Bilik Berita sampah

Bilik Berita sampah

Share

Isu semasa

30/07/2026

Saya percaya beliau mampu melakukannya(BANGSA MALAYSIA)sebagaimana saya pernah meletakkan kepercayaan kepada setiap Perdana Menteri sebelum ini. Namun, naratif politik yang sentiasa berubah-ubah—hari ini berkawan, esok memakan kawan—sering kali menenggelamkan kemampuan serta jasa seseorang pemimpin. Hakikatnya, hampir semua bekas Perdana Menteri Malaysia pernah melalui situasi yang sama.

Persoalan yang lebih penting ialah bagaimana pemimpin hari ini mendepani seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga bukan Islam dan bukan Bumiputera. Adakah perbezaan akan terus dibalas dengan sentimen yang memecah-belahkan, atau kita memilih jalan yang menyatukan?

Kita perlu sedar bahawa kepelbagaian masyarakat Malaysia adalah satu realiti. Walaupun kita disatukan sebagai rakyat Malaysia, kita tetap berbeza dari sudut agama, budaya, latar pendidikan, kemampuan ekonomi dan tempat tinggal. Jika perbezaan ini terus dijadikan modal politik, negara berisiko berdepan cabaran yang lebih besar pada masa hadapan.

Perpaduan bukan sekadar slogan, tetapi tanggungjawab bersama. Tanpa usaha membina persefahaman, Malaysia bukan sahaja berdepan ancaman dari luar, malah turut bergelut dengan pelbagai isu dalaman seperti politik yang memecah-belahkan, penyalahgunaan amanah, pengaruh golongan berkepentingan, kelemahan penguatkuasaan, serta cabaran berkaitan pendatang tanpa izin (PATI), pelarian dan pekerja asing yang memerlukan pengurusan yang lebih berkesan serta berlandaskan undang-undang.

Justeru, marilah kita sebagai umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia bersama-sama memohon petunjuk daripada Allah SWT agar dikurniakan kepimpinan yang adil, amanah dan mampu menyatukan seluruh warga Malaysia. Janganlah kita mudah terpengaruh dengan retorik politik semata-mata. Laksanakan tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya, berusaha dengan sebaik mungkin, kemudian bertawakal dan menyerahkan segala urusan kepada Allah Yang Maha Mengetahui.

Ayuh, rakyat Malaysia, marilah kita bersatu. Jangan kita memandang rendah sesuatu yang kecil kerana kadangkala yang kelihatan tidak berpengaruh itulah yang membawa perubahan terbesar. Jangan biarkan perselisihan yang berpanjangan mengulangi kesilapan sejarah. Masa depan negara ini adalah tanggungjawab kita bersama.

29/07/2026

Sebanyak 14,995 daripada 16,467 pengundi awal atau 91.06 peratus menunaikan tanggungjawab mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, sekali gus melepasi sasaran 90 peratus yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Setiausaha SPR, Khairul Shahril Idrus berkata proses pengundian awal berlangsung lancar di 38 pusat mengundi di seluruh negeri yang dibuka secara berperingkat dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Beliau berkata SPR merakamkan penghargaan kepada pegawai pengurus pilihan raya, pasukan petugas, polis, Angkatan Tentera Malaysia, kerajaan negeri, petugas media dan semua pihak yang membantu memastikan proses pengundian berjalan dengan teratur.

PRN Negeri Sembilan kali ini melibatkan seramai 22,339 pengundi awal termasuk anggota tentera, polis dan pasangan yang layak, manakala seramai 867,151 pengundi biasa dijadual menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian Sabtu ini.

29/07/2026
29/07/2026

Dari Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Buat Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Penafian!!!

Segala maklumat yang terkandung dalam surat ini tidak dapat disahkan sebagai benar atau tepat sepenuhnya. Ia dikongsikan bagi tujuan rujukan dan dokumentasi sejarah.

Bilik Berita sampah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kekeliruan, salah tafsir, atau penyebaran semula kandungan ini. Penerbitan ini tidak bertujuan mempromosikan atau menyokong mana-mana fahaman atau pendirian politik..

28/07/2026

Akan tiba suatu zaman apabila manusia melihat api sebagai penyelamat dan air sebagai ancaman. Pada waktu itu, yang benar akan dipanggil sesat, dan yang batil akan dinobatkan sebagai penyelamat. Ramai tunduk kepada kuasa, tetapi sedikit yang tetap berserah kepada Allah

27/07/2026

Kerana itu Melayu tak sekaya bukan Melayu, sebab apa? Sebab penyakau paling melimpah datang dari Musuh Komunis yang menyamar jadi PEJUANG BANGSA AGAMA & NEGARA.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Petaling Jaya?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Petaling Jaya