MAMA BABY CONFINEMENT CARE

MAMA BABY CONFINEMENT CARE

Share

“THE BEST POSTPARTUM CARE TO MUMMIES “. WE PROVIDE CARE GLOBALLY 🌍

Photos from MAMA BABY CONFINEMENT CARE's post 04/09/2026

👶🏻 PANDUAN MUDAH PAKAIAN BAYI 0–24 BULAN 🍼✨

Mama selalu pening nak pilih saiz baju baby? 😅
Umur sama, tapi saiz baby belum tentu sama tau!

✨ TIPS UNTUK MAMA:
Jangan pilih saiz berdasarkan umur sahaja. Tengok juga berat, ketinggian dan bentuk badan baby, sebab tumbesaran setiap bayi berbeza.

Yang penting bukan baju paling mahal atau paling cantik — keselesaan si kecil tetap nombor satu. 🤍

— Mama Baby Confinement Care
Menjaga Mama, Menyayangi Baby 🤱🏻✨

31/08/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI MERDEKA KE-69 🇲🇾

Merdeka bukan sekadar bebas, tetapi tentang mensyukuri nikmat, menghargai pengorbanan dan menjaga generasi yang bakal mewarisi negara ini. ❤️

Di Mama Baby Confinement Care, kami percaya setiap ibu yang dijaga dengan kasih dan setiap bayi yang dibesarkan dengan penuh cinta adalah permulaan kepada sebuah generasi yang lebih baik. 🤱🏻✨

Semoga Malaysia terus aman, makmur dan sentiasa dalam rahmat serta lindungan Allah SWT. 🤲🏻🇲🇾

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69
Ikhlas daripada,
Mama Baby Confinement Care 💙💛

Menjaga ibu, menyayangi bayi, membina generasi. 🇲🇾

ConfinementCare PantangTemerloh Temerloh MalaysiaMerdeka

24/08/2026
24/07/2026

my stay in confinement lady was Rini for 2 weeks after my C-section.

She was very easy to work with, She helped with massages and heat treatments, and over the days I felt a bit better and could move more easily.

Her cooking was good—simple confinement meals that I enjoyed with good variety.

Most importantly, she took good care of me and my baby. She was patient and gentle, which gave me confidence as a new mom.

Overall, I was satisfied with her service. Thank you, Rini. I would recommend her if you’re looking for someone reliable and caring.

24/07/2026

Kak Awin merupakan seorang yang baik, rajin dan sentiasa ringan tulang membantu. Berbekalkan pengalaman yang luas, setiap tugas yang dilakukan olehnya sentiasa kemas, teliti dan menyenangkan.

Urutan yang diberikan oleh Kak Awin memang sangat baik. Saya dapat merasakan perubahan pada tubuh badan saya dengan cepat. Badan terasa lebih mengecut, proses pemulihan berjalan dengan lancar, dan saya dapat merasakan perbezaan yang ketara. Alhamdulillah, badan saya juga terasa lebih ringan dan segar.

Dari segi pemakanan, Kak Awin turut berkongsi panduan serta pantang larang yang perlu dipatuhi sepanjang tempoh berpantang. Nasihat yang diberikan sangat bermanfaat, dan saya juga dapat mempelajari banyak perkara baharu.

Cara Kak Awin menjaga bayi saya juga sangat meyakinkan. Beliau menjaganya dengan penuh kasih sayang dan teliti, seolah-olah menjaga anak sendiri. Saya berasa tenang dan tidak risau apabila bayi berada dalam jagaannya. Malah, saya turut belajar banyak cara yang betul untuk menjaga dan menguruskan bayi daripada beliau.

Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan perkhidmatan Kak Awin. Semua tugasan yang dilakukan disempurnakan dengan penuh teliti, kemas dan profesional. Saya sangat mengesyorkan perkhidmatan Kak Awin kepada ibu-ibu yang sedang melalui tempoh berpantang.

24/07/2026

Saya mengambil pakej Confinement Lady (CL) selama 10 hari bersama Kak Asmida dari MBCC selepas bersalin secara caesarean. Pada hari pertama Kak As datang, keadaan saya memang sangat sukar. Saya susah untuk berjalan, kaki bengkak dengan teruk dan luka czer masih sangat sakit.
Alhamdulillah, selepas menerima rawatan daripada Kak As seperti urutan, bertungku dan lulur badan, saya mula rasa lebih lega. Hari demi hari saya meneruskan rawatan seperti bertangas dan sauna, dan saya dapat rasakan badan semakin pulih sedikit demi sedikit. Proses pemulihan saya menjadi lebih lancar dan saya semakin mudah bergerak.
Selain rawatan yang sangat membantu, masakan Kak As juga memang menepati selera saya. Walaupun semuanya menu berpantang, setiap hidangan sangat sedap, menyelerakan dan membuatkan saya makan dengan berselera setiap hari.
Apa yang paling saya hargai ialah cara Kak As menjaga kami. Kak As melayan saya dan anak saya seperti anak cucu sendiri, penuh kasih sayang, sabar dan sentiasa mengambil berat. Lebih menyentuh hati, cara Kak As menguruskan anak saya sangat lembut, teliti dan penuh pengalaman. Sebagai ibu baru, saya rasa sangat tenang dan yakin apabila melihat anak saya dijaga dengan begitu baik.
Terima kasih, Kak As, atas segala jasa, perhatian dan pengorbanan sepanjang 10 hari menjaga saya dan anak. Saya sangat bersyukur dipertemukan dengan Kak As sebagai CL saya. Semoga Allah sentiasa mengurniakan kesihatan yang baik, memurahkan rezeki dan membalas segala kebaikan Kak As. Sangat-sangat recommended untuk semua ibu yang sedang mencari CL yang ikhlas, berpengalaman dan menjaga pelanggan seperti keluarga sendiri. ❤️

30/06/2026

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kak Awin atas layanan yang sangat baik sepanjang 7 hari rawatan (2.5 jam sehari).

Kak Awin sangat berpengalaman dalam menguruskan bayi dan mengurut. Alhamdulillah selepas 7 hari berurut, bertungku, sauna, dan sebagainya, badan saya jadi lebih bermaya dan dapat menghasilkan susu yang lebih banyak. Anak juga dapat tidur dengan lebih lena.

Saya sangat sarankan ibu-ibu di luar sana untuk mengambil confinement service dengan Kak Awin. InshaAllah, anda akan berpuas hati.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Petaling Jaya?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


No 9-1 Jalan Pjs 8/12A , Dataran Mentari
Petaling Jaya
46150