Nurin's Mobile Spa
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Nurin's Mobile Spa, Beauty, cosmetic & personal care, No. 3, Jalan SP 8/9, Saujana Puchong, Puchong.
25/04/2017
Pakej Anggun Jelita
1) Aromatherapy Massage
2) Foot Spa
3) Hand Spa
4) Normal Facial
Harga Biasa : RM 270
Harga Promosi : RM 230
Masa : 2 jam 30 minit
25/04/2017
Pakej Alamanda
1) Head & Shoulder Massage
2) Foot Spa
3) Hand Spa
4) Facial Collagen
Harga Biasa : RM 270
Harga Promosi : RM 230
Masa : 2 jam 30 minit
25/04/2017
Pakej Tanjung
1) Aromatherapy Massage
2) Facial Collagen
3) Foot Spa
Harga Biasa :RM 255
Harga Promosi : RM 220
Masa : 1 jam 50 minit
25/04/2017
Pakej Kenanga
1) Normal Facial
2) Head &Shoulder Massage
3) Foot Spa
4) Hand Spa
Harga Biasa : RM 220
Harga Promosi : RM 200
Masa : 1 jam 50 minit
25/04/2017
TAHUKAH ANDA??
KHASIAT PISANG
--------------------------------------
▶Kaya kandungan vitamin dan serat
Buah pisang memiliki 2 kali karbohidrat dan 5 kali kandungan vitamin A dibandingkan dengan buah epal.Pisang kaya akan kandungan potasium dengan kadar potasium mencapai 400mg di dalam pisang yang berukuran sedang. Oleh kerana itu buah ini wajib diambil untuk tetap dapat menjaga kesihatan jantung.
▶Menurunkan berat badanemoji unicode:
Manfaat buah pisang untuk menurunkan berat badan. Bagi yang bermasalah dengan kondisi berat badan, maka dengan rutin mengambil buah pisang untuk membantu menurunkan berat badan. Hal ini kerana, buah pisang memiliki kandungan kalori yang relatif kecil.
25/04/2017
MADU & LEMON
---------------------------
Tahukah anda dua gabungan makanan di atas adalah sangat bagus untuk kecantikan dan kesihatan?
Madu boleh memberi kelembapan pada kulit, lemon jika dimakan atau diminum air nya boleh menjadi alkali dalam usus perut. Banyak lagi benefit boleh google kalau rajin.
Tips kecantikan
---------------------
Ambil beberapa sudu madu, campurkan dengan lemon yang dibelah dua, gosokkan pada wajah yang berjerawat. Agak pedih tapi InshaAllah esok lusa kecutlah jerawat.
Tips kesihatan
----------------------
Campurkan madu dan lemon beserta air suam. Minum sampai kembung. Amalkan InshaAllah boleh buat perut kempis.
Selamat mencuba!
25/04/2017
Khasiat Tomato
-----------------------
Melicinkan dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.
25/04/2017
☞ Tips Mencerahkan Bibir Hitam
-----------------------------------------------
Sering kita musykil kenapa bibir menjadi kehitaman, sedangkan anda tak merokok..Mungkin ke faktor keturunan..Boleh jadi juga..Mungkin juga disebabkan lipstik anda pakai menyebabkan bibir anda menjadi kehitaman.
Disini saya nak kongsikan beberapa tips untuk mencerahkan bibir. Benda ni kena amalkan tau..bukan sekali amal terus jadi pinkish bibir tu..hehehe
1) Sapukan madu ke bibir dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air..Nak biarkan pun boleh..tapi kalau semut hurung tanggung sendiri ye..hik2
2) Sapukan ubat gigi di bibir dan biarkan selama 5minit. Ubat gigi ini mampu mencerahkan bibir anda disamping membuang kesan lipstik yang tertinggal di bibir.
25/04/2017
Cara-Cara Putihkan Ketiak Yang Hitam Dan Celah Peha Dalam Masa 7 Hari
Tahukah anda kapur makan atau kapur sireh dan sedikit air perahan limau nipis boleh mencerahkan ketiak yang hitam?
Cara-cara untuk mengembalikan keputihan ketiak dan celah peha seperti sediakala:
1) Ambil secubit (menggunakan 3 jari) kapur makan, kemudian campurkan dengan sedikit air perahan limau nipis, dan sapukan ke bahagian ketiak yang hitam tersebut. Seeloknya semasa mandi basahkaan bahagian ketiak terlebih dahulu. Kemudia gosok ketiak, sebaiknya gosok ketiak dengan kepala lutut. Dengan cara ini, ketiak akan cepat bersih dan saki baki daki akan tanggal dengan mudah. Memang akan terasa sedikit pedih atau panas tapi tidak lah ssampai memudaratkan kesihatan kulit anda tu. Amalkan sekerap yang mungkin iaitu 2kali/seminggu semasa mandi. Sehingga ia putih seperti sediakala.
Kapur makan ini bukan sahaja akan memutihkan bahagian ketiak, namun ia juga mampu menghilangkan bau badan dan lebih mudah menanggalkan bulu ketiak iaitu dengan hanya menariknya dengan tangan In sha Allah.
2) Cuci ketiak dan celah peha anda dengan parutan lemon dan timun selama 15-20 minit sehari, selepas tu basuh bersih dengan menggunakan air suam.
3) Gunakan TAWAS bercampur air suam sedikit, kemudian gosokkan ketiak dan celah peha dengan menggunakan span ataupun kapas.
Satu lagi tips yang paling mudah ialah semasa mandi; ambil sabun dan sapukan pada bahagian belakang telapak tangan, kemudian gosok pada celah ketiak dan celah peha.
SELAMAT MENCUBA
25/04/2017
Petua Turun-Temurun Atasi Jeragat
-------------------------------------------------
Semakin usia meningkat, semakin banyak jeragat akan kelihatan dan ia memang menggusarkan sesiapa sahaja. Selain rawatan di pusat kecantikan, anda juga boleh mencuba petua turun- temurun ini.
Sediakan dua inci daun betik muda, segenggam beras, air dan satu inci kulit kayu manis.
Terlebih dahulu, beras perlulah direndam semalaman.
Keesokannya, kisar beras itu bersama-sama daun betik serta kulit kayu manis.
Setelah siap, sapu atau gosok perlahan-lahan pada seluruh wajah. Biarkan ia kering dalam 20 minit sebelum boleh dibilas dengan air suam.
Semoga petua ini dapat membantu mengurangkan tompok-tompok hitam sekali gus menyerlahkan kecantikan semula jadi.
25/04/2017
Petua Anti Kedut
-------------------------
Pisang kaya dengan potasium yang baik untuk kesihatan. Selain sedap dimakan, pisang juga dapat membantu mengurangkan kedutan pada wajah akibat penuaan.
Caranya ialah dengan memotong pisang dengan saiz kecil dan kemudian dikisar sehingga halus. Selepas itu, sapukan krim pisang itu pada wajah dan biarkan selama 10 minit sehingga 15 minit.
Seterusnya bilas dengan air suam dan sekali lagi dengan air bersih. Masker pisang ini seelok-eloknya dilakukan sekali dalam seminggu bagi merasai perbezaannya.
Selamat Mencuba !
25/04/2017
PETUA MENGHALUSKAN & MENGHILANGKAN DAKI BADAN
-------------------------------------------------------------------------------------
Kisar segenggam beras sehingga halus dan tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat.
Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau hingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan terlebih dahulu campuran beras dan sirih ke seluruh badan.
Kemudian, gosok-gosokkan badan dengan perlahan hingga semua bahan yang telah dilumur tadi tanggal dari badan.
Petua ini juga akan membantu untuk menanggalkan daki dan mengharumkan serta menyegarkan bau badan anda selain menjadikan kulit badan anda halus.
Selamat Mencuba !
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
No. 3, Jalan SP 8/9, Saujana Puchong
Puchong
47100