Iktiar Sihat-Minyak Zaitun/Habbatus Sauda
pelbagai makanan iktiar sihat dan penjagaan...
*بِسۡــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ ْ ِ*
*Ya Allah, TERIMA KASIH* atas kehidupan hari ini untuk *NAFAS* dan *REZEKI* yang Engkau limpahkan.
Jadikanlah permulaan hari ini penuh dengan *KEBAIKAN*, pertengahannya membawa *KEJAYAAN* dan pengakhirannya suatu *KEBERUNTUNGAN*..
Jadikan awalnya *RAHMAT*, pertengahannya *NIKMAT* dan penghujungnya *PENUH BERKAT..*
*Ya Allah, beri kan lah kami semua ‘Afiyah serta kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan duniawi dan juga ukhurawi, mendapat rahmat, nikmat, keberkatan dan keredhaan dari Allah SWT*
*رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ. رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ*
Assalamualaikum dan selamat pagi semua...
09/01/2023
Apaaaa????
KRAKEN 😱😱😱😱😱
Dah tiba masanya guys untuk kuatkan pertahanan badan balik...
Makin mengganas tau serammm min...
05/01/2023
Memang syuliit 😀😀😀
Begitu syulit….. 😃😃
05/01/2023
Khasiat minyak zaitun👇👇👇
-Mengurangkan paras kolesterol jahat
-Hadam dengan sempurna dan tidak membebankan sistem penghadaman
-Mencegah pembekuan darah
Membantu menormalkan tekanan darah
-Menggalakkan penglihatan yang tajam dan koordinasi yang baik
-Minyak zaitun boleh membantu mengurangkan risiko kanser
-Menggalakkan metabolisme
Menjaga kesihatan tulang dan rawan
Minda kita adalah senjata utama kita yang paling kuat..
Kerana dengan ia bermacam-macam idea yang baik dan bernas dapat dibuat dan ditunaikan...
Assalamualaikum dan selamat pagi semua...
P/S : Jangan lupa ambil minyak zaitun sebelum makan yer 😚😚😚
04/01/2023
POKOK MULBERI
Menurut ahli kimia, daun mulberi mengandungi beberapa ekstrak kimia untuk tubuh seperti ecdysterone, inokosterone, lupeol, betasitosterol, rutin, moracetin, isoquersetin, scopoletin, scopolin, alfa, betahexenal, cis beta hexenol, cis lamba hexenol, benzaidehide, eugenol, lanaloolbenzyl alcohol, butylamine, acetone, trigonelline, cholin, adenine, copper, zinc, vitamin A,B1,C dan karotein dan asam amino, clorogenik, fumarate, folat dan asam formyltetrahydrofolik, mioiositol dan phytoestrogen.
Daun mulberi adalah ideal untuk membantu mengatasi atau mengurangkan penyakit kencing manis (diabetes) serta mampu mengawal serta mengurangkan kolestrol dalam pembuluh darah dan mengurangkan tekanan darah tinggi. Selain dari itu, ianya juga dikatakan dapat membantu menggelakkan serangan sakit jantung dan kehilangan berat badan.
Buah mulberi yang dijadikan jus mampu melambatkan proses penuan dan meremajakan tubuh badan dan mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang tinggi. Bagi wanita yang mengalami simptom seperti anemia, kepucatan, rasa mual terutamanya selepas bersalin, bolehlah mengambil jus mulberi dengan kerap bagi mengurangkan simptom tersebut. Ianya juga boleh membantu perjalanan haid yang tidak teratur dan juga dapat mengurangi kesakitan ketika kedatangan haid.
Daun mulberi p**a dikatakan boleh direbus dan digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah dan bengkak. Daun yang telah dikeringkan dikatakan boleh dicampur dengan air mendidih atau direbus untuk diminum bagi tujuan membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat batuk, demam panas dan selsema.
Pokok mulberi boleh dibiakkan dengan menggunakan tut atau keratan batang yang cukup tua (berbatang coklat). Selain dari itu, anak benih pokok mulberi boleh didapati di kebanyakan nurseri berdekatan dengan anda. Pokok Mulberi tumbuh dengan begitu cepat walaupun ianya ditanam pada mulanya sebagai anak benih dan akan mengeluarkan buah pada usia 6 - 8 minggu. Untuk mendapatkan buahnya yang lebat, pokok mulberi perlu kerap dicantas dan diberi baja yang secukupnya.
Semoga bermanafaat untuk semua dan salam maghrib....
Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia
04/01/2023
KHASIAT HABBATUS SAUDA
👇👇👇
HABBATUS sauda mempunyai sifat antikeradangan, antioksidan, antibakteria, antiparasit dan antikulat. HABBATUS sauda adalah satu daripada herba yang banyak digunakan untuk rawatan pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, asma, darah tinggi, penyakit kardiovaskular (jantung) dan barah
04/01/2023
Alhamdullilah produk baru dari DR SKINZ 🤩🤩🤩🤩
Memang harum sangat bau dia...
Sampai jatuh cinta 🥰🥰🥰
04/01/2023
Carilah harta akhirat sesungguhnya amat berguna nanti disana...
Sesungguhnya harta dunia melalaikan dan membawa kepada pertengkaran dan permusuhan....
Assalamualaikum dan selamat pagi...
'Wahai Bumi telanlah airmu,
Dan wahai langit berhenti lah dari curahan hujanmu'
Semoga dipermudahkan urusan magsa banjir di pantai timur...
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Address
Jln. Lingkaran Mas7 Pangsapuri Jati Taman Mas
Puchong
47100