Bekam Sunnah

Bekam Sunnah

Share

Ustaz Bekam

16/04/2024

Teguran Dari ALLAH...

Firman Allah SWT:

فَمَن يُرِدِ ٱللَّهُ أَن يَهۡدِيَهُۥ يَشۡرَحۡ صَدۡرَهُۥ لِلۡإِسۡلَٰمِۖ وَمَن يُرِدۡ أَن يُضِلَّهُۥ يَجۡعَلۡ صَدۡرَهُۥ ضَيِّقًا حَرَجٗا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي ٱلسَّمَآءِۚ كَذَٰلِكَ يَجۡعَلُ ٱللَّهُ ٱلرِّجۡسَ عَلَى ٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ

Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk diberikan hidayah kepadanya pasti Dia melapangkan dadanya untuk menerima Islam. Begitu juga bagi sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, pasti Dia menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah dia sedang mendaki ke langit (dengan susah). Demikianlah Allah menimpakan seksaan kepada orang yang tidak beriman.

Surah Al-An'aam: Ayat 125

- Dengan merenungi ayat seperti ini, kita memahami bahawa teguran, hidayah atau petunjuk dari Allah merupakan anugerah-Nya kepada hamba-Nya yang bersedia menerimanya dengan hati yang terbuka dan bersedia menerima kebenaran.

- Tanpa "teguran dari Tuhan", kita takkan sedar yang hidup di dunia ini bukan sekadar bernafas, tetapi ada perkara yang kita perlu belajar dan perbaiki dari semasa ke semasa.

02/04/2024

UJIAN ALLAH MENGIKUT KEMAMPUAN MANUSIA

Rasulullah ﷺ bersabda:

أَشَدُّ النَّاسِ بَلَاءً الْأَنْبِيَاءُ ثُمَّ الصَّالِحُونَ ثُمَّ الْأَمْثَلُ فَالْأَمْثَلُ يُبْتَلَى الرَّجُلُ عَلَى حَسَبِ دِينِهِ فَإِنْ كَانَ فِي دِينِهِ صَلَابَةٌ زِيدَ لَهُ فِي الْبَلَاء

Maksudnya: “Manusia yang paling berat ujiannya adalah para Nabi, kemudian orang-orang yang Soleh, kemudian diikuti oleh orang-orang yang mulia, dan disusuli oleh orang-orang yang mulia berikutnya. Seseorang hamba akan diuji sesuai kadar agamanya (keimanannya). Jika keimanannya kuat maka ujiannya juga akan semakin berat.”

Riwayat at-Tirmidzi (2398)

- Allah SWT memberikan ujian kepada manusia sesuai dengan kemampuan mereka. Ini adalah prinsip yang dinyatakan dalam Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad ﷺ. Allah tidak membebani seseorang melampaui batas kemampuannya.

- "Sesungguhnya Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan apa yang Dia berikan kepadanya..." (Surah Al-Talaq, Ayat 7)

- Ini menunjukkan bahawa Allah mengetahui kekuatan dan kelemahan setiap individu, dan ujian yang diberikan-Nya adalah sepadan dengan kemampuan kita untuk menghadapinya. Ini juga menegaskan keadilan dan kebijaksanaan Allah dalam mengatur ujian hidup manusia. Sebagai manusia, penting bagi kita untuk bersabar dan percaya bahwa setiap ujian datang dengan hikmah dan tujuan yang mungkin tidak kita ketahui secara langsung. Semoga kita diberi kekuatan untuk menghadapi setiap ujian dengan penuh kesabaran dan keimanan kepada Allah SWT.

01/04/2024

Firman Allah SWT:

وَٱبۡتَغِ فِيمَآ ءَاتَىٰكَ ٱللَّهُ ٱلدَّارَ ٱلۡأٓخِرَةَۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ ٱلدُّنۡيَاۖ وَأَحۡسِن كَمَآ أَحۡسَنَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَۖ وَلَا تَبۡغِ ٱلۡفَسَادَ فِي ٱلۡأَرۡضِۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُفۡسِدِينَ

Maksudnya: «Dapatkanlah pahala dan kebahagiaan hari akhirat dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) daripada dunia. Lakukanlah kebaikan (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah melakukan kebaikan kepadamu. Janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah tidak sukakan orang yang melakukan kerosakan».

Surah Al-Qasas: Ayat 77

- “Kiamat dah dekat, berhenti kerja lah, kita cari akhirat p**a”, mungkin konsep ini pernah kita dengari dari sebahagian orang.

- Ini adalah konsep yang tidak tepat bahkan bertentangan dengan ajaran Al-Quran.

- Allah suruh kita kejar akhirat sungguh-sungguh, tapi jangan lupa bahagian di dunia. Begitulah yang sebetulnya.

29/03/2024

Kelebihan Solat Sunat Subuh

Daripada Aisyah R.Anha, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا

Maksudnya: “Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya”.

Riwayat Muslim (725)

- Solat sunat subuh mempunyai banyak kelebihan serta amat rugi bagi sesiapa yang tidak berusaha untuk mengamalkannya. Untuk itu, kita sebagai umat Baginda ﷺ seharusnya mencontohi setiap yang dilakukan oleh Baginda ﷺ.

28/03/2024

Zakat Fitrah Bersihkan Harta Sucikan Jiwa

Daripada Ibnu Abbas RA berkata:

فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ طُهْرَةً لِلصَّائِمِ مِنْ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ وَطُعْمَةً لِلْمَسَاكِينِ مَنْ أَدَّاهَا قَبْلَ الصَّلاَةِ فَهِيَ زَكَاةٌ مَقْبُولَةٌ وَمَنْ أَدَّاهَا بَعْدَ الصَّلاَةِ فَهِيَ صَدَقَةٌ مِنْ الصَّدَقَاتِ

Maksudnya: “Rasulullah ﷺ mewajibkan zakat fitrah sebagai satu pembersihan bagi orang-orang yang berpuasa daripada perbuatan yang sia-sia dan perkataan kotor, dan sebagai makanan untuk orang miskin. Sesiapa yang membayar zakat fitrah sebelum solat (Aidil Fitri) maka ia adalah zakat yang diterima (oleh Allah) baginya. Sesiapa yang membayarnya selepas solat (Aidil Fitri) maka ia adalah sedekah seperti sedekah biasa.”

Riwayat Abu Daud (1609)

27/03/2024

Ganjaran Membaca Al-Quran

Daripada `Aisyah R.Anha, Rasulullah ﷺ pernah bersabda:

الْمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أَجْرَانِ

Maksudnya: Seorang yang mahir dalam membaca al-Quran akan bersama para malaikat yang mulia dan sentiasa taat kepada Allah dan bagi yang membaca al-Quran namun tersangkut-sangkut dan berasa susah buatnya maka untuknya itu dua ganjaran.

Riwayat Muslim (798)

26/03/2024

Qunut witir bermula pada malam 16 Ramadan

Sunat membaca doa qunut ketika iktidal rakaat terakhir solat witir di bulan Ramadan bermula malam ke 16 sehingga akhir Ramadan.

Disebutkan oleh Imam al-Nawawi;

ويندب القنوت ءاخر وتره في النصف الثاني من رمضان

"Sunat qunut pada akhir witir, pada setengah yang kedua (malam 16 sehingga 30) daripada Ramadan"

19/03/2024

Berbuka Puasa Dengan Kurma

Daripada Anas Bin Malik RA berkata:

كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يُفْطِرُ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ عَلَى رُطَبَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَتُمَيْرَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تُمَيْرَاتٌ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ

Maksudnya: “Nabi ﷺ selalu berbuka dengan kurma basah sebelum solat, jika baginda tidak mendapatinya, maka (baginda berbuka) dengan kurma kering dan jika tidak mendapatkan kurma kering, baginda berbuka dengan meneguk air tiga kali.”

Riwayat at-Tirmizi (696)

15/03/2024

Sunnah Menyegerakan Berbuka Puasa

Daripada Sahl bin Sa’ad RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda:

لاَ يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الفِطْرَ

Maksudnya: “Manusia itu akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagimana mereka mempercepatkan berbuka puasa.”

Sahih Riwayat al-Bukhari (1957)

02/03/2024

Jangan Sombong

Firman Allah SWT:

وَلَا تَمْشِ فِي الأرْضِ مَرَحًا إِنَّكَ لَنْ تَخرِقَ الأَرْضَ وَلَنْ تَبْلُغَ الْجِبَالَ طُولًا

Maksudnya: "Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai ketinggian gunung-ganang."

Surah al-Israa’: Ayat 37

26/02/2024

Sedekah Bukti Cinta Kepada Allah SWT

Firman Allah SWT:

لَن تَنَالُواْ ٱلۡبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُواْ مِمَّا تُحِبُّونَۚ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيۡءٖ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٞ

Maksudnya: “Kamu tidak akan sama sekali dapat mencapai kebaikan (yang sempurna) sehingga kamu infakkan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa jua yang kamu infakkan.”

Surah Ali-Imran: Ayat 92

- Semoga sedekah yang telah kita infakkan mendatangkan kebaikan dan tetapkanlah niat kita bersedekah hanya kerana Allah SWT.

06/02/2024

Mendapat Doa Malaikat

Daripada Abu Dardaa' RA, Rasulullah ﷺ bersabda:

مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ

Maksudnya: ‘Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat akan mendoakannya p**a: ‘Dan bagimu kebaikan yang sama.’

Riwayat Muslim (2732)

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Port Dickson?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Port Dickson