Ensutouch Raden Embun
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ensutouch Raden Embun, Beauty, cosmetic & personal care, Jalan PJU 10/3, Petaling Jaya.
11/08/2023
Ensutouch mengucapkan Selamat Mengundi Kepada Rakyat Malaysia di 6 Negeri yang bakal menunaikan tanggungjawab di Pilihan Raya Negeri (PRN) esok.
1. JANGAN LUPA membuat semakan maklumat pengundian melalui aplikasi MySPRSemak atau portal rasmi SPR
2. Bawa dokumen pengenalan diri untuk keluar mengundi.
3. Elakkan memakai pakaian yang memaparkan lambang/logo/simbol parti yang bertanding.
4. Akur dengan arahan Petugas SPR semasa tiba di Pusat Mengundi atau Saluran.
5. Jangan mengambil sebarang gambar Kertas Undi dan memuatnaik di mana-mana platform media sosial.
ANDA PENENTU MASA DEPAN NEGARA! π«‘
21/07/2023
ENSUTOUCH CRAZY SALE
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, bermula esok, Ensutouch akan melancarkan jualan pertengahan tahun yang tak masuk akal ! Dengan potongan harga kaw kaw bagi Item Lipmatte & Lipstick Lembaran Nostagia Edition.
Dapatkan Lipmatte & Lipstick Lembaran Nostagia Edition dengan harga RM27 & RM29. Potongan Harga sebanyak RM42 & RM50.
Memang jimat sangat sebab harga yang ditawarkan adalah lebih daripada 50% - 60% Diskaun.
Jangan lepaskan peluang ini kerana promosi hanya terhad Sementara Stok Masih Ada Sahaja.
21/07/2023
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Item Kit Kembara telah dibuka untuk pembelian di Sistem BackOffice Ensutouch.
19/07/2023
π¦ππππ ππ§ π ππ‘π¬ππ ππ¨π§ ππͺππ π π¨πππ₯π₯ππ
Ensutouch HQ mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah buat semua umat Islam.
Semoga pada tahun baru ini dapat kita memperbaiki diri, meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Mari jadikan tahun baru ini lebih baik dari tahun lalu β¨
28/06/2023
πππππ πππππππππ ππππ/ πππππ
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga Aidiladha kali ini membawa pengertian pengorbanan yang amat bermakna untuk kita semua.
Semoga kita juga dapat mengambil pengajaran daripada peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam meningkatkan ketaqwaan beribadat kepada Allah SWT.
Ikhlas dari, Raden Embun
27/06/2023
HARI ARAFAH 1444 HIJRAH
Hari ini merupakan Hari Arafah di Mekah, dan kita akan menyambutnya pada esok, Rabu 28 Jun 2023. Oleh itu, marilah kita bersama-sama memanfaatkan hari Arafah yang akan tiba ini dengan menambah amal ibadat kita.
"Puasa hari Arafah akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang"
-Hadis Riwayat Muslim-
"Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah"
-Hadis Riwayat Tirmidzi-
Selamat Beribadat kepada seluruh umat islam. π
17/04/2023
[NOTIS MAKLUMAN]
Ibu Pejabat (HQ) Ensutouch akan bercuti selama 7 hari sempena Hari Raya Aidilfitri pada 19 April 2023 sehingga 26 April 2023.
Segala pesanan yang diterima selepas cut-off time pada 18 April 2023 akan diproses untuk pengeposan bermula pada 26 April 2023.
Sekian, terima kasih
07/04/2023
Selamat menyambut Nuzul Al-Quran 2023/1444H
"Serapat mana pun kita dengan manusia, pasti mati akan menjadi pemisah. Namun Al-Quran akan tetap menemani kita walaupun sesudah kita mati."
Bersempena dengan peristiwa Nuzul Al-Quran, marilah kita memperbanyakkan membaca dan mentadabbur Al-Quran kerana ia akan datang pada hari kiamat untuk memberikan syafaat kepada para pembacanya.
InsyaAllah. Aamin.
28/01/2023
Postage Hari Ini (28/01/2023)
Ensutouch Huat-Huat Promo masih berbaki 3 hari lagi. Masih ada masa untuk kejar sasaran jualan masing-masing dengan berbaki 3 hari lagi promosi ini.
27/01/2023
Ramai ternanti-nanti kemunculan semula 4 dara ini secara solo kan ?
Ayu, Juita, Jelita, Anggun.
Haa, jangan risau sebab sekarang ni mereka dah kembali Single & Available. Jadi jangan lepaskan peluang untuk pinang si dara mana yang menjadi pujaan hati anda.
Pesanan Ensutouch Soft Baby Lipmatte loose, packaging baru sudah boleh dibuat didalam sistem https://ensutouch.team/51 mulai sekarang. π
23/01/2023
Berita baik semua!
HUAT-HUAT PROMO sempenaΒ Tahun Baru Cina ini akan dilanjutkan selama 8 hari bermula 24hb Januari ke 31hb Januari 3023.
21/01/2023
Sempena Sambutan Tahun Baru Cina yang akan disambut pada 22 januari nanti, Ensutouch Raden Embun ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kaum cina di Malaysia.
Semoga di tahun arnab kali ini membawa kemakmuran, kebahagian dan kejayaan kepada anda dan keluarga.
Terima Kasih,
Gong Xi Fa Cai. π°
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Culinary Team
Attire
Website
Address
Jalan PJU 10/3
Petaling Jaya
47830