Pohon Bidara

Pohon Bidara

Share

Biji Benih (Bidara)

08/01/2025

MELAYU JANGAN TUNDUK KEPADA KUASA DAP

Bangsa Melayu perlu sedar akan ancaman yang dibawa oleh gagasan parti DAP yang mendukung konsep 'Negara Sekular' dan 'Malaysian Malaysia'.

Ideologi ini bukan sahaja bertentangan dengan nilai Islam tetapi juga mencabar adat dan warisan kehidupan Melayu yang telah menjadi tunjang kepada identiti bangsa dan negara.

Gagasan Negara Sekular adalah ancaman kepada Syariat Islam.

Ideologi yang memisahkan syariat Islam daripada urusan negara ini akan menjadikan negara kita rosak identiti, terdedah kepada nilai ideologi manusia yang bertentangan dengan aqidah dan akhlak Islam, tidak adil, dan menjahanamkan ummah.

Dalam masa yang sama agenda 'Malaysian Malaysia' p**a akan menafikan hak dan kedudukan istimewa orang Melayu dalam negara ini.

Konsep 'Malaysian Malaysia' adalah cubaan untuk menghapuskan kontrak sosial yang menjadi asas kemerdekaan negara.

Ini akan menjejaskan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera, serta secara tidak lansung akan melemahkan institusi Raja-Raja Melayu yang menjadi payung kepada agama, bangsa, dan negara.

Perpecahan Melayu ternyata adalah senjata politik utama buat kuasa DAP.

Sebenarnya DAP tidak akan berjaya tanpa sokongan dan kelemahan dari kalangan bangsa Melayu sendiri.

Mereka menggunakan agenda perpecahan untuk melemahkan usaha perpaduan ummah.

Kini mereka sangat berani ibarat 'abang besar' menentukan nasib bangsa Melayu.

Sedarlah wahai bangsa Melayu sekalian, jangan kita rasa lemah dan tunduk kepada kuasa dan tekanan oleh DAP. Melayu hakikatnya lebih besar dan kuat daripada kuasa DAP!

Jangan kita biarkan mereka yang membawa ideologi bercanggah dengan nilai-nilai syariat Islam menjadi penentu kepada hala tuju bangsa Melayu dan negara ini.

Kuatkan azam, rapatkan saf dan mari kembalikan kekuatan Islam demi Malaysia yang lebih baik!

Sekian

Ustaz Sukri Omar
Ketua Pemuda PAS Selangor

08/01/2025
08/01/2025

Minda Presiden PAS

PAKATAN DERHAKA MENGOYAK TOPENG RAJA BERPERLEMBAGAAN

Peristiwa kehakiman terkini yang memangsakan mantan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohamad Najib Tun Abdul Razak, berdasarkan kandungan surat Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Yang di-Pertuan Agong ke-16 telah menitahkan supaya Dato’ Seri Najib menjalani baki hukuman pemenjaraan menerusi penahanan dalam rumah (house arrest) melalui Titah Adendum bertarikh 29 Januari 2024.

Hal ini telah mendedahkan wajah sebenar kerajaan PH yang didominasi oleh DAP yang menegakkan prinsip sekularisme yang dipahat dalam perlembagaan partinya dan kenyataan para pemimpinnya. Apa yang berlaku adalah meneruskan pendekatan pada zaman penjajah dahulu.

Kita menyaksikan kerajaan PH mula berkuasa dengan slogan perintah raja-raja untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan. Selepas itu ditopengkan raja-raja menjadi alasan kepada setiap teguran dan kritikan pihak pembangkang yang dikatakan kononnya menentang raja-raja.
Kesalahan yang terbuka kini ialah tindakan membakul sampahkan surat hak pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA), sehingga mendedahkan wajah derhakanya. Inilah gambaran wajah yang sebenar kerajaan PH yang berkonsep sekularisme yang berprinsipkan kebendaan semata-mata, selaras dengan keahliannya yang terbuka kepada semua, campuran kalangan yang baik dan buruk, betul dan sesat, beragama dan tidak beragama, termasuk yang tidak berakhlak yang boleh dikhadamkan semuanya demi kepentingan kebendaan yang menjadi kiblatnya.

Perkara ini mempraktikkan teori politik Barat yang sangat sesat dan bercanggah dengan ajaran Islam:

“The end justifies the means.”

“Matlamat menghalalkan cara.”

Termasuklah janji bohong dan menipu dalam masa Pilihan Raya Umum (PRU) dan selepas menjadi kerajaan. Semuanya ditipu oleh mereka, tidak kira rakyat mahupun raja. Khususnya terhadap orang-orang Melayu yang mudah lupa. Inilah pelaksanaan teori sekularisme yang memisahkan urusan cara hidup daripada agama sebagaimana yang ditegaskan dalam perlembagaan partinya dan kenyataan terbuka para pemimpinnya.

Baca selanjutnya:

https://www.facebook.com/share/p/15nvuKAB6W/?mibextid=wwXIfr

08/01/2025

“KHAIRUL AMING: IKON GAYA HIDUP SEDERHANA YANG WAJAR DICONTOHI”

Dalam dunia influencer yang sering menonjolkan gaya hidup mewah, Khairul Aming adalah nafas segar. Di sebalik kejayaan besar sebagai usahawan dan personaliti media sosial, beliau kekal dengan gaya hidup sederhana, menjadi inspirasi kepada ramai.

APA PRODUK YANG DIBANGUNKAN?

Khairul Aming ialah pengasas jenama Sambal Nyet, sambal pedas yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Dalam masa 3 tahun sejak dilancarkan, Sambal Nyet mencatatkan lebih daripada 2 juta botol terjual, menjadikannya salah satu jenama lokal yang paling berjaya.

Beliau memulakan perjalanan sebagai seorang content creator melalui video masakan berdurasi 1 minit yang kreatif, mudah diikuti, dan berkesan. Kepercayaan yang dibina melalui video tersebut menjadi batu loncatan untuk melancarkan produk Sambal Nyet, yang kini menjadi pilihan ramai.

GAYA HIDUP SEDERHANA YANG MENJADI CONTOH


1. Kereta

• Walaupun mampu memiliki kereta mewah seperti Lamborghini atau Mercedes-Benz, Khairul Aming memilih untuk menggunakan Perodua Bezza – kereta yang praktikal dan sesuai untuk kegunaan harian.


2. Rumah

• Khairul Aming tidak tinggal di banglo mewah atau kondominium eksklusif. Sebaliknya, beliau menetap di sebuah rumah biasa yang mencerminkan kesederhanaan. Rumah ini dilengkapi ruang kerja yang minimalis, mencerminkan fokus beliau pada produktiviti, bukan kemewahan.

APA YANG MEMBEZAKAN KHAIRUL AMING?

1. Keutamaan pada Nilai, Bukan Imej

• Beliau tidak mengejar barang mewah atau gaya hidup glamor, tetapi menumpukan usaha pada membina produk berkualiti tinggi.

2. Kekal Rendah Diri Walaupun Berjaya

• Walaupun berjaya besar, beliau tetap menunjukkan kesederhanaan dalam kehidupan seharian – sesuatu yang jarang ditemui di kalangan usahawan berjaya.


3. Fokus pada Usaha & Hasil

• Khairul Aming membuktikan bahawa dengan kerja keras dan strategi betul, seseorang boleh membina empayar tanpa perlu bergantung pada imej luaran.

APA YANG BOLEH KITA PELAJARI?


1. Kesederhanaan Tidak Menghalang Kejayaan

• Gaya hidup sederhana membantu mengekalkan fokus dan tidak membebankan kewangan.

2. Percaya pada Bermula Kecil

• Bermula dengan apa yang anda ada, dan gunakan sumber yang tersedia untuk berkembang secara berperingkat.

3. Jangan Hidup untuk Impress Orang Lain

• Seperti kata Morgan Housel dalam The Psychology of Money, “kejayaan sebenar adalah kebebasan untuk memilih cara hidup anda sendiri tanpa tekanan sosial.”

KHAIRUL AMING: CONTOH INFLUENCER BIJAK

Di kala ramai influencer dan selebriti terjebak dengan gaya hidup mewah yang membawa kepada hutang, Khairul Aming memilih kesederhanaan. Beliau adalah contoh ikon yang fokus kepada nilai, kualiti, dan kestabilan kewangan.

Kesederhanaan beliau adalah peringatan bahawa kejayaan sebenar bukan pada apa yang anda tunjukkan, tetapi pada apa yang anda capai.

🌟 Jadikan beliau inspirasi untuk hidup sederhana, bijak, dan bermakna sambil membina kejayaan anda sendiri!

Kredit:Redza Izman

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Petaling Jaya?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Pasar/mlm Tmn Medan
Petaling Jaya
46000