Health and Wealth - H&W
This page encourages health knowledge and wealth sharing.
30/11/2020
Ramai yg tanya sy, Doktor apa bezanya "Probiotik" dan "Prebiotik"?
Alaa hai..... soalan cepu emas ni !!!!!
Selain dari ejaannya yg hanya dipisahkan oleh "o" dan "e".... Perlu kita bezakan apakah kedua duanya.
Probiotik adalah organisma mikro semulajadi. Contoh makanan kaya dengan probiotik ialah dadih, minuman susu kultur, makanan diperam seperti belacan, budu dan cencalok.
So.... Siapa yg cuka belacan, budu dan cencalok tu pasti rasa selamat kerana makan "Probiotik"
Probiotik juga boleh didapati dari pasaran seperti Probiotik Atomy yg mempunyai kualiti yg sangat tinggi.
Prebiotik p**a adalah tumbuhan semulajadi contoh sayur sayuran dan buah buahan. Ia menjadi serat kepada pemakanan kita iaitu ia tidak dicernakan dalam sistem percernaan kita sebaliknya ia menjadi makanan kepada organisma mikro yg wujud dalam usus kita secara semulajadi.
Jadi, nak makan makanan berkhiasat sebenarnya tak lah susah... Semua ada didepan mata, cuma kita perlu pastikan yang makanan tersebut tidak beracun atau rosak. Seperkara lagi yg perlu ditekankan adalah makanan yg kita ambil perlu seimbang spt yang disaran oleh kementerian kesihatan iaitu suku suku separuh iaitu suku pinggan diisi dengan nasi/roti, suku berikutnya adalah diisi dengan protein spt ikan, ayam, daging atau kekacang. Manakala separuh adalah terdiri daripada sayur dan buah.
Kita kena ingat juga sayur atau buah buahan yg kita makan tu kadang kadang beracun disebabkan oleh pengunaan racun serangga semasa penanamannya. Untuk memastikan ianya bersih, perlu dibasuh. Atomy dish detergent juga boleh digunakan utk pembersihan berkesan sayur sayuran dan buah buahan tersebut.
Saya s**a ayat ayat ini... "kita adalah apa yang kita makan"
Diri kita yg ada sekarang ini adalah hasil dari pemakanan kita sejak dari kecil lagi. Kita tidak sedar yg kita tidak berseorangan. Sejak kita menjejak kaki ke dunia ini, bersama sama kita adalah trilion makhluk halus yg wujud didalam usus kita. Dan setiap hari kita memberi makan kepada mereka. Makhluk halus inilah yg membantu kita membesar, stabilkan emosi, bentuk tingkah laku dan berbagai lagi.
Makhluk halus!!!!! ....jangan main main doktor...
Makhluk halus yg maksudkan adalah organisma mikro terutamanya bakteria yg wujud di dalam usus kita. Terdapat hampir seribu jenis spesis bakteria didalam usus kita.
INGAT, INGAT, INGAT NI...... Lapisan usus kita, seperti kulit, dilitupi oleh organisma mikro, kebanyakannya adalah bakteria yg memain peranan besar dalam kesihatan.
Jadi, makcik, pakcik, abang, kakak dan adik adik..... apa yg kita makan berkemungkinan memberi impak besar kepada kesihatan kita.
Seumpama, pokok yg kita tanam. Untuk mendapat hasil yg BERKUALITI, kita perlu jaga, siram dengan air, beri baja dan sebagainya. Hasilnya adalah pokok yg subur dan jika ia pokok jenis berbuah, hasilnya akan memberi manafaat kpd orang lain.
Apa yg perlu kita buat untuk memastikan organisma mikro dalam usus kita sihat:
1. Beri makanan yg dis**ai oleh mereka iaitu prebiotik dan
2. Tambah organisma mikro dengan probiotik.
Prebiotik adalah terdiri dari tumbuh tumbuhan yg bertindak seperti baja bagi merangsang pertumbuhan bakteria baik di dalam usus badan. Terminologi bakteria baik adalah bakteria yg membantu badan dalam berbagai fungsi.
Apa p**ak bakteria jahat tu?
Bakteria jahat adalah bakteria yg biasanya tidak terdapat dlm ekosistem badan kita, dan bila ia masuk ke dalam badan akan menyebabkan penyakit seperti jangkiatan kuman paru paru, bisol dan berbagai lagi.
Prebiotik terdapat dalam banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, terutama yang mengandungi karbohidrat kompleks. Karbohidrat ini tidak dapat dicerna oleh badan kita, oleh yang demikian ia menjadi bahan makanan kepada organisma mikro dalam usus kita.
Probiotik merujuk kepada organisma mikro yang terdapat dan wujud dalam usus kita secara semula jadi. Seperti prebiotik, probiotik boleh didapati daripada makanan dan makanan tambahan. Kebiasaan probiotik merujuk kepada makanan yogurt yang terhasil dari susu. Makanan fermentasi bakteria lain, seperti belacan, budu dan cencaluk juga merupakan sumber probiotik yang baik.
Makanan tambahan probiotik p**a merujuk kepada penghasilan probiotik dari berbagai jenis organisma mikro hidup yg baik seperti yg dihasil oleh syarikat Atomy. Antara organisma mikro yg terdapat dlm Atomy Probiotik Plus adalah Bifidobacterium breve, Lactobacillus rhamnosus, Lactobacillus casei, Streptococcus thermophilus dan lain lain.
Ok...sekarang makcik, pakcik, abang, kakak, adik2 semua dah faham tentang Prebiotik dan apakah perbezaannya dengan Probiotik.
drdr tajul.
27/11/2020
Salam sahabat2... Perkongsian tentang pengambilan buah buah yang bersih di channel youtube sy "drdr tajul"
Atomy Dish Detergent dan Pemakanan sihat Basuh buah buahan dan sayur sayuran dengan dish detergen untuk memastikan pengambilan buah buahan yang bersih dan tidak dicemari oleh racun serangga.
26/11/2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari kita kenali tentang produk hemoHIM dan penyakit Gastritis
HemoHIM dan Gastritis Gastritis mampu dirawat oleh herba HemoHIM. HemoHIM adalah produk herba yang terdiri Angelica gigas Nakai (Apiaceae), Cnidium officinale Makino (Umbelliferae...
25/11/2020
Vitamin C Atomy
Vitamin C Atomy Vitamin C Atomy dalam bentuk serbuk senang dibawa, jenis vitamin dan peranan vitamin C
23/11/2020
Tiba-tiba rasa jantung berdenyut dengan pantas dan ramai yang beranggapan yang ianya adalah sakit jantung...
Terminologi perubatan untuk jantung berdenyut pantas adalah "tachycardia". Tidak semestinya apabila jantung berdenyut pantas, ia adalah sakit jantung tetapi bila ianya terjadi, seseorang perlu memberi perhatian terhadapnya.
Kebiasaan normal jantung berdenyut pantas adalah:
1. Semasa dan selepas bersenam
2. Tertekan / stress
3. Keresahan / anxiety
4. Deman
Apabila ada tanda2 lain seperti:
1. Tiba-tiba rasa letih,
2. Susah nak bernafas dan
3. Kaki bengkak
Keadaan ini akan merujuk kepada penyakit jantung
Kegagalan jantung berfungsi bermaksud jantung tidak dapat mengepam darah yang mencukupi untuk memenuhi keperluan harian badan yang menyebabkan ketiga-tiga diatas.
Kita mampu mengelak dari masalah serangan jantung ini apabila:
1. Mematuhi pengambilan ubat.
2. Melakukan senaman secara kosistent dan berkala mengikut kemampuan diri.
3. Mendapat rehat yang cukup.
4. Penjagaan makanan yang seimbang seperti mengikuti diet rendah natrium, dan berhati-hati dengan pengambilan air seharian.
5. Pemantauan kesihatan secara berkala dan merekodkan sebarang perubahan badan.
6. Pengambilan supplement / makanan tambahan yang bersesuaian juga dapat membantu kesihatan jantung.
Perlu diingati bahawa kegagalan jantung tidak dapat diramalkan walaupun keadaan penyakit dan kesihatan telah dapat dikawal. Ia boleh terjadi secara mengejut dan perlu rawatan kecemasan di hospital. Ia mungkin disebabkan oleh jangkitan atau pengambilan ubat-ubatan yang berinteraksi dengan badan kita.
Kebanyakan masa, kegagalan jantung tidak dapat kita sedar. Ia berlaku secara perlahan seperti lebih letih daripada biasa atau penambahan berat badan secara mendadak.
Tanda-tanda amaran kegagalan jantung yang semakin teruk boleh diketahui apabila kita selalu amalkan pemantauan sendiri dan merekodkannya.
Tanda-tanda amaran adalah:
1. Peningkatan berat badan secara tiba-tiba (1-1.5 kg dalam satu hari atau 2.2 atau lebih kilogram dalam satu minggu)
2. Bengkak tambahan pada kaki atau pergelangan kaki.
3. Bengkak atau sakit di bahagian perut.
4. Sesak nafas yang tiada kaitan dengan senaman.
5. Ketidakselesaan atau kes**aran bernafas ketika berbaring.
6. Sesak nafas ketika bangun dari duduk.
7. Batuk atau nafas berbunyi (wheezing)
8. Terasa keletihan yang berlebihan.
9. Keliru atau susah berfikir.
10. Hilang selera makan.
Rujukan
1. Healthbeat, Harvard Medical School.
2. www.mayoclinic.org
3. Role of inflammatory cell subtypes in heart failure. www.ncbi.nlm.nih.gov
drdr tajul
*Makanan, vitamin C dan Penyakit*
Badan memerlukan berbagai jenis nuterient termasuk vitamin untuk berfungsi. Dan nuterient ini boleh didapati daripada makanan. Oleh yg demikian, pemilihan makanan yg sihat adalah penting untuk badan berfungsi secara optima. *Berlebihan atau kekurangan makanan akan mengundang penyakit.*
Berdasarkan kepada "Stairs of Life", setiap lingkungan umur kita memerlukan makanan yg berbeza sebagai contoh kump**an umur 0-10 tahun yg memerlukan makanan untuk pengembangan dan pembesaran, dari cecair kepada makanan pejal dan sebagainya.
Salah satu keperluan nuterient untuk badan adalah vitamin. Terdapat berbagai jenis vitamin ( vitamin A, B, C, D, E, dan K) dan setiap vitamin mempunyai fungsi yang berbeza beza. Vitamin ini, kebanyakannya boleh didapati dari semulajadi samaada dihasilkan sendiri atau dari makanan. Untuk vitamin ini masuk ke dalam sistem badan dan menjalankan fungsinya, ia memerlukan medium yang dinamakan sebagai pelarut yang terbahagi kepada air dan lemak. Daripada 6 jenis vitamin ni, 2 adalah jenis vitamin larut air iaitu vitamin B dan C, manakala 4 yang lain iaitu A, D, E, K adalah jenis vitamin larut lemak.
Vitamin C yang larut air adalah vitamin yang mudah diproses oleh badan. Ia mudah diserap kedalam sistem peredaran darah badan dan tidak disimpan didalam badan sebaliknya senang dikeluarkan dari badan melalui sistem percernaan badan seperti buah pinggang ke dalam urin. Disebabkan oleh sifat ini, kekurangan vitamin C mudah terjadi.
Sumber vitamin C
1. Buah buahan spt betik, oren dan limau
2. Sayur sayuran spt tomato dan brokoli
3. Suplement spt Vitamin C Atomy
Kepentingan vitamin C
1. Fungsi fisiologi badan spt pembentukan kolagen yang memberi struktur kepada tulang, otot, tisu rawan dan dinding salur darah.
2. Berfungsi sebagai antioksida semulajadi. Ia membantu melindungi sel sel badan rosak dari elemen radikal bebas
Faedah vitamin C
1. Mengurangkan risiko selesema dan kanser. (Perlu diingatkan bahawa vitamin C bukan ubat yang merawat kanser)
2. Penggunaan vitamin C dengan vitamin/ubat lain spt vitamin E, zink dan lain2, mampu mengurangkan masalah penglihatan dikalangan golongan tua.
3. Tiada data yang dapat menunjukkan vitamin C berkesan atau tidak berkesan terhadap Covid 19. Oleh yang demikian, pengambilan vitamin C berkemungkinan dapat membantu menangani jangkitan Covid 19.
Berhati-hati
Pengambilan tambahan vitamin C tidak digalakkan kepada mereka yang
1. Ada masalah batu karang yang berulang
2. Ada masalah buah punggang
(kerana vitamin C dikeluarkan dari badan melalui organ buah pinggang, dan jika buah pinggang rosak, ia akan menyebabkan pengump**an vitamin C dalam badan yang boleh menyebabkan toksisiti)
3. Ada masalah penyakit darah seperti kekurangan G6PD dan hemochromatosis.
Sumber rujukan
1. myhealth. gov. my
2. www.covid19treatmentguidelines.nih.gov
drdr tajul
Sakit kaki/tumit......Bagun pagi
Asal bagun pagi.....Sakit kaki/tumit
Keadaan yg biasa apabila usia semakin meningkat terutamanya lingkungan usia 40-50an keatas...
Setiap pagi apabila bagun dari tidur anda akan kata..... "Aduh sakitnya kaki aku ni"... Kadang kadang terjengkit jengkit berjalan dari katil ke bilik air.. Dan selepas beberapa minit, 5-10 minit, sakit pun hilang...banyak kali dah jumpa doktor, tapi masih sakit jugak!!!!!
Sebelum kita mengambil rawatan utk perkara diatas, kita perlu tahu apakah punca sakit tersebut....
Salah satu sebab yg biasa adalah disebabkan oleh keradangan dan pembengkakkan ligamen plantar fascia dan Keadaan ini dinamakan "Plantar fasciitis" dengan perkataan mudah "Radang ligamen tumit"
Ligamen ini terletak dibawah tulang2 tapak kaki yg memanjang dari tumit hingga ke hujung jari kaki.
Keradangan dan pembengkakan ini boleh menyebabkan rasa sakit mengucuk yang tajam di tapak kaki dan tumit, atau rasa lemah di seluruh bahagian bawah kaki, terutama pada tapak kaki. Keadaan ini akan mula terjadi apabila kita menggunakan kaki kita lebih dari keadaan biasa yg menyebabkan kesan ketegangan berulang pada fascia plantar. Ini akan menyebabkan kesakitan pada tulang tumit.
Persoalannya Doktor.... kenapa sakit tumit/kaki ini terjadi pada waktu pagi?
Pada waktu pagi, sakit tumit/kaki pagi adalah disebabkabkan dari ketegangan secara tiba-tiba ligamen fascia plantar apabila ligamen tersebut meregang setelah ia berehat semalaman semasa kita tidur. Perkara yg sama juga berlaku apabila kita duduk terlalu lama, otot2 dan ligamen2 dalam keadaan rehat. Apabila kita mula bergerak dari kedudukan duduk... Otot2 dan ligamen2 mula meregang.
Kalau macam tu Doktor... Apakah Punca Utama Sakit Tumit/Kaki ni?
Penyebab utama fasciitis plantar adalah otot betis lesu, impak dari aktiviti berulang seperti berjalan, berlari, dan juga faktor berat badan yg berlebihan. Sebab2 lain seperti pemakaian kasut yang tidak sesuai yang tidak menyokong badan pada permukaan yang keras dan rata untuk jangka masa yang panjang seperti kasut tumit tinggi.
Sakit tumit adalah kecederaan tumit yang paling biasa terjadi pada atlet, terutama pelari, kerana melompat dan berulang kali boleh merosakkan ligamen fascia plantar.
Apa rawatannya doktor?
Penjagaan kaki adalah penting.
1. Aktiviti bersenam mengikut usia dan kemampuan.
2. Pemilihan kasut.
3. Berat badan.
4. Makanan.
5. Rehat yang cukup.
6. Regangan otot/ligamen secara berkala.
7. Rawatan ais atau minyak urut.
8. Ubat anti-radang.
9. Rawatan alternatif herba seperti HemoHIM yg boleh diambil pada waktu malam sebelum tidur.
drdrtajul
Darah tinggi dan sakit kepala....
Usia dalam lingkungan 30-40 tahun berisiko mendapat penyakit tidak berjangkit (non communicable diseases) atau lebih senang dgn perkataan NCD seperti darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung. Dan apabila kita melihat dengan lebih terpeinci lagi. Ketiga-tiga penyakit ini adalah berkait rapat dengan pemakanan kita selain dari faktor-faktor risiko yang lain seperti faktor genetik, persekitaran dan sebagainya.
Darah tinggi banyak dikaitkan dengan simptom sakit kepala walaupun kebanyakan kes darah tinggi tidak mempunyai simptom. Dan disebabkan ini, ia memberi impak kepada kehadiran dan mutu kerja seseorang didalam sesuatu organisasi. Ia akan memjejaskan kerjaya individu tersebut.
Bagi penyakit darah tinggi (Hipertensi), pengambilan ubat darah tinggi hanyalah salah satu solusi bagi mengubati penyakit tersebut. Selain daripada ubat, modifikasi kepada gaya hidup adalah sangat penting dalam menangani penyakit darah tinggi. Kenyataan ini disokong oleh Dr. Randall Zusman, editor perubatan Harvard Special Report Controlling Your Blood Pressure.
Oleh yang demikian, modifikasi gaya hidup kepada gaya hidup sihat amatlah ditekankan pada usia lingkungan 30-40an iaitu
1. Kurangkan berat badan jika obes
2. Lakukan senaman secara berterusan setiap hari sekurang kurangnya 30 minit.
3. Makan makanan yg mesra jantung spt kurang lemak dan kaya kandungan antioxidan
4. Kurangkan pengambilan garam sodium
5. Kurangkan alcohol
6. Lebihkan pengambilan makanan yg tinggi kandungan potasium spt pisang dan kentang
7. Tangani masalah stress dengan berkesan
8. Berhenti merokok
9. Pastikan dapat tidur yang cukup
10. Sentiasa pantau dan rekod tekanan darah dengan peranti tekanan darah.
Tips penjagaan darah tinggi boleh didapati dari buku saya yg bertajuk "Adakah aku.. Hipertensi"
Sebagai alternatif kepada ubat, herba seperti HemoHIM dapat membantu mengurangkan tekanan darah.
drdrtajul
Apabila usia semangkin meningkat, di dlm lingkungan usia 30-40, proses penuaan telah bermula... Jadi jangan anggap yg kita ni masih muda lagi... Sel2 dan organ2 badan mula berkurangan fungsinya... Dan didalam lingkungan umur ini, dinasihatkan menukar gaya hidup. Amalkan 4"S" *Stairs of Life*
1. Sikap: Jika merokok... Nasihatkan berhenti merokok. Jika stress, kurangkan dgn aktiviti spt bers**an, bermain, berkebun etc
2. Senaman: Yg tidak bersenam, galakkan mereka sekurang kurangnya jogging setiap minggu. Galakkan monitor diri sendiri... Amalkan berjalan 6,000 langkah sehari. Ada jam yg boleh monitor steps kita.
3. Seimbangkan makanan: Ambil makanan yg sihat, spt bykkan pengambilan sayur sayuran, buah-buahan
4. Supplement: untuk memastikan penambahan kepada pemakanan sihat spt vitamin C, antioxidan dan probiotik dan juga yg boleh meningkatkan sistem pertahanan immun badan spt hemoHIM
*Stairs of Life*
drdr Tajul
17/11/2020
Apabila terjadi kesan allergic, satu paket HemoHIM boleh mengurangkan kesan tersebut. Ia dapat mengelakkan penggunaan ubat yg biasa diberi di klinik atau famasi...
Ia selari dengan kajian Yg dilakukan spt dibawah.
Jika simptom tidak reda dlm masa 15-20 selepas pengambilan HemoHIM, dinasihatkan berjumpa Doktor..
Kesan hemoHIM adalah cepat dlm 3-5 minit..
Inhibitory Effects of a Herbal Composition (HemoHIM) on the Activation of Human Mast Cell Line (HMC-1) | Request PDF Request PDF | Inhibitory Effects of a Herbal Composition (HemoHIM) on the Activation of Human Mast Cell Line (HMC-1) | In our previous study, a new herbal preparation (HemoHIM) was developed as a functional food for the radioprotection and immunomodulatory agents.... | Find, read and cite all the re...
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Address
Jalan Seetee Aisah
Perai
17000
Opening Hours
| Monday | 11:00 - 19:00 |
| Tuesday | 11:00 - 19:00 |
| Wednesday | 11:00 - 19:00 |
| Thursday | 11:00 - 19:00 |
| Friday | 11:00 - 19:00 |
| Saturday | 11:00 - 19:00 |