AVES Instant Bird's Nest
AVES Instant Bird's Nest kaya dengan nutrisi dan memberi manfaat kepada penjagaan kulit,kesihatan dan kecergasan badan.
01/12/2019
AVES dah ada adik baru. Lahir dari kilang yang sama. Soo Yen Bright Eyes Berry Essence atau Pati Beri Soo Yen. Kebaikan Soo Yen Bright Eyes Mengandungi nutrisi untuk meningkatkan regenerasi sel mata, menyuburkan mata dan memperbaiki kesihatan penglihatan serta mencegah sebelum rabun.
Meh support Soo Yen Bright Eyes guys!
Admin Kacak SR
14/11/2019
Prinsip yang kami pegang sehingga ke hari ini. Makan 1 sarang burung selang 10 hari lebih baik dari makan 10 sarang burung dalam 1 hari. Setiap makanan tambahan ada hadnya. Minuman Sarang burung AVES tidak perlu di minum setiap hari. Pilih sama ada mahu minum 3@4 hari sekali, seminggu sekali atau ketika badan penat dan letih sahaja. Oleh kerana Sarang Burung boleh menyebabkan tindak balas alahan pada individu tertentu, berhati-hati apabila mengambil Sarang Burung untuk kali pertama.
We are the BrAVESt brand on earth. Admin kacak SR.
21/09/2019
Warna baju baru AVES nampak "BR-AVES-T" kan? Berani dan terang gitu. Ianya adalah edisi musim luruh dan tahun baru. Warnanya juga melambangkan tuah guys! Jadi sepanjang tempoh itu, AVES akan berwarna merah. AVES Autumn to Lunar edition. Get it while it lasts!
Eat birdnest for efficacy not delicacy!
15/09/2019
Rahsia Jackie Chan sentiasa awet muda.
Birdnest guys!
Tapi bukan hari-hari Jackie minum bird nest. Seminggu sekali. Dah minum AVES ke minggu ni
23/08/2019
Apa beza bird nest AVES dengan brand lain?
Tak ada beza. Tapi kami menawarkan consultant kepada anda. Cara minum sarang burung segera dengan betul. Siapa yang boleh dan golongan mana yang tak digalakkan untuk minum sarang burung.
Brand AVES bukan untuk pengambilan setiap hari. Sebulan cuma maksima 2 kotak sahaja!
AVES Instant Bird's Nest aware tentang kesihatan anda. Hang pa sendiri bagaimana?
16/08/2019
Aves diperbuat dari Bird Nest jenis apa?
Kami diperbuat dari House Nest oleh pengusaha sarang burung walit tempatan. Bukan Cave Nest atau Guamantong Nest sebab harga setiap satu cecah beribu ringgit. Setiap satu botol Aves mempunyai kurang dari 1 gram sarang burung walit. Sesuai untuk poket ekonomi pengguna namun manfaat masih dapat diperolehi darinya.
Hanya minum selang 3 hari atau seminggu sekali sudah memadai ya. 😎
11/08/2019
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2019
Dikesempatan ini kami ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya AidilAdha 1440H kepada seluruh ummat Islam
Semoga kita bersama-sama dapat menghayati erti pengorbanan yang telah dilakukan oleh Baginda Nabi Ibrahim A.S dan seterusnya dapat diamalkan dalam kehidupan seharian.
SalamAidilAdha2019
05/08/2019
Cara pengambilan bukan setiap hari ye. Jauh sekali lah 2 botol setiap hari. Kita mengamalkan "Wu Ji Bie Fan" . Kebaikan yang berterusan, kita amalkan konsisten tetapi ada hadnya. Hanya minum sebotol selang 3@4 hari atau minum bila badan terasa penat.
AVES aware kepada kesihatan pengguna 😎
30/07/2019
Merafak Sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah bersempena dengan Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj
Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala melanjutkan usia, melimpahkan taufik dan hidayah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong XVI dan semoga selamat bersemayam di atas takhta Kerajaan dengan penuh kebesaran dan kemuliaan. Moga Allah Memberkati Pemerintahan Tuanku.
27/07/2019
Banyak betul sup sarang burung segera di pasaran. Tak nak minumlah. Banyak sangat gula! 😌😌
Tak nak minum sarang burung instant? Mahu mencuba masak sendiri? Ayuh AVES bantu anda cara-cara memasak sup sarang burung dengan betul 😊.
🕊️Sarang burung mempunyai banyak manfaat kesihatan. Walau bagaimanapun, teknik memasak yang tidak sesuai boleh memusnahkan nutrien yang menjadikan Sup Sarang Burung tidak berguna. Umpama anda makan hampas kosong!
Ikuti resipi kami untuk satu mangkuk sup yang sihat yang berkhasiat dengan gula batu:
Sarang burung (Cina: 燕窝, yàn wō;) adalah makanan istimewa. Sup sarang burung, yang dikatakan mempunyai kalsium, besi, kalium dan magnesium yang tinggi dan dipercayai menguatkan sistem imun, meningkatkan libido, membantu pencernaan dan mencantikkan kulit 😍.
🌸Resepi sarang burung + gula batu🌸
✔️ Rendam sarang burung dalam air sejuk selama 3-5 jam atau sehingga lembut. Tuang dan bilas dua kali.
✔️ Letakkan sarang burung, gula batu secukup rasa dan 1/2 cawan air ke dalam periuk untuk mereneh .
✔️ Anda boleh menambah 2 keping halia untuk meningkatkan rasa.
✔️ Tuang air yang secukupnya ke dalam periuk.
✔️ Tutup tudung periuk dan letakkan pada api yang tinggi sehingga air mendidih kemudian turunkan kepada api yang rendah hingga panas (sila lihat masa memasak di bawah) *.
✔️ Keluarkan sup dari periuk. Sarang burung boleh dihidangkan panas atau sejuk bergantung kepada keutamaan anda.
Masa memasak yang disyorkan:
💣House Nest termasuk warna Putih, Kuning dan Merah: 30 hingga 45 minit
💣Wild Cave warna putih : 1 jam 30 minit hingga 120 minit
💣Wild cave warna merah : 2 hingga 3 jam
‼️‼️Jangan makan sarang burung terlebih masak. Sarang burung harus mempunyai konsistensi rasa yang rangup. Di samping itu, sangat penting untuk memasak sarang burung menggunakan haba yang rendah untuk memelihara nutrien, terutama sekali asid amino.
Boleh juga di campur bersama kulat putih, red dates, longan kering, cincau, nata de coco, madu asli atau apa saja kegemaran anda!
Alamak, susahnya nak masak. Periuk Slow cooker tak ada 😫😫
Jangan risau! Kami bawakan Instant Bird Nest, sesuai dengan citarasa anda. Rasa Lai Chee Kang Wa Cakap Lu!
Sekotak ada 3 botol dengan isian 70ml setiap satu.😍
📣 RM20
📣 RM20
📣 RM20
Meh pm kita untuk sebarang pertanyaan!
25/07/2019
AVES INSTANT BIRD'S NEST SWIFT & TWIST!
Minggu gaji guys! Meh try. Brand kita trusted. Brand kita pernah di review di Page PQ Community.
RM20 je sekotak. Nak jadi agen dan stokis dialu-alukan. Klik je www.wasap.my/60167452789/hiaves
25/07/2019
"GATALNYA KULIT, TAK TAHAN.. SESAK NAFAS. APA SEBABNYA YA"
Jika anda alah kepada protein jenis cecair seperti telur dan susu, anda TIDAK DIGALAKKAN mengambil sebarang produk sarang burung tak kira mentah atau instant. Sebab itu AVES Instant Bird's Nest akan consult pengguna sebelum membuat sebarang pembelian. Ibu mengandung yang mempunyai sejarah GDM, pesakit Fibroid, pesakit Tiroid juga dilarang sama sekali mengambil sarang burung.
Lagi satu, korang jangan memandai-mandai nak minum AVES Instant Bird's Nest tiap hari.
RM20 jer sekotak 😉
Admin
*harga tidak termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran mur mur je 😉
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Petaling Jaya
47830