PHHP Phyto Chlorophyll

PHHP Phyto Chlorophyll

Share

PHHP Phyto Chlorophyll telah dianugerahkan sebagai Produk Terbaik Tahun 2014/2015. Ia terdiri daripada ekstrak daun mulberi, dan ditambah dengan klorella.

05/09/2022
Photos from PHHP Phyto Chlorophyll's post 31/10/2016

Kepentingan Fiber didalam kehidupan seharian kita...

1) Mula mula kita mesti tahu apakah itu fiber?

- Fiber merupakan gentian serabut yang terkandung dalam tumbuh-tumbuhan. Fiber membentuk dan menawarkan kekuatan serta struktur bagi tumbuh-tumbuhan. Gentian berkenaan merupakan salah satu gizi penting untuk mengekalkan kesihatan sungguhpun ia tidak dapat dicerna secara langsung oleh tubuh badan manusia. Fiber banyak terkandung dalam semua bijirin seperti beras, gandum, oat, psyllium husk , buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang seperti soya, kacang tanah, dhal, pea, guava dan sebagainya. Fiber hanya terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan tidak terkandung dalam daging haiwan, ikan dan bahan tenusu.

- Fiber juga merupakan gentian serabut yang terkandung didalam tumbuh-tumbuhan. Fiber membentuk dan menawarkan kekuatan serta struktur bagi tumbuh-tumbuhan. Gentian berkenaan merupakan salah satu gizi penting untuk mengekalkan kesihatan sungguhpun ia tidak dapat dicerna secara langsung oleh tubuh badan manusia. Fiber banyak terkandung dalam semua bijirin seperti beras, gandum, oat, psyllium husk , buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang seperti soya, kacang tanah, dhal, pea, guava dan sebagainya. Fiber hanya terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan tidak terkandung dalam daging haiwan, ikan dan bahan tenusu.

2) Apakah kepentingan Fiber terhadap kesihatan manusia?

- Menurut pakar-pakar kesihatan, pengamalan kesihatan bermula dari penjagaan bahagian usus. Pengambilan fiber yang mencukupi setiap hari dapat memperkuat pengendalian bahagian usus secara berkesan. Fiber membantu meransang sistem penghadaman dan mengelakkan sembelit. Selain daripada itu, ia membuatkan anda merasa kenyang lalu mengurangkan kuantiti makanan yang diambil dan dengan demikian membantu mengawal berat badan.

3) Siapakah memerlukan fiber?

Setiap orang memerlukan fiber tiap-tiap hari, terutamanya pesakit diabetis, orang yang berlebihan berat badan dan obesiti.

4) Berapakah jumlah pengambilan fiber yang sesuai bagi seseorang setiap hari dan apakah cara pengambilannya?

Menurut cadangan pakar pemakanan, jumlah pengambilan fiber yang disyorkan bagi seseorang setiap hari adalah di antara 20-35 gram. Anda dicadangkan untuk menambah kuantiti pengambilan sedikit demi sedikit. Minumlah lebih banyak air apabila kuantiti pengambilan fiber kian menambah . 8 gelas air dicadangkan untuk diminum setiap hari.

5) Bilakah akan timbulnya kesan tindakbalas selepas pengambilan Phyto Fiber?

Secara umumnya, selepas mengambil Phyto Fiber selama 8-12 jam, akan timbul keperluan untuk membuang air besar. Namun, hal ini tertakluk kepada keadaan tubuh badan masing-masing..

6) Bagaimanakah fiber membantu meransang sistem penghadaman?

Fiber akan melancarkan proses penghadaman. Lendiran fiber berupaya melicinkan usus dan menyingkirkan bahan buangan lalu memelihara kesihatan bahagian usus.

7) Benarkah fiber dapat membantu mengawal berat badan?

Fiber berupaya memanjangkan waktu kekalan makanan dalam bahagian perut dan membuatkan anda berasa kenyang. Hal demikian dapat membantu anda mengurangkan pengambilan makanan dan kalori . Selain daripada itu, tabiat pemakanan yang baik dan rajin bersenam juga membantu dalam pengawalan berat badan.

8) Adakah pengambilan fiber akan mengakibatkan ketidakcukupan garam mineral atau menghapuskan bakteria yang bernas?

Menurut laporan kajian semasa, fiber tidak akan mengakibatkan masalah yang sedemikian. Sebaliknya ,bakteria bernas turut bergantung kepada fiber untuk bertumbuh dan membiak.

Photos 29/10/2016

Apakah itu sembelit? Sejauh manakah tahap bahayanya?...mari kita lihat....

Sembelit merupakan kepayahan dalam membuang air besar atau membuang air besar yang tidak kerap dan tidak sempurna (complete). Selalu rasa masih ada lagi yang mahu dibuang tetapi payah. OK, kebiasaanya pesakit yang mengalami masalah ini selalu merasakan najis mereka keras, terasa sakit ketika proses pembuangan dan selalu merasakan incomplete feeling of passing the stools.

Simptom lain yang mungkin dialami oleh pesakit adalah kembung perut dan tidak selesa.

Siapa yang boleh ter’kena’ sembelit?

Perlu diingatkan disini bahawa maksud sembelit ini mungkin bervariasi dan mengikut individu. Ini bermakna, ada org yang merasakan keadaan kembung perut dan tidak selesa itu normal. Dan ada yang tidak pernah mengalami kembung perut dan merasakan itu adalah simptom sembelit. Mana satukah yang betul? mari kita memahaminya dengan lebih mendalam lagi…

Sembelit berbeza untuk orang yang berbeza. Ramai yang beranggapan mereka mengalami sembelit jika tidak terdapat pergerakan usus mereka setiap hari. Walaubagaimanapun, tiada satu bilangan yang tepat untuk menentukan pergerakan usus yang normal. Pergerakan usus yang normal kebiasaanya adalah bermula daripada 3 kali sehari sehingga 3 kali seminggu bergantung kepada fisiologi manusia.

Sembelit adalah masalah sistem penghadaman yang biasa. tetapi lebih banyak dialami oleh perempuan, kanak-kanak mahupun orang tua. Lebih-lebih lagi orang tua berumur 65 tahun keatas dan perempuan mengandung.

Sebab-sebab kenapa kita mengalami sembelit?

1)Diet rendah fiber.
2)Kekurangan bendalir dalam badan. (tak cukup minum air la ni…)
3)Corak permakanan yang berubah.
4)Ubat-ubatan.
5)Kekurangan senaman. (ini masalah sejagat ni…. :))
6)Perubahan fisiologi badan seperti penuaan dan mengandung.
7)Immobility (Cth: pesakit kronik yang hanya duduk atas katil sepanjang masa)
8)Sikap tidak endah akan pentingnya pergerakan usus sendiri. (takkan usus orang lain pulak ye tak…:))
8)Penyalahgunaan ubat julap.

Antara cara-cara untuk mengatasi masalah sembelit ialah dengan :-

1)Diet

- Tingkatkan pengambilan fiber dalam makanan (20 hingga 35 grams setiap hari). Ini boleh membantu melembutkan najis disamping menormalkan kembali pergerakan usus yang sekaligus dapat mengembalikannya kepada keadaan normal.- Makanan yang tinggi fiber adalah seperti sayur-sayuran, cereals, oats dan buah-buahan. Pengambilan makanan tinggi fiber ini perlu berperingkat-peringkat untuk mengelakkan kembung perut dan kentut.
- Paling penting. Pengambilan fiber ini hendaklah disertakan dengan pengambilan air yang banyak setiap hari.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Petaling Jaya?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Damansara Damai
Petaling Jaya