orderla.my/kopi-kunyit-hitam-ekstrak-kurma2
www.wasap.my/60137472500
30/06/2026
Bermula hari ini 30 june - 4 July..
☕ Di Sebalik Setiap Tegukan, Ada Cerita...
Kadang-kadang, kebahagiaan tak perlu yang mahal. ❤️
Cukup dengan secawan kopi panas yang menghangatkan jiwa, kopi sejuk yang menyegarkan tekak, dan sedikit kudapan sambil bersembang bersama orang tersayang.
Di Booth K6 – ZARS Corner, kami bawakan lebih daripada sekadar minuman dan makanan.
☕Kopi Kunyit Hitam Ekstrak Kurma – untuk tenaga dan nikmat yang boleh dinikmati seisi keluarga.
🥛 Yogurt Drink ZARS – segar, berkrim dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa.
🍫 Chocolate Chocomore – kaya rasa coklat premium, teman manis untuk menceriakan hari anda.
🥨 Crispy Toast ZARS – rangup di luar, sedap di dalam, snek yang buat tangan asyik nak capai lagi.
Kadang-kadang, yang kita cari bukan sekadar rasa...
Tetapi momen untuk berhenti seketika, berbual, ketawa dan mencipta kenangan bersama keluarga dan sahabat.
📍 Jumpa kami di BOOTH K6
Pasar Melayu Klasik 3.0 – Festival Kesenian Rakyat Kelantan 2026
🔻 Lokasi : Jeti Pelancungan Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan
ZARS – Tenaga Asli, Rasa Premium.
Minuman Kesihatan, Pilihan Keluarga Bahagia.
❤️☕🥛🍫
Baharudin Safii Deen Muhamad Syamin Syahir Bahar Muhamad Faris Bin Bahruddin Farah Izzati Aznan Azmi Adika Amin Suhaila Yassin Nurma Deen Husin Siti Mohd Bazari Kamaludin Siti Kamal Siti RusMimie Mahlee Nur Hanim Mazlan Ariff Mohamad Mazlan Syahirah Sulaiman Dila Ussien Daughter Cekgu Nazrim Zaara Razin Imran Zainuddin Mohamed Zain Ieda Syed Faridah Muhd Fahmi Dean
26/05/2026
Alhamdulillah 🤎
Tirai KARNIVAL IMAT & JAM di FAMA RTC Tunjung, Kota Bharu kini melabuhkan tirainya.
Dari pagi sampai malam bermula 22 -24 mei…
bau waffle panas, aroma kopi yang baru dibancuh, gelak tawa pengunjung, sampai ada yang datang ulang kali kedua semata nak repeat secawan ☕
Terima kasih kepada semua yang singgah booth kami, support, beli, rasa tester, dan yang sempat borak macam dah kenal lama 🫶
Ada yang datang sebab curious…
Ada yang datang sebab nampak orang ramai…
Tapi ramai balik dengan senyuman sambil pegang
🖤 Kopi Kunyit Hitam Ekstrak Kurma
🍫 Chocomore Coklat More
Mood nak raya Aidiladha dah makin terasa…
jalan raya mula sibuk, lagu raya dah mula berkumandang, dan kami pun tengah kemas booth dengan hati yang penuh syukur 🌙✨
Semoga ada rezeki dan peluang untuk kami dijemput lagi pada event akan datang.
Terima kasih FAMA RTC Tunjung & semua pengunjung yang support produk tempatan ❤️
Jumpa lagi insyaAllah.
“Rasa Asli, Tenaga Premium.” ☕🔥
22/05/2026
Jom ke karnival jualan agro madani @ RTC Tunjung, bermula ari ni 22.5.26 - 24 5.26.
jom daftar dpt kupon rm5, boleh tukar dengan produk2 basah dan kering.
Jangan lupa sudi2 singgah booth KOPI KUNYIT HITAM EKSTRAK KURMA deh.
Alhamdulillah, dlm kesibukan menyusun produk di booth, masuk order seawal pagi .
t.kasih yg support produk kami .
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Address
Kg Kelubi
Pasir Puteh
16800