Wahida e-shop Mall

Wahida e-shop Mall

Share

jualan kosmetik kesihatan dan pakain

31/10/2022

an tujuan kita hidup adalah utk menjadi org yg mengenal dan mencintai ALLAH SWT. Sptmana firmanNYA “ Tidak AKU jadikan jin dan manusia melainkan utk beribadah (Liya’budun) kpd KU. Perkataan Liya’budun di situ juga diertikan sbg Li’yaarifun ( iaitu mengenalNYA)

29/10/2022

Buat semua perkara dengan rasa sayang.

1. Nak bagi nasihat kepada seseorang, bagi dengan rasa kasih sayang bukan merendahkan atau membandingkan. Orang yang menerima nasihat pun dapat rasa kita bagi nasihat dekat dia dengan kasih sayang atau penghinaan.

2. Nak menolong, tolonglah dengan kasih sayang bukan niat nak habuan. Pertolongan dengan kasih sayang tu kesan dia luar biasa, ketika buat tu dia buat dengan senyuman, setelah selesai berkhidmat tidak mengharapkan penghargaan. Gitew.

Ada saya pernah tengok satu video ni. Pengacara ni bertanya kepada panel.

"Adakah semua perkara perlukan rasa sayang?".

Dengan tersenyum panel menjawab.
"Tanpa rasa sayang semua akan ada bermasalah."

Akhirnya kita belajarkan, rasa sayang itu adalah keutamaan kerana dengan rasa kita akan buat semua tanpa keluhan atau perbandingan.

Afifah Alwi

29/10/2022

Andai Engkau Mengenal Dirimu Yang Faqir
Maka, Engkau Akan Mengenal Tuhanmu Yang Maha Kaya

Apabila Engkau Mengenal Dirimu Yang Lemah
Maka, Engkau Akan Mengenal Tuhanmu Yang Maha Kuat

Walid Ibrahim Al Malik

28/10/2022
26/10/2022

Sekarang dah masuk fasa mendidik diri dan keluarga sedikit demi sedikit tinggalkan nikmat dunia. Allah dah beri peringatan bahawa dunia ini hanyalah hiburan dan permainan. Sesungguhnya negeri akhirat itulah sebenar-benar kehidupan. Ini Allah dah bagi amaran dalam Al-Quran.

Ada hutang?
Langsaikan hutang yang berbaki.

Dah selesai bayar hutang?
Jangan tambah lagi hutang.
Jangan ulang dosa riba' lagi.

Dosa riba' itu menarik keberkatan hidup. Amal ibadah pun jadi malas nak buat. Kadang rasa hidup ini serba serbi tak kena. Macam mana nak tenang sedangkan kita berperang dengan Allah dan Rasul?

Sekarang dah masuk fasa didik diri kita dan keluarga tinggalkan kesedapan dunia. Didik diri dengan amalan berpuasa. Puasa ini amalan orang-orang soleh. Didik diri dan keluarga kurangkan makan. Makan ala kadar. Makan sekadar apa yang ada. Berpuasa akan menundukkan NASFU.

Isi perut kita dengan :

1/3 makanan
1/3 air (minuman)
1/3 udara (pernafasan)

Dekat dunia ini kita boleh berbangga punya barang-barang koleksi. Koleksi jam, handbag, baju, barang kemas, kereta dan sebagainya tapi di akhirat nanti satu persatu harta yang kita miliki di dunia akan disoal Allah. Ketika itu yang menjawab di depan Allah bukan lagi mulut tapi tangan, mata, telinga, kaki dan semua pancaindera kita yang menjadi saksi ketika kita hidup di dunia akan menjawab. Ketika ini mulut akan dikunci rapat. Tidak lagi boleh bercakap.

Semakin kurang harta dunia kita, semakin mudah kita dihisab. Di akhirat kelak, orang yang banyak harta paling lama dihisab.

Kalau ada barang-barang atau pakaian yang kita simpan tak pakai dalam almari, cepat-cepat clear kan. Jual atau sedekahkan. Semakin kurang harta, semakin mudah perhitungan di akhirat kelak.

"Dan ingatlah bahawa kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui."

(Surah Al'Ankabut. Ayat 64.)

25/10/2022

JALAN MENYUSAH DIRI

Setiap dakwaan diri Di muka alam dituntut pembuktian Samada secara sukarela atau terpaksa... Setelah jelas kenyataan dari perbuatan, maka terbuktilah kebenaran atau kepalsuan setiap dakwaan.. tanggal dan tinggalkanlah dakwaan, pulangkanlah segala penilaian kepada Yang Hak.... Semudah kata, sepayah amal... Wallahualam, Allahu Musta' an, Sollu Alan Nabiy

24/10/2022

Raja Muhammad Salman pemangku Raja Saudi kini, yang sedang mengangkat dirinya sebagai pemimpin seluruh Arab dan bersekutu dengan Yahudi, adakah akan membenarkan AL MAHDI keluar dari Masjidil Haram apabila selesai BAIAH?

Sedangkan ia pasti memberi ancaman padanya dan segala agendanya. Ramai dari kerabat Raja dan kalangan ulama yang tidak bersetuju dengannya dipenjara malah ada yang dibunuh. Adakah AL MAHDI akan dibiarkan dan dilepaskan begitu sahaja berada dalam wilayahnya.

Ia adalah kajian secara logikal. Kita perlu berfikir lantaran Al Quran amat memuliakan akal dan menekankan agar sentiasa berfikir secara fakta, rasional dan kritis agar menemui kebenaran.

Namun jika Allah ﷻ mahu ia berlaku tetap boleh berlaku. Tiada siapa boleh menghalangnya dengan berlakunya peristiwa yang diluar jangkaan manusia.

21/10/2022

KEMUNCULAN AL MAHDI

Sebelum musim Haji baru-baru ini, saya telah menerima pesanan dari beberapa pihak agar usaha mengerjakan Haji kerana akan berlaku "baiah" Imam Al Mahdi dihadapan Kaabah.

Beberapa pihak juga datang bertanya akan hal tersebut. Saya hanya mengatakan pada ilmu dan pertunjuk saya, tiada akan berlaku BAIAH pada musim Haji kali ini malah pd sisi saya ianya tidak akan berlaku di MEKAH sebagaimana yg difahami ramai org.

Masing-masing boleh berijtihad dengan cara masing-masing. Saya tiada bersetuju dengan beberapa kalangan pengkaji akhir zaman yang mahu jadikan tafsiran hadis-hadis yang mereka bawa sebagai satu akidah.

Kita boleh memetik teks hadis-hadis tentang AL MAHDI secara bersama, namun kita boleh berbeza dengan tafsiran hadis-hadis tersebut.

Ada yang berpegang teguh bagaikan satu akidah bahawa AL MAHDI adalah wajib dari kalangan Bangsa Arab,hidung mancung, namanya Muhammad bin Abdullah, Baiah di Kaabah dan lainnya, kemudian menolak golongan yang berbeza dengan mereka.

Guru saya Baba Najamuddin Tika belajar dgnnya di Pondok Kerandang Besut selalu mengatakan " ulama tiada khilaf tentang Nas Al Quran dan Hadis yg sahih,namun berbeza tafsiran lantaran tahap keilmuan yg mrk miliki. Di sana ada tafsiran secara zahir, ada tafsir secara isyari.

Saya juga punyai perbezaan kefahaman dgn kebanyakkan para pengkaji akhir zaman tentang Al MAHDI, NAMANYA,BANGSA, BAIAH , MEKAH dan lainnya berdasarkan Ilham, muzakarah , ilmu pembayang dan maklumat tertentu.

Perbezaan tiada menjdkan saya menolak mrk yg berbeza malah menghormati dan kemungkinan mrk lebih benar. Cuma saya tak bersetuju mrk yg buat tafsiran Hadis yg memaksa org lain bersetuju dgn tafsirannya, menganggap ia adalah yg paling tepat dan sahih.

Amat bahaya perkara ijitihad dipegangi dlm bentuk Qatei , kesahihah sebuah Hadis adalah perkara ijitihad , apalagi tafsirannya.

Ianya dibimbangi apabila muncul Al MAHDI yg sebenar tetapi tidak menempati dgn kepercayaan dan pegangannya selama ini, apalagi yg mempunyai ramai pengikut,mrk tak boleh menerima malah menjd penentang utama.

Hal ini terjd Bangsa yg Yahudi yg menunggu kelahiran Rasulullah dan menyebarkan Hal tersebut, namun apabila muncul Rasulullah tidak sebagaimana yg mrk yakini, mrk menjd penentang utama.

Hal Al MAHDI bukannya menjd tajuk utama saya dlm pergerakkan dan sahabat2, ianya Hal urusan kerahsiaan Allah dan para pemegang rahsia,kita fokus pada urusan menguatkan Tauhid, akhlak dan Peradaban pd umat dan Bangsa ini.

20/10/2022

Mencintai seseorang adalah semata-mata kerana Allah. Ibnul Qayyim al-Jauziyyah berkata: “Setiap kecintaan dan pengagungan kepada manusia hanya dibolehkan dalam rangka mengikuti kecintaan dan pengagungan kepada Allah. Mencintai dan mengagungkan Rasulullah SAW adalah penyempurnaan kecintaan dan pengagungan kepada Allah”.

19/10/2022

Di antara tanda cinta kepada Rasulullah SAW adalah dengan mengamalkan Sunnahnya, menghidupkan, dan mengajak kaum Muslimin untuk mengamalkannya, serta berjuang membela As-Sunnah dari orang-orang yang mengingkari As-Sunnah dan melecehkannya. Termasuk cinta kepada Nabi SAW adalah menolak dan mengingkari semua bentuk bid’ah yang menyesatkan.

17/10/2022

Pesan TG SYEIKH ZAINUL ASRI,
Cara menolong perjuangan NABI ﷺ ialah dgn
hidupkan sunnah NABI ﷺ di akhir zaman.

RASULULLAH ﷺ bersabda:

“Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku ketika umatku di dalam kerosakan maka baginya ganjaran 100 orang yang syahid”

16/10/2022

Ramai yang leka, Jangan alpa, kita sedang menuju ke penghujungnya..

'Ia tidak akan terhenti disitu ...'

Gemgamlah aqidah dan agamamu umpama bara api yang membakar .. Jangan lepaskan walau ianya sakit..

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Petaling Jaya?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Kuala Lumpur
Petaling Jaya
50000