Sayang Asben Sesangat

Sayang Asben Sesangat

Share

Kepakaran kami ialah membantu individu yang mempunyai masalah Gangguan Sihir Suami Isteri dgn Produk Berasaskan Bidara. Hubungi 0199693925

11/03/2020

[SOLAT MENGHAPUS DOSA-DOSA]
Firman Allah:
“Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.”
(QS. Hud: 114)
Dari Uthman bin Affan ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
“Tidaklah seseorang memasuki waktu solat wajib kemudian dia berwudhu’ dan solat dengan khusyuk dan memelihara ruku’nya, melainkan akan terhapus dosa-dosanya yang telah lalu selama tidak melakukan dosa besar. Hal itu berlaku sepanjang masa.”
(HR Muslim)
[SOLAT PENGHALANG MAKSIAT]
Firman Allah:
“Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar.”
(QS. Al ‘Ankabut: 45).
[SOLAT CAHAYA DUNIA & AKHIRAT]
“Siapa yang menjaga solat lima waktu, baginya cahaya, bukti dan keselamatan pada hari kiamat. Siapa yang tidak menjaganya, maka ia tidak mendapatkan cahaya, bukti, dan juga tidak mendapat keselamatan. Pada hari kiamat, ia akan bersama Qorun, Fir’aun, Haman, dan Ubay bin Kholaf.”
(HR. Ahmad 2: 169. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadis ini hasan).

09/03/2020

Jika olahraga paling mudah adalah berlari.

Maka ibadah paling mudah adalah berzikir.

Tidak perlu modal dan peralatan, tidak perlu berwudhu, boleh dilakukan dimana mana, boleh menggunakan hati jika tidak mampu menggunakan lisan!

Gunakan nikmat lisan kita sebaik baiknya. Jauhi membawang sesama manusia. Banyak kan zikir. Lisan kita akan ditanya untuk apa ia digunakan ketika didunia!

Sudahkan kita berzikir hari ini?

Semoga Bermanfaat bagi yang inginkan nasihat!

Credit: Ustaz Ahmad Hasyimi fb

6 Tanda Pada Tubuh Anda saat 100 Hari Sebelum Kematian 07/03/2020

6 Tanda Pada Tubuh Anda saat 100 Hari Sebelum Kematian "Bahwa malaikat maut memperhatikan wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari." "Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang tertawa.""Maka berkata Malaikat Maut: Alangkah herannya aku melihat...

06/03/2020

[Waktu Mustajab Doa di Hari Jumaat]

Rasulullahﷺ menyebutkan tentang hari Jumaat kemudian beliau bersabda: "Di dalamnya terdapat waktu. Jika seorang muslim berdoa ketika itu, pasti diberikan apa yang ia minta". Lalu beliau mengisyaratkan dengan tangannya tentang sebentarnya waktu tersebut.
(HR. Bukhari 935, Muslim 852 dari sahabat Abu Hurairah Radhiallahu’anhu)

Ibnu Hajar Al Asqalani dalam Fathul Baari (Jilid 5) ketika menjelaskan hadith ini beliau menyebutkan 42 pendapat ulama tentang waktu yang dimaksud. Namun secara umum terdapat 4 pendapat yang kuat.

1) Waktu sejak imam naik mimbar sampai selesai solat Jumaat, berdasarkan hadith: “Waktu tersebut adalah ketika imam naik mimbar sampai solat Jumaat selesai.”
(HR. Muslim, 853 dari sahabat Abu Musa Al Asy’ari Radhiallahu’anhu). Pendapat ini dipilih oleh Imam Muslim, An Nawawi, Al Qurthubi, Ibnul Arabi dan Al Baihaqi.

2) Setelah asar sampai terbenamnya matahari. Berdasarkan hadith: “Hari Jumaat itu dua belas (maksudnya jam) dan tidak di dapati seorang muslim pun yang meminta kepada Allah kecuali Allah 'azza wajalla akan mengabulkannya, maka bersegeralah untuk mendapatkannya pada waktu-waktu akhir setelah Asar.”
(HR. Abu Daud, no.1048 dari sahabat Jabir bin Abdillah Radhiallahu’anhu. Disahihkan Al Albani di Shahih Abi Daud). Pendapat ini dipilih oleh At Tirmidzi, dan Ibnu Qayyim Al Jauziyyah. Pendapat ini yang lebih masyhur dikalangan para ulama.

3) Setelah asar, namun diakhir-akhir hari Jumaat. Pendapat ini didasari oleh riwayat dari Abi Salamah. Ishaq bin Rahawaih, At Thurthusi, Ibnul Zamlakani menguatkan pendapat ini.

4) Menggabungkan semua pendapat yang ada. Juga dikuatkan oleh Ibnu Hajar sendiri.

05/03/2020

Doa di penghujung solat, wasiat Nabi ﷺ kepada sahabat yang dicintainya.

Daripada Mu'az bin Jabal radiallahu 'anhu, Rasulullah ﷺ menarik tangannya dan bersabda:
"Wahai Mu'az, demi Allah, sesungguhnya aku mencintai mu. Demi Allah, sesungguhnya aku mencintai mu."
Baginda bersabda lagi: "Aku menasihati mu wahai Mu'az agar janganlah engkau meninggalkan daripada membaca di hujung solat:
اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Ya Allah. Tolonglah kami untuk mengingati Mu, mensyukuri Mu dan memperelokkan ibadat kepada Mu."
[Sunan Abi Daud, Kitab al-Witr, Bab Fi al-Istighfar, hadis no: 1522].
Ulama berbeza pendapat adakah doa ini dibaca sebelum salam atau selepas salam.

Riwayat an-Nasaie berbunyi:

فِي كُلِّ صَلاَة
Pada setiap solat.
[Sunan an-Nasaie, Kitab as-Sahw, Bab Nau' Akhar Min ad-Dua', no: 1303]. Riwayat ini menunjukkan ia dibaca dalam solat, iaitu selepas tahiyat akhir sebelum salam.

Dalam doa ini kita meminta kepada Allah agar kita dapat mentaatinya melalui lisan, hati dan perbuatan tubuh badan. [Rujuk 'Aunul Ma'bud].

02/03/2020

Firman Allah:
وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ (133)
Dan bersegeralah kamu kepada keampunan daripada Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa, (133)
الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ (134)
[Iaitu] orang-orang yang menafkahkan [hartanya], baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan [kesalahan] orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. (134)
وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ (135)
Dan [juga] orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. (135)
أُولَئِكَ جَزَاؤُهُمْ مَغْفِرَةٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَجَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ (136)
Mereka itu balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka dan surga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal. (136)
[Surah Ali Imran: 133-136]

28/02/2020

Di Hari Jumaat penuh Keberkatan ini, ayuh bersama-sama Kita Memanjatkan Doa Memohon Pertolongan Allah SWT untuk Membantu Saudara Seislam kita yang sedang dianiaya & dizalimi dengan Kejam oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan.
Semoga Allah SWT Memguatkan Iman & Semangat Mereka serta Membantu Saudara Seislam Kita pada ketika ini..Amin ya Rabbal Alamin..
Silakan jika bermanfaat.

20/02/2020

Rasulullah ﷺ bersabda:

"Perbanyaklah selawat kepadaku di hari Jumaat dan malam Jumaat. Barangsiapa membaca selawat untukku satu kali, maka Allah berselawat (memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali."

[HR Baihaqi, hasan, lihat : As-Sahihah Mukhtasarah (lll/397, Asy-Syamilah.]
Nabi ﷺ bersabda: “Ucapkanlah oleh kalian:
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ
إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ،
اَللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ
إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ."
Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad, k**a sollaita ‘ala Ibrahim wa ‘ala ali Ibrahim, innaka hamidun majeed.

Allahumma barik ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad, k**a barokta ‘ala Ibrahim wa ‘ala ali Ibrahim, innaka hamidun majeed.
[Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarganya sepertimana Engkau memberi selawat kepada Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.
Ya Allah, berilah keberkatan kepada Muhammad dan keluarganya sepertimana Engkau memberi keberkahan kepada Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia]
(Hadith Riwayat Imam al-Bukhari)

Photos from Sayang Asben Sesangat's post 20/02/2020

Klik Link dibawah utk dptkan Harga Promo GILA-GILA GBD 7 Duri..👇
👉 https://wapp.my/60199693925/DISKAUN+GBD+7+DURI
👉 https://wapp.my/60199693925/DISKAUN+GBD+7+DURI
👉 https://wapp.my/60199693925/DISKAUN+GBD+7+DURI

Photos from Sayang Asben Sesangat's post 20/02/2020

Klik Link dibawah utk Harga Promosi Set Combo Bidara Diosma. 👇👇👇
👉 https://wapp.my/60199693925/PROMO+Set+Combo+Diosma
👉 https://wapp.my/60199693925/PROMO+Set+Combo+Diosma
👉 https://wapp.my/60199693925/PROMO+Set+Combo+Diosma

20/02/2020

"Anak dh TAK NANGIS mcm kena Gangguan Lagi dgn Izin Allah SWT Lps guna Set Combo Gel Bidara & Perfume Bidara Diosma."
Alhamdulilah..😊😊
Nak Anak TIDUR LENA & CERIA ? Klik Link dibawah utk Harga Promosi Set Combo Bidara Diosma. 👇👇👇
👉 https://wapp.my/60199693925/PROMO+Set+Combo+Diosma
👉 https://wapp.my/60199693925/PROMO+Set+Combo+Diosma
👉 https://wapp.my/60199693925/PROMO+Set+Combo+Diosma

19/02/2020

BEKALAN MENGHADAPI KEMATIAN
Ajal kematian bisa datang bila-bila masa sahaja. Banyak sekali berita kematian mengejut yang kita dengar akhir-akhir ini. Yang pasti, giliran kita akan tiba jua nanti, tanpa kita ketahui bila, di mana dan bagaimana.
Nabi ﷺ mengajarkan kita untuk membaca Sayyidul Istighfar sebagai bekalan sekiranya ajal kematian datang menjemput kita. Jangan pernah tinggalkan amalan ini setiap hari di waktu pagi dan petang.
Sabda Nabi ﷺ:
“Barangsiapa yang mengucapkannya (Sayyidul Istighfar) di waktu siang hari serta yakin dengannya, lalu dia meninggal pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga."
"Dan barangsiapa yang mengucapkannya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga”.
(HR Bukhari)
Bacaan Sayyidul Istighfar:
“Allahumma anta robbi laa ilaha illa anta, kholaqtani wa ana ‘abduka,
wa ana ‘ala ‘ahdika wa wa’dika mastatho’tu.
A’uuzu bika min syarri maa sona’tu,
abuu-u laka bini’matika ‘alayya, wa abuu-u bi zanbi,
faghfirliy fainnahu laa yaghfiruz zunuuba illa anta.”
Semoga husnul khatimah milik kita insyaAllah.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Petaling Jaya?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Petaling Jaya
46150